Monday, August 16, 2010

Berpuasakah Kita??

Assalamualaikum w.b.t

Puasa tengok makanan pula..tahan nafsu tu..

Salam ramadhan yang ke-6, sempat-sempat menulis entri untuk diri dan pembaca setia,

"Puasa menahan diri dari makan dan minum,perkara yg dilarang Allah, menjauhi perkara sia-sia, perkara makruh dan yg membatalkan puasa" itulah takrif yg kita selalu hafal waktu sekolah rendah dulu.

Tapi kita recheck semula dari hari pertama sampai sekarang, betul-betul kita berpuasa??

Puasa perut memang senang, sekadar tahan minum dan makan dari sahur sampai buka..

Tapi belum tentu kita PUASA HATI..Betul x?

..pagi2 lepas sahur kita tido, "wah sedapnye tido lepas makan sahur ni" bisik hati. Last2 subuh ke mana, kuliyah pagi kelam-kabut dibuatnya.

..Lepas balik kuliyah xbuat pape, "yela nak makan,puasa..",ape lagi, kumpul cd2, tengok movie berjam-jam..berhenti sekadar nak solat fardhu, tu pun dah nyawa-nyawa ikan waktu solat..hu

...Orang sibuk nak khatam quran bulan Ramadhan, kita sibuk nak khatam movie..Allah..

..Malam orang ke tarawikh, kita sibuk sembang dari lepas buka dgn kwn2..melepas tarawikh..

..Solat fardhu teringat2 "buka ni makan apa sedap?.."..saat tarawikh kat masjid, dalam hati bisik-bisik, "ngantuknya, bila nak habis imam ni baca surah?..nak makan moreh lagi.."

..Waktu buka pulak, janji dgn teman lelaki, teman wanita "meh,buka sama-sama, jemaah kan dapat pahala" hati mengiyakan.

..Malam orang bangun qiamulail, kita sibuk bersembang sampai malam tentang "baju raya, kasut raya, kuih raya, persiapan raya..semua tentang raya, tiket balik kg xterlepas jua.."

..Bulan Ramadhan kita disuruh bersabar, menjg mulut, menjg hati..tapi sibuk mengumpat "lecturer lame sgt mengajar, tak tau ke ni bulan pose?.." mulut mula bising sesama kita..

..Nabi ajar buka dgn kurma dan air, kita berbelanja di bazar sampai nak bocor plastik beg, isi dalam tunggu nak keluar je.."bukan senang nak dpat makanan-makanan ni semua, bulan pose je ade.." hati berkehendak.

..Jadi, berpuasakah kita sebenarnya??...tidur banyak, makan kuat, solat malas, sembang banyak, surfing internet berjam-jam..cukupkah hanya tidak makan dan minum pd siang hari??

..Nafsu takkan mengalah, dia akan terus mencari mangsanya..siapa mangsanya??.. manusia yang lalai, alpa, lupa dengan janji Tuhannya..

..Kita bukan nabi yg maksum, kita juga bukan wali yg punya hati bersih, dan kita bukan malaikat yang sentiasa taat..tapi kita, manusia yg diberi kurniaan istimewa iaitu AKAL..

..Hati berkehendak, nafsu mendorong, akal membenarkan, maka selamanya kita tidak akan berubah, walau berapa byk Ramadhan Allah hadiahkan..

..Fikir2lah..pilihan di tangan kita, kita diberi peluang mentadbir diri, menuju redhaNya..

..Jadilah mereka yg berfikir, "ulul albab"..untuk mencapai darjat.. "al-abrar".. bertemu Tuhan di syurga abadi..ameen

-menunggu buka puasa
-bersiap siaga ke masjid

..اللهم إنا نسألك رضاك والجنة، ونعوذبك من سخطك والنار..

Thursday, August 12, 2010

Fikir..Fikir..Zikir

Assalamualaikum w.b.t

wah..banyaknya makanan,sume nak makan..!! (mungkin itu dlm hati budak ni)

Alhamdulillah, ramadhan sudah kita jejaki, 2hari berlalu.. pantasnya masa.. Tapi pantas jugakah ibadah kita??..fikir semula "dah masuk 3hari, tapi apa yg aku buat?"

Fikir,fikir dan zikir.. "bape jam aku tido sejak ramadhan ni?", "bape byk aku belanja utk makan buka?", "bape kali aku bgun utk qiamulail?", "dan bape pentgnya solat fardhu dr solat terawih aku buat?" semua persoalan "berapa",..dan pastilah jawapannya "bagaimana nk atasi.."Benarkah ramadhan bulan tido,bulan makanan dan bulan mengejar amalan baik?"

Semalam aku ke kuliyah agama yg disampaikan oleh Bro Sharif, pelajar engineering,yg m'gunakan bhasa inggeris..perkongsian ilmu yg amat berguna di samping zikir dlm bulan mulia ini..

Ingin aku kongsikan buat pembaca,

Ada seorg yg berlatar belakang bkn agama, mencari dan mengkaji apa yg berlaku sepanjang Ramadhan,inilah hasil pemerhatiannya..

1)
The Moon Sighting

-isu melihat "anak bulan" dan membuat penentuan hari berpuasa.. memandgkn Malaysia pnya sistem falak, maka 1Malaysia bersetuju dgn penentuan ahli falak.. Namun, berbeza dgn muslim di luar sana..
"sebuah kg berpuasa hari ini, sebuah kg lain berpuasa esok".. jd,fikir2..andai ada yg bertanya "bagaimana cara penentuan hari berpuasa itu?".."jgn hanya sekadar "dengar jelah pengumuman puasa di TV1"..oh fikir2kanlah, muslim perlu tahu bagaimana..

2)
8 VS 20 In Terawikh

-Ini isu yg xpernah mati dlm masyarakat..bercanggah, berpendapat sendiri, benci2 membenci dsb..kejadian di UIA sendiri, 1Ramadhan "lautan manusia membanjiri SHAS Mosque utk solat terawikh hingga level 4".. kita lihat .."wah, bagusnya!! mereka tidak sabar menanti Ramadhan.."bila fikir2 dan zikir.."di mana lautan manusia itu tika solat fardhu?..di mana mereka saat imam bertakbir pertama selepas azan dilaungkan?..yg mana lebih utama?..solat terawikh atau solat fardhu?.."sungguh manusia selalu lupa, prioriti mereka..bertekak mempertahankan 8 rakaat,20 rakaat yg sejam dua, tapi lupa 2rakaat subuh yg hanya 5-10minit..inikah madrasah ramadhan kita??

3)
Super Speed Terawikh

-Allah, tepuk kepala mendengarnya..
"ramadhan di awlnya rahmah, di pertengahan maghfirah dan di akhirnya selamat dr neraka" mafhum hadith.. itulah yg kita inginkan, tetapi..saat terawikh tiba, "2o rakaat tanpa henti spt pertandingan berlari dan bertutur 160km/j..Terawikh itu merehatkan diri, saat kita bertemu dgn Allah, bertutur dgnNya dgn hati yg tenang..supaya sunat terawikh yg dilakukan dlm Ramadhan mendidik kita melakukan solat2 sunat di bulan lain.."Ini ,mengejar 20 rakaat sunat, tetapi lepas ramadhan 1rakaat pun liat nk buat.. "Apa yg penting?..bukan kerjasama mcm WONDERPET.. tapi kualiti solat itu berbanding kuantitinya..

4)
Start Eating Food

-Ini juga kadang2 jadi penyakit bila datangnya Ramadhan..
"berplastik2 dok beli juadah buka, air ABC, cendol, soya.. tu baru air, makan lagi, nasi ayam dara, taufu fa, keropok lekor, sate, ayam percik..oh xmenang tgn dibuatnya.. si penjual plak sudah sedia awl, dari 3ptg,ada yg dr 12tgh sudah sedia menanti pelanggan..oh inikah ramadhan?.. seperti hari makanan sedunia.. Tidak salah beli semua itu, tetapi berpada-padalah.. jgn membazir,baik2 nak loss weight, jd high weight.. "Ramadhan hanya bulan yg mengajar kita sabar, rehat, jaga diet.. kalau bulan lain kita jg diet, kenapa ramadhan berbeza?.. jadikan ianya normal walau berbeza waktu makannya..

5)
27 Ramadhan Muslim

-Apakah maksudnya?..Ini juga penyakit,
"27 ramadhan yg ditunggu2 utk membuat amal sebanyak mungkin, beriktikaf di masjid, sehari bermastautin di masjid dgn segala pakaian dan makanan.. yelah, malam yg lebih afdhal dr 1000 bulan fikirnya.. jd 27 ramadhan dh start sungguh2 bwt amal di masjid.. sebelum dan selepas 27 ramadhan sunyi sepi isi masjid tu.. ada pula pattern malam2 ganjil terakhir ramadhan" ..mafhum hadith, nabi xtinggal 10 malam terakhir ramadhan..tp kita main skip2, yg xskip amik 27 ramadhan je..Fikir2 dan zikir.."adakah mencukupi hanya beramal sungguh2 pd 1malam shj?", "adakah kita tahu bila malam lailatulqadar itu?"sungguh, kita lupa..ramadhan xmengajar kita utk membanyakkan amalan tanpa istiqamah, setiap hari mengaji 1juzuk, atau berjuzuk2.. bulan lain nak buka quran pun susah..qiamulail berjam2, duduk berteleku berjam2, menangis bengkak mata, tetapi cukupkah hanya di bulan Ramadhan?..byk lagi kita bole bwt, senyum, zikir, tahmid, tasbih, bertegur dgn shbt2, mengingatkan shbt2..itu juga pahala, "Islam ask to do the best deeds, not a lot of deeds"

Akhir kalam,
"beramal dlm bulan yg mulia dgn sebaiknya, agar kita dpt beramal di bulan lain juga" Fikir..Fikir..Zikir..Allahu Akbar!

-bersiap utk ke Meeting Convest di HS cafe..program "Chocolate Pastry Fair".. Allahumma yassir lana kulli 'asir..

"Salam ramadhan, moga hari ini lebih baik dari semalam.."

Monday, August 9, 2010

Bicara Pagi Yang Indah

Assalamualaikum w.b.t


Oh apakah maksudnya ini?..hehe..sekadar mengagumi anugerah Tuhan..
Indahnya pagi spt mekarnya "mawar merah"..

Pagi yang indah ini, sempat-sempat aku menulis entri di blog..sebagai pedoman dan tatapan si pembaca..

Kisah ini terjadi di sudut pasar Madinah Al-Munawwarah (bandar yg bercahaya)..

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah duduk seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat.


Setelah kewafatan Rasulullah, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu dia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. dia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a. "أشهد أن لا إله إلا الله، وأن محمدا رسول الله"


Hebatnya sifat kekasih itu..walau dicaci,dihina, tetap sabar dan tabah..malah membalas dengan kebaikan..Moga2 sifat itu ada dalam diri kami Ya Allah.."teringat kisah zaman persekolahan dan universiti ini "selalu dimarahi kerana terlalu berbaik dgn org,seketika terfikir dan berfikir :"beralah bukan salah,tetapi mencari barakah"


"RENUNGAN DAN PERKONGSIAN"



"Bersyukurlah kepada sesiapa sahaja yg MENYAKITIMU hingga kamu berasa SEDIH..

kerana dia yang MENABAHKAN kamu..


bersyukur jua kepada mereka yang tidak MENGENDAHKAN kamu..

kerana dia yang mengajar kita BERDIKARI..

bersyukur juga kepada orang yang MENJATUHKAN kamu..

kerana dia yang MEMPERHEBATKAN kemampuan kamu..

begitu jua bersyukurlah kepada orang yang MENYIKSA kamu..

kerana dia yang MENGUJI KETABAHAN kamu..

Bersyukur HANYA PADANYA..


kerana DIA tidak akan sekali-kali menyakitimu..


Tidak akan menghampakan kamu..


Dan tidak akan meninggalkan kamu keseorangan.."

-ukhtie farhana-


P/S: Pagi ni ada presentation mabahith ahkam, tasmik dan midterm adillah ahkam2..Allahumma yassirlana kulli 'asir, waballighna fi shahri RAMADHAN..Ameen..


-menikmati roti dan kaya
-jgn lupa kismis "Tok Guru"..


Thursday, August 5, 2010

Demam ASEAN & Persiapan Ramadhan..

Assalamualaikum w.b.t

Sejak 2 hari kepulangan dari "Asean Arabic Debating 2010" Allah uji nikmat sihat..Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah..mga kerahmatanNya sentiasa bersama..

Kejayaan dan kegembiraan yang Allah pinjamkan sebentar sahaja, agar kita sentiasa bersyukur..lalu ditukar dengan kenikmatan untuk sentiasa mengingati Allah tatkala sukar..

Masih terkenang lagi, kelam-kabut ASEAN, menggantikan mansab (jawatan) sahabat yg tidak mampu bermain, pada 2 jaulah (round) di prelim..1 berlwn dengan team UIA A,1 lg berlwn dgn team USIM A..Allahu Akbar, tatkala itu hanya Allah shj yg tahu perasaan gementar, takut sungguh dengan mudakhalah (celahan) dr pihak lawan..tambah2 tiada lgsung maklumat dr internet tentg tajukالغرامة خير وسيلة لتهذيب أخلاق الشباب ، تدريس اللغة العربية بوصفها لغة ثانية في دول آسيان ضرورة2 " tajuk yg cukup mematikan rasanya, kerana bias pd pihak lawan..

Hati dipasak, semangat digagahi..terbayang di mata tika itu, mampukah aku berhadapan dgn pihak lwn??..mampukah aku menyampaikan kpd audiens dgn bahasa yg masih tidak betul??..mampukah aku meyakinkan team mates dgn "hujah bodoh2"?? sungguh, aku malu dgn mereka tika di dewan itu, bahasaku spt budak2 sek rendah..nahu dan sorof jauh sekali diperbetul..Namun, yg plg mengharukan aku, kepercayaan sahabat2 dlm team terhadapku, membiarkan aku mengurus kata-kata spnjg 7minit menyampaikan hujah.. alhmdulillah segalanya dipermudah Tuhan..

Benar, segalanya bermula dari hati.. hati yg ikhlas, cinta terhadap bahasa Ilahi mampu meyakinkan diri agar tampil di hadapan, membawa masyruk (projek) yg ingin disampaikan spt benar2 ahli parlimen yg begitu mempertahankan masyarakat dlm negara..Tika itu terbayang di fikiran, mungkin beginilah cara Tuan Guru Nik Aziz mempertahankan kerajaan Kelantan, Dato' Khalid Samad mempertahankan kerajaan Selangor, Dato' Zambery mempertahankan kerajaan Perak dan ramai lg ahli parlimen yg tampil di dewan parlimen mempertahankan suara masyarakat..

Aku terkesima sebentar, menerima berita baru-baru ini..Ada yang menganggap kemenangan adalah segala-galanya, kejayaan adalah segalanya.Bagiku kemenangan dan kejayaan tidak akan bernilai andai keberkatan dari Ilahi tidak dicapai..Dari mana keberkatan itu??..ya, dari beribu-ribu suara penyokong yg sentiasa mendoakan kejayaan, dari suara mudarrib yg tak henti-henti menolong dan menyuntik semangat..Dari hati yg benar-benar redha menerima segala ketentuan.. Itulah nilaian sebuah penghargaan, balasan sebuah keberkatan..InshaAllah..

Bersyukur dgn nikmat Tuhan bukan senang, benar dgn ucapan "ALHAMDULILLAH".. Namun adakah hati juga turut mengucap kata indah itu??..adakah hati juga turut redha dgn sebuah kemenangan atau kekalahan??..andai hati masih lg mempertikai, hati masih lg berburuk sgka dgn rezeki yg diberi Tuhan..sungguh, kita belum lg manusia pilihan Tuhan..

2 hari selepas diberi nikmat kegembiraan, Allah pinjamkan diri ini dgn nikmat kesakitan, agar sentiasa bersyukur..alhamdulillah..mengimbau dosa-dosa dan kekhilafan sepanjg ASEAN, diri tunduk akur, menginsafi kekesalan dan kejahilan.. sungguh, byknya dosa ini xterbilang.. kembalikan Ya Allah dengan hati yg benar-benar bersih,hati yg tidak bersangka buruk dgn Tuhan dan manusia..Hati yg sentiasa redha dengan ketentuanMu..

Kalam akhirku, kembalikan semangat utk menempuh Ramadhan ini,mengutip hikmah-hikmah yg tersembunyi di sebalik bulan mulia..Moga xterlepas malam lailatulqadar, moga hati sentiasa diberi kesabaran sepanjang bulan ini..Aku rindu saat berjemaah tarawikh di masjid, aku rindu saat tadarus,aku rindu saat Ramadhan itu..sampaikan hajat kami ini Ya Rabb..

Sedikit Renungan : "Hidup di dunia sekadar persinggahan..mencari bekalan menuju Tuhan.. rendahkan hati sepanjang perjalanan..agar TAQWA dalam genggaman.."

"RAMADHAN KAREEM, ALLAHUL MUSTA'AN"


Tuesday, August 3, 2010

..Alhamdulillah..banyaknya Allah bantu kami..

Assalamualaikum w.b.t

Syukur alhamdulillah kita dipertemukan kembali dalam laman yg dah bersawang..

Jutaan kesyukuran dipanjatkan buat Yang Maha Esa atas segala pertolongan di kala susah dan senang..

Hari ini perjuangan sebagai seorg pelajar baru bermula..

Di saat "Asean Arabic Debating 2010" memburu 5 hari yg lalu..

Alhamdulilah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Pengorbanan dan keletihan dibalas Allah dgn kejayaan yg tidak ternilai..


Membawa nama universiti bukan perkara yg mudah..

Melihat wajah2 rakan-rakan yg turut menyokong kami..

Usapan dan kata-kata tasyji' dari senior2 debat..

Alhamdulillah..sungguh, Allah benar2 mendengar doa hambaNya..

Walau hati begitu gentar menerima "mudakhalah"..

Namun, demi harapan seorg ibu, seorg abang, team mates (b) dan warga UIAM..

Azam dipasak, cubaan yg datang dihadapi demi cinta pada bahasa Ilahi..

Demi mengucap syukur atas anugerah berdebat di khalayak umum..

Ya Allah..jgn biarkan sifat takabbur dan riya' dalam hati walau sekelumit..

Rendahkan hati ini serendah-rendahnya..

Kami berjuang memartabatkan bahasaMu, ampunkan kami Ya Rabb..

Sesungguhnya kami lemah dan hina, Engkaulah sebaik-baik penolong..

p/s: Thanks a lot pd mudarrib yg disayangi, Assoc.Prof.Dr. Majdi Ibrahim, Dr.Salah Awadallah n Ust.Ibrahim Ahmad Al-Farisi atas segala penat lelah mendidik dan melatih kami..kenangan di bilik 319 xpernah luput dalam ingatan..

Terima kasih juga buat Prof.Dr.Rahmah yg byk memberi nasihat dan ingatan buat kami, mengingatkan kami agar jgn sombong dan riya'..insyAllah..pesanan doa darinya sentiasa lancar di mulut kami..alhamdulillah

Syukran Jazilan buat team mates UIAM (B) yang begitu mempercayai diri ini, Kak Aisyah Fauzi, Kak Nailah, Badrul Aini..seronok sungguh bersama kalian, nasihat dan tolak ansur dari kalian akhirnya membuahkan hasil yg terbaik..haza min fadhli rabbi..

Akhir sekali, xie xie sy ucapkan buat team mates (a) yang byk membantu memahamkan tajuk2 debat dan istilah2 yg agk susah, kami memg benar-benar baru, byk yg tak diketahui, terima kasih byk membantu..juga bwt senior debater Kak Ayu,Abg Ikhwan n Mamu yg sudi turun membantu..juga bwt sahabt-sahabt penyokong, warga Uiam, senior debater lain yg byk mendoakan kejayaan kami..syukur padaMu..

-6.50 a.m -Mahallah Hafsa 3.4 -Bersedia utk study subject pagi -Bumi UIA yg sejuk di pagi hari