Sunday, January 17, 2010

..LiQa' MaHabbah ProJeT..



Sabtu 16/1/2010-2.00ptg

Liqa' ke-2 PROJET..
Bersama sahabat2 seperjuangan menuju ke Bangi..
Mengorak langkah bertemu krn Allah..
Menyucikan diri dan teguh di jalanNya..
Memperjuangkan agama tercinta...

Dari Abu Qatadah yaitu al-Harits bin Rib'i r.a. dari Rasulullah s.a.w. bahwasanya
beliau s.a.w. berdiri berkhutbah di khalayak ramai, kemudian menyebutkan kepada
mereka bahwasanya jihad fi-sabilillah dan beriman kepada Allah itu adalah amalan paling utama,

Kemudian ada seorang lelaki berdiri dan berkata: "Ya Rasulullah,
bagaimana pendapat Tuan, jikalau saya terbunuh dalam peperangan fi-sabilillah, apakah
semua kesalahan saya akan dihapuskan-?" Beliau s.a.w. menjawab: "Benar, jikalau engkau
dibunuh fi-sabilillah itu dalam keadaan sabar, mengharapkan keridhaan Allah, sedang maju
dan tidak mengundurkan diri." Selanjutnya Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apa yang akan kau
katakan sekarang?" Orang itu berkata lagi: "Bagaimanakah pendapat Tuan, jikalau saya
terbunuh dalam peperangan fi-sabilillah? Apakah semua kesalahan saya dihapuskan?" Beliau
s.a.w. menjawab: "Benar demikian, asalkan engkau dalam keadaan sabar, mengharapkan
keridhaan Allah, sedang maju dan tidak mengundurkan diri, kecuali pula kalau engkau
mempunyai tanggungan hutang, karena sesungguhnya Jibril mengatakan hal itu kepadaku."
(Riwayat Muslim)

Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidaklah sempurna keimanan
seseorang dari engkau semua itu, sehingga ia mencintai saudaranya
sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri." (Muttafaq alaih)

Sabda baginda yang lain: "Wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman
kepadamu: Perintahlah (manusia) supaya melakukan perkara-perkara yang makruf
(yang baik) dan cegahlah mereka dari melakukan perkara-perkara yang mungkar
sebelum (tiba suatu waktu di mana) kamu meminta, lalu aku tidak lagi
menerimanya dan kamu memohon pertolongan lalu aku tidak menolong kamu
lagi". (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

وَمَنْ جَاهَدَ فإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَاَلمِينَ
maksud: Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka
sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri;
sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada
sekalian makhluk. (Surah Al-Ankabuut, Ayat: 6).

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلاَ تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ
تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلاَ تُطِعْ مَنْ أْغَفْلنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا
Yang bermaksud: Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan
orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang,
yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau
memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan
kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami
ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di
dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula
adalah melampaui kebenaran. (Surah Al-Kahfi, Ayat: 28).

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقاَلاً وَجَاهِدُوا بِأمْوَالِكُمْ وَأنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Maksudnya: Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah),
samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan
berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta
benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam).
(Surah At-Taubah :41)

Sabtu,10.oomlm..
Diskusi Darul Takzim
Bersama mantan KPIJ dan ABIM SELANGOR..
Berkongsi ilmu dan pengalaman..

Ahad,10.00pg-taski zainab (abim)
Kami bergotong-royong membersihkan kawasan taski..
Menyumbang khidmat buat masyarakat..

Ahad,11.00pg..
Salam perpisahan anak2 islam johor..
Menyubur ukhuwah,menyemai mahabbah..
Terus berkorban demi Islam..

Di bwh 5 prinsip gerakan islamiyyah..

1.Budaya ilmu ditingkatkan
2.Amalan kerohanian diperteguhkan
3.Syura & amal jamai'e disemaikan
4.Fahami isu semasa diperluaskan
5.Jihad fi sabilillah ditekadkan


"IDEALISME..INTELEKTUALISME..AKTIVISME"

Wednesday, January 13, 2010

..Nikmat Basar..

Baru je td aku dpt 'spectacle'
Mase pg Terengganu pecah dlm bas..
Dari malam jumaat tu sampai hari ni..
Hidup aku penuh kekaburan..
Menderita,dok pening pale..
Org tegur jmp kat jalan aku bwt dek je..
hehe..maaflah,nikmat melihat kurg..

Bile aku fikir2..
Betapa hebatnya Allah beri nikmat basar ni..
Sekali Dia tarik je,kite resah gelisah..
Macam2 gak dgn nikmat2 yg lain..
Tu sebab kena slalu bersyukur..

Allah berfirman :
لَإِنْ شَكَرْتُم لَأَزِيْدَنَّكُم وَلَإِنْ كَفَرْتُم إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيْد إبراهيم : 7
Maksudnya : 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur,
nescaya Aku akan menambah nikmat kpd-Mu..
Dan sekiranya kamu mengingkari nikmat-Ku..
Sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih..

Kdg2 kita xsedar..
Allah ambil semula brg pinjamanNya..
Sebab kita menzalimi diri sendiri..
Sia-siakan anugerah dariNya..

Allah berfirman:
وَاللَّهُ أخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لكُمُ السَّمْعَ وَاْلَأبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ
لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak
mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan
penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (Surah Al-Nahl 16:
Ayat 78)

Ujian lawannya nikmat..
Hari ni kita diberi nikmat,belum tentu kekal..
Sabar dan redha ajar diri..

إن الله ما أخذ وله ما أعطى وكل شئ عنده بأجل مسمى فلتصبر ولتحتسب
"Sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang Ia ambil dan kepunyaanNya
apa yang Ia berikan dan segala sesuatu pada sisiNya sampai waktu yang
ditentukan. Hendaklah kamu bersabar dan mengharapkan ganjaran".
(Hadis riwayat Bukhari dari hadis Usamah)

Banyak hikmah yg aku dapat..
Ble nikmat melihat Allah tarik ckt..
Baru kita sedar betapa berharganya nilai mata2..
Memang xbole diganti..
Meskipun bole gne mata palsu..

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أُبْصَارِهِمْ
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki
yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang
yang haram). (Surah An-Nur, Ayat: 30).

Yang penting..
Jagalah pandangan dari melihat yg haram..
Agar terpelihara dr dosa dan kemaksiatan..
Berdoa selalu dlm tahajud dan munajat pdNya..

اِللَّهُمَّ اجْعَل فِي قلَبِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَعَنْ يَمِينِي نُورًا وَعَنْ
يَسَارِي نُورًا وَفَوْقِي نُورًا وَتَحْتِي نُورًا وَأَمَامِي
نُورًا وَخَلَفِي نُورًا وَاجْعَل لِي نُورًا

"Ya Allah, jadikanlah dalam hatiku cahaya, dalam pandanganku cahaya,
pada pendengaranku cahaya, sebelah tangan kananku cahaya dan pada
sebelah tangan kiriku cahaya, di atasku cahaya, di bawahku cahaya, di
mukaku cahaya dan di belakangku cahaya dan jadikanlah bagiku cahaya."
(Hadis riwayat Bukhari)

Alhamdulillah,kubersyukur atas segala nikmat dan ujianMu Ya Allah..
Jadikan aku orang yg sabar dan redha selalu..amin

Sunday, January 10, 2010

..Pengalaman Di Terengganu..

Jumaat,9/01/2010,11.30 malam..

Aku bertolak dr greenwood bersma ikhwan dan akhawat..
Kak Faridah,Abg Khairullah & Ishaq..
Menjadi wakil PKPIM & KPIJ..
Bagi meneruskan misi dakwah,tarbiyah dan ukhuwah..

Sabtu,10/01/2010,jam 5.40 pagi..

Kami berempat sampai di Kuala Terengganu..
Dijemput akhawat dan ikhwan dr UDM..
Berehat sebentar,jaulah di sekeliling UDM..
Dibawa saudari masyitah dan saudara solehuddin..

Kira2 pukul 11.30pagi..

Kami dibawa Ustazah Salimah,lecturer UDM..
Merangkap wakil ABIM TERENGGANU..
Menghadiri sambutan bulan muharam di PERTIS..
Sebuah perbadanan orang2 cacat penglihatan..

Aku cukup terkesan dgn bacaan seorg pakcik..
Yang cacat penglihatan,cacat anggota badan..
Mengalunkan bacaan ayat suciNya dgn cukup merdu..
Suaranya yg gemersik,menusuk dan menyentuh hati..
Benar,itulah kelebihan yg diberikan olehNya..

Ditambah dgn tazkirah Ustzah Salimah..
Layanan dan keramahan penduduk di situ..
Membuat aku kagum dan insaf..
Walau diuji Allah dgn kecacatan..
Namun itu xpernah membezakan mereka dgnku..

Tunduk penuh merendah hati..
Aku bersyukur diberi peluang olehNya..
Menjejak ke bumi Terengganu ini..
Benarlah,hidayahnya ada di mana2..
Dan kepada siapa yg mencari hidayah itu..

Kira2 3.00ptg..

Aku dibawa akhawat jaulah sekeliling Terengganu..
Melihat keindahan alam ciptaanNya,
Sambil berzikir thabat pd jalanNya..

8.30mlm..

Aku bersama2 ikhwan dan akhawat dr UIA..
Menjalankan misi kami..
Membuka mata para siswa dan siswi UDM..
Bergabung teguh dlm robithah Islami..
Demi menyumbang jasa bwt agama..

Pesanan YDP KPIJ..
Bersatu dlm jemaah,membina generasi intelek..
Berkorban demi agama tercinta..

11.00mlm..

Kami bertolak dr hentian bas Terengganu..
Mengorak langkah..
Berazam mengubah dan mengkoreksi diri..
Menjalankan misi bersama masyarakat..
Biar syahid di medanNya..
Jangan hidup tanpa berkorban..

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَآءَ مَرِضَاتِ اللهِ ،وَاللهُ رَءُوفٌ بِالعِبَاد
Maksudnya : Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya
untuk mencari keredhaan Allah.Dan Allah Maha Penyantun kepada
hamba-hambanya..(al-baqarah:207)

Ya Allah,tautkanlah hati-hati kami atas perjuangan membela agamaMu..
Redhakanlah kami dlm mengutip hikmah dan hidayahMu..

Thousand thanking 4 all of u:

Ustazah Salimah..
Pertubuhan PERTIS..
KEPITAR & PKPIM UDM..
Rosmiyati..Julaiha..Zida..Kak Ainun Farah..
Farid..Solehuddin..

SELAMAT TINGGAL TERENGGANU..
TERIMA KASIH ATAS HIKMAH DAN KENANGAN!!


Thursday, January 7, 2010

..Mahasiswa Kini Tak Proaktif??..

Benarkah mahasiswa kini tak proaktif??
Sensitiviti mereka terhadap isu2 yg berlaku di tahap mengecewakan..
Benarkah suara-suara mahasiswa kini semakin merundum??..
Bila tiba PRK barulah nak sibuk2 berdemo sana,berdemo sini..
Cari calon,berkempen,propaganda bertubi-tubi..
Tetapi setelah keputusan PRK diumum,masing2 dok senyap..
Diam membatu,tunggu isu dan masalah timbul..

Mana suara-suara hebat si halilintar..
Yang bangkit mempertahankan hak asasi pelajar..
Yang bangkit menegakkan yang hak,menentang yg batil..
Menentang pentadbiran universiti cukup2.
Mahukan anjakan paradigma sejajar dgn tuntutan agama..
Benarkah hanya omongan kosong..
Yang hanya gah pada nama,nama parti,nama kelab..
Tetapi implikasinya jauh sekali..

Aku jg mahasiswi,yg masih baru dlm dunia universiti..
Tapi aku selalu berfikir,apa usaha kita sbg mahasiswa?
Aku bukan anak kecil lagi..
Yang hanya diam mengikut,digula2,menjadi pak turut..
Tapi aku punya hak kebebasan bersuara..
Aku xmahu menjadi boneka sebagai pelajar..
Yang hanya sibuk di kelas,discussion,mahallah,library dan makan..
Ye benar,itu sudah tanggungjawab seorang penuntut ilmu..

Namun,adakah aku hanya perlu duduk,memerhati,mendengar..
Saban hari maksiat berleluasa di kampus,
Saban waktu yg teraniaya semakin terus dizalimi..
Agama Islam diperkotak-katikkan..
Masih mengikut dan mempertahankan kejahilan masyarakat..
Taqlid pd agama membuta-tuli..
Tiada usaha memahamkan masyarakat tentang ilmu yg dipelajari..

Mahasiswakah itu??

Bakal pemimpin negarakah itu??

Kita kecewa dgn pemerintahan kini..

Tetapi kita masih di takuk lama,hanya mengutuk,mencaci,mengadu-domba..
Asabiah dgn parti dan orang2 sendiri..
Sedangkan hak pelajar,penyatuan di bawah agama Islam jelas kini..

Mana janji2 manis itu..
Mempertahankan agama,membela ummah,menjunjung keadilan..
Andai golongan yg memerlukan ditinggal jauh..
Dengan alasan xsama parti..

Inikah keadilan yang dicanang-canang??
Inikah ke'islamik'an yg kita mahukan?
Nampak gah,cantik di luar..
Tetapi di dalam jauh sekali..

Fikir2 kan,renung2kan..bgaimana didik diri menjadi proaktif??

Saturday, January 2, 2010

"Universiti Malaya Yang Menjengkelkan??"



Baru2 ni dpt alamt web dr sorg senior aku..di sini..
Byk komen pasal 'Royal Debat Diraja 2009' baru2 ni kat UM..
Aku xtw sgt pasal ape yg dikomen sume 2 btul ke x..
Sbb aku xterlbt secara lgsung dlm pertandingan2..
Mgkin korang2 yg pergi lbh tw bende2..

So,bg aku,bende dah lalu,
Nak menyesal pun xbole,
cume kne perbaiki..
Setahu aku,memg sume U ade kekurangan ble bwt Royal ni,
Tapi yg tahun lepas ni,xtw la betapa dahsyat..
Sampai ramai yg komen..

Diam2,aku fikir..
Kenapa jd mcm ni??
Korang yg nk komen,silalah ke alamt web di atas2..
Bukan nk jatuhkan org lain..
Bahasa2 biar yg proper sikit..
Kita ada adab utk tegur org..
Jgn main hantam,sebarang je..
Just peringatan utk tgkt prestasi..

Tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi,demi Islam dijulang tinggi!!


Saturday, December 26, 2009

Jom Join Mass Gath Debate!!

..Salam Sahabat2 Arabic Debating Club IIUM,

Jemput datang ke Mass Gathering 09/10,
Buat kat Taman Tasik Titiwangsa,
Hari Jumaat 1 Januari 2010,
Fee :RM2 je

Transportation disediakan..
Bole bawak makanan dan minuman sendiri..
Ada aktiviti2 yang menarik menanti anda..
Meh join ramai2 meriahkan suasana
Berukhuwah kerana Allah,
Menyedari tugas dan amanah dari Allah,
dan menghayati keindahan alam ciptaanNya..

Terbuka kpd sume mantan exco,mainboard,subbcomm 2008-2009,
Sume exco,subbcomm dan mainboard 2010-2011
dan sume debaters..

Sebarang pertanyaan,nak join the club,

boleh hubungi : Habebullah (0133219717)
Shahida (0172848816)








Thursday, December 17, 2009

...Hijrahkah Kita??...


..Ibadah ini,masihkah seperti dulu,sekadar yg wajib sahaja..
..Hubungan dgn manusia,masihkah ada perselisihan,syak wasangka yg menebal..
..Perjuangan utk agama,masihkah dilupakan dgn kesibukan dunia..
..Cinta pada Sang Pencipta,masihkah di hati,amalan pdNya ditangguh,ditinggal jauh..
..Cinta pd kekasihNya,masihkah hanya tutur bicara menyatakan cinta,selawat jauh sekali..
..Janji buat keluarga,masihkah hanya azam,tapi kemalasan sudah sebati dlm diri..
..Pergaulan dgn ajnabi,masihkah hanya tekad,sering berjumpa tak kira hari..
..Taubat padaNya,masihkah hanya semalam,tapi hari ini diulangi..

..Benarkah ini yg dikatakan hijrah??..
..Dalam kenikmatan dunia,keseronokan,kebahagiaan..
..Adakah rahmatMu sentiasa memayungi??..

..Andai hari ini,masa hadapan kita masih begini..
..Sesungguhnya kita adalah makhluk paling rugi..
..Kerana kita hidup hanyalah sekali di dunia ini..

..Campakkan,buangkan hati-hati yg kotor ini di lembah hina..
..Berilah hati-hati yg baru,azam yg baru di tahun baru ini..
..Hijrahkan diri dari mimpi-mimpi semalam..
..Agar hari ini dan akan datang memberi sinar kejayaan..

..Perjalanan hidup ini tak diketahui..
..Andai esok maut menjemput,lindungilah dari azabMu Rabbi..
..Moga hijrah ini melayakkanku yg hina bertemuMu ya Ilahi..