Friday, December 16, 2011

Perjalanan Tanpa Henti

Assalamualaikum w.b.t

Salam kembali,

Menyusuri jalan penuh liku dan duri,
Terkadang mengingatkan diri agar tunduk menginsafi,
Langkah demi langkah disusun menuju Ilahi,
Moga masih ada peluang mendekatiNya lagi...

Nafas seakan sukar didengar ritmanya,
Namun masih kedengaran helaan putus asa,
Jangan dihirau kata-kata mereka,
Andai kau masih dipandu jalan taqwa...

Mencari diri, mengkoreksi sebuah perjalanan,
Andai jatuh di persimpangan,
Andai onak dan ranjau menjadi halangan,
Pasti rahmatNya di genggaman...

Seakan terdengar kalimah 'jihad fi sabilillah',
Sayup-sayup suara memanggil di seluruh arah,
"Bangunlah, perangi musuhmu sampai berdarah!!"
Kerana janji Tuhan bukan pada yang mengalah...

Memuhasabah, mencari arah, mendekati sirah,
Tuhan tidak akan mengujimu tanpa lelah,
Dia yg Maha Tahu & Maha Ar-Rahmah,
Setiap detik, setiap perkara sudah tercatat di Al-Izzah...


~Ya Allah, berikanku kekuatan dan kesabaran menghadapi segala ujian, mensyukuri setiap nikmat yg Kau limpahkan~

Wednesday, December 14, 2011

ما قال العلماء

وَإِذَا تَلَذَّذْتَ فِي المَعْصِيَةِ

Jika engkau merasa lazat dalam kemaksiatan


فَإِنَّ اللَّذَّةَ تَزُولُ

Maka sesungguhnya kelazatan itu akan hilang


وَالِإثٍمُ يَبْقَى


Dan dosa itu kekal



وَإِذَا تَعِبْتَ فِي الطّاعَةِ

Jika engkau merasa penat dalam ketaatan


فَإِنَّ الطَّاعَةَ تَزُولُ

Maka sesungguhnya ketaatan itu akan hilang


الأَجْرُ يَبْقَى
Dan pahala itu kekal

Saturday, December 10, 2011

Mutiara Kata dari Al-Mawdudi



“..aku lebih baik menyerah jiwa ragaku kepada Allah daripada mengemis kepada seseorang pemerintah yang zalim. Jika memang Tuhan menghendaki, maka dengan ikhlas aku menyerahkan jiwa ragaku ini. Tetapi jika bukan dengan kehendakNya, apa pun yang diperbuat, mereka tak akan dapat melakukan sesuatu pun atas diriku..!”.

Berhati-hati

Assalamualaikum w.b.t


Salam tahun baru buat sahabat2,


Sudah lama tidak menulis....

Sedikit perkongsian yg dipetik dari buku karangan Syeikh Abul 'Ala Al-Mawdudi Rahimahullah


(Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini)



ANTARA TAKTIK MUSUH ISLAM


Saudara-saudara yang budiman,


Andainya penjajah barat merampas harta benda kita, memeras kekayaan negara kita,
membunuh, menghapuskan anak cucu kita habisan-habisan dan memusnahkan rumah
tangga kita, maka kezaliman seperti itu tidaklah seburuk atau sejelik-jelik natijah jika
dibandingkan dengan kezaliman yang mereka lakukan terhadap kita dalam bentuk
menaburkan racun-racun tamaddun kebendaan, kebudayaan dan pengetahuan sains
yang mengingkari kewujudan Tuhan dan moral akhlak yang runtuh. Apa yang dapat
kita lihat dibuat oleh musuh-musuh Islam itu ialah contohnya:


PERTAMA : Merombak sistem pelajaran dan pendidikan adalah antara menjadi tujuan
penjajahan . Setiap kali berjaya menguasai sesebuah negara Islam, mereka biasanya
terus menghapuskan sistem pelajaran dan pendidikan kita jika mereka mampu. Atau
mereka akan jadikan orang-orang yang berkelulusan menurut sistem pelajaran kita
tidak ubah seperti barang yang tidak berharga dan seperti suatu benda yang hanya
layak ditempatkan di dalam tong sampah.


KEDUA : Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan
cara yang halus. Mereka tidak akan membiarkan bahasa umat Islam yang telah ditawan
itu mempunyai nilai yang tinggi. Mereka singkirkan bahasa-bahasa itu agar tidak
digunakan dalam bidang pelajaran dan pendidikan. Mereka juga tidak akan
mengekalkan bahasa tempatan sebagai bahasa rasmi dalam sektor pentadbiran negara.
Mereka kuatkuasakan bahasa mereka menjadi bahasa rasmi di dalam urusan
pendidikan dan pentadbiran negara sebagai pengganti bahasa yang telah dimusnahkan
itu. Taktik-taktik yang kotor itu telah pun diamalkan dalam negara-negara Islam oleh
semua penjajah barat seperti Belanda, Inggeris, Perancis dan Itali. Begitu juga Russia
dan China. Seolah-olah mereka semua telah mengadakan persetujuan bersama dalam
mengunakan taktik ini.


KETIGA : Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam. Penjajah barat telah
mencipta dalam negara-negara Islam melalui cara yang amat halus suatu generasi baru
yang jahil tentang Islam yang suci. Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat,
sejarah Islam yang agong dan tamaddun mereka yang hebat. Ini hanyalah satu sudut,
manakala sudut lain pula generasi ini telah dicelup aliran pemikiran nya sehingga caracara
berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kacamata
materialisma barat. Dari generasi yang berhaluan barat ini tumbuh pula generasi baru
yang lain, yang sudah dapat dipastikan generasi yang belakang ini akan lebih lemah
lagi pegangannya terhadap ajaran Islam dibandingkan dengan generasi sebelumnya.
Mereka lebih kuat dalam mempertahankan tamaddun barat, lebih cinta kepada
kebudayan barat dan lebih yakin terhadap falsafah barat yang berkaitan dengan
kehidupan manusia.


MENIRU GAYA HIDUP BUKAN ISLAM


Sesungguhnya kemerosotan pemikiran generasi ini telah sampai kemuncaknya :
PERTAMA : Meniru bahasa dan gaya hidup penjajah. Mereka menganggap bahawa
bahasa sendiri adalah satu keaiban sementara bercakap dalam bahasa penjajah satu
kebanggaan bagi mereka. Ada di antara mereka yang merasa gelisah disebabkan
mereka adalah orang-orang Islam sedangkan para penjajah adalah orang yang fanatik
dengan ajaran kristian. Ada pula orang-orang Islam yang merasa bangga kerana mereka
menyeleweng dari landasan Islam; disebabkan kebutaan mereka terhadap hukum-hukumnya.

Mereka merombak tamaddun Islam yang luhur ini dengan segala makian
atau tuduhan. Mereka menganggap dengan berbuat begitu, itu adalah cara untuk
menambahkan kemuliaan, meningggikan kedudukan dan status mereka dalam
masyarakat. Padahal penjajah-penjajah barat tetap merpertahankan peradaban dan
tradisi mereka yang lapuk dan berpegang teguh dengan akidah mereka yang lemah.


KEDUA : Meniru pakaian dan fesyen penjajah. Sedangkan penjajah tidak pernah suka
memakai pakaian orang-orang Islam. Mereka tidak pernah mengikut tingkah laku
kehidupan orang Islam walaupun hanya sekejap, sekalipun mereka hidup dalam negara
ummat Islam seumur hidup mereka.


KETIGA : Meniru cara makan atau minum dan adat istiadat penjajah. Golongan yang
berhaluan barat tanpa merasa malu berusaha untuk meniru cara hidup orang-orang
barat dalam semua aspek - kecil dan besar. Bermula dari cara makan dan minum
mereka sehinggalah kepada adat istiadat seperti cara berdiri dan duduk. Akhirnya
mereka masuk ke dalam setiap lubang yang dimasuki oleh orang-orang barat, sekalipun
ketika mereka berada di negeri-negeri mereka sendiri (negeri-negeri Islam). Bukan
setakat itu sahaja, bahkan mereka merpertahankan cara hidup barat dan mengikut
semua peninggalan mereka. Mereka telah terhidu fahaman kebendaan (materialisma),
idealisma (fikiran yang tidak mengaku kewujudan tuhan) seperti nasionalisma jahiliah,
pergaulan bebas, berbogel (mendedahkan aurat) dan mabuk.


KEIMANAN ORANG YANG TERPENGARUH DENGAN BARAT


Sesungguhnya fikiran mereka telah diresapi fahaman bahawa "..segala sesuatu yang
datang dari barat adalah benar dan betul, wajib dipercayai dan diikut.

Mempraktikkan cara barat adalah di antara tanda-tanda orang yang maju. Menentang cara barat disifatkan sebagai golongan kolot, mundur, bodoh dan tolol, menentang kemajuan dan lain-lain tuduhan, padahal sebenarnya mereka itu adalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidakmengetahui.


TEKNIK MENGANGKAT TARAF ORANG YANG JAHIL TENTANG ISLAM

Wahai saudara-saudara yang dicintai sekelian,
Di antara taktik penjajah yang licik dalam usaha mereka memerangi ummat Islam ialah
dengan cara; setiap orang Islam yang mula mendapat menerima celupan barat dan
menjauhi ciri-ciri Islam akan segera diberikan kedudukan yang tinggi dalam
masyarakat. Mereka akan di beri kedudukan di pejabat rasmi pentadbiran samada
sebagai pegawai awam atau tentera. Mereka mendapat keistimewaan dalam lapangan
politik dan sosial. Kemudian mereka inilah yang menjadi pelopor gerakan politik dan
mereka jugalah dipilih sebagai wakil ke parlimen. Pendek kata mereka inilah yang
mendapat keistimewaan dalam masyarakat.

Apabila gerakan kemerdekaan mula bangkit, dan kemerdekaanpun tercapai, maka
biasanya tampok pimpinan pasti kembali ke tangan mereka ini. Oleh kerana mereka
adalah orang-orang yang menguasai bahasa dan tabiat penjajah, maka mereka itu
merupakan manusia yang paling dekat dengan penjajah.


Oleh yang demikian, takkala bayang penjajah mulai hilang dari negeri-negeri ummat
Islam, bila belenggu-belenggu penjajahan dapat disingkirkan, negara-negara Islam
mencapai kemerdekaan, maka tampok pemerintahan dan kuasa memutuskan undangundang
(kekuasaan mesyuarat tertinggi ) berpindah kepada golongan ini. Ketika itu
jadilah mereka sebagai pengganti penjajah di bumi ummat Islam.

Bermula dari kekuasaan penjajah bertapak di negeri-negeri Islam sehingga mereka
mengangkat kaki meninggalkan bumi itu, sejarah penjajahan ini mengandungi
berberapa perkara yang perlu diketengahkan, terutama ketika kita sedang mengkaji
tentang suasana dan masalah yang sedang berlaku di negara-negara Islam. Kita tidak
boleh memahami dan menyelesaikan permasalahan ini secara meyeluruh sekiranya kita
tidak mengkaji terlebih dahulu tentang kesan-kesan yang ditinggalkan oleh penjajah.


~ Membersihkan pemikiran barat dan budayanya bukan mudah, namun andai Muslim bangkit bersatu dgn jalan lurus, pasti ada jalannya~


Sunday, September 11, 2011

Selamat Kembali

Assalamualaikum wb.t


Selamat kembali kepada warga UIAM. selamat meneruskan perjuangan di Taman Ilmu Dan Budi ini. Sudah lama tidak menulis di blog ini, sepanjang cuti, internet agak bermasalah.


Alhamdulillah, sem telah bermula, azam baru, semangat baru..moga2 cita2 tercapai. Jadual kelas juga telah disusun, masuk tahun 4 ini kelas semakin condong waktu petang dan malam. La haula wala quwwata illa billah, mudahkanlah urusan dunia & akhiratku.


Perjalanan hidup perlu diteruskan, walau badai yg datang, walau besarnya ujian. Manusia hanya berperanan sebagai hamba, memikul tanggungjwab yg diamanahkan oleh Tuhannya. Moga2 diri kita sentiasa teguh menjadi hamba yg benar-benar soleh.


Sekadar ingatan buat diri yg lupa, "Apabila kita meminta kekayaan, kefakiran pula yg datang, apabila meminta kemuliaan, kehinaan pula yg diberi, tetapi apabila manusia meminta kesolehan, maka Allah akan memberi kesemuanya, kekayaan, kemuliaan dsb."


"Memegang segulung ijazah bukanlah satu kebanggaan, namun di situlah bermulanya tanggungjawab buat ummah, apalah gunanya ilmu setinggi langit andai tidak diajarkan kepada yg lain dan diamalkan"


Maksud hadith, "Janganlah kamu iri hati kecuali dgn dua orang, mereka yg mempunyai harta, dan digunakan hartanya membantu org lain, dan orang yg dikurniakan ilmu @ hikmah, diajarkan dan dimanfaatkan kepada diri dan org lain"


Betulkan niat di setiap amal, ibadah dan perbuatan di dunia ini. Sesungguhnya mereka yg rindu bertemu Tuhannya, mereka akan melakukan amal kebaikan di dunia, bertaubat atas dosa-dosa silam..kerana di hatinya hanya kenal cinta yg Esa.


Wallahu A'lam.


"Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat sahabat2 yg mengenali diri ini..jgn lupa pose enam(^_^)"

Sunday, July 3, 2011

Sebuah Perjalanan

Assalamualaikum w.b.t



Salam kembali setelah sekian lama menyepi,


Latihan praktikal di Maahad Johor semakin lama menuju garis penamatnya. Seakan baru menjejak kaki di sana, namun tggal 2 minggu lagi untuk melangkah keluar. Pengalaman demi pengalaman dikutip sebagai ibrah, ilmu yg sgt2 berguna.


Melihat anak-anak didik yg masih tenang menghadapi saat peperiksaan yg tinggal beberapa bulan lg, hati ini pula yg semakin bimbang. Syafawi, surah2 yg perlu mereka hafal, ditambah madah2 yg belum sepenuhnya mereka kuasai, semuanya itu memerlukan kesabaran dan keikhlasan kami sbg guru membantunya. Namun, biasalah, yg cepat sedar kelemahan, mereka akan mencari, bertanya, belajar dengan rakan, guru2.. Bagi yg tidak?? Allah..adakah pintu kegagalan yg mereka hampiri?


Muhasabah buat diriku, agar sentiasa menghargai masa yg ada dengan ilmu dan amal. Bukan mudak utk berjaya, segalanya perlukan taruhan sebuah pengorbanan dan kesungguhan. Marah guru.... rajuk guru...renungan mata guru.....nasihat guru.... semuanya demi kejayaan si anak2.... namun, adakah anak-anak ini menyedarinya??..belum tentu dan bukan semua..


Aku selalu berfikir, adakah pelajar gagal kerana sistem pendidikan yg terlalu mementingkan exam-oriented? adakah kerana guru2 yg kurang mahir? atau silibus yg kurang sesuai? atau adakah alat2 bantuan mengajar tidak mencukupi? atau kerana silap pelajar2 sendiri? atau juga tiada kerjasama ibu bapa n org sekeliling?..


Allah....segalanya mempengaruhi kejayaan dan kegagalan pelajar..untuk menghasilkan generasi harapan agama,bangsa dan negara semuanya perlu susunan dan penelitian yg rapi. Bukan hanya masing-masing tuding jari...GURU yg salah......SEKOLAH yg tidak menjalankan program2 pemantapan subjek.....SISTEM memudahkan, pelajar yg gagal tetap diiktiraf...


Hari ini kita masih gagah berdiri, masih punya akal yg waras, idea yg bernas..Bantu-membantu itu perlu, sistem perlu digubal andai tidak berkesan, guru perlu diberi latihan pengajaran dan teknik2 mengajar yg berkesan, pelajar2 perlu insentif dan penekanan rohani dan jasmani, dana dan alat2 bantuan mengajar perlu disediakan kerajaan,maka insyAllah, ...generasi intelek rohani dan jasmani pasti akan terhasil..


Pelajar agama bukan hanya kerana berdegar-degar suara menyampaikan tazkirah, merdunya mengalunkan nasyid, membaca al-quran , qasidah dan burdah, hafalan hadith dan quran sentiasa di mulut, tetapi tanpa amalan...tanpa penghayatan, tanpa mengetahui keperluan dunia sekarang, tanpa mengambil tahu kesengsaraan dan keperitan saudara sesama Islam, dan tanpa wawasan sbg penerus dan pembina reformasi perjuangan sebuah agama, bangsa dan negara.


Buat pelajar2ku, berusahalah menuntut ilmu,walau jauh atau dekat perjalananmu itu..Jadilah yg terbaik dr kalangan yg terbaik..Jangan hanya duduk diam membisu, malu mencari, bertanya dan berusaha memperbaiki kelemahan2mu, kerana dunia tidak pernah mengenal si kecundang...kerana akhirat juga pastinya tersedia buat si pemenang..


Wallahua'lam.


Tuesday, May 31, 2011

Guru : Mendidik Kerana Ingin Dididik


Assalamualaikum w.b.t

Pintu Masuk Maahad

Salam ingatan buat sahabat-sahabat pembaca,

Seminggu berada di Maahad Johor sebagai guru, adalah langkah mengenali serba sedikit perjalanan di bumi gertak merah itu.

Saat langkah melapor diri, senyuman Mudir Maahad, Ust Anoar Sarimin menyambut kedatanganku. Alhamdulillah, akhirnya sirih pulang ke gagang setelah 4 tahun meninggalkan sekolah. Diri dibawa ke bilik ustazah2, sekadar berta'aruf.."Masih seperti dulu, cume kemas sedikit keadaan bilik ini" bisik hatiku.

Seharian menyesuaikan diri bersama rakan-rakan guru, yang dahulunya ustazah dan ustazku, akhirnya menjadi rakan sekerja.alhamdulillah. Bertemu dengan Ust Abu Sani Kalam, GPK 1, begitu terkejut ust. "Anti praktikal di sini?..tafaddhali.." begitulah kata-katanya.

Setiap guru yg bertemuku begitu terkejut, "praktikal di Maahad Johor?, knapa mohon sini?.. mungkin sebelum ini belum ada yg memohon praktikal di situ" fikirku. Hanya senyuman membalas kata-kata mereka. Banyak pengalaman indah di Maahad yg sukar kulupakan.

Ada juga ustazah yg berkata, "Ahlan wasahlan..insyAllah boleh tlg2 pelajar di sini", Ustz Suhaiza Saprin, Ustzh Zaiton.Alhamdulillah mereka begitu mengalu-alukan kedatanganku. "Syukur padaMu Ya Allah atas kurniaan ini" doaku.

Seminggu mengawasi peperiksaan pertengahan tahun, sungguh membosankan. Kadang2 tersengguk2 tidur, Allah malu student tengok. cover2..hehe.Rasa nak tawaf 1 sek, hilangkan mengantuk. tapi malu.he.biasalah masih baru.

Hari ke-3 berta'aruf dengan pelajar2 di Surau Firdaus. 2 hari sekadar bertegur sapa dengan beberapa pelajar agak janggal. "Student baru ke?", "Ustazah baru?", macam2 student cakap. Sekadar tersenyum membalas.

Alhamdulillah, setiap hari malam-malamku ditemani pelajar banat, bercerita, mengajar, berbincang, bertukar cerita. Mereka begitu teruja pelajar U datang mengajar, begitulah mereka ingin mengetahui kehidupan di kampus. Sebagai langkah persediaan selepas STAM nanti.

Sambil duduk di rumah warden, aku berfikir..banyak perubahan yg berlaku di Maahad ni. Guru2 sudah ramai berpindah, solat Maghrib & Isyak dilakukan di Surau Firdaus, masa belajar juga semakin padat, keputusan pepriksaan STAM semakin menurun berbanding tahun aku dahulu.

Sebagai warga pendidik di Maahad ini, apa yang termampu aku cuba lakukan. Amalan Ma'thurat pagi dan petang, tazkirah pagi, inshAllah akan datang petang pula. Usrah, akan datang, sedang merancang silibus sekiranya belum dijalankan. Kelas2 tambahan di rumah, bagi setiap madah inshAllah akan diusahakan jadualnya. Naik cuti sekolah ini, sedang merancang eksplorasi bahasa arab, inshAllah.

Guru, mendidik kerana ingin dididik, benar kata-kata itu. Bila menasihati anak2 didik, kita juga ikut serta melakukannya. Begitulah ajaran Murabbi Muhammad S.A.W yang menjadi guru sepanjang hayat. Kita sebagai umatnya, anak didik bagi guru agung itu belajar dari keperibadian baginda. SubhanAllah, mulianya guru2ku, mendidik, mentarbiyah, meneruskan perjuangan warisan Nabi dengan ilmu agama.

Kita belajar dari murabbi yang juga diajar oleh Allah S.A.W, kita mendidik kerana ingin sentiasa dididik dengan kalam2 Ilahi, dan akhirnya menjadi tanggungjawab kita menyebarkan ilmu2 itu walau hanya satu ayat.

Destinasiku masih belum sampai, kerana perjalanan ini masih panjang andai diizin Tuhan. Doakan perjalanan dan perjuanganku mendidik anak2 ini dimudahkan.Bukan harta, bukan hadiah, bukan penghormatan, bukan juga pangkat yg diinginkan seorang guru. Tetapi "apabila anak2 didik mengamalkan ilmu2 yg diajarkan" itu sudah cukup memberikan kebahagiaan dan kesenangan baginya. "Mungkin itulah doa2 dan harapan guru2ku selama mereka mengajarku" kata hatiku.

"Allahummaghfir lil mu'allimin wal mu'allimat, wattolibin wattolibat, al ahya' minhum wal amwat, birahmatika ya Arhamarrahimin, amin.."


p/s : Terima kasih kepada pelajar banat Maahad Johor yg selalu menemaniku, menerimaku sebagai sebahagian warga Maahad, menolongku, moga2 Allah yg membalasnya dengan kebaikan.InshAllah.

Wallahu A'lam.

Sunday, May 1, 2011

Menghampiri Kekasih Itu..


Assalamualaikum w.b.t


Sekadar perkongsian ilmu, bagi diri kita yg mahu menghampiri diri & keperibadian seorang kekasih itu, Rasulullah s.a.w..



(Kitab asal Ar-Raheequl Makhtum, karangan Syeikh Sofiyyurrahman Al-Mubarakfuri)


(Terjemahan Kitab Ar-Raheequl Makhtum : Sirah Nabawiyyah)



(Terjemahan Kitab Fiqh Sirah, karangan Syeikh Muhammad Al-Ghazali)




(Syarah Fiqh Sirah, karangan Syeikh Sa'id Ramadhan Al-Bouti, terjemahan oleh Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat)


(Kitab asal Riyadhussolihin, karangan Imam Muhyiddin Nawawi)


(Terjemahan Kitab Riyadussolihin, karangan Imam Nawawi)



(Kitab asal As-Syamailul Muhammadiyyah, karangan Imam At-Tirmizi)



(Kitab terjemahan As-Syamailul Muhammadiyyah, karangan Imam At-Tirmizi)




Kesemua kitab-kitab ini menceritakan kehidupan dan perjalanan getir seorang nabi, juga seorang da'ie yang begitu hebat berjuang..



Moga-moga semakin dekat kita dengan ilmu, semakin menghampiri kekasih itu, semakin dekat juga kita dengan pencipta..


Tuntutan selawat kepada junjungan nabi Muhammad s.a.w menjadi amalan hidup, mudah-mudahan dengan kitab-kitab ini menjadi wasilah kecintaan kita kepada baginda..amin.

Marilah bersama-sama membaca kitab..(^_^)




~اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍ~




Wallahu A'lam.



Wednesday, April 20, 2011

Hadiah Berharga Buatku

Assalamualaikum w.b.t



Salam kembali,


Sekadar perkongsian, semalam tarikh pertambahan usia, namun terfikir..tmbahkah amal?.. tambahkah taqwa?..cukupkah persediaan menghadap Tuhan?..Allah..soalan yg memuhasabah diri..


Hari-hari selepas imtihan niha'ie seakan layu, lesu, bosan, lemah..4 hari lagi waktu yg berbaki utk pulang ke kg..bile la training world debate ni nak habis??..sabar jela, kerja xbyk, memg byk waktu kosong..


Ape aku buat waktu kosong??..download ceramah2 yg best, duduk kat or surf internet, ntah la buat ape..argh..xbestnye klu xsibuk...hmm sabar jela.


Smalam buka emel, dapat doa dr sorg knalan..Allah, buat aku terduduk, terkesan, terape2 la..rase byknye dosa, maksiat yg aku buat, sdgkan umur kat dunia semakin bertambah.. muhasabah2..


Malam tadi plak, seorang syeikh dr Masjidil Haram dtg UIAM..Allah, kurniaan yg amat besar dr Allah..Syeikh Abd Rahman As-Sudais..rase tak percaya sgt dy dtg, aku tgk n rasa secara life.. Syukur, diberi kesempatan ini utk berjemaah bersama syeikh yg hanya aku dengar bacaannya di youtube, radio n tv..


Allah,Subhanallah, Masya Allah..nikmatnya hadiah ini, kurniaan yg xdisangka..tazkirah maghrib dari syeikh menyentuh jiwaku..tanggungjwab Muslim, akhlak sperti nabi, kewajipan menuntut ilmu, bersederhana dlm semua keadaan, taqwa dan adil dlm kehidupan..semuanya akan tersemat di hati, insyAllah akan diamal..


Kelihatan warga UIAM mengalu-alukan kedatangan syeikh, ramai sgt orang berkerumun mendengar kata-kata syeikh..Subhanallah mcm tarawikh Ramadhan.


Syukur ya Allah..atas hadiah yg berharga ini, hadiah yg xku sangka..mudah2an dapat mendidik diriku menjadi lebih baik setiap hari dan lebih bertaqwa, moga sma2 dapat mengislah diri..amin.


p/s : wish u luck in final exam, may Allah bless u & fulfill ur ambition..my mujahid anbiya'.. forgive me, for my million mistakes - ur youngest sister


Wallahu A'lam.

Sunday, April 10, 2011

Maaf..

Assalamualaikum w.b.t



Sempat2 sebelum balik dan sebelum banyak lagi kerja ni, aku pun menyempat la jg nak menulis..


Paper tinggal 1 lagi, Practical Translation..tapi hati dah mula rase nak balik umah. Mak pulak tak sihat, ksian mak.."sabar ye mak, moga2 Allah sembuhkan penyakit mak"..doaku dalam hati.


Kadang-kadang bila flashback sepanjang aku di sini, rase berdosa sangat dengan mak. Maaf sangat2 buat mak, sepatutnya bila cuti aku kena balik, namun rencah kehidupan menghalangku pulang sementara, insyAllah kesempatan dan rezeki Allah sudah aturkan. Bila fikir2, sakit mak, sunyi mak, tangis mak, sape yg dengar??..Allah je dengar, sebab Allah beri kekuatan tu pd mak..Alhamdulillah.


Aku habis baca buku "Aku Terima Nikahnya" karangan Ust Hasrizal atau lebih dikenali SaifulIslam..bole rujuk blog ni, macam2 rasa..gembira, sedih, puas hati, muhasabah diri..sumenye bercampur2..tapi yg menyentap perasaan aku, bila ustaz kehilangan ayahnya, meninggalkan ibunya di kampung, kerana terpaksa menyambung pelajarannya di luar negara..


Satu-satu kejadian yg dialami ust, kena batang hidung aku..huhu.pengajaran la bagi aku.Apa pun, lepas join kembara IPT ni, insyAllah aku akan pulang ke kampung..xjadi ke Penang n Kedah, maaf buat Kak Nailah & Bro Azhar, Kak Diana..insyAllah 2 minggu rasanya di rumah , sebelum practical training bermula.


Sekian, jgn buang masa wahai Rahmah, dan kawan2 Rahmah..!!Gunakan masamu sebaiknya, untuk mencari kebaikan dunia, menuju Rumah Akhirat..amin.


Wallahu A'lam.


~Selamat pulang ke kampung, selamat mencari manfaat selalu (^_^) ~

Saturday, April 2, 2011

ILAL LIQA'

Assalamualaikum w.b.t


Salam bertemu kembali, rindu dengan blog ni..lme sungguh xupdate..

Biasalah, minggu exam, semuanya agak haru, 3 exam dah berlalu, berderet2..tinggal 4 lagi..Allah tabahkanlah hati ini..mudah-mudahan segalanya mudah..juga bwt sahabat2 lain, agar semuanya tenang2, jgn stress ye..nanti lg susah nak fokus..hehe.


Lepas exam ni, banyak pula agenda, 14-21 april, terlibat dengan komiti world debate, mengurus peserta2 yg akan bertanding di Qatar..tapi di UIAM je aku urus, bkn ke Qatar..alamt pokai la klu aku pg sane..huhu.


Tapi, 15-16 April insyAllah diri ini ke SMAKJ,Johor bersama Kak Huda, escape jap buat tugasan komiti..hehe.lama sudah tidak ke sekolah aku tu, rindu..seram juga buat training debate ni pd budak2 sekolah..rasa masih xcukup lagi ilmu nak berkongsi pd orang..ape pun, moga2 mudah..amin.


Habis je pgram World Debate, ade PMG (Program Menara Gading) bebudak KPIJ, dari 21-23 april ni, tumpang sekaki jela, suke nak menyibuk..lame dah xjmp sahabat2 jemaah, rindu sungguh..


Dan..insyAllah aku nak ikut K.Diana ke Pulau Pinang, ziarah keluarga dia, keluarga sahabat2 lain yg di utara tu, sambil2 jalan2 la..haha..aktiviti rehatkan otak sambil menghayati keindahan ciptaan Ilahi..insyAllah jika diizin Tuhan.


1 Mei 2011 plak, insyAllah ke majlis K.Nailah & Bro.Azhar yg baru bernikah 5 Mac lalu di Kedah..xsangka mereka dah berkahwin, cepat sungguh masa berlalu..moga bahagia dunia & akhirat..amin..Doa untuk mereka,


"Barakallahu lakuma wabaraka 'alaikuma, wajama'a bainakuma bikhair.."


Pulang dari majlis mereka, insyAllah akan memulakan tugas sebagai guru praktikal di Maahad Johor, maahad kesayanganku..short semester ni membuka lembaran baru bagi diriku, moga2 segalanya baik dan mudah..amin


Sekian, doakan aku dan rakan2 yg sedang menghadapi final exam sem 2 2010/2011. Moga2 terang hati kami menjawab soalan, dan mendapat kejayaan yg cemerlang dan diberkati Allah..

Selamat bertemu kembali sahabat2..salam tingkatkan amal dan istiqamahkan diri, jgn terlalu ingin mengejar kejayaan dunia, tetapi lupa pada yg Esa..wal'iyazubillah..


Wa'Allahu A'lam.


~ menunggu pesanan Nasi Goreng Ayam

~ Cafe Mahallah Hafsah UIAM



Saturday, March 26, 2011

Salam Imtihan Sem 2 2010/2011

Assalamualaikum w.b.t
Salam Imtihan buat semua warga UIAM,
Usaha..Doa..Tawakal
Maafkan diri ini andai ada kesilapan & kesalahan
yang sengaja atau xdisengajakan..
Moga sama2 najah dalam peperiksaan
dunia & akhirat..
MUMTAZ!!

Sunday, January 30, 2011

Jagalah Allah..Allah Akan Menjagamu!!

Assalamualaikum w.b.t

-Buku Dr. Aidh Al-Qarni-

Salam kembali bertemu di laman ini. Berjuta kemaafan kuhulur kerana tidak berkesempatan meng'update' entri di blog ini. Berikutan kesibukan yg berpanjangan.Alhamdulillah cuti semester pendek sudah bermula, namun diri ini belum pulang lagi.InsyAllah jika diizin Tuhan.

Dalam menyusuri kehidupan yang penuh ujian dan cabaran. Manusia seringkali tersasar jauh, kadang2 bila iman tinggi melangit, semua ibadah dilakukan bersungguh2..yang sunat dilakukan, bangun malam tidak tinggal, nafsu dijaga, akhlaknya indah, zikir dan selawat pada Allah dan Rasulnya tidak pernah lekang dari bibir.. Allah, Subhanallah..indahnya ketika itu. Begitulah sepatutnya diri seorang muslim..hati xlekang menutur kalam Allah, mulut basah dengan zikrullah, akal sentiasa memikirkan kebesaran dan keagungan Allah. Segala pancaindera digunakan dengan mentadabbur (memerhati) bukti2 kejadian Tuhan itu. Masya Allah.

Firman Allah menyebut :

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ (190) الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ 191

Maksudnya : Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kebesaran dan keagungan) bagi orang-orang yang berakal.Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan berbaring, lalu memikirkan kejadian langit dan bumi, seraya berkata : Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab api neraka. (Ali Imran 190-191)

Memetik perjalanan qudwah kita, nabi Muhammad S.A.W, saat jatuh bangunnya Islam, saat getirnya kehidupan kekasih Allah itu, ujian kemiskinan, ujian bersama pihak lawan. Sungguh.. tidak pernah mematikan ingatannya sedikit pun kepada Allah, sang pencipta itu..seluruh jasad dan batinnya diserahkan buat sang pencipta, walaupun diri itu sudah terjamin masuk ke syurga.

Dalam hadith baginda, dari Aisyah R.A berkata :
Rasulullah S.A.W sentiasa berzikir kepada Allah dalam setiap keadaan.
(Riwayat Imam Muslim)


Subhanallah.. kita bagaimana?..andai insan yang sudah ada jaminan syurga itu mampu mengingati Allah dalam apa jua keadaan sekalipun. Sepatutnya kita sebagai umatnya, yang belum tentu baik di akhir kehidupan, belum tentu syurga tempat jejaknya, lebih banyak lagi berzikir padaNya.

Namun, acapkali kita diuji nilai iman itu, dari tinggi melangit boleh jadi merundum jauh ke dasar bumi. Saat itu, yang halal dan haram sudah tidak kita kenali, semakin kita cuba menjaga diri, semakin pula nafsu melonjak-lonjak untuk merasai. Nampak mamat hensem "hensemnye mamat tu..kan bagus klu jd teman aku.." begitu juga sebaliknya, nampak perempuan cantik, berlumba-lumba meraih perhatiannya. Berhubung mesra tanpa memikirkan dosa, clubbing, jamming, karaoke bersama-sama. Indahnya hidup tika itu, seakan terawang-awang di awanan, lupa dunia, lupa pencipta, lupa sanak-saudara, lupa teman-teman yg sentiasa mengingatkan, kerana CINTA si gadis cantik, kerana rindu si jejaka tampan.

Akhirnya, banyak zuriat lahir tidak berbapa, tidak beribu, dibuang merata-rata. Wajah suci yang tidak berdosa menjadi sasaran perbuatan manusia xpunya hati dan jiwa. Tika itu, barulah menyedari kesilapan diri, malu pada masyarakat, malu pada ibu bapa, dan lebih malu sepatutnya pada Allah. Beruntung jika itu disedari, tetapi masih ramai lagi yang tidak menyedari, ZINA berkali-kali, anak- anak luar nikah sudah tidak dihiraukan lagi..Untung yang dijumpai JAIS, MAIJ, JAKIM dibela penuh simpati, yang lain, terkaku di tong sampah, di jalanan meraih simpati.

Abu Hurairah R.A dari Nabi S.A.W bersabda :

"Sesungguhnya Allah menetapkan atas anak Adam bahagiannya daripada zina, dia akan mendapatkannya, tidak boleh terhindarkan. Maka zina mata dengan memandang (yang haram), dan zina lisan dengan berbicara. Sementara jiwa itu berangan-angan dan berkeinginan, sedangkan kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya."

(Hadith Riwayat Bukhari no. 6243 dan Muslim no.2657)

Benar, manusia sebenarnya sudah diberi Allah ujian zina itu sejak lahirnya, hanya mereka yang perlu mengawal nafsu pada diri. Jadikan nafsu itu hamba bagi diri, bukan nafsu itu raja dalam diri. Subhanallah..hikmahnya Allah menciptakan nafsu, buat menguji iman manusia.

Konsepnya mudah di dunia ini. Jagalah Allah..Allah akan menjagamu!! Kita bimbang andai gagal dalam pelajaran, kita takut jika jodoh xkesampaian, tiada yang berkenan, kita rungsing jika makanan tidak mencukupi, harta tiada untuk anak-anak, bimbang isteri curang dan xsetia, kita bimbang negara tidak aman, segala-galanya kita TAKUT & BIMBANG..

عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ الله عَنْهُمَا
قَالَ: كنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ یَوْمًا فَقَالَ:
(( یَا غُلاَم! إِنِّي أُعَلِّمُكَ كلِمَاتٍ: اِحْفَظِ الله یَحْفَظْكَ، اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تُجَاهَكَ،

إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ الله، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله،
وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ یَنْفَعُوْكَ

بِشَيْءٍ لَمْ یَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كتَبَهُ الله لَكَ،
وَإِنِ اجْتَمَعُوْا عَلَى أَنْ یَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ

یَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كتَبَهُ الله عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ ))
رواه الترمذي وقال
حدیث حسن صحيح، وفي روایة غير الترمذي
(( اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ أَمَامَكَ، تَعَرَّفْ إِلَى اللهِ فِي

الرَّخَاءِ یَعْرِفْكَ فِي الشِّدَةِ، وَاعْلَمْ أَنَّ مَا أَخْطَأَكَ لَمْ یَكُنْ لِيُصِيْبَكَ، وَمَا أَصَابَكَ لَمْ یَكُنْ
لِيُخْطِئَكَ، وَاعْلَمْ أَنَّ النَّصْرَ مَعَ الصَّبْرَ، وَأَنَّ الفَرَجَ مَعَ الْكَرْبِ، وَأَنَّ مَعَ العُسْرِ یُسْرًا

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaranlembaran telah kering (dakwatnya).

Nah..kerana takut dan bimbangnya kita itulah, mula bertindak melebihi peranan Tuhan. yang miskin sanggup mencuri demi anak-anak, yang kaya ingin lebih kaya dengan mengambil rasuah berganda-ganda, yang sepi ingin berteman, lalu mencari teman di pusat hiburan, isteri orang dikacau, anak-anak dara digoda, yang bosan ingin berhibur, lalu mencari pusat disko dan judi haram, malah yang ingin berjaya, sanggup melakukan pelbagai cara untuk menipu, menjatuhkan orang lain.

Astaghfirullah..jauhnya langkah kita tersasar dari acuan Allah. Sedang Dia telah mengurniakan kita 2 sumber (Al-Quran & Hadith) yang begitu banyak hikmah dan panduan.

1) Saat kita kesepian, doa Nabi Allah Yunus ketika diuji dalam perut ikan nun menjadi ikutan :

Sabda Nabi SAW di dalam hadith riwayat Al-Haa-kim: Mahukah aku beritahukan kepada kamu dengan sesuatu yang apabila seseorang dari kalangan kamu di timpa kepayahan (sedih, derita) atau di timpa bala dari bala-bala dunia lalu ia berdoa dengannya akan dihilangkan darinya (kepayahan dan bala)? Dikatakan kepada Nabi SAW: Bahkan mahu (wahai Rasulullah): Sabda Nabi SAW: Doa Nabi Yunus:

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya : Tiada Tuhan selain Engkau, Maha suci Engkau, sesungguhnya aku ini tergolong orang-orang yang zalim. (Al-Anbiya' 21 : 87)

2) Saat kita diuji dengan kesedihan dan penderitaan, ajaran Nabi S.A.W menjadi panduan:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ

بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ

أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ،

أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ،

أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ وَجَلاَءَ حُزْنِيْ وَذَهَابَ هَمِّيْ


Maksudnya : “Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”

(HR. Ahmad 1/391. Menurut pendapat Al-Albani, hadits tersebut adalah sahih)

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

Maksudnya :
“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”

(HR. Al-Bukhari 7/158. Rasulullah S.A.W sentiasa membaca doa ini,
lihat kitab Fathul Baari 11/173)

Subhanallah.Islam itu mudah dan tidak menyusahkan. Setiap langkah ummatnya dipenuhi hikmah dan panduan yg telah ditunjukkan dlm Al-Quran & Hadith. Lantas terfikir, mengapa hari ini ramai umat Islam yg masih buntu dan jauh terpesong dari landasan agama ini? Hanya "ISLAM" pada nama dan kad pengenalan. Tanpa bertanggungjawab dengan title sebagai "Muslim" itu. Begitu jua semakin hari 'permainan dunia politik' mengaburi kebenaran dalam agama. Orang-orang bukan Islam semakin berani bangkit mengkritik dan menghina Islam. Mana kemuliaan dan kebenaran itu??..Pasti menangis Rasulullah S.A.W andai hidup dalam zaman ummat kini. Masya Allah. La Haula Wala Quwwata Illa Billah.

Untuk diriku dan sahabat-sahabat muslim sekalian, belum terlambat untuk kita mengubah arah. Bertaubat memohon keampunan dariNya. Dosa-dosa lalu mungkin menjadi sejarah hidup, saat mahu dekat dengan Tuhan, seakan-akan dosa-dosa itu menghantui. Namun, yakinlah keampunan Allah itu amat luas, walau menggunung dosa hambanya, dengan rahmat dan keampunanNya, Dia Maha Pengampun dengan syarat kita sedar dan berusaha tidak mengulangi.

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Maksudnya : Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingati Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui. (Ali Imran : 135)

Terkadang, nafsu selalu menyeru kembali agar kembali ke dosa lalu, mengingati kembali keseronokan bergelumang dengan dosa-dosa. Namun, jihadlah wahai hati, kawallah wahai nafsu, teguhlah wahai iman..kerana ingatlah setiap perbuatan kita di dunia ini akan dihitung walau sekecil-kecil zarah. Sungguh..orang yang berpaling dari petunjuk Allah, tertipu dengan dunia, maka Allah akan mengganjarkan dengan azab yg dahsyat.

أَوْ تَقُولُوا لَوْ أَنَّا أُنْزِلَ عَلَيْنَا الْكِتَابُ لَكُنَّا أَهْدَى مِنْهُمْ فَقَدْ جَاءَكُمْ بَيِّنَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ فَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ كَذَّبَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَصَدَفَ عَنْهَا سَنَجْزِي الَّذِينَ يَصْدِفُونَ عَنْ آيَاتِنَا سُوءَ الْعَذَابِ بِمَا كَانُوا يَصْدِفُونَ 157

Maksudnya : Atau agar kamu tidak mengatakan, "Jikalau Kitab itu diturunkan kepada kami, tentulah kami mendapat petunjuk daripada mereka." Sungguh, telah datang kepadamu penjelasan yang nyata, petunjuk dan rahmat dari Tuhanmu. Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripadanya? Kelak, kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat Kami dengan azab yang keras, kerana mereka selalu berpaling. (Al-An'am : 157)

Akhir kalam, moga kita sama-sama memuhasabah diri, menjaga dan memelihara Allah.

p/s : Doa buat abang-abang,anak saudaraku dan sahabat-sahabatku yang berada di bumi Mesir, moga dipelihara dan dijaga oleh Allah S.A.W. dalam keselamatan dan kemudahan. amin.

Wallahu A'lam. ~Kalam Faqir~


Thursday, January 20, 2011

Peringatan Buat Si Pemimpin!!

Assalamualaikum w.b.t


Salam kembali kepada pembaca budiman,

Ingin aku kongsikan sedikit peringatan dan ancaman yang telah disebut dalam kalam suci dan butir-butir hadith Nabi Muhammad S.A.W berkenaan golongan yang bergelar “pemimpin”.

Sebelum itu, sedikit imbasan berkenaan aktiviti-aktivitiku sepanjang 2 minggu ini. Bermula rapat umum di hadapan SHAS Mosque yang bertajuk “Peranan Mahasiswa”. Selanjutnya, talk “ Konsep Ilmu & Pembentukan Para Ilmuwan Ulul Albab Dalam Konteks Masyarakat Islam Masakini yang disampaikan oleh Profesor Ulung, Prof.Kamal Hassan, bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sepanjang 2 jam talk berlangsung, banyak ilmu yg aku dapat.. walaupun mata sedikit demi sedikit mahu tertutup. “Allah..mudahkanlah kami mencari ilmuMu”.. doa dalam hati.

Seterusnya tazkirah ringkas selepas Subuh bersama Khairunnisa’ dan Saidah berkenaan “Hak-Hak Pelajar Sebagai Pengundi” dan “Mesyuarat Kesatuan Pelajar Islam Johor cawangan Muar” semalam mencetuskan lagi idea untukku menulis. Allah, kekangan masa dan kesibukan di kampus mengurangkan tumpuan untuk menulis sedikit hikmah untuk diri dan pembaca.

Hatiku sedikit terkilan, kerana 1 Januari lalu tidak dapat “turun padang” menjalankan operasi bersama-sama sahabat seperjuangan membanteras maksiat di KLCC, Bukit Bintang dan Bukit Langat. Namun, perkembangan aktiviti-aktiviti mereka aku ikuti, mudah-mudahan sebelum kaki melangkah keluar dari Taman Ilmu & Budi ini, aku dapat merasai pengalaman itu. Amin..

Sepanjang aktiviti-aktiviti yang aku lalui, dapat kusimpulkan di sini, betapa pentingnya peranan dan tanggungjawab seorang yang bergelar pemimpin. Jauh fikiran aku melayang, saat bangunnya Islam zaman Pembawa Rahmat Seluruh Alam “Nabi Muhammad S.A.W." Kebijaksanaan dalam sistem pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin. Saat hebatnya ketenteraan Islam di bawah pemerintahan Umayyah, kekukuhan ilmu Islam zaman Abbasiyyah. Lantas terbayang kehebatan Umar Abd Aziz, Harun Ar-Rasyid, Salahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh yang mampu menggegarkan seluruh dunia. Di samping kemunculan ulama’-ulama’ muhaddith, mufassir, muarrikh, Imam Malik, Imam Ahmad Ibn Hanbal, Imam Ibu Hanifah, Imam Syafie, Ibn Syihab Az-Zuhri, At-Tabari, Ibn Khaldun, Ibn Sina, Ar-Razi, Al-Zahrawi dan banyak lagi. Keunikan zaman Uthmaniyyah, dan juga saat Hulagu Khan (ketua perang puak Monggul) menjatuhkan kerajaan Abasiyyah itu. Semuanya dengan positif dan negatifnya seorang pemimpin.

Mengikut S.K. Kochhar yang merupakan pengkaji sejarah, definisi sejarah sebuah dinasti adalah “the study of man and his wonderful development through the successive ages”. Malahan bila kita mengimbas peradaban dan tamadun-tamadun barat yang terkenal dalam pelbagai bidang, seperti Mesopotamia, Greek-Rom dan Eropah, mereka juga menganggap “hidupnya sebuah tamadun dengan pemerintahnya”. Begitu juga pendapat ahli falsafah barat, Harverd yang menulis tentang kelemahan pemimpin merupakan faktor jatuhnya sebuah masyarakat : “Excellent Without Soul”.

Justeru, apakah sebenarnya tanggungjawab kita sebagai pemimpin?.. adakah sekadar merasmikan majlis-majlis rasmi, majlis keramaian, mula sibuk menghulur bantuan saat pilihanraya menjelang, mencari ahli-ahli baru untuk memperkukuhkan politik, saat yang hak didiamkan, yang batil pula disebar luaskan..Subhanallah..alangkah rugi dan kasihannya diri!!

Pesanan Imam Al-Auza’i kepada Khalifah Al-Mansur, pemerintah Abbasiyyah dalam utusan suratnya.

Wahai Amirul Mukminin, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “Sesiapa sahaja dalam kalangan pemerintah, apabila mati dalam keadaan menipu rakyatnya, nescaya diharamkan syurga untuknya.”

Ingatlah kata-kata Umar Al-Khattab : ‘Jika mati anak kambing di tepi sungai Furat (Iraq), nescaya aku takut akan dipertanggungjawabkan mengenainya di akhirat kelak! Maka bagaimana pula halnya dengan rakyatmu yang tidak beroleh keadilan daripadamu sedangkan ia sangat hampir denganmu”.

Tanggungjawab pemimpin memang besar, bukan hanya kita lihat pada seseorang yang berjawatan “ketua, rektor, presiden, YDP, HEWI, perdana menteri, menteri besar dsb shaja..tetapi secara amnya, manusia semuanya pemimpin”.. Ya, pemimpin kepada dirinya, pemimpin kepada ahli keluarganya, pemimpin kepada binatang dan makhuk2 Allah dan kepada seluruh alam ini.

Saidina Umar Al-Khatab r.a pernah berkata : “Amir (pemerintah/pemimpin) itu ada 4 jenis :

1. Amir yang kuat dapat mengawal diri dan pegawai-pegawainya seperti mujahid (orang yang berjihad).

2. Amir yang kuat yang dapat mengawal dirinya sendiri sahaja dan tidak pegawai-pegawainya. Ia berada di tepi jurang kebinasaan, kecuali Allah menurunkan rahmat ke atasnya.

3. Amir yang dapat mencegah pegawai-pegawainya tetapi membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu. Ia berada dalam keadaan membahayakan sebagaiman sabda Rasulullah yang bermaksud : “Pengembala yang terjahat itu adalah bahaya yang menghancurkan. Dia itu binasa sendiri.”

4. Amir yang membiarkan dirinya dan pegawai-pegawainya menurut hawa nafsu. Mereka kesemuanya akan binasa.

Berhati-hatilah wahai si pemimpin, jangan tersalah langkah, bina dan rancang untuk diri dan orang-orang bawahanmu sebaiknya, kerana pasti Allah melindungi “pemimpin yang adil” ketika tiada lagi hari perlindungan bagi manusia (Hari Kiamat).

Memetik hadith Rasulullah S.AW. yang bermaksud : Sesungguhnya manusia yang paling dicintai Allah pada hari kiamat dan yang paling dekat kedudukannya di sisi Allah adalah seorang pemimpin yang adil. Sedangkan orang yang paling dibenci Allah dan sangat jauh dari Allah adalah seorang pemimpin yang zalim. (Riwayat At-Tirmizi)

Negara yang maju bukan dinilai pada kewangan dan kekukuhan ekonominya sahaja, tetapi asas-asas agama yang diterapkan pada diri rakyat, akhlak dan adabnya, pembudayaan ilmu dan kelahiran generasi-generasi “ulul albab”. Bukan jua pada hebatnya filem-filem mistik, drama-drama cinta, karya-karya mitos dan dongeng yang sering terpapar buat rakyat, kesenian festival-festival yang kononnya “Islamic Theme”, kekuatan ekonomi yang jua dibantu dengan kelahiran “pusat-pusat hiburan, pusat-pusat pelacuran, pusat-pusat judi yang diluluskan”. Pemimpin tersenyum lebar, bergelak sakan, sedang rakyat terbeban, harga barang melonjak tinggi, tangis rakyat pemimpin tak cakna.Ulama' bisu, ditutupi "harta dan pangkat", sedang maksiat berleluasa, ulama' yg bangkit dicaci dihina, dibuang jauh, bimbang tergugat kedudukan yang dinanti lama.

Jangan jadi Muslim yang bodoh, kerana kita lahir untuk menjadi “yang terhebat”. Sedang barat berlumba-lumba menghasilkan filem “2012, The Coming of Dajjal, Isa @ Jesus”, saat barat mencari-cari bukti kewujudan “syurga, neraka, hari kiamat” yang dipercayai Muslim, kita sibuk menonton, mencipta filem-filem “Khurafat, Hantu Mak Limah Balik Rumah, Ngangkung, I am Single, Aku Masih Dara” yang tidak memberi manfaat atau mencetus pemikiran, malah boleh merosakkan aqidah, melemahkan iman. Wal iya zubillah.

Akhir coretan, mari kita menilai, merujuk 2 sumber yang tidak akan menyesatkan (Al-Quran & Sunnah) sebagai pedoman, menyoroti sirah-sirah perjuangan mujahid-mujahid yang syahid demi Islam, membuka lembaran-lembaran tafsir Ibn Kathir, Al-Qurtubi, At-Tabari, Ar-Razi dll sebagai ‘ibrah. Moga-moga kita menjadi pemimpin yang bertaqwa, adil, menegakkan yang haq dan mencegah yang mungkar, pasti akan disayangi seluruh alam.InsyAllah.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : “Hai Daud! Sesungguhnya Kami jadikan engkau khalifah di muka bumi. Sebab itu putuskanlah sesuatu perkara antara rakyat-rakyatmu dengan kebenaran. Janganlah engkau turuti kemahuan nafsumu, nanti engkau akan disesatkan dari jalan Allah.” (Surah Sad : 38: 26)


P/S : Buat kepimpinan baru Kelab Debat & Syarahan Arab UIAM tahun 2011-2012, selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab, moga mampu melahirkan pendebat-pendebat yg hebat dlm semua aspek, mudah-mudahan Allah mudahkan segalanya.

Kepada kepimpinan baru Persatuan Bahasa Arab UIAM tahun 2011-2012, moga mampu melahirkan pencinta-pencinta bahasa syurga.

Begitu juga kepimpinan baru Kuliyyah Ilmu Wahyu & Warisan Islam UIAM tahun 2011-2012, yang terdiri dpd adik-adik junior, selamat memikul tanggungjawab ini, kalian dipilih untuk memimpin dan terpimpin.

Akhirnya, Saf Qiyadah Kesatuan Pelajar Islam Johor cawangan Muar, terima kasih atas kesudian memikul amanah, moga-moga diri mentarbiyah warga Muar dan jua ditarbiyah, mudah-mudahan selangkah kita melebar dakwah, menggerak kader-kader mujahadah, agar terlahir generasi khaira ummah.

“Be nice to people on your way up, because you want to meet them on your way down”


Wallahu A’lam.


Friday, January 14, 2011

TIPS MENGHAFAZ AL-QURAN

Assalamualaikum w.b.t


~Al-Quran bukan sekadar dibaca, tetapi difahami dan diamalkan kandungannya~


"Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim." (Al-Ankabuut 29:49)

Sekadar perkongsian buat pembaca yang dirahmati Allah,

Untuk menghafal dan menjadikan kalam-kalam Allah makanan dan zikir bagi diri kita :

  • Mestilah dimulakan niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah.

· Menggunakan naskhah Al-Quran yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat rujukan (semakan bacaan). ini bertujuan mengelakkan kekeliruan tempat (kedudukan) ayat yang dihafaz. tempat ayat atau posisi memainkan peranan penting dan amat berpengaruh dalam memberi kesan kepada hafazan anda.

· Gunakan naskhah Al Quran mushaf Uthmani kerana kedudukan, struktur, dan susunan ayatnya diatur dalam bentuk yang mudah untuk dihafaz, dirujuk, dan diingati.

· Ayat atau surah yang hendak dihafal hendaklah dilancarkan bacaannya terlebih dahulu. pastikan tajwidnya dengan betul. sebagai contoh hendak hafal surah ali-Imran. mulakan dari muka surat yang pertama surah tersebut. lancarkan muka surat yang pertama itu dahulu.

· Bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul-betul lancar. pastikan tidak mula menghafaz ayat sebelum bacaan betul-betul lancar kerana ini akan menjadikan anda mudah lupa semula ayat tersebut dan mungkin juga mengakibatkan hafalan anda bercelaru.

· Mulakan hafalan dari ayat ke ayat. pastikan hafazan mengikut langkah. hafaz dahulu ayat yang pertama sehingga hafaz (baca ayat pertama berulang-ulang kali sebagai satu cara menghafaz yang baik), barulah berpindah ke ayat yang kedua. kemudian hafaz ayat ke kedua , ulang balik dari ayat yang pertama. kemudian baru masuk ayat yang seterusnya.

· Pastikan ada kawan atau ustaz yang dipercayai ilmu tajwidnya dan baik bacaannya untuk anda tasmi’ (memperdengarkan atau semak) bacaan dan hafazan anda.

· Amalkan membaca ayat-ayat yang telah anda hafaz dalam solat-solat yang anda lakukan. banyakkan solat sunat sebagai satu cara yang baik bagi melatih bacaan ayat-ayat yang telah dihafaz. ini bertujuan membiasakan ayat-ayat yang telah di hafaz ke dalam amalan harian anda.

· Amalkan membaca ayat-ayat Quran yang telah anda hafaz di mana-mana sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati atau mulut. contohnya, ketika menunggang motorsikal, ketika termenung, ketika hendak tidur, dan lain-lain yang di fikirkan baik. hal ini akan menambahkan lagi keupayaan anda untuk anda mengingati ayat-ayat hafazan tersebut.

· Amalkan memakan manisan seperti kurma atau madu bagi tujuan menguatkan daya ingatan.

· Jauhi amalan maksiat. jaga bicara lidah, jaga kewajipan dan adab sebagai muslim.

· Tanamkan semangat yang kuat untuk menghafaz bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. cuba hafaz sebanyak mungkin. InsyaALLAH sehingga hafiz. walaupun memakan masa yang lama.

· Banyakkan memohon doa kepada ALLAH supaya di permudahkan hati dan minda untuk menerima al Quran.

· Pilih waktu yang sesuai untuk menghafaz. sebagai contoh, waktu selepas solat fardhu. utamakn SEBELUM WAKTU SUBUH atau SELEPAS SUBUH kerana waktu ini tenang dan damai. pastikan waktu yang anda gunakan untuk menghafaz adalah istiqamah.

· Tidak perlu menghafaz secara terburu-buru. biar sedikit-sedikit, asalkan istiqamah dan berkesan.


KAEDAH LAIN YANG PERLU ANDA BACA:


SEBELUM MENGHAFAL

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal
4. Berada dalam keadaan tenang
5. Tenangkan fikiran sebelum menghafal
6. Pilih sebuah jenis mushaf dan jangan ubah dengan jenis mushaf lain
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mulai menghafal


TEKNIK-TEKNIK MENGHAFAL

A. Teknik “Chunking” (potongan-potongan)

* Mengelompokkan ayat yang panjang dalam beberapa bahagian yang memang sesuai mengikuti arahan guru atau ustaz, jika belajar bersama mereka
* Mengelompokkan awal surat pada beberapa bahagian (2 atau 3 bagian) yang sesuai
* Mengelompokkan surah dalam beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita
* Mengelompokkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita dan sebagainya
* Mengelompokan kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya

B. Teknik Mengulang

* Membaca sepotong atau sebagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mulai menghafalnya
* Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya
* Selepas menghafal setiap setengah halaman, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang setengah halaman lagi
* Sebelum menghafal bahagian Al-Qur’an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Menghafal Dengan Teman

* Pilih seorang teman yang sama-sama berminat
* Orang pertama membaca dan disemak oleh orang kedua
* Orang kedua membaca dan disemak oleh orang pertarna
* Saling menyebut ayat antara satu sama lain

E. Teknik Mendengar Kaset/CD

* Pilih seorang qari yang baik bagi seluruh Al-Quran atau beberapa qari bagi surah-surah tertentu
* Sebelum mulai menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali
* Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari tersebut sehingga terpahat di pikiran
* Mulai menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari tersebut
* Sentiasa mendengar kaset/CD bacaan Al-Quran dan kurangi atau tinggalkan mendengar lagu-lagu kerana akan mengganggu penghafalan

F. Teknik Merakam

* Rakam bacaan kita di dalam kaset dan dengarkan lagi untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul
* Bagi kanak-kanak, rakam bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut
* Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya

G. Teknik Menulis

* Tulis kembali surat yang telah dihafal. Kemudian cek lagi dengan mushaf.
* Menulis setiap ayat pertama awal surat, atau setiap rubu’, atau setiap juz, atau setiap surah dalam sehelai kertas.


MEMELIHARA HAFALAN

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika dalam perjalanan, selepas azan dan lain-lain lagi
3. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya
4. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam
5. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau mengantuk
6. Menulis setiap ayat yang mutasyabih


PESANAN USTAZ & USTAZAH (AL-HUFFAZ)

1) Hafallah dengan memahami maknanya.
2) Berakhlaklah sebagaimana yang anda baca dalam al-Quran
3) Ulangilah tiap kali sebelum dan selepas Subuh
4) Baca dalam solat fardhu.
5) Perbanyak solat sunat agar dapat banyak mengulang di dalamnya.
6) Jangan tidur selepas Subuh, manfaati masa sebaiknya
7) Rajinlah menghafal n mengulang
8) Orang yang cuba menjaga al-Quran, lebih hebat ujiannya. maka, bersabarlah atas ujian yang lebih berat itu.
9) Bila rasa malas mengulang datang, itu salah satu tanda syaitan menggoda, maka, lawanlah. jangan putus asa.
10)Jika sukar menghafal pada satu-satu ayat, lawanlah dan teruskan, insyaAllah, ada bantuan-Nya.


PESANAN AL-ZAHRAWI

* Hafallah mengikut maqra' sewaktu bangun malam, di waktu sunyi sehingga lepas subuh. InsyAllah ketika itu Allah membuka seluasnya langit dan mendengar permohonan hambaNya.

* I'adah (ulang hafalan) setiap juzu' boleh juga dilakukan selepas Solat Maghrib jika tidak berkesempatan seharian.

* Jaga hati, pandangan dan diri, kerana ayat suci tidak akan mendampingi jiwa-jiwa yang kotor.


P/S : Berusahalah memelihara kalam-kalam suci itu, mudah-mudahan Allah meredhainya.. moga-moga ayat-ayat Allah itu sentiasa meniti di bibir dan hati kita hingga ajal menjemput kembali..


~SYUKRAN JAZILAN~

1) Ibu tercinta, Hajah Hamidah Binti Haji Salleh
2) Al-Fadhilah Al-Ustazah Nor Hasyimah Al-Hafizah

3) Al-Fadhil Al-Ustaz Farid Bin Samad Al-Hafiz
4) Al-Fadhil Al-Ustaz Yahuza Al-Hafiz
5) Al-Ustaz Mohd Hafiz Bin Khamis Al-Hafiz
6) Muhammad Hasbullah Bin Borham Al-Hafiz
7) Al-Fadhil Al-Ustaz Fuad Bin Osman
8) Nur Diyana Bt Muhammad Musannif

9) Nurul Ain Bt Ahmad
10) Nurul Izzati Izyan Bt Hamdi

11) Khairunnisa' Bt Mohd Shah

12) Keluarga yg tidak lupa mendoakan
13) Sahabat2 yg tidak jemu membantu & menyokong


(Sesungguhnya jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya)
~jazakumullah khairan kathira~


Wallahu A'lam

sumber : www.hujansakinah.blogspot.com