Showing posts with label Sains Dan Islam. Show all posts
Showing posts with label Sains Dan Islam. Show all posts

Thursday, October 15, 2009

Kajian Angkasa..perlu sgt ke??



Baru2 ni Debat Arab Liga IIUM bwt tjuk 'Kajian Angkasa Diutamakan Dpd Projek2 Lain'..group aku msuk final after mng kt semifinal sb2 lalu..tp sdh gak final ni aku xdpt main..xpe,yg pntg group aku menang..Bro.Hanan,Bro.Hamzah n Badrul..fuiyo,hebat sungguh korang..aku salute ar.hehe

Ape kate PM baru kite??:

Menurut Perdana menteri pembabitan dalam industri angkasa lepas merupakan antara pendekatan yang dilaksanakan kerajaan dalam usaha mencapai matlamat Wawasan 2020, untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Beliau berkata dalam usaha mencapai kemajuan, kerajaan perlu memperkenalkan pelbagai projek bagi pembangunan negara serta rakyat, dan salah satu daripadanya ialah penglibatan dalam sains angkasa lepas.

"Kita sudah bekerja bersungguh-sunguh untuk sama-sama terlibat dan bermuafakat dengan kerajaan yang ada agensi angkasa seperti Jepun, Rusia, Kazakhstan dan Amerika Syarikat...semua ini akan membawa manfaat dan kebaikan kepada kita," katanya.

"Belanja besar bukan bermakna ia satu pembaziran, kita ada wang dan kemampuan. Wang masih ada untuk menjalankan projek serta program-program yang akan membawa kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara," tambahnya.

Perdana Menteri berkata faedah yang diperolehi daripada kajian-kajian yang dijalankan dalam misi angkasawan Malaysia itu memang diminati negara-negara lain seperti Eropah dan Jepun.

"Kajian sel penyakit kanser dan lain-lainnya... Negara-negara Eropah dan juga Jepun, berminat untuk mengetahui hasil kajian yang dilakukan Dr Sheikh Muszaphar itu," katanya.- 22/10/2007

Dlm pertndgn 2,group muaradhah(pmbgkg) menang dgn suara majoriti terbyk..korg nk tw sbbnya??kne tnye dyorg sndiri la..hehe

Menurut firasat aku,sbb krajaan bzir duit,mase..berjuta2 kerajaan hbs bwt projek cm2..spatutnya pkara prtma yg kerajaan kne tgk ialah modal insan..ha knape?yela,dr sdut pndidikan,prindustrian,lhirkan masyarkt yg berbudi msh lg lmh kt mlysia ni..btl ke ngara Islam cmni?..tpuk dada tnya iman..

Dalam Islam memg ade sbut,berjln di muka bumi,prhatikn kejadian tuhan dglkkan..tp,mane yg perlu diutamakn??..brhbs duit krn kajian o tlg org2 mskin kt mlysia..??

Ape pun,pikir dgn rasional,cmne jepun,amerika,rusia boleh maju dlm bdg angkasa??..adakah sbb modal insan yg dihasilkan,atau kerjaan sggup berhbs duit dlm kajian smata..fikir2kanlah..

Thursday, August 20, 2009

Puase??..apa baiknya??..


..Ramadhan Kareem..
Bace hadith atas ni,so kalau bulan puase kita bwt jahat..sape yg slh?syaitan?nafsu?atau kita yg jd syaitan??..hehe tepuk dada tnya iman..

Ya Allah kejapnye mase berlalu,rase baru je aku masuk sem 1 09/10,tup2 dah nak puase..alhamdulillah dapat jg aku jumpe ramadhan kali ni,bersyukur sgt2..walaupun dgn keadaan aku yg xd kaki(hehehe),tapi Allah temukan gak aku dgn bulan pose..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون 1:183 Maksudnya:"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"

Dalan quran dan hadith dh sbut ttg kewajipan org2 islam berpuase serta kebaikn2nya..tp kdg2 kita ni xnampk realitinya..so,nk tw x ape kebaikan puase dr sudut sains?? ni doktor nak khabaq ni..(hehe)

1.Puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.

“Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.”
– Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika

2.Dalam ilmu biologi, otak tidak dapat berfungsi dengan baik ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

3.Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

4.Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

5.Kajian Dr.Danial Zainal Abidin,puasa dapat meningkatkan kesihatan badan melalui proses detoksifikasi.Detoksifikasi bermaksud mencuci dan membersihkan badan daripada racun atau toksin. Semasa berpuasa, organ-organ dapat berehat. Keadaan ini membantu badan membuang segala kotoran serta toksin di samping menyegarkan sel-sel.

Haaa...dah tw kan kebaikan puase dr sudut sains islam,so jgn la rase malas nk puase..bg mereka yg hisap rokok msti sush nk hadapi ble bulan pose..korang pandai2 la,tido ke,bersukan ckt2 ke..xpn g jalan o bwt krj pape,confirm lupe..pape pun kuatkan iman,tabahkan hati..

Tingkatkn Prestasi Anda Di Bulan Mulia!!

resource:cikgufazli.com & bintutarmizi.blogspot.com

Saturday, January 10, 2009

ANUGERAH ALLAH..KENAPA KITA BOLEH BERJALAN??


Manusia dikurniakan kaki,anggota yang sempurna oleh Allah S.W.T..Namun,ade saje yang Allah uji mereka dengan anggota yang cacat..itulah kekuasaan Allah terhadap hambaNya..Kita yang dikurniakan Allah dengan anggota yang sempurna,cukup semuanya kenalah bersyukur denganNYA..

Nak tau sebb apa kita boleh jalan di atas muka bumi Allah ni tanpa jatuh?ni sebab bumi ada tarikan graviti..mesti korang sume tahu.dulu2 sek menengah dah blajar kan,tapi yang pastinya semua datang dari Allah..bayangkan...benda yang jatuh ke bumi mengambil masa 98 meter per saat je nak sampai ke bumi..kalau nak dibandingkan dengan tarikan graviti kat bulan..
memang beza..1/6 dpd tarikan graviti bumi..

Kita slalu je dengar pasal Isaac Newton atau Galileo Galilie yang terkenal dengan kajian tentang epalnya..sampai menemui teori jisim dan tarikan graviti bumi..tapi kita lupa sebenarnya ulama'2 Islam dah pun menemuinya sejak dulu lagi..cntohnya,Ibnu Bajah di Kerajaan Andalusia..penemuan graviti bumi merupakan keagungan Allah..

Selain 2..tekanan atmosfera jg mempengaruhi keteguhan kaki kita menapak kat bumi ni..tekanan atmosfera dalam udara dan oksigen yang terkandung di permukaan bumi membantu kita untuk teguh menapak di atas muka bumi..tekanan ni bersamaan 1 bar/100,000 N..yang bersamaan 10,000 kg/10 tan..

Bayangkan..dengan benda seberat 10,000 kg atau 10 tan menapak di kawasan yang mempunyai keluasan 1meter persegi?? tentunya akan teguh berdiri..itulah perumpamaannya.. udara dalam bumi ni mengandungi jisim,berat dan tekanan..so,memang Allah2 Maha Hebat,dijadikan kita dengan jisim2 yang terdiri dpd atom2...ditampung dengan udara yang mempunyai tekanan dan jisim..membolehkan kita menapak kat muka bumi ni..

Antara lain,adanya geseran yang membolehkan kita berjalan..contohnya tayar getah yang digunakan kereta..tanpa bunga di tepi tayar2..elastiknya getah..pasti kereta banyak dah kemalangan kerana xd geseran antara jalan raya..mcm2 jg Allah,mengurniakan kita kaki.sebagai anggota berjalan,tekanan,daya geseran kaki kita dengan bumi membolehkan kita bermain bola,berjogging,melakukan aktiviti ap saja..

Ingatlah sahabatku,,setiap yang Allah jadikan di bumiNYA ini,pasti ada hikmahnya..ada awal dan ada akhirnya..jika hari ini kita boleh berkata..kita boleh berjalan,sihat dan sebagainya..tapi kita tak tahu hari esok bagaimana??..jadi,bersyukurlah..dengan anugerah Allah terhadap segala nikmat yang diberikanNYA..NIKMAT BERJALAN..!!

Tuesday, January 6, 2009

TEORI EVOLUSI DARWIN...ADAKAH DITERIMA ??

Kehadiran athies Charles Darwin yang mencabar dunia Islam telah menyebabkan segelintir orang Islam mula kurang yakin dengan teori penciptaan manusia..mereka menerima penciptaan manusia tercetusnya dari evolusi iaitu perubahan tahap yang bersandarkan manusia lain..Para evolusionis turut terlepas pandang menyatakan penciptaan manusia hasil perubahan mengikut keadaan..dengan penemuan fosil2..

Apa yang menyedihkan,umat Islam sendiri dikaburkan dengan penipuan-penipuan para evolusionis.Seorang doktor yang merupakan ahli antropologi Charles Dawson..adik bradik dengan Pak Charles Darwin jg ni,,telah menemukan tulang rahang dan fragmen tengkorak di sebuah lubang di Piltdown pd tahun 1912..Dipercayai,tulang rahang2 mirip kera,,gigi dan tengkorak pula milik manusia..Spesimen ni name dia "Manusia Piltdown"..

Berapa ramai doktor2 yang buat kajian tentang teori2..sampai dekat 500 tesis mereka buat..Tiba2 apa yang mengejutkan,tahun 1953,pembohongan spesis Darwin ni terbongkar juga..Setelah kajian dibuat 42 tahun,,penemuan terbukti bila tulang rahang "Manusia Piltdown tidak mengandungi flourin,manakala tengkorak pula mengandungi sedikit flourin..ini menunjukkan bahawa tengkorak manusia tersebut berusia beribu tahun,,,tulang rahang pula berusia tidak lebih seribu tahun..

Bagaimana pembohongan ni terbongkar?Weiner membuktikan bahawa tulang rahang "Manusia Piltdown" merupakan tulang rahang kera yang dibuat usang,seolah telah lama..sedangkan 2 tulang rahang kera yang baru mati..manakala tengkorak tersebut milik manusia yang telah mati 500 tahun dahulu..setelah membuat kajian dengan metoda flourin,mereka menjumpai gigi2 "Manusia Piltdown" disusun2..rahangnya dibuat khusus,sendi rahangnya dibuat menyerupai manusia..Hah..terbukti dah..!!Penciptaan manusia bukan disebabkan evolusi..

Tetapi Islam mempunyai jawapan tersendiri yang mengandungi dalil dan bukti daripada Allah S.W.T..contohnya..Sejak awal lagi, agama telah mengajarkan kebenaran penciptaan, yang dapat difahami semua orang melalui penggunaan akal dan pengamatan peribadi. Semua agama samawi telah mengajarkan bahwa Allah menciptakan alam semesta dengan berfirman "Jadilah!", dan bahawa sempurnanya alam ciptaan Allah merupakan bukti daya ciptaNya yang agung. Banyak ayat Al Qur'an juga mengungkapkan kebenaran ini. Misalnya, Allah mengungkapkan bagaimana Dia secara ajaib menciptakan alam semesta dan kewujudannya:

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah". Lalu jadilah ia. ( Al Baqarah, 2: 117)

Allah juga mengungkapkan yang berikut:
Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nya-lah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. ( Al An'aam, 6: 73)

Jelaslah di sini bahawa.teori evolusi hanyalah suatu teori yang tidak boleh dikaitkan dengan penciptaan manusia atau alam ni..kerana mustahil sesuatu boleh ada tanpa ada yang membuatnya..Islam tidak menyangkal evolusi,tetapi bukan dari sudut penciptaan atau yang berasaskan sesuatu yang telah terbukti dengan dalil yang sahih..sedangkan dalam teori evolusi Darwin tersebut banyak pembohongan..