Showing posts with label Aktivis Muslimah. Show all posts
Showing posts with label Aktivis Muslimah. Show all posts

Tuesday, October 19, 2010

Analisis Ringkas Tajuk Debat

Assalamualaikum w.b.t

..UIA (A) vs UIA (B)..oh xseronoknya saat ni..

Salam kembali..al-zahrawi hanya ingin berkongsi...seronok melihat rakan2 dan adik2 berdebat..aku bila pula?..hehe

-Tajuk debat semalam : "Kepentingan Mengiktiraf Hak-Hak Golongan Homoseksual"
*sekitar analisis sebagai hakim :

-jika dilihat secara amnya, pasti kita 'xsuka' mendengar dan melihatnya..
-namun, rasional dalam debat..melihat pro dan kontra dlm sudut ilmiah..
-jika dilihat pd sudut agama, pastinya sudah tertolak tajuk ini..

-Pencadang :

1) Masyarakat tidak peduli dengan hak-hak mereka sebagai masyarakat tempatan
-hak pelajaran, hak kehidupan, hak pekerjaan

2) Diskriminasi terhadap golongan ini menyalahi perlembagaan
- perlembagaan menyatakan 'hak sama rata antara masyarakat berbilang kaum'

3) Homoseksual bukan jenayah kepada negara
- mereka tidak melakukan jenayah..hanya menyalahi agama dan adat.. terdapat beberapa negara yang melindungi golongan ini. cth: amerika, britain.

4) Peningkatan kadar homoseksual membantutkan pertumbuhan negara
- pengiktirafan membantu negara meningkatkan ekonomi, membantu negara
mengesan punca dan penyelesaian masalah ini...etc : ahli politik, golongan
profesional, ahli muzik dpd golongan ini.

Pembangkang :

1) Pengiktirafan menyebabkan semakin meningkat kadar homoseksual
- Golongan biasa akan terpengaruh dengan golongan majoriti ini.

2) Homoseksual punca peningkatan penyakit-penyakit berbahaya (AIDS)
- 64% kematian disebabkan AIDS dpd golongan Gay..kadar AIDS meningkat
disebabkan peningkatan golongan ini. cth : washington.

3) Memusnahkan institusi keluarga dan merosakkan keturunan
- punca kejatuhan Rom dan Yunani (Greek) bila peningkatan homoseksual
- rosak hubungan suami isteri, adik-beradik dan anak-anak
- semakin berkurangnya generasi

4) Semua agama menentang homoseksual
- Islam, Buddha, Kristian..menentang golongan ini..digelar syaitan dunia

Kesimpulan : Setiap hujah punya rujukan dan dalil tersendiri, ada kebaikan dan keburukannya.
Kemenangan berpihak "pembangkang" kerana mempertahankan hujah dgn kuat.

Pandangan penulis : "Pengiktirafan homoseksual memberi musibah kepada manusia".. kisah kaum nabi Luth cukup memberi iktibar.. pengiktirafan juga menyebarkan penyakit-penyakit berbahaya.. dan byk lg kesan buruk.

Bagi mereka di luar sana, ketahuilah :

"Homoseksual atau kecenderungan kepada kaum sejenis bukan fitrah, bukanlah kerana mereka dijadikan bersifat sukakan kaum sejenis..tetapi kerana "keadaan, kebiasaan, pengaruh sekeliling" menjadi punca pesatnya pertumbuhan golongan ini..ianya merupakan "barah dan penyakit" dalam masyarakat..

..Kuatkan semangat dan keyakinan anda pd Pencipta, bahawa anda mampu mengubahnya..!!"

p/s : boleh lihat lebih lanjut diskusi tajuk ini di sini, situ, sana, sinun, sinin...

* bersiap ke kelas Intro To Translation
* Breakfast "milk low fat"
* sambil mengemas bilik

Sunday, January 17, 2010

..LiQa' MaHabbah ProJeT..



Sabtu 16/1/2010-2.00ptg

Liqa' ke-2 PROJET..
Bersama sahabat2 seperjuangan menuju ke Bangi..
Mengorak langkah bertemu krn Allah..
Menyucikan diri dan teguh di jalanNya..
Memperjuangkan agama tercinta...

Dari Abu Qatadah yaitu al-Harits bin Rib'i r.a. dari Rasulullah s.a.w. bahwasanya
beliau s.a.w. berdiri berkhutbah di khalayak ramai, kemudian menyebutkan kepada
mereka bahwasanya jihad fi-sabilillah dan beriman kepada Allah itu adalah amalan paling utama,

Kemudian ada seorang lelaki berdiri dan berkata: "Ya Rasulullah,
bagaimana pendapat Tuan, jikalau saya terbunuh dalam peperangan fi-sabilillah, apakah
semua kesalahan saya akan dihapuskan-?" Beliau s.a.w. menjawab: "Benar, jikalau engkau
dibunuh fi-sabilillah itu dalam keadaan sabar, mengharapkan keridhaan Allah, sedang maju
dan tidak mengundurkan diri." Selanjutnya Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apa yang akan kau
katakan sekarang?" Orang itu berkata lagi: "Bagaimanakah pendapat Tuan, jikalau saya
terbunuh dalam peperangan fi-sabilillah? Apakah semua kesalahan saya dihapuskan?" Beliau
s.a.w. menjawab: "Benar demikian, asalkan engkau dalam keadaan sabar, mengharapkan
keridhaan Allah, sedang maju dan tidak mengundurkan diri, kecuali pula kalau engkau
mempunyai tanggungan hutang, karena sesungguhnya Jibril mengatakan hal itu kepadaku."
(Riwayat Muslim)

Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidaklah sempurna keimanan
seseorang dari engkau semua itu, sehingga ia mencintai saudaranya
sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri." (Muttafaq alaih)

Sabda baginda yang lain: "Wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman
kepadamu: Perintahlah (manusia) supaya melakukan perkara-perkara yang makruf
(yang baik) dan cegahlah mereka dari melakukan perkara-perkara yang mungkar
sebelum (tiba suatu waktu di mana) kamu meminta, lalu aku tidak lagi
menerimanya dan kamu memohon pertolongan lalu aku tidak menolong kamu
lagi". (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

وَمَنْ جَاهَدَ فإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَاَلمِينَ
maksud: Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka
sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri;
sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada
sekalian makhluk. (Surah Al-Ankabuut, Ayat: 6).

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلاَ تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ
تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلاَ تُطِعْ مَنْ أْغَفْلنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا
Yang bermaksud: Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan
orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang,
yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau
memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan
kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami
ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di
dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula
adalah melampaui kebenaran. (Surah Al-Kahfi, Ayat: 28).

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقاَلاً وَجَاهِدُوا بِأمْوَالِكُمْ وَأنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Maksudnya: Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah),
samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan
berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta
benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam).
(Surah At-Taubah :41)

Sabtu,10.oomlm..
Diskusi Darul Takzim
Bersama mantan KPIJ dan ABIM SELANGOR..
Berkongsi ilmu dan pengalaman..

Ahad,10.00pg-taski zainab (abim)
Kami bergotong-royong membersihkan kawasan taski..
Menyumbang khidmat buat masyarakat..

Ahad,11.00pg..
Salam perpisahan anak2 islam johor..
Menyubur ukhuwah,menyemai mahabbah..
Terus berkorban demi Islam..

Di bwh 5 prinsip gerakan islamiyyah..

1.Budaya ilmu ditingkatkan
2.Amalan kerohanian diperteguhkan
3.Syura & amal jamai'e disemaikan
4.Fahami isu semasa diperluaskan
5.Jihad fi sabilillah ditekadkan


"IDEALISME..INTELEKTUALISME..AKTIVISME"

Sunday, January 10, 2010

..Pengalaman Di Terengganu..

Jumaat,9/01/2010,11.30 malam..

Aku bertolak dr greenwood bersma ikhwan dan akhawat..
Kak Faridah,Abg Khairullah & Ishaq..
Menjadi wakil PKPIM & KPIJ..
Bagi meneruskan misi dakwah,tarbiyah dan ukhuwah..

Sabtu,10/01/2010,jam 5.40 pagi..

Kami berempat sampai di Kuala Terengganu..
Dijemput akhawat dan ikhwan dr UDM..
Berehat sebentar,jaulah di sekeliling UDM..
Dibawa saudari masyitah dan saudara solehuddin..

Kira2 pukul 11.30pagi..

Kami dibawa Ustazah Salimah,lecturer UDM..
Merangkap wakil ABIM TERENGGANU..
Menghadiri sambutan bulan muharam di PERTIS..
Sebuah perbadanan orang2 cacat penglihatan..

Aku cukup terkesan dgn bacaan seorg pakcik..
Yang cacat penglihatan,cacat anggota badan..
Mengalunkan bacaan ayat suciNya dgn cukup merdu..
Suaranya yg gemersik,menusuk dan menyentuh hati..
Benar,itulah kelebihan yg diberikan olehNya..

Ditambah dgn tazkirah Ustzah Salimah..
Layanan dan keramahan penduduk di situ..
Membuat aku kagum dan insaf..
Walau diuji Allah dgn kecacatan..
Namun itu xpernah membezakan mereka dgnku..

Tunduk penuh merendah hati..
Aku bersyukur diberi peluang olehNya..
Menjejak ke bumi Terengganu ini..
Benarlah,hidayahnya ada di mana2..
Dan kepada siapa yg mencari hidayah itu..

Kira2 3.00ptg..

Aku dibawa akhawat jaulah sekeliling Terengganu..
Melihat keindahan alam ciptaanNya,
Sambil berzikir thabat pd jalanNya..

8.30mlm..

Aku bersama2 ikhwan dan akhawat dr UIA..
Menjalankan misi kami..
Membuka mata para siswa dan siswi UDM..
Bergabung teguh dlm robithah Islami..
Demi menyumbang jasa bwt agama..

Pesanan YDP KPIJ..
Bersatu dlm jemaah,membina generasi intelek..
Berkorban demi agama tercinta..

11.00mlm..

Kami bertolak dr hentian bas Terengganu..
Mengorak langkah..
Berazam mengubah dan mengkoreksi diri..
Menjalankan misi bersama masyarakat..
Biar syahid di medanNya..
Jangan hidup tanpa berkorban..

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَآءَ مَرِضَاتِ اللهِ ،وَاللهُ رَءُوفٌ بِالعِبَاد
Maksudnya : Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya
untuk mencari keredhaan Allah.Dan Allah Maha Penyantun kepada
hamba-hambanya..(al-baqarah:207)

Ya Allah,tautkanlah hati-hati kami atas perjuangan membela agamaMu..
Redhakanlah kami dlm mengutip hikmah dan hidayahMu..

Thousand thanking 4 all of u:

Ustazah Salimah..
Pertubuhan PERTIS..
KEPITAR & PKPIM UDM..
Rosmiyati..Julaiha..Zida..Kak Ainun Farah..
Farid..Solehuddin..

SELAMAT TINGGAL TERENGGANU..
TERIMA KASIH ATAS HIKMAH DAN KENANGAN!!