Tuesday, July 27, 2010

Aku Khilaf..Ampunkan Aku..

Assalamualaikum w.b.t


Maaf dihulur buat pembaca sekalian,tidak sempat nak tulis benda2 ilmiah..banyak pasal aktiviti2 yg aku lakukan spanjg sem bermula..moga2 dpt dikongsi dan diambil yg positif..

Banyak 'ibrah dan istifadah (pengajaran) yang aku dapat sepanjg beberapa minggu di UIA ni.. Bermula dgn amanah sbg pelajar bahasa, ditambah dengan cabaran memahami hukum2 usul, mengingatkan diri agar lebih tekun mengulang kaji pelajaran dan membaca..

Minggu pertama pengajian, ditaklif dgn amanah yg benar2 mencabar mental dan fizikal.. memerlukan diri melayari internet sepanjg masa, membaca buku ilmiah, malam pula sibuk 'training'..Mase ni lah hidup caca marba (loghat utara) maksudnya kelam kabut..sume bnde xsempat nak buat..takut sungguh jd lalai..(wal 'iyazubillah)

Cabaran demi cabaran jangan pernah dihitung, tapi hitunglah usaha kita menyelesai cabaran itu..Dan xselesai cabaran andai kita jauhkan diri dari Tuhan..Jadi, ujian dan cabaran itulah didik diri kita agar lebih dekat dgn Allah Rabbul Jalil..

Semalam kita boleh menangis mengenang nasib diri, mengenang kutukan manusia pd diri, mengenang hati orang lain, saat itu kita datang menyinggah menemui Rabb dalam doa, dalam istiharah, dalam taubat, dalam munajat di malam hari..

Tapi saat senang datang kembali, saat gembira datang menguji, saat sedih mengundur diri, kita lupa Sang Pencipta, lupa Si Pembolak-Balik Hati, lupa Sang Penenang Hati, lupa Si Penyelesai Masalah..

Lupa sujud di pagi hari, lupa tahajud di malam sunyi, lupa tasbih dan tahmid memuji Ilahi, lupa istiharah padanya lagi, lupa segalanya kerana pujukan duniawi, godaan hati..

Ampunkan aku Ya Rabb..khilafnya aku diuji kesenangan dan kesibukan dunia ini..Sedang kehidupan akhirat yang kutunggu, yang kucari kerana ianya pasti..

Sungguh, saat bertemu Allah adalah saat yg paling berharga, saat paling indah, saat paling tenang, moga keindahan dan ketenangan itu kekal selamanya..

p/s : Esok hingga Selasa minggu hadapan perjuanganku dalam medan perdebatan..Moga Allah mudahkan urusanku, melancarkan lisanku, menajamkan fikiranku, membantu agamaMu..

Moga kami tidak pernah lupa untuk bersyukur atas nikmat dan ujian dariMu Ya Allah..

اللهُمَّ إِنَّا عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكِ، اللهُمَّ يَا مُقَلِّبَ القُلُوب ، ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ وَعَلَى طَاعَتِكَ

Tuesday, July 20, 2010

Terima Kasih Atas Segalanya Sahabat!!

Lagu dlm blog ni aku tujukan kpada kwn2ku yg diberi Allah ujian..sama ada ujian kegembiraan, kesedihan, kesenangan, kegagalan atau kejayaan..Hadapilah dengan tenang, penuh rasa syukur, kurangkan keluhan,perasaan terlalu gembira..mudah-mudahan Allah mengganjarkan kebaikan buat diri..

Juga khusus buat sahabat yang banyak menyokong, berkorban dalam segala situasi..Maafkanku andai selama ini aku pernah berkasar denganmu..Aku bukan manusia sempurna, pemikiran juga kurang sempurna, bicaraku bukan sempurna, perilaku bukan sempurna, tetapi aku bersyukur menerima cinta sempurna darimu..Cinta yg didasari dengan Ilahi, ukhuwah Islami..Terima kasih tak terhingga padamu..

Andai hari ini aku khilaf, semalam aku juga alpa, sedarkan aku dengan titah Ilahi..Jangan biarkan aku seronok menikmati dunia ini..Luruskan aku dengan kata-kata nasihatmu, agar diri sentiasa ingat pada Yang Satu..

Bingkisan ringkas buatmu,tanda kemaafanku, kasih sayang dariku..

Kubiar kalam berbicara..
Mengurai maksudnya di jiwa..
Agar mudah kumengerti..
Segala yang terjadi..
Sudah suratan Ilahi..

Kubiarkan pena menulis..
Meluahkan hasrat di hati..
Moga terubat segala..
Perasaan di jiwa..
Tak pernah kuingini..

Aku telah pun sedaya..
Tak melukai hatimu..
Mungkin sudah suratan hidupku..
Kasih yang lama terjalin..
Berderai bagaikan kaca..

Oh teman,maafkanlah diriku..

Oh Tuhan,tunjukkanku jalan..
Untuk menempuhi dugaan ini..
Teman maafkan jika kumelukaimu..
Moga ikatan ukhuwah yang dibina ke akhirnya..

Aku tidakkan berdaya..
Menahan hibanya rasa..
Kau pergi meninggalkan diriku..
Redhalah apa terjadi..
Usahlah dikau kesali..
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi..

Kubiar kalam berbicara..
Mengurai maksudnya di jiwa..
Agar mudah kumengerti..
Segala yang terjadi..
Sudah suratan Ilahi..

P/S : Kita pernah bersama menghadapi ujian kegembiraan, kemesraan, perjuangan yang tidak ternilai, moga2 kita bersyukur menghadapi ujian kedukaan dan pengorbanan..

"Allahumma ajirna fi musibatina, wakhlufna khairam minha"..

Thursday, July 15, 2010

Sem Baru Semangat Baru!!

Assalamualaikum w.b.t,


Sudah 5 hari aku naik semester baru, sem 1 2010/2011..Rasa macam baru je duduk rumah, tapi xsedar pulak dah 3bulan menganggur di rumah..Kelas pengajian di kampung dah diambil alih semula abang..he, kesian dy,kena banyak berkorban..mga Allah mudahkan jalan perjuangan dy..

Bermula hari Isnin lepas, 'registration' memg agak 'bad' bg kuliyah KIRKHS..Memg sume 'undergraduate' merasainya..dengan 'section' dibuka terhad, pelajar pula ramai..'intake' baru menjangkau 2000 orang..sedang 'lecturer' pula cuti,'study leave'..oh oh oh..benar2 menguji keimanan dan kesabaran kami..

Kebanyakan 'department' diserbu awl2 minggu ni..Tengok2 nak 'add subject' minor, siap pasang 'guard'..wow!!..memg gempak juga..jarang 'department' bwt gitu, excp dah teruk sgt, yela bebudak dok serbu ramai2..ponin 'pegawai2' dalam 'department' tu..'bosan xyah cakap la..hehe

Apa pun sumenya kena optimis, jalani hidup dengan sabar, jadikan diri sentiasa efisien utk cemerlang..awal2 ni, cari apa2 nota yg berkaitan, buku2 dibeli..kalau xmampu, pinjam tu lebih baik dpd taswir (fotostat)..lectrer pnah ckp spt "pencuri ilmu"..

Oh ye, malam Selasa lalu, aku ikut kuliyah agama yg disampaikan oleh Ust Fathul Bari..alhamdulillah banyak manfaatnya..antaranya mengupas adab-adab menuntu ilmu..Antara adab-adabnya :

1)Ikhlas Niat (niat yg ikhlas kerana Allah, xtermasuk malas hadir ke kuliyah sbb awl2 sem)
2)Husnul Istima' (Mendengar dengan baik..jgn melantak tido..hee)
3)Al-Fahm (memahami dengan baik, jika musykil digalakkan utk bertanya..jgn biar lecter ckp dengan 'tunggul kayu'..he)
4)Al-Hifz (menghafal,mengingat ilmu yang dipelajari..jgn bila nak exm baru tergesa-gesa hafal)
5)Al-Kitabah (menulis..buku dan pen adalah senjata utama menuntu ilmu..)
6)Al-Amal Bih (beramal dengan ilmu yg telah dipelajari..itulah kemuncaknya, perbezaannya antara org berilmu dan beramal dgn org berilmu tanpa amal)

Moga-moga kita sentiasa menjaga adab-adab menuntut ilmu, agar segalanya mudah..Untuk cemerlang adakalanya mudah, bagi org yg 'genius','bijak', cepat "pikap".. tapi utk smpai ke darjat org yg berilmu dan Allah meredhainya, syaitan takut padanya,masyarakat hormat padanya, dan seisi bumi dan langit mendoakannya, bukan perkara yg mudah..segala-galanya bermula dgn "NIAT"kerana Allah..

"Barang siapa yg inginkan beroleh kebaikan (dunia dan akhirat) hendaklah meng'faqih'kan diri dengan agama"-faqih ini bermaksud "memahami dgn sebenarnya"

Perolehi ilmu dengan "manhaj talaqqi"(belajar dgn syeikh)..dan amalkan ilmu mengikut sunnah Rasulullah S.A.W..moga2 sem baru ni meningkatkan semangat dan azam baru utk berubah menjadi lebih baik..

"Sesungguhnya solat kami,ibadah kami,pekerjaan kami di dunia, hidup dan mati kami hanyalah kerana Allah,tentukanlah jalan hidup kami, jangan Kau biarkan kami tentukan hidup kami tanpa hidayah dariMu.."

p/s: sedang bersiap nak ke "GO IRK" utk menyelesaikan masalah "register manual"..moga2 Allah mudahkan urusan hari ini dan akan dtg..

:Selamat dtg pelajar2 baru sem 1,belajar rajin2..tingkatkan diri utk terus maju

:Trainee ASEAN DEBATE : teruskan perjuangan kalian memantapkan diri, lakukan amal ini kerana Allah,jgn menganggap diri anda terlalu hebat dan terlalu yakin tanpa disandarkan kpd Allah..jgalah adab-adab utk mengkritik, jgn kerana mulut segalanya rosak binasa..

:Rakan-rakan seperjuangan : rinduku pada kalian terbalas setelah sekian lama xbertemu.. senior2 yg dirindui jua, rindu usrah bersama kalian, mga2 ukhwah kita selamanya..

:Senior2 yg dah 'grade': rindu pd telatah dan gurauan, ada rezeki kita bertemu lagi..

-Mahallah Hafsah, Sayyidul Ayyam, 8.15 pg, kesejukan angin di bumi UIAM-

Tuesday, July 13, 2010

Debat Antarabangsa Musleh 2010

Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca sekalian,

Sudah lama rasanya tak meng"update" blog ni.Sejak sibuk dengan kelas pengajian di kampung, rutin harian agak bertambah.Namun, alhamdulillah sejak naik semester 1 2010/2011 ni, momentum untuk meningkatkan diri semakin ada perubahan.Mudah-mudahan berterusan sampai akhir hayat.

Sedikit perkongsian, sebelum masuk semester 12 Julai 2010, 8 Julai muka ni dah terpacak di UIA.. Menerima jemputan membantu adik-adik debat di Hotel Putra, Jalan Tun Razak. Berulang-alik dari UIA ke Hotel Putra..haii letih sungguh, tapi gembira melihat semangat adik-adik debat memperbaiki kelemahan dalam bahasa arab. (diri ni pun turut meng"improve" kelemahan memandangkan duduk di rumah 3 bulan, otak dah tepu..hehe)

Program ni dah kali ke-2 gabungan IKRAM dgn sek swasta lain menganjurkan Debat Musleh ni.Alhamdulillah tahun ni aku dapat bantu adik-adik dari SMI HIDAYAH, SRI AYESHA, dan lain-lain sekolah, sambil2 mengingatkan diri aku juga.Kami (Debat Melayu, Inggeris, Arab) berusaha membantu adik-adik dengan kritikan membina, penerangan kaedah-kaedah dan peraturan yang perlu dilaksanakan dalam pertandingan.Mudah-mudahan mereka dapat manfaatnya.

Semangat adik dari SMIH A "ardul hujaj(bentang hujah)"




Junior minta tunjuk senior debater(k.safira) utk jd "ro'is hukkam(ketua hakim)"

3 hari kami bertungkus-lumus menjayakan program ni.Orang sibuk mengemas barang utk pulang ke UIA, kami pula pening pale mengira markah dan mengadili pertandingan.hehe..

Malam kemuncak, jaulah nisfunniha'ie (peringkat akhir) menampilkan juara bertahan (SMI Hidayah A) dan KISAS..nak kata sengit, xjuga..tapi, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan..alhamdulillah mereka dapat mengupas tajuk dengan baik, dan keputusan memihak KISAS..Tahniah adik-adik KISAS, teruskan perjuangan kalian..buat SMI Hidayah teruskan perjuangan kalian juga, jgn putus asa..

Akhirnya, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yg terlibat dalam program ni.Sebelum tu aku nak ucapkan "syukran jazilan" dan jazakillah khair" kepada melatidaisy sebab menganugerahkan "blog award" pada aku..


p/s :1000 credits buat ahli Kelab Debat Arab & Pengucapan Awam UIAM yang bertungkus-lumus menjayakan Debat Antarabangsa Musleh 2010. (Bro.Abu, K.Huda, Bro.Atiq, Badrul, K.Zhahirah, dan senior2 debat yang terlibat (K.Jannah, Abg Mas'ud, Abg Ikhwan, K.Yati, Bro.Hafiz, Mamu, K.Beah, K.Safira, K.ayu dll).Teruskan berbakti buat ummah tanpa menilai pengorbanan yg dihulurkan, mudah-mudahan balasan dari Allah..

: Buat peserta Debat Musleh 2010, jangan putus asa utk mencuba tahun hadapan bagi yg tidak berjaya, dan yang telah berjaya, jangan sombong utk terus memajukan diri,Insyallah kejayaan milik kalian semua.

"Jika kamu bersyukur, Aku akan tambahkan nikmat padamu, dan jika kau kufur (tidak bersyukur), sesungguhnya azabKu amatlah pedih"

Moga kita tergolong mereka yg sentiasa bersyukur..:)