Wednesday, December 29, 2010

Hawa..Jagalah Dirimu!!

Assalamualaikum w.b.t


Salam tambah iman dan taqwa.Sejak pertukaran semester baru, Al-Zahrawi semakin sibuk dengan tugas2 Kelab Debat Arab, perancangan ALMANAC sepanjang 'tenure' ini, jadual setiap hari yg padat, dan aktiviti2 mingguan yg sentiasa menjemput. Pantang utk berehat barangkali.

Mungkin blog 'fiqhullughah' ini akan menjadi lebih suram dan bersawang. Maaf buat pembaca sekalian, insyAllah di kesempatan ni, sedikit perkongsian aku persembahkan.

Akhir-akhir ini, kaum hawa semakin menonjol, kredibiliti, dan penampilan dlm khalayak ramai semakin mendapat perhatian umum. Berapa banyak akademi2 hiburan, audition2 yg menampilkan kehebatan artis wanita, dari secilik-cilik insan itu, hingga dewasanya, mula diangkat darjatnya oleh media. Baik dari khabar baik, dan khabar buruk, kebanyakannya insan bernama "hawa".

Lantas kita terfikir, di masa lalu, kelahiran insan inilah yg dipandang hina, dikhuatiri penyebab kemiskinan keluarga, saat jahiliyyah berleluasa. Namun, bila datangnya Islam, martabat insan inilah yg dimuliakan, pemikiran2 jahiliyyah dibersih.

Tetapi. sedarkah kita jahiliyyah itu seakan berulang ke zaman ini?..Dahulu wanita jahiliyyah amat menjaga kecantikan, berhias xtentu hala, dedah sana, dedah sini, ke"tok"2 sana, ke"tok"2 sini (bunyi kasut mereka)..tetapi sesuailah dengan ke'jahiliyyah'an mereka.

Namun kaum hawa hari ini bagaimana?..

1) Tudung dah semakin singkat, "tudung ekspress".. macam2 fesyen. sudah hilang ciri-ciri tutup dada, ciri longgar2, ciri "xtransparent", "bonggol2 unta semakin terserlah", siap dijual di pasaran lagi. "eh, kire ok ape,pakai tudung"..hati menenangkan.

2) Baju jg begitu, semakin byk fesyen2 moden.. blouse pendek dilengkap "inner", baju kurung semakin "jarang", jahitan benar2 "ikut bentuk badan", belum lagi "t-shirt kecil saiz adik2 dan seluar ketat" ..terang saja mata-mata jejaka bila melihat.."xpe..fesyen la sikit, aurat msh jg".. jwb hati lagi.

3) Stokin sudah tiada dlm koleksi, atau mungkin ada sekadar utk solat, juga semakin kecil, pendek seperti budak2 tadika yg punya. Bangga dengan kaki yg berbagai2 warna dan rupa.. "rimaslah pakai stokin2 ni..nak simple je" tekadnya lg.

4) Kasut pula berbagai corak dan rupa.. berketak2..dari jauh sudah tahu kehadiran mereka. "style sikit.. high heel ni nampak ok dengan I" nasihat hati.

5) Perfume xmasuk lagi tu. Harum seharum kasturi, sampai 1 dewan, 1masjid berbau wangi. Macam2 jenama, sekali lalu, sekali berselisih si hawa, harum semerbak melekat kat baju org len, dewan bole harum, kelas bole wangi.. semuanya dengan bantuan insan bernama "hawa".

Wanita suka yang cantik,wangi,bersih dan kemas secara fitrahnya.. Bukanlah bermakna lelaki suka selekeh, pengotor dsb.Tetapi fitrahnya kaum hawa ini mempunyai 'sense' begitu. Cuba lihat bila mereka memakai baju merah, pasti serba-serbi merah, dari hujung rambut o tudg hingga jari kaki, walhal mata juga menjadi merah..hehe

Bukan itu yg menjadi persoalan kita, kerana agama menyarankan kebersihan, kecantikan dsb. Tetapi hari ini, kaum hawa tampil dengan gaya lebih ranggi, penampilan yg menyegarkan mata kaum adam, malah ditambah pakej lengkap iaitu 'suara yg merdu' dan godaan2 palsu..

Maka tidak peliklah jika hari ini akhbar2 dan televisyen menyiarkan perihal perempuan2 yg diperkosa, anak2 kecil yg dirogol, bayi2 tidak berdosa dibuang di jalanan, jenayah berleluasa dll.. Antara sebabnya, "kaum hawa" yg menjadi enzimnya.

Bukan merendahkan nilai seorang perempuan, seorang yg digelar mujahidah tika zaman Nabi dahulu. Tetapi kerana semakin hari kita ditujahi hiburan2 dan keseronokan dari media, sampai kita lupa, sebenarnya negara Barat sedang punya perancangan jahat dengan virus bernama "artis wanita".Mereka tahu, bahawa orang2 Islam akan ampuh dan lemah dengan hiburan, gaya, wanita2 cantik dan sbgnya.

Wahai Hawa, jagalah dirimu..jangan sia-siakan waktu mudamu.. Peliharalah auratmu sebagaimana agama syariatkan.. Jangan jadikan dirimu fitnah bagi lelaki, fitnah bagi dunia, jadikan malu dan tegar sebagai perisaimu..agar tidak mudah digoda sang lelaki jahat. dan agar dirimu juga tidak menggoda mereka.

~ Ya Allah, jagalah hati-hati kami, suburinya dengan iman dan taqwa, jangan sampai diri kami hilang malu dengan dunia, kerana hilang malu itu akan menjadikan kami "raja" kepada lelaki, jangan jadikan diri kami fitnah Ya Allah, kerana seisi dunia juga akan hancur dengan fitnahan kami.Tetapi jadikanlah kami hamba-hamba yg selalu membantu agamaMu Ya Rahman, menjadi 'tulang belakang' kepada perjuangan mujahid-mujahidMu.

- Nilaian wanita itu tinggi, jangan direndahkan nilaiannya, mahalkan dirimu, kerana dirimu begitu berharga =)

Mode : sedih lihat muslimat2 kini sudah semakin kurang malu di hadapan kaum adam, makan bersama, berkenderaan sama, segalanya bersama.. moga jadi muhasabah untuk memperbaharui diri ini.


Wallahu 'A'lam.

Wednesday, December 22, 2010

ROYAL DEBATE 2010..menjadi iktibar..

Assalamualaikum w.b.t

Begitu sibuk diri ini sepanjang minggu pertama, hehe..sibuk ke menyibuk?.. ye benar. sibuk dengan kelas2 sem ni. sibuk juga dengan tasmik, malah sibuk membantu sahabat2 di UTHM.

Sepanjang 5 hari berada di UTHM, Batu Pahat, Johor. Sekadar membantu yang termampu kepada sahabat dan adik2 junior. Bersungguh2 mereka mencari maklumat, sampai xcukup tidur menyiapkan teks.. itulah fenomena dalam alam perdebatan, melebihi saat peperiksaan..

-UIAM (A)..alhamdulillah, kalian memang terbaik!!..-

Kelmarin kejayaan di genggaman kita, hari ini belum tentu.. begitulah adat dan percaturan hidup. Pasukan Debat Arab UIAM kecundang untuk kali ke-2 di pentas semi final Debat Diraja ini. Begitu sayu, begitu sedih dan cukup mengharukan mendengar berita itu. Kebetulan aku di rumah abang ketika itu, mungkin tidak begitu mengalami tamparan hebat itu, namun diri ini juga merasai, kasihan..kecewa,..dan akhirnya redha dan doa..

-UIAM (B)..wow seriusnya..rileks3, team steady n hebat!!..-

Royal 2010 benar-benar memberi iktibar dan pengajaran, dengan sistem yang tidak teratur.. seakan sudah sinonim Royal dengan keserabutan sistem. Mungkin sudah lama perkara ini berlaku, namun tindakannya tiada. Masalah lain pula timbul dengan kekurangan hakim, hakim2 yang tiada pengalaman dalam perdebatan, jaulah (round) yang terpaksa dibuang, kekurangan komiti dan usher..dll.. semuanya memberi iktibar.Namun, adakah perkara ini akan berulang pada Royal akan datang??... tepuk dada tanya iman.

-UIAM (C)..steady and cool, pencapaian korang memang baik..-

Aku ke UTHM sekadar menyokong pasukan universiti, mereka yang berdebat pasti lebih merasai. Benar, takdir dan rezeki itu Allah yang menentukan. Manusia hanyalah berusaha dan merancang.. Kekalahan ini adalah rezeki terbaik yang Tuhan beri, kerana Dia yang lebih mengetahui.

Bagiku "Kalah dan Menang" bukanlah persoalannya, tetapi persoalannya adalah "Benar-benarkah kita ini berusaha memartabatkan bahasa syurga?.. andai masih timbul spekulasi ketidakadilan, konspirasi dsb.. Mungkin kita cemburu dengan "universiti itu,universiti ini".. "seteru universiti itu, universiti ini".. tetapi cuba kita renungkan kembali, andai kita sesama Islam sudah dengki-mendengki, tiada ketelusan dalam perbuatan, bagaimana persepsi bukan Islam?.. "mahu berbicara bahasa syurga, bahasa suci Al-Quran, tetapi adab dan akhlak kita tidak seperti apa yang kita bicarakan" ..sedar tak sedar, sebenarnya kita yang membangkitkan Islamophobia itu sendiri dalam diri, jangan menuding jari pada mereka-mereka yang bukan Islam sahaja, jika kita sendiri yang merosakkan nama Islam. Renung2kan dan fikir2kan bersama..

Sekian, sekadar tatapan bersama..Tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabat universiti yang berjaya, dan kepada mereka yang kecundang, berusahalah lagi. Seseungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan perbuatan hambaNya, kerana Dia amat merindui rintihan, pengaduan dan pengharapan dari hambaNya.

p/s : buat senior2 debater, bro.abu, kak huda..moga Allah balas pengorbanan kalian dengan balasan yang lebih baik.. buat debater lain..team a n team b, kalian adalah yang terbaik, alhamdulillah kalian telah melakukan yang terbaik untuk diri, universiti dan agama.. moga segalanya dibalas dengan kebaikan.amin.

Wallahu A'lam.


Thursday, December 16, 2010

Mengutip Hikmah

Assalamualaikum w.b.t.

Salam pertemuan kembali di laman fiqhullughah ini..salam hijrah 1432, salam tahun baru..
Sudah lama tidak menulis sepanjang cuti di kampung, memandangkan tiada kemudahan internet.

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..masih dikurniakan Allah nikmat melihat, menulis, mendengar, bergerak dan berjalan di muka bumiNya. Semester baru menjelma lagi, pelajar2 UIAM Gombak agak sibuk menyelesaikan pendaftaran kuliyah, add-drop subject, register manual, transfer credit etc.

Sekitar 3 minggu lebih di rumah, rindu sungguh bertemu sahabat2 di kampus.Pertemuan di awal semester, ada yang ceria dengan "result DL", ada yang sugul dengan "F", ada pula yang kecewa dengan result yang tidak seberapa. Namun, segalanya sudah tercatat di result slip. Kalimah-kalimah syukur yang perlu diucap pada diri. Andai hari ini berjaya, jangan lupa bersyukur padaNya, kerana Dia hanya meminjamkan kejayaan itu sementara. Andai kita gagal, bersabarlah duhai insan, kerana Allah ingin kita lebih berusaha, merintih dan meminta kepadaNya..

Minggu pertama di UIAM, melihat wajah-wajah baru, adik-adik baru yang berjalan berkumpulan, sibuk mencari dewan kuliyah, bilik pensyarah.."Moga mudah urusan mereka" doa di hati.Seakan masa berlalu pantas, tinggal beberapa semester utk menyelesaikan ijazah ini, namun diri terus bertanya .."Sudah banyakkah ilmu yang diperolehi?.. bagaimana amalan2 dirimu?.. adakah seperti mana ilmu yang dipelajari itu?.. SubhanAllah..Allahu Rabbi.. terlalu ampuhnya diri, terlalu kerdilnya di hadapan Tuhan, terlalu dhaifnya aku..

Semalam yang berlalu tidak akan kembali, hari ini dan akan datang selalu menunggu kita, untuk kita berubah..Tahun Baru Hijrah pasti akan muncul setiap tahun jika diizin Tuhan, tetapi diri kita masih begini..Ilmu masih terlalu sedikit, amal masih goyah, nafsu masih menguasai diri.. "Manakah jiwa seorang mujahid?..manakah ummat Muhammad yang mengharap syafaatnya itu?..manakah pula gelaran Muslim Sejati itu?..jika masih terus lalai dengan dunia, malas bangun malam hari, menangguh2 kewajipan diri, banyak berhibur dan ketawa, alpa dengan keseronokan zaman remaja ini..akhirnya akan terus begini..hingga nyawa menjemput kembali..

Dunia bukan matlamat kita semata-mata, tetapi mengapa kita masih enak dengan buaian dunia ini?..seakan lupa, mungkin esok, mungkin tahun akan datang, dunia ini akan hancur, lebur, tidak bersisa..Bangkitlah wahai jiwa, sehebat keimanan Bilal Bin Rabah, yang merintih dan menangis demi Tuhannya, yang memilih kesusahan menjadi hamba Allah berbanding menjadi hamba si Musyrik..Bangunlah wahai diri, sekental jiwa Asiah isteri sekejam-kejam manusia yang bernama Firaun, hidup dan matinya di penjara, bibir tidak kering mengucap zikrullah hingga akhir hayatnya..

Hikmahnya kehidupan ini, ujian yang menjadi intipati, perjuangan yang tak kenal henti..bukan untuk kita simpan, bukan untuk kita keluh-kesahkan, bukan untuk kita benci pada Tuhan.. Tetapi carilah hikmah atas kejadian yang berlaku itu, syukurinya dan redhainya..kerana jaminannya hanyalah satu, iaitu "Syurga"..


وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا أُولَئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Maksudnya : Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal soleh, Kami tidak akan membebani seseorang itu melainkan menurut kesanggupannya.Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya. (Al-A'raf : 42)

Wallahu A'lam.