Saturday, January 10, 2009

ANUGERAH ALLAH..KENAPA KITA BOLEH BERJALAN??


Manusia dikurniakan kaki,anggota yang sempurna oleh Allah S.W.T..Namun,ade saje yang Allah uji mereka dengan anggota yang cacat..itulah kekuasaan Allah terhadap hambaNya..Kita yang dikurniakan Allah dengan anggota yang sempurna,cukup semuanya kenalah bersyukur denganNYA..

Nak tau sebb apa kita boleh jalan di atas muka bumi Allah ni tanpa jatuh?ni sebab bumi ada tarikan graviti..mesti korang sume tahu.dulu2 sek menengah dah blajar kan,tapi yang pastinya semua datang dari Allah..bayangkan...benda yang jatuh ke bumi mengambil masa 98 meter per saat je nak sampai ke bumi..kalau nak dibandingkan dengan tarikan graviti kat bulan..
memang beza..1/6 dpd tarikan graviti bumi..

Kita slalu je dengar pasal Isaac Newton atau Galileo Galilie yang terkenal dengan kajian tentang epalnya..sampai menemui teori jisim dan tarikan graviti bumi..tapi kita lupa sebenarnya ulama'2 Islam dah pun menemuinya sejak dulu lagi..cntohnya,Ibnu Bajah di Kerajaan Andalusia..penemuan graviti bumi merupakan keagungan Allah..

Selain 2..tekanan atmosfera jg mempengaruhi keteguhan kaki kita menapak kat bumi ni..tekanan atmosfera dalam udara dan oksigen yang terkandung di permukaan bumi membantu kita untuk teguh menapak di atas muka bumi..tekanan ni bersamaan 1 bar/100,000 N..yang bersamaan 10,000 kg/10 tan..

Bayangkan..dengan benda seberat 10,000 kg atau 10 tan menapak di kawasan yang mempunyai keluasan 1meter persegi?? tentunya akan teguh berdiri..itulah perumpamaannya.. udara dalam bumi ni mengandungi jisim,berat dan tekanan..so,memang Allah2 Maha Hebat,dijadikan kita dengan jisim2 yang terdiri dpd atom2...ditampung dengan udara yang mempunyai tekanan dan jisim..membolehkan kita menapak kat muka bumi ni..

Antara lain,adanya geseran yang membolehkan kita berjalan..contohnya tayar getah yang digunakan kereta..tanpa bunga di tepi tayar2..elastiknya getah..pasti kereta banyak dah kemalangan kerana xd geseran antara jalan raya..mcm2 jg Allah,mengurniakan kita kaki.sebagai anggota berjalan,tekanan,daya geseran kaki kita dengan bumi membolehkan kita bermain bola,berjogging,melakukan aktiviti ap saja..

Ingatlah sahabatku,,setiap yang Allah jadikan di bumiNYA ini,pasti ada hikmahnya..ada awal dan ada akhirnya..jika hari ini kita boleh berkata..kita boleh berjalan,sihat dan sebagainya..tapi kita tak tahu hari esok bagaimana??..jadi,bersyukurlah..dengan anugerah Allah terhadap segala nikmat yang diberikanNYA..NIKMAT BERJALAN..!!

PENGALAMAN ROYAL DEBATE 2008


dari kiri:akh zubaidi,akh ikhwan.ust ibrahim,ukht janah,ukht ulya,ukht ayu bawah: akh ragawi,akh abu hafiz,akh salman..

 Semester 1 08/09 sudah pun berlalu,tapi kenangan manis dan pahit royal debate xpenah aku lupakan..ni gambar team A UIA dengan team B..Ni gambar mse akak2 n abg2 senior aku dah lepas menang,champion and first runner up..huhu..alhamdulillah,kemenangan masih di tangan UIA..

 Korang nak tau aku yang mane?hehe..malu la aku nak tunjuk..xpela,bg champion je msuk blog aku ni..bertuah btul..so,sape nak masuk blog aku,kena jd champion dulu..ktorang kena bwk 9 tjuk..1 dah kena mulgha..ikut jumhur hukkam..tajuk yang plg best,,ZAWAJ 'URFI..kahwin lari dibenarkan oleh kerajaan Malaysia..tajuk2 la y xmsuk..huhu

 Aku rase,aku la yang plg lmbat bwt report pasal royal ni..xpela,aku pn bru je bwt blog ni..ape pun,ambil istifadah dpd royal ni..mengajar aku erti ketabahan,kesbrn..keberanian,,cewah..dah brani la krenye..bole la,walaupun kdg2 terkujat2 gak kne gertak orang..huhu..bak kate ust solah,enti thoiyyibah jiddan,,fuh dapat title baik plak dah..lembut la knonnya..geli plak aku..

 Start 17 nov,after final exm ktorang sbuk tadreeb..macam2 pglaman..ad penat..payau,masam..yang plg best manis la..hehe..sampai 3 dis ktorg royal bru lega skit..tapi sedih gak,masing2 mcm musuh la ibaratnye..ops bukan musuh,juz mse pertndingan je..yela,masing2 kena tnjuk khebatan nak patahkan hujah..bwt y terbaik..

 Xsalah aku ktorang lawan 20 universiti seluruh malaysia..fuh,bukan senang nak kalahkan dyorang ni..yelah,masing2 dah pringkat u..dulu sek2 bole la ckap snang..cehhh..tapi dah u ni,jauh sgt beza dgn sek..sume independent..

 Apa la aku bebel2 ni,huhu..paling aku xtahan mse tadreeb kne ta'liq dengan ust.majdi.fuh satu klas ktawekan aku..tapi xpe,aku still cool..steady je..yg pnting nk blajar,smangat nk tahsin lughah aku yg broken2 ni ad la gak..korang pun kenala usha gak..bukan senang nak blajar bhasa syurga,bhasa quran ni,,stakat tulis kt paper,jwb exm bole la..tapi ble cakap,fuh..tah pape aku cakap..

 Mase royal ni gak la aku jmpe ex-mj,kwn2 aku,quyah,hawa.fiza ayob ngan rafai'e..dyorang wakil upsi..wlaupun dyorg baru2,tapi semangat dyorang memg aku recpect btul..si quyah n rafa'ie kot dpat afdhal munazir..fuh pendebat terbaik2,bukan senang nak dapt..btul2 bgus..ap2 pun pd korang.teruskan usha,dont give up ok..aku sntiasa skong korang..huhu..

 Kat royal gak la aku blajar dgar,patahkan hujah orang2 arab yang ckap laju mcm roket,fuh bukan snang nak fhm,,aku nk jwb pn tergagap2..tapi best la dyorang,lg nak naikkan smangat aku..pnat2 royal,ad gak malam dinner..malm2 best gak,tp xbest mcm2 hiburan,nyanyi2 dln mjlis2..beselah ada je bnde cm2 kat u ni..dah xplik dah..

 Pengajaran yang aku dapat dpd royal debate ni,jgn mudah mengalah,wlaupun aku kena stay up,xtdo lgsung smpai pg nak siapkan teks,cari dalil n hujah..proses research2,tapi aku tetap katekan best..nak ngam dengan warga debate,kne jg hti kawan2,,lg2 aku plg muda msuk royal ni,aku knela mtk tnjuk ajar senior2..cikgu aku,kak janah,bkas trainer aku mse inter kuliyah dulu,kak ayu..fuh aku salute dgn mreka2 ni..memg bgus..aku harap satu ari nanti aku jd mcm dyorg..ameen..

 okla,ape2 pun,aku ucpkn time ksih byk2 kat ust.solah..ust.majdi yg byk tlong ktorang ni..senior2 aku,group aku mse tadreeb dengan royal..aku pn budak bru blajar,aku silap tolong2 la tnujkkan..hehe..(budak kecik)..korang yang berminat nak datang tadreeb kami stiap minggu kat bangunan human science uia,tr 15,lr8,lr 20 dgn lr17..MARI BELAJAR DAN TAHSIN LUGHAH..

Tuesday, January 6, 2009

TEORI EVOLUSI DARWIN...ADAKAH DITERIMA ??

Kehadiran athies Charles Darwin yang mencabar dunia Islam telah menyebabkan segelintir orang Islam mula kurang yakin dengan teori penciptaan manusia..mereka menerima penciptaan manusia tercetusnya dari evolusi iaitu perubahan tahap yang bersandarkan manusia lain..Para evolusionis turut terlepas pandang menyatakan penciptaan manusia hasil perubahan mengikut keadaan..dengan penemuan fosil2..

Apa yang menyedihkan,umat Islam sendiri dikaburkan dengan penipuan-penipuan para evolusionis.Seorang doktor yang merupakan ahli antropologi Charles Dawson..adik bradik dengan Pak Charles Darwin jg ni,,telah menemukan tulang rahang dan fragmen tengkorak di sebuah lubang di Piltdown pd tahun 1912..Dipercayai,tulang rahang2 mirip kera,,gigi dan tengkorak pula milik manusia..Spesimen ni name dia "Manusia Piltdown"..

Berapa ramai doktor2 yang buat kajian tentang teori2..sampai dekat 500 tesis mereka buat..Tiba2 apa yang mengejutkan,tahun 1953,pembohongan spesis Darwin ni terbongkar juga..Setelah kajian dibuat 42 tahun,,penemuan terbukti bila tulang rahang "Manusia Piltdown tidak mengandungi flourin,manakala tengkorak pula mengandungi sedikit flourin..ini menunjukkan bahawa tengkorak manusia tersebut berusia beribu tahun,,,tulang rahang pula berusia tidak lebih seribu tahun..

Bagaimana pembohongan ni terbongkar?Weiner membuktikan bahawa tulang rahang "Manusia Piltdown" merupakan tulang rahang kera yang dibuat usang,seolah telah lama..sedangkan 2 tulang rahang kera yang baru mati..manakala tengkorak tersebut milik manusia yang telah mati 500 tahun dahulu..setelah membuat kajian dengan metoda flourin,mereka menjumpai gigi2 "Manusia Piltdown" disusun2..rahangnya dibuat khusus,sendi rahangnya dibuat menyerupai manusia..Hah..terbukti dah..!!Penciptaan manusia bukan disebabkan evolusi..

Tetapi Islam mempunyai jawapan tersendiri yang mengandungi dalil dan bukti daripada Allah S.W.T..contohnya..Sejak awal lagi, agama telah mengajarkan kebenaran penciptaan, yang dapat difahami semua orang melalui penggunaan akal dan pengamatan peribadi. Semua agama samawi telah mengajarkan bahwa Allah menciptakan alam semesta dengan berfirman "Jadilah!", dan bahawa sempurnanya alam ciptaan Allah merupakan bukti daya ciptaNya yang agung. Banyak ayat Al Qur'an juga mengungkapkan kebenaran ini. Misalnya, Allah mengungkapkan bagaimana Dia secara ajaib menciptakan alam semesta dan kewujudannya:

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah". Lalu jadilah ia. ( Al Baqarah, 2: 117)

Allah juga mengungkapkan yang berikut:
Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nya-lah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. ( Al An'aam, 6: 73)

Jelaslah di sini bahawa.teori evolusi hanyalah suatu teori yang tidak boleh dikaitkan dengan penciptaan manusia atau alam ni..kerana mustahil sesuatu boleh ada tanpa ada yang membuatnya..Islam tidak menyangkal evolusi,tetapi bukan dari sudut penciptaan atau yang berasaskan sesuatu yang telah terbukti dengan dalil yang sahih..sedangkan dalam teori evolusi Darwin tersebut banyak pembohongan..

Saturday, January 3, 2009


JOM MINUM CARA SIHAT..!!

Amalan Nabi Muhammad S.A.W yang minum air sejuk asli yang dicampurkan dengan madu lebah asli adalah suatu formula kesihatan yang amat baik untuk dicontohi.

Bila madu lebah dicampurkan dengan sedikit air,ia akan menyerap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.
(Sumber : For Men Understanding (2nd Edition),Harun Yahya

Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-A’raaf ayat 29 yang bermaksud : “Makan dan minumlah,janganlah kamu melampaui batas,sesungguhnya Allah tidak suka pada orang yang berlebih-lebih pada makan dan minum”

Anas Bin Malik pula meriwayatkan bahawa, “Rasulullah S.A.W telah minum dengan tiga nafas.”(Imam Bukhari & Muslim)

Imam Muslim menyatakan bahawa cara minum seperti init telah menghilangkan dahaga dan lebih menyihatkan serta lebih menghadamkan.

Rasulullah S.A.W juga telah melarang minum ketika sedang makan sesuatu ..melarang minum selepas bersenam sewaktu keletihan.

Abu Said Al-Khudri meriwayatkan,Rasulullah S.A.W telah melarang minum daripada bekas yang pecah,melarang daripada menghembuskan nafas dalam air minuman.(Riwayat Abu Daud)

ADAB-ADAB MINUM

# Jangan minum sambil berdiri dan baring.Rasulullah juga melarang minum sambil berdiri.(Riwayat Muslim dari Anas,Abi Said & Abu Hurairah)

# Minum perlahan-lahan sambil bernafas dengan menghisap.Jangan minum tanpa nafas.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud : “Minumlah air dengan perlahan-lahan sambil bernafas (dengan menghisap) dan janganlah minum tanpa bernafas,kerana penyakit jantung itu dari minum air tanpa nafas.(Riwayat Abu Mansur Ad-Dailani daripada Anas)

Timun..Sejukkan Badan

Timun atau mentimun adalah tanaman merambat(menjalar).Selain boleh dimasak,boleh juga dimakan mentah sebagai ulam,rojak atau kerabu..
Timun berasal daripada India yang ditanam 300 tahun dulu..biasanya ditanam di kawasan iklim tropika..Apa nama saintifik timun??..(cucumis sativus) daripada keluarga labu (cucurbitaceae)..tapi bukan citer labu labi2…hehehe..
Nak tau camne timun yang segar??..biasanya berukuran 6-8 inci panjang,lebarnya 1 inci..dihasilkan dalam rumah hijau(greenhouse)…namaenya (parthenocarpic) tak berbiji..Timun yang tua boleh buat sup..untuk kurangkan panas badan,macam orang baru sembuh demam.Timun putik plak boleh sembuhkan penyakit cirit-birit..
Bukan setakat buah je ada khasiat,daun pun ada juga:

# Turunkan tekanan darah tinggi
# Cegah penyakit sawan
# Beri kesegaran badan
# Hilangkan kedut pada kulit
# Tingkatkan stamina
# Mengandungi flavonoid dan politenol sebagai anti radang
# Menekankan gula supaya tdak berubah menjadi lemak
# Turunkan kolesterol
# Neutralkan racun
# Cegah penyakit hepatitis

PETUA TIMUN UNTUK RAMBUT KERING

#Ambil sbiji timun,sedikit kubis,garam,gula putih dan cuka..Semua bahan itu diperam 12 jam sebelum dikisar dengan air secukupnya..InsyaAllah rambut akan kembali bermaya..!!

Friday, January 2, 2009

ISU PALESTIN



Gambar oleh utusan malaysia.

Setiap hari dunia digemparkan dengan isu palestin yang tak pernah aman..rakyat2nya yang menderita,berjuang bermati-matian mempertahankan bumi kelahiran mereka..kanak-kanak yang cedera ditembak dan macam2 lg..nasib mereka perlu dibela..tapi bagaimana?itulah yang menjadi persoalannya..

Di kala kita sibuk menyambut tahun baru 2009..bertali-arus bedilan-bedilan dan tembakan yang menyerang Gaza,membunuh satu demi satu jiwa yang tak berdosa..ada plak segolongan manusia ni sibuk dengan parti,pesta,hiburan yang berunsur seks..nak kata xblajar,,ada juga budak2 ipt..dah xde malu langsung..

Sekarang ni,bukan je rakyat Palestin yang kena brjuang bermati-matian,,tapi kita sebagai umat Islam jg kena same2 doakan mereka..bukan takat tu je..mari semua boikot barang-barang orang kafir..sekurang-kurangnya kita jihad jg..bayangkan satu hari kita bagi kat orang kafir 10 bilion..kan bagus kalau kita kumpul2,bole gak bayar duit ptptn..xpun beli buku ke,barang keperluan ke..ap2 pun tepuk dada tanya iman..

..Doakan muslimin di sana...

Thursday, January 1, 2009

Ahlan Wa Sahlan..!!


Assalamualaikum w.b.t

Sahabat2 yang dirahmati Allah...

Selamat menjelajah ke alam blog..fiqhullughah.blogspot.com..
Sempena tahun baru 2009,blog ini dicipta...
Mencari keredhaanMu tujuan utama blog ini disiarkan..terbitnya nama fiqhullughah adalah kerana pemilik blog ini meminati bahasa dan masalah2,ilmu berkaitan fiqah..semoga beroleh manfaat...

selamat memberi pandangan,mengkritik,berkongsi ilmu...salam perjuangan..bersama istiqamah menuju redhaNya...!!