Tuesday, May 26, 2009

Di SiNi AkU MeLaNgkAH..


Ni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia..tempat aku belajar sekarang,
Masih teringat lagi kali pertama aku jejakkan kaki di sini,
Susah juga nak masuk universiti ni,
Teringat lagi Cikgu Patimah Kamis,guru kaunselor Maahad Johor,
Dia cakap nk masuk UIA skurang-kurangnya MUMTAZ,

Tak apelah,aku tak harap pun masuk mana2 U ni,
Dulu la aku fikir macam tu,
Ada rezeki baik,adalah..

Aku doa je biar Allah letakkan aku tempat yang baik,
Dan keluarkan aku dari tempat yang tak elok,
Macam doa solat tahajud,
"رَبِّ أّدْخِلْنِي مُدْخَلاً صِدْقٍ،وَأَخِرِجْنِيْ مُخْرَجًاصِدْقٍ،وَاجْعَلْنِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيْرًا ِ"

Keluarga aku semua sokong dan harap aku masuk UIA,
Aku diam je..kalau bukan rezeki aku tak kisah,
Mana2 U same je,yang penting diri sendiri,
Kalau belajar pun malas,xde gune jg U bgus,

Allah dengar doa hambaNya,
Akhirnya dengan kuasa Allah,aku diterima masuk ke UIA,
Aku bersujud penuh syukur,
Makbul doa keluargaku nak lihat aku di sana.

Di sini,aku belajar erti kehidupan,
Berjauhan dengan keluarga,
1 semester baru pulang ke kampung,
Yela,jauh juga dari kampung,
Tambang bas je dah boleh aku kumpul bayar yuran,
Bantuan bukan senang dapat,
Semua tu ajar aku jadi orang yang sabar,

Menambah pengalamanku mencari,
Erti hidup sebagai hamba,
Yang tak jemu menadah,meminta,mengharap,
Buat Sang Pencipta diriku..

Aku sentiasa mengharapkan,
Moga Allah memberikan kejayaan buatku di sini,
Aku nak penuhi harapan dan cita2 mak ayah & keluargaku,
Biar aku susah macamane pun,jangan pernah mengalah..
Ya,teruskan perjuangan!!
Medan jihad sedang tunggu aku..
"INNA MA'AL 'USRI YUSRA"

الضمير (DHAMIR)

Hari ini penulis ingin mendedahkan sedikit ilmu tentg dhamir,bg yg belajar b.arab,dhamir itu xasing lg..

Dhamir terbhgi kpd 2..MUNFASIL & MUTTASIL..

Dhamir Munfasil :
1. Mutakallim : kata ganti nama pertama,cth : saya,kami (merujuk kpd orang yg berbicara)

2.Mukhatab : kata ganti nama kedua,cth : kamu,awak (merujuk kpd org yg diajak berbicara)

3.Ghaib : kata ganti nama diri ketiga,cth : dia (merujuk kpd org yg dibicarakn)

الأمثلة (contoh)

1. هُوَ : (ضمير الغائب) -dia seorg lelaki-
2.هُمَا : (ضمير الغائبَيْنِ) -dia 2org lelaki-
3.هُمْ : (ضمير الغائبِينَ) -3 dan ke atas))dia ramai lelaki-
4.هِيَ : (ضمير الغائبة) - -dia seorg perempuan
5.هُمَا : (ضمير الغائِبَتَينِ) --dia 2org perempuan
6.هُنَّ : (ضمير الغائبات) --dia ramai perempuan(3 dan ke atas)
7.أَنتَ : (ضمير المخاطب)- awak seorg lelaki-
8.أَنتُما : (ضمير المخاطِبَينِ) --awak 2org lelaki
9.أَنتُم : (ضمير المخاطِبِين)- -awak ramai lelaki(3 dan ke atas)
10. أَنتِ : (ضمير المخاطبة) - -awak seorg perempuan
11.أَنتُما : (ضمير المخاطِبَين) -awak 2org perempuan-
12.أَنتُنَّ : (ضمير المخاطبات) --awak ramai perempuan
13.أَنَا : (ضمير المتكلم) - -saya
14.نَحنُ : (ضمير المتكلمين) -kami-

Dhamir Muttasil : Kata ganti nama kepunyaan(possessive pronoun) yang disambungkan pada kata nama(isim)..cthnya: bukunya(--nya merupakan kata ganti bg buku)
الأمثلة (Contoh)

1.هُ : لَهُ kepunyaan seorg lelaki))
2.هَا : لَهَا ((kepunyaan seorg perempuan
3.هُمَا : لَهُمَا (kepunyaan 2org lelaki/perempuan)
4.هُمْ : لَهُمْ (kepunyaan mereka(lelaki)
5.هُنَّ : لَهُنَّ (kepunyaan mereka(perempuan)
6.كَ : لَكَ (kepunyaan awak(lelaki)
7.كِ : لَكِ (kepunyaan awak(perempuan)
8.كُمَا : لَكُمَا (kepunyaan awak 2org lelaki/perempuan)
9.كُمْ : لَكُمْ ((kepunyaan awak ramai(lelaki
10.كُنَّ : لَكُنَّ (kepunyaan awak ramai(perempuan)
11.يِ : لِيْ (lelaki/perempuan)(kepunyaan saya
12.نَا :لَنَا (kepunyaan kami(lelaki/perempuan)

Monday, May 18, 2009

My Family



Ni gambar mase raye 2008..kenangan terakhir arwah akk..we all sgt2 happy..tapi just ad 9orang je..yg lain xbalik..biase la masing2 ad giliran..-my beloved family-

10 Sebab Doa Terhijab

“Wahai Ibrahim Ibn Adham,kami telah berdoa kepada Allah..tetapi masih tidak diperkenankan-Nya.Beritahu kami apakah sebabnya?”.Ibrahim menjawab: “terhijabnya doa disebabkan 10 perkara..”

1.Kamu mengenali Allah,tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.

2.Kamu membaca Al-Quran,tetapi kamu tidak beramal dengannya.

3.Kamu mendakwa bahawa iblis itu musuh kamu,tetapi menurut hasutannya.

4.Kamu mendakwa mencintai Rasulullah S.A.W,tetapi kamu meninggalkan amalan dan sunnahnya.

5.Kamu mendakwa mencintai syurga,tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.

6.Kamu mendakwa membenci neraka,tetapi kamu tidak meninggalkan perbuatan dosa.

7.Kamu mendakwa mati itu benar,tetapi kamu tidak bersedia untuknya.

8.Kamu sibuk menceritakan keaiban orang lain,tetapi kamu lupa keaiban diri sendiri.

9.Kamu makan rezeki Allah,tetapi kamu lupa mensyukurinya.

10.Kamu mengebumikan jenazah saudaramu,tetapi kamu lupa mengambil iktibar daripadanya.

المُحَادَثَة (PERBUALAN)

أحمد : يَا زَينَبُ،هَلْ اشْتَرَى لَكِ أَبُوكِ قُمَاشًا جَدِيدًا مِنَ السُّوقِ
Ahmad : Hai Zainab,adakah bapamu telah membelikan kamu kain yg baru dari pasar?

زينب : نَعَم،أَبِي قَدْ اشْتَرَى لِي القُمَاشَ مُنذُ يَومَيْنِ وَأَعْطَيْتُهُ الخَيَّاطَةَ لِتَخِيطَ لِي الفُسْتَانَ
Zainab : Ya,ayahku sungguh telah membelikan aku kain sejak dua hari yang lalu dan aku sudah serahkannya kepada penjahit perempuan agar dia menjahitkan aku sehelai baju gaun.

أحمد : وَكَذَلِكَ أَنَا اشْتَرَى لِي وَاِلدِيْ خَمْسَةَ أَمْتَارٍ مِنَ القُمَاشِ لِلْقَمِيْصِ وَالجُمَّازَةَ وَالسِّرْوَالِ.أَمَا تَعْرِفِينَ الْخِيَاطَةَ يَا زَيْنَبُ؟
Ahmad : Demikian pula aku,ayah telah belikan aku 5 meter kain untuk baju kemeja dan kot serta seluar.Apakah kamu tidak tahu menjahit wahai Zainab?

زينب : أَنَا أَعْرَفُ الْخِيَاطَةَ وَلَكِنْ مَا عِنْدِيْ فُرْصَةٌ لِأَنَّ الْعَمَلَ فِي البَيْتِ كَثِيرٌ جِدًّا
Zainab : Aku tahu menjahit,akan tetapi tiada bagiku kesempatan kerana di rumah banyak kerja.

أحمد : هَلْ عِنْدَكِ أُخْتٌ صَغِيرَةٌ بِغَيرِ مَرْيَمَ؟
Ahmad : Adakah kamu mempunyai adik perempuan lain selain Maryam?

زينب : لاَ،مَا عِنْدِيْ أُخْتٌ صَغِيرَةٌ إِلَّا مَرْيَمُ.
Ahmad : Tidak,aku tidak mempunyai adik perempuan lain selain Maryam.

أحمد : فَالْأَحْسَنُ أَنْ تُدْخِلِي أُخْتَكِ الصَّغِيرَةَ فِي المَدْرَسَةِ الخِيَاطَةِ.
Ahmad : Lebih baik kamu masukkan adik perempuanmu di sekolah menjahit.

زينب : وَفِي الحَقِيقَةِ يَا أَخِي أَنَا أُرِيدُ أَنْ أُعَلِّمُهَا بِالخِيَاطَةِ وَلَكِنْ هِيَ كَسْلاَنَةٌ جِدًّا
Zainab : Sebenarnya saudaraku,aku mahu mengajar dia menjahit,tetapi dia pemalas sekali.

أحمد : إِذَا كَانَتْ كَذَلِكَ مَا ذَا هِيَ تَفْعَل فِي البَيْتِ؟
Ahmad : Kalau begitu,apa saja dia kerjakan di rumah?

زينب : هِوَايَتُهَا بِالنَّشِيدَةِ فَقَطْ،هِيَ تَنْشُدُ كُلَّ يَوْمٍ
Zainab : Hobinya menyanyi saja,dia menyanyi setiap hari.

أحمد : يَا الله، لَا بُدَّ عَلَيكِ أَنْ تُعَلِّمُهَا يَا زَينَب،إِن شَاءَ الله سَتَنْجَح لِتُعَلِّمُهَا.
Ahmad : Ya Allah,kamu mesti mengajarnya Zainab,dengan izin Allah kamu pasti akan berjaya mengajarnya.

AFIFAH..Di Sebalik Dugaan Berdirinya Ketabahan..

Tika aku menulis entri ini,pastinya sahabat tertanya2..apakah maksud di sebalik tajuk yg kupilih ini..Mengimbas kembali kenangan lalu,aku seringkali terfikir..Allah itu Maha Adil..Dijadikan manusia sebaik-baik kejadian..ditentukan rezekinya,kehidupannya,jodoh pertemuan di dunia,kematian yg pelbagai rupa..segalanya telah tertulis di Luh Mahfuz..

Rentetan dari peristiwa tragis yg menimpa keluarga kami,aku bersyukur..Allah memberi kami ujian bukan sekadar hikmah,tetapi menambah iman,menguatkan tawakal..meyakini bahawa segala kehidupan di dunia hanyalah persinggahan dan pinjaman..berteduh di bawah lindungan tauhid..layarnya taqwa dan perahunya iman..

SYAHIRAH AFIFAH AKMAL..itulah lambang kekuatan,anak arwah akak yg ke-5..ditinggalkan tika masih menyusu..jelas di wajahnya masih mengharap kasih sayang seorang ibu..namun,dialah lambang ketabahan seorang ibu,kekuatan hati seorang wanita,kecekalan seorang isteri yg bersabung nyawa melahirkan insan cilik penguat semangat kami..

Sebelum kisah tragis baru-baru ini, arwah juga pernah kemalangan, kira2 julai tahun lalu..tika itu kemalangan kereta dgn kereta..seorg perempuan melanggar kereta arwah dpd hadpn tika arwah membelok keluar simpg..dulu rumah arwah di b.pahat sebelum berpindah di sri gding..yg terlibat tika itu arwah aishah,arwah aliyah dan ammar..dan arwah akak tka itu mengandungkan afifah 8bln..mjur,Allah masih menyelmatkan mreka..cme Aliyah munth2,muka agk bgkak,terkna gear mungkin..yg lain ok,,tp arwah akak yg mengandungkan afifah mengalami hentkan yg kuat pd prutnya..Atas nsht doktor arwah dibedah mlm itu jg krana bayi sudah lemas..jantung berdgup lmah..emak xdpt menahan tangisnya..sekuat hati emak,lulur melihat kesakitan yg dialami anaknya..

Namun,aku ckup kagum dgn semangat arwah akak,sungguh tabah menghadapi dugaan..anak yg lahir lemas,3minit xbernafs..jururawat yg menyambut hanya mampu menggelengkan kepala..namun kuasa Allah,bayi itu diberi peluang melihat dunia yg penuh pancaroba,,mengenal ibu dan bapanya.,bersujud si bapa mengucap syukur..tersenyum si ibu bernafas lega..

Bayi itulah..penguat semangat si ibu..penyeri hidup keluarga..pengukuh ukhwah antara adk bradik..kami redha dengan ap yg terjdi,sehgga kini,tika aku teringat si kecil itu,hatiku sayu,namun aku sentiasa bersyukur,Allah telah menetapkan bhwa dia penyeri hidup kami,pengganti yg amat berharga dlm hidup kami,penggerak ummah masa depan dan penguat semangat si bapa..