Friday, October 29, 2010

Itukah Darjat Yang Terpuji??

Assalamualaikum w.b.t

Bagaimana 'en.iman' hari ini?..semakin memudar?..atau semakin bersinar?.. dah pudar, silalah berjumpa 'dr.taubat'..jika semakin bersinar, jgn lupa jumpa pula 'en.syukur'..

Seusai peperiksaan pertama, Introduction To General Linguistic. Usaha diteruskan lagi utk menempuhi ujian dunia yg berbaki 6 lagi.. Sering kali terfikir, begitu sukar untuk memahami, mengingati ilmu-ilmu Tuhan, mentadabbur ayat-ayatNya..sedang manusia lain, begitu mudah sekali, "sekali baca, dah ingat, dah faham..aku banyak kali baca, xfaham, xingat.." hati berbaur cemburu dengan ke'genius'an manusia lain.

En.Hati berkata : "Mungkin hati aku kotor, hati aku lalai, ibadah malas, banyak mengumpat lecturer, tinggal adab2 tuntut ilmu..". Si En.Nafsu pula membantah : "Tapi, mereka pun malas ibadah, ibadah lewat2, selalu bercakap buruk tentang manusia, lebih teruk dari aku, tetapi kenapa mereka tetap pandai..??".Bicara sunyi terhenti. En.Iman menggugah : "Siapa yg punya ilmu??..Allah @ manusia?..bila2 masa Dia akan ambil dari manusia. Kepandaian itu anugerah. selagi kita bersyukur, akan ditambah. Jika kufur, diazabNya. En.Iman meyakinkan lagi : "Allah tak melihat kekayaan ilmu manusia, kejayaan manusia dalam dunia, kepandaiannya semata-mata, tanpa adanya amal dan taqwa dalam dirinya."

Koreksi.insafi.istiqamah.dan bangunkan diri.menambah ibadah2 wajib dengan sunat.Usai sudah babak pertama. Diteruskan babak ke-2, usai solat subuh, mencari intipati ayat-ayat "Qiyamullail". Terima kasih Izzat dan Nisa' atas budi baiknya. Moga Allah memudahkan urusan kalian.

Intipati surah Al-Isra' ayat 79 :

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

Maksudnya : 'Dan bangunlah pada sebahagian malam serta kerjakanlah 'sembahyang tahajjud' padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari Akhirat di tempat yang terpuji''.

Disambung coretan ini, mencari intipati kalam-kalamNya.."ah. sudah jumpa.."


أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ (surah Az-Zumar :9)

Maksudnya : "(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadah pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya) : "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?".Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

Seimbas teringat kisah si alim yang dimuliakan Allah, dan ditakuti syaitan, dengan si abid yang jahil dan sia-sia amalannya sepanjang malam. "Amal tanpa ilmu, ibarat pak turut, ilmu tanpa amal ibarat langit xd hujan''.

-Istiqamah Membawa Barakah-


Tips-Tips Bangun Malam


1) Niat untuk bangun malam sebelum tidur.

من أتى فراشه وهو ينوى أن يقوم فيصلي من الليل فغلبته عينه حتى يصبح كتب له ما نوى، وكان نومه صدقة عليه من ربه

Maksudnya : "Barangsiapa yang ingin tidur, dan berniat bangun untuk mengerjakan solat malam, kemudian tertidur hingga pagi, maka niatnya itu dicatat sebagai satu pahala. Sedangkan tidurnya dianggap sebagai kurnia Allah yang diberikan kepadanya". (Riwayat Nasa'ie dan Ibnu Majah dengan sanad yang sahih)

2) Berusaha menghilangkan ngantuk, bangun dengan tenang dan membaca 10 ayat terakhir Surah Ali Imran. (190-200)

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ (190) الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (191) رَبَّنَا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ (192) رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ (193) رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ (194) فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ (195) لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلَادِ (196) مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ (197) لَكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا نُزُلًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِلْأَبْرَارِ (198) وَإِنَّ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَمَنْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِمْ خَاشِعِينَ لِلَّهِ لَا يَشْتَرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَئِكَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ (199) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 200

3) Dimulakan solat yang ringkas dan ringan.
Dari Aisyah R.A berkata :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قام من الليل يصلي افتتح صلاته بركعتين خفيفتين

Maksudnya : "Apabila Rasulullah s.a.w bangun malam untuk mengerjakan solat, beliau memulainya dengan dua raka'at yang singkat dan ringan". (Riwayat Muslim)

4) Mengejutkan ahli keluarga untuk mengerjakan solat malam.
Dari Abu Hurairah R.A, nabi bersabda :

رحم الله أمرا قام من الليل فصلى وأيقظ إمرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء. رحم الله أمرا قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها، فإن أبى نضحت في وجهه الماء

Maksudnya : "Allah memberikan rahmat kepada seseorang lelaki yang bangun malam untuk mengerjakan solat, lalu membangunkan isterinya. Apabila isterinya itu menolak, maka dia memercikkan air pada muka isterinya agar bangun malam. Allah juga melimpahkan rahmat kepada seseorang perempuan yang bangun malam untuk mengerjakan solat, lalu membangunkan pula suaminya. Jika suaminya itu menolak, maka dia memercikkan air pada wajah suaminya sehingga terbangun dari tidurnya". (Riwayat Abu Daud dan lain dalam sanad sahih)

Dari Ummu Salamah R.A bahawa Rasulullah S.AW. terbangun pada suatu malam, lalu berkata :

"سبحان الله ما ذا أنرل الليلة من الفتنة ماذا أنزل من الخزائن من يوقظ صواحب الحجرات يارب كاسية في الدنيا عارية يوم القيامة"

Maksudnya : "Maha Suci Allah ! Fitnah apakah kiranya yang diturunkan pada malam ini? Kekayaan apakah yang diturunkan pada malam ini? Siapakah yang suka membangunkan orang-orang yang berada di bilik-bilik tidur? Berapa banyak orang yang lengkap berpakaian di dunia, tetapi telanjang pada Hari Kiamat"

5) Apabila mengantuk, tidurlah dahulu sehingga hilang rasa mengantuk.
Dari Aisyah R.A, sabda nabi S.A.W :

إذا قام إحدكم من الليل فاستعجم القرآن على لسانهفلم يدر ما يقول فليضطجع

Maksudnya : "Apabila seseorang bangun malam untuk mengerjakan solat, kemudian terasa berat membaca Al-Quran sehingaa tidak menyedari apa yang sedang dibaca, maka sebaiknya dia tidur lagi". (Riwayat Muslim)

6) Mengerjakan sekadar kemampuan, jangan menyusahkan diri. Tetapi lakukan dengan tekun dan istiqamah.

Dari Abdullah Bin Umar, Nabi S.AW. bersabda :

يا عبد الله لا تكن مثل فلان كان يقوم الليل فترك قيام الليل

Maksudnya : "Wahai Abdullah, janganlah engkau meniru kelakuan si pulan itu! Dahulu dia suka bangun solat malam, tetapi kini dia meninggalkannya" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Aisyah R.A, nabi telah bersabda :

أي العمل أحب إلى الله تعالى؟ قال : أدومه وإن قل

Maksudnya : "Amal perbuatan apakah yang paling disukai Allah? Beliau menjawab : "Yang terus-menerus sekalipun sedikit".

Sekadar perkongsian rohani, moga beroleh manfaatnya bersama.

* Usai subuh
* Bersedia untuk sarapan
* Study Arabic Syntax 3



Monday, October 25, 2010

EXAM PERIOD

Assalamualaikum w.b.t

Just want to share, motivate myself and you too..


25/10/2010 - 9.00 a.m

Introduction To General Linguistic (Linguistik Am)


2/11/2010 - 12.00 p.m

Arabic Syntax 3 (Nahu 3)


8/11/2010 - 12.00 p.m

Introduction To Translation (Terjemahan)


9/11/2010 - 9.00 a.m

Evidence Of Legal Rules 2 (Dalil2 Hukum 2)


10/11/2010 - 9.00 a.m

Issues On Islamic Ruling (Perbahasan Hukum)

3.00 p.m

Survey Of Islamic History & Civilization (Sejarah & Tamadun Islam)


15/11/2010 - 9.00 a.m

Memorization Of Quran 4 (Tahfiz 4)


#Go.. go.. keep moving forward.. don't give up .. focus2, pray, trust...
insyAllah Najah.. amin

*Study Mabahith Hukm
*Do my notes
*Don't miss Dhuha Prayer

Saturday, October 23, 2010

Salam Imtihan

Assalamualaikum w.b.t

Buat sahabat-sahabat seperjuangan yg mengenali @ xmengenali diri ini..

Salam Imtihan dan Semoga Sukses Selalu
Berjuanglah Hingga Ketitisan Dakwat Terakhir

Doa buat kalian, doakan juga aku..maaf atas segala kesilapanku..

Bittaufiq Wannajah!!

Tuesday, October 19, 2010

Analisis Ringkas Tajuk Debat

Assalamualaikum w.b.t

..UIA (A) vs UIA (B)..oh xseronoknya saat ni..

Salam kembali..al-zahrawi hanya ingin berkongsi...seronok melihat rakan2 dan adik2 berdebat..aku bila pula?..hehe

-Tajuk debat semalam : "Kepentingan Mengiktiraf Hak-Hak Golongan Homoseksual"
*sekitar analisis sebagai hakim :

-jika dilihat secara amnya, pasti kita 'xsuka' mendengar dan melihatnya..
-namun, rasional dalam debat..melihat pro dan kontra dlm sudut ilmiah..
-jika dilihat pd sudut agama, pastinya sudah tertolak tajuk ini..

-Pencadang :

1) Masyarakat tidak peduli dengan hak-hak mereka sebagai masyarakat tempatan
-hak pelajaran, hak kehidupan, hak pekerjaan

2) Diskriminasi terhadap golongan ini menyalahi perlembagaan
- perlembagaan menyatakan 'hak sama rata antara masyarakat berbilang kaum'

3) Homoseksual bukan jenayah kepada negara
- mereka tidak melakukan jenayah..hanya menyalahi agama dan adat.. terdapat beberapa negara yang melindungi golongan ini. cth: amerika, britain.

4) Peningkatan kadar homoseksual membantutkan pertumbuhan negara
- pengiktirafan membantu negara meningkatkan ekonomi, membantu negara
mengesan punca dan penyelesaian masalah ini...etc : ahli politik, golongan
profesional, ahli muzik dpd golongan ini.

Pembangkang :

1) Pengiktirafan menyebabkan semakin meningkat kadar homoseksual
- Golongan biasa akan terpengaruh dengan golongan majoriti ini.

2) Homoseksual punca peningkatan penyakit-penyakit berbahaya (AIDS)
- 64% kematian disebabkan AIDS dpd golongan Gay..kadar AIDS meningkat
disebabkan peningkatan golongan ini. cth : washington.

3) Memusnahkan institusi keluarga dan merosakkan keturunan
- punca kejatuhan Rom dan Yunani (Greek) bila peningkatan homoseksual
- rosak hubungan suami isteri, adik-beradik dan anak-anak
- semakin berkurangnya generasi

4) Semua agama menentang homoseksual
- Islam, Buddha, Kristian..menentang golongan ini..digelar syaitan dunia

Kesimpulan : Setiap hujah punya rujukan dan dalil tersendiri, ada kebaikan dan keburukannya.
Kemenangan berpihak "pembangkang" kerana mempertahankan hujah dgn kuat.

Pandangan penulis : "Pengiktirafan homoseksual memberi musibah kepada manusia".. kisah kaum nabi Luth cukup memberi iktibar.. pengiktirafan juga menyebarkan penyakit-penyakit berbahaya.. dan byk lg kesan buruk.

Bagi mereka di luar sana, ketahuilah :

"Homoseksual atau kecenderungan kepada kaum sejenis bukan fitrah, bukanlah kerana mereka dijadikan bersifat sukakan kaum sejenis..tetapi kerana "keadaan, kebiasaan, pengaruh sekeliling" menjadi punca pesatnya pertumbuhan golongan ini..ianya merupakan "barah dan penyakit" dalam masyarakat..

..Kuatkan semangat dan keyakinan anda pd Pencipta, bahawa anda mampu mengubahnya..!!"

p/s : boleh lihat lebih lanjut diskusi tajuk ini di sini, situ, sana, sinun, sinin...

* bersiap ke kelas Intro To Translation
* Breakfast "milk low fat"
* sambil mengemas bilik

Sunday, October 17, 2010

..Setiap Langkah..

Assalamualaikum w.b.t

..apa yg penting?..kertas dan pen..

Sekadar mencoret sedikit. setelah lama tidak mencoret. kerana tidak konsisten berfikirkah? Hanya Allah mengetahuinya.

Pre-registration sudah berlalu. jadual final exam juga sudah muncul di laman web iium. tinggal diri yang perlu ditanya : bersediakah menghadapi ujian dunia?

Malam dihabiskan 'surfing internet' plus 'translate maqalah' plus 'main game' plus 'prepare presentation'.. Akhirnya 11.45 p.m aktiviti2 itu ditamatkan. bergegas mencari 'air penenang'. lalu masuk tidur.

Sebelum mata terlena. muhasabah. muhasabah. muhasabah. 'apa aku lakukan sepanjang hari. sepanjang minggu. sepanjang tahun. dan sepanjang hidup?.' terdiam. berdoa. agar ada peluang utk hari esok. menambah amal. menghindar dosa. mendapat keampunan.

Pagi yang hening.berusaha melawan nafsu. semangat digagahi. demi cinta pd 'sejadah'.demi kasih pd 'si pemberi ampun'. hari ini, peluang dipenuhi, agar dosa siang hari diampun di malam hari. Ya, hari ini. bagaimana esok??.. semangat yg sama?.. atau tatkala subuh yg akhir baru terjaga. wal'iyazubillah.. istiqamahkan diri.

Sepanjang hari. mulut beramah-tamah. tertawa suka. lupa menyakiti orang lain. lupa membuat dosa. lupa mengumpat 'lecturer'. lupa semua. dek terlalu suka dan ingin bercerita.

Quran. sering ditanya pd diri. terjagakah kalam suci itu?.atau sekadar menghafal dan terus lupa?.diulangi tidak setiap hari? dijadikan zikirkah setiap saat?.atau saat men'tasmik' dengan ustaz. saat hampir peperiksaan. baru dibuka, diulang, dibaca, dipetia. sungguh.tiada guna.mungkin dunia terlepas. akhirat belum tentu.

Solat berjemaah. sanggupkah berpenat lelah. berjalan ke masjid. tatkala manusia lain sibuk dengan duniawi. tatkala manusia lain diulit mimpi. 'air penenang' menjadi penyuci. langkah diatur ke 'rumah suci'. azan pertama.jemaah pertama. imam pertama. sanggupkah?.atau sekadar zuhur dan asar. yg lain di bilik. seorang diri. Sukarnya istiqamah diri.

Akhirnya. koreksi diri. setiap langkah itu ibadatkah?. setiap perbuatan itu zikir pdNyakah?. setiap detik yg berlalu penuh dosakah?.setiap saat. ketika .masa. akhirnya kita kembali. menemui Dia. Cukupkah amalan ini?. diterimakah?. atau hanya basah sejadah, tapi keluar masjid diulangi dosa ini.Ampun Ya Rabbi.

*bersiap ke kelas Intro To Translation
*moga mudah tasmik hari ini

Monday, October 11, 2010

Cinta Itu Maruah Manusia

Assalamualaikum w.b.t

-Amalkan bersama-

Dalam perjalanan ke Gombak Setia, menemani sahabat yg kurang sihat, diri ini berselisih dgn seorang sahabat yg baru sahaja pulang mendengar talk..tajuknya “Anda Bijak Jauhi Zina”.. anjuran Raudhatussakinah, pusat pemulihan akhlak remaja..terima kasih aini,wani dan k.izah.. jazakumullah kahir..

Aku bukan org yg selayaknya berbicara tentang cinta..Malah seringkali mengelak..Tapi kali ini aku rasa terpanggil, terdetik untuk berkongsi dengan para pembaca, setelah kebajetan manusia kini, dikuasai nafsu syahwat, hilang maruah dan harga diri, lalu anak yg tak berdosa dibuang merata-rata, akhirnya hidup dilalui di pusat Raudhatussakinah ini..Allahu Rabbi.. takutnya, sedihnya mendengar berita ini..

Benarkah cinta itu selalu sinonim dgn remaja? Apa ertinya hubungan lelaki dengan perempuan tanpa ikatan?..Cinta monyet, cinta pd wajahnya, cinta pd hartanya, cinta pd manis kata-katanya, cinta dia.cinta.cinta.cinta..orang yg menghadapi fasa ini, seakan lupa, hanyut, terawang-awang, lupa pada Tuhannya..benarkah???..hanya mereka yg menghadapi yg akan merasai.. Hebatnya panahan cinta.bukan menafikan fitrah ini.tetapi berhati-hati, berdoa agar dilorongkan pd CINTA syar’ie..

“Sejuknya mata memandang, wajahnya ayu, bertudung labuh, berjubah, inilah perempuan idaman aku..”..hati berdetik,tatkala melihat seorang muslimah lalu di hadapan mata. “Bersihnya wajah dia, tenangnya melihat dia, penuh dgn ciri-ciri lelaki idaman aku..” si perempuan pula bermonolog dlm hati melihat si jejaka..itulah NALURI, datangnya kerana fitrah..bukan kesalahan dan dosa jika bernaluri tanpa diundang..Tetapi Islam mengajar untuk menundukkan, mengawal NALURI itu agar jd hamba yg patuh dan taat pd Sang Pencipta…

..Bermula episod cinta, berkenalan di FB, bertemu di program2, 1 society, tersalah YM, berkenalan di kelas dan byk lagi..Saat berkenalan..

*Perbualan formal..berdiskusi tentang tugas, berbicara tentang isu-isu semasa, ilmu katanya..

*Perkenalan diteruskan lagi, sudah berani bertanya khabar..berkongsi cerita hidup, kisah2 silam, kenangan pahit & manis, bergurau senda..Handphone seakan tidak boleh berenggang, laptop dijengah berkali-kali..Semuanya ingin dikongsi, terasa indah hidup dihargai ‘si dia’..

*Saat berkenalan di SMS, YM, FB seakan tidak puas..bermula episod berkongsi cerita di telefon, berhabis duit, top-up tak sampai sehari dah habis..”tak mengapa..kerana ‘si dia’..”hati mengiyakan..

*Akhirnya, tak cukup dengan telefon, mengikat janji utk ‘sebuah pertemuan’.. mula2 ditemani ‘sahabat2’..lama-kelamaan banyak ‘benda rahsia’ yg ingin dikongsi, sahabat tolak tepi..hanyut dengan asmara dan cinta dia & aku..

*Pertemuan demi pertemuan…akhirnya…………(wal ‘iya zubillah)..

Itu kisah “pelajar2 biasa”..tapi lain pula ceritanya dgn “mereka yg islamik” katanya..

*Awal2 pertemuan, di program dakwah, dlm society, dalam nadi, dalam kelas, dlm fb...Mata jeling-menjeling, mengagumi kewibawaan seorang ketua, kerajinan ahli, kecekapan assistant, ketinggian ilmu, akhlak, agama ‘si dia’..

*Mesyuarat demi mesyuarat, pertemuan demi pertemuan..Hati semakin mengagumi, termimpi-mimpi..tapi dipendam rasa hati..”malu kalau 1 society tahu, malu kalau rakan2 tahu..bisiknya. Fikiran seakan sudah terpatri nama ‘si dia’, kdg2 menangis mengenangkan ‘si dia’ yg belum tentu dimiliki..

*Suatu hari, keberanian pun datang…..surat dilayang buat ‘si dia’..FB dicari, tekan button “add friends”..YM dicari lagi, tanya sahabat2 yg rapat dgn ‘si dia’.. SMS dihantar meluah isi hati, niat hati “mencari pasangan”..lupa perbuatan itu kdg2 mengundang murkaNya..

*Berkenalan berbulan-bulan, akhirnya mengikat janji pertemuan…’ malunya, nak jumpa ‘si dia’, selama ni jeling-jeling, usha dari tepi je..hati berbisik, berbunga-bunga rindu dan cinta..

*Pertemuan di kwsn lapang, ditemani kwn2, yela takut jadi fitnah..ada juga yg terus ke rumah, ditemani abg2 o adk2, bukan dlm rumah..tapi tepi pagar, depan pagar rumah.. “xpe..mak ayah tahu..”hati yg sedang berbunga rindu, xdapat dibendung lagi..

*Pertemuan demi pertemuan…akhirnya..ke alam PERNIKAHAN??..atau terhenti di separuh JALAN??..

“Sabda Rasulullah s.a.w : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali NIKAH” (Riwayat Ibnu Majah)

Cinta adalah maruah manusia, terlalu mulia..Jangan jadikan CINTA itu fitnah.. bercinta untuk sampai ke SYURGA..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..” (Al-Baqarah : 216)

Allah..akhirnya,xsgka aku menulis post kali ini tentang ‘CINTA’..Apa pun, harap ambil iktibar atas kejadian dan perbuatan di dunia ini..Yang masih terjaga, berdoalah selalu agar ujian CINTA tanpa syar’ie ini tidak dihadapi..Yang sedang menghadapi, berhati-hatilah agar tidak mengundang murka Ilahi, binalah CINTA keranaNya, halalkan caranya, pasti hidup bahagia..Yang sudah terlanjur, bertaubatlah,carilah CINTA Ilahi, mohon ampun dariNya dan jgn sekali-kali mengulangi..Allah Maha Pengampun..

“Ya Allah.HambaMu telah tersesat jalan.Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini..”

“Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.Berilah kekuatan kepada kami untuk menghadapi godaan keremajaan ini.Anugerahkan kepada kami perasaan benci kepada maksiat.Hiasilah diri kami dengan akhlak yg mulia.”

“Ibu dan ayah…anakmu berdosa..Kalian menjagaku sejak kecil dengan kasih sayang.Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain?..Oh Tuhan, AMPUNKANLAH hambaMu yang berdosa ini..”

P/S : Buat sahabat yg mengenali diri ini..maafkan aku jika ada perbuatanku yg mengundang fitnah, kemesraanku yg membuatkan salah sangka, tegurlah diriku pd kebaikan..Berdoalah agar Allah membalas CINTA kita, menghidupkan kita dengan CINTA bersyariat, mengurnia insan yang hatinya mendamba CINTA Allah dan Akhiratnya dan mengurnia anak2 terCINTA sbg penyejuk mata..ameen

-اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا يَا كَرِيمَ-

Wallahu ‘A’lam..

-Mawar penyeri berduri-

*usai menikmati ‘keropok lekor & pisang goreng’

*mencari mood menterjemah dan menyiapkan nota

Tuesday, October 5, 2010

IMAN, HATI & AKAL

Assalamualaikum w.b.t

"Manusia menilai dengan zahir, tetapi Allah menilai dengan hati"

Selamat kembali ke laman sesawang "fiqhullughah".. laman yang tidak seberapa jika dibanding laman rakan-rakan lain.. Sekadar perkongsian diri, mencetus idea, menambah iman kita bersama..
Post kali ini bukanlah mengguris atau menyindir hati sesiapa, sekadar mengingatkan diri kita yang selalu lupa dan lalai.. marilah kita mengambil yg positif..

Minggu lalu agak sibuk dengan program, asgnment yg masih berbaki.. InsyAllah, perkongsian sekadar mencari nilai dan 'ibrah dari setiap kejadian dan setiap apa yg kita lakukan.

Sedikit intipati ayat :

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي
الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ ال عمران :159

Maksudnya : Maka dengan apa yang diilhamkan Tuhanmu (sifat kelembutan hati) pada dirimu (Rasulullah) terhadap mereka, jika engkau berkeras hati, nescaya mereka tidak mendekatimu, maafkanlah mereka, ampunilah mereka, dan berbincanglah( mesyuarat) dengan sebaiknya pada perkara itu. Maka apabila kamu sudah berusaha (berbincang), bertawakkal (berserahlah) pada Allah.Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal. (Ali Imran : 159)

Ayat ini menjadi ibrah bagi kita, terkadang saat kita berurusan dengan manusia, saat kita berprogram dan bersahabat, sering kali timbul salah faham, sering kali timbul rasa tidak puas hati, sering kali juga tidak ikhlas dalam berurusan..

Berbalik kepada hikmah Allah menciptakan hati..Hati yang keras, hati yang lembut. Hati yang tenang, hati yang gelisah. Hati yang ikhlas, hati yang memberontak. Hati.Hati.Hati. Apakah rahsianya penciptaan hati?..Konklusinya mudah..HATI-HATI..

ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهي القلب

"Ketahuilah, bahwa dalam tubuh manusia terdapat segumpal (daging), yang kalau segumpal daging itu baik maka akan baik seluruh (anggota) tubuhnya, dan jika segumpal daging itu buruk maka akan buruk seluruh (anggota) tubuhnya), ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati (manusia)"


Ada pepatah menyebut, hati sebagai raja, akal sebagai perdana menteri.. mereka saling melengkapi, andai raja hilang..hilanglah arah sebuah negara, andai perdana menteri tiada, tiadalah juga mereka yang mengawasi arah pergerakan negara itu..

IMAN,HATI & AKAL.. saling melengkapi, indahnya iman disulami hati-hati yang sentiasa mengingati Allah, indahnya iman juga kerana adanya akal yg mengawasi kehendak hati.. pokoknya IMAN..

3 instrumen ini membuahkan TAQWA, cuba kita koreksi intipati HATI-HATI..inilah definisi yg diberikan oleh Saidina Umar.R.A ketika ditanya sahabat tentang taqwa.."Taqwa adalah seperti kamu berjalan di atas duri-duri yg tajam"..

Manusia xkan terlepas dari serangan nafsu, emosi, perasaan, kelalaian, dsb..namun, manusia boleh melepasi halangan itu semua, dengan HATI-HATI (taqwa)..

"Hati-hati bercakap. Hati-hati menilai perbuatan org. Hati-hati memahami manusia. Hati-hati bersangka pd manusia. Hati-hati memilih jalan kehidupan. Hati-hati dengan dosa.Hati-hati menegur org. Segalanya penuh hati-hati.. agar kita tidak mendapat kemarahan manusia, agar tidak membosankan manusia, agar tidak menyusahkan manusia dan paling penting, agar kita tidak mendapat kemurkaan Tuhan"

Akhir kalam, Iman menemukan kita dengan saudara,sahabat.. Hati menemukan cinta mereka, Akal mengawal dari mengguris perasaan mereka.. Namun acap kali kita diuji dengan Nafsu, yang cuba memporak-perandakan keikhlasan bersaudara.. Neutralkan hati. bersangkalah baik. pasti ganjaran baik buat kita.

أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله

Ertinya: 'Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan.'
( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban)


-Maskot Convest '10'..chocolate fair dalam kenangan-

P/S : Jutaan kemaafan buat Head Comm PR Choc Fair 2010, Sdr.Nur Mohamad Adli, terima kasih atas pengorbanan & komitmen... manusia penuh kekurangan,kelemahan dlm menilai,tetapi yakinlah, keikhlasan menerima sebarang keburukan dan kebaikan seseorang, pasti diganjar Tuhan..Buat Sdr.Rukaini, terima kasih atas bantuan dan ketenangan yg diberikan,moga ketenangan itu membantumu menuju Tuhan.. Sdr.Ammar, cukup terhibur dengan celotehan dan nyanyian, terima kasih atas nasihat2..


Sdri.Diyana, terharu dengan kebaikan hatimu, kesudianmu m'jd pendengar, kerajinanmu, xmampu kubalas, moga ukhwah kita selamanya.. Sdri.Nasuha, sungguh beruntung dikurnia adik kecil ni, pandai menghibur, sering membantu walau kdg2 bosan.. maafkan diriku, Sdri.Ienna.. terima kasih segala bantuan, agar dirimu sihat selalu.. Sdri.Asma dan Faridah.. sepasang merpati, hehe..yg sukar dipisah..terima kasih atas galakan, bantuan dan komitmen.. maaf jika ada kekurangan..Dan pada semua komiti Choc Fair 2010..maaf dan terima kasih buat semua!!

-Indahnya saat bertemu kalian..committe chocolate fair '10'-

"Kadang-kadang tiada siapa yg perlu dipersalahkan, tetapi keadaan yg merumitkan.."

* bersiap ke kelas Intro To Translation
*Moga hari ini lebih baik dari yg lalu