Tuesday, February 16, 2010

..Di manakah Penyatuan Ini??..

..Sambil aku mencari2 bahan utk subject research,aku terjumpe blog ni,ini, dan itu aku godek2..bace2..belek2..fikir2..hmm sedihnya umat Islam bwt blog mcm2..pastu bertekak-tekak..
salahkan sane,salahkan sini,kafirkan sane,kafirkan sini..

Tujuan mendukung sunnah,mengikut perjalanan salafussoleh,sahabat2 nabi,tapi dok sesat men"sesat"..Ape nak jadi dgn umat Islam skg ni??..bukankah lbh elok jika menghidupkan sunnah itu,mendidik diri dan anak2 dgn acuan sirah nabi,sahabat2..

Aku rase klu umat Islam dgn cara ni je,alamat xpernah aman dunia ni,lagi byk dakyah kristian masuk..lg ramai org murtad,bkn stakat sorg dua,tp leh sampai 1negeri..waliyazubillah..

Ke mana perginya rase malu,jika diri kurang tarbiyah..ke mana hilangnya aqidah itu,jika diri dibelenggu nafsu serakah..ke mana jauhnya akhlak islam itu,jika diri dikuasai cinta dunia.. tepuk dada,tanya iman..

وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُوَلهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأوَلئِكَ هُمُ الْفائِزُون
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah
Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah
orang-orang yang beroleh kemenangan. (Surah Al-nur 24: Ayat 52)

وَمَا اخْتَلفتُمْ فِيهِ مِنْ شَيْءٍ فحُكْمُهُ إِلى اللَّهِ ذلِكُمُ اللَّهُ رَبِّي عَليْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِليْهِ أنِيبُ
Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikutpengikutmu):
Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka
hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya
ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk
kembali (dalam segala keadaan). (Surah Asy-Syura, Ayat: 10)

Perkara2 khilaf ni memg sejak dahulu lagi,zaman sahabat,ulama mazahb2..masing2 punye pandangan dan pendapat sendiri..cme 1,hormat dgn pandangan mazhab lain..bkn menyalah dan menuduh org lain salah..

Ya Allah,jauhkanlah kami dari jalan kesesatan,pandulah kami dgn jalan hidayahMu..hanya kepadaMu kami memohon,selamatkanlah kami dari perpecahan dan muslihat kafir laknatullah..amin

Thursday, January 28, 2010

..Especially For You Brother!!..


This entry i post specially for my brother..
"Mohd Khasbullah Bin Borham"
I am so sorry for this late wish..
24 January 2010,ur burfday right??
And u are at Egypt coz ur degree..

I thought u will be sad..Hehe
But u still cool and steady..
Where do u learn all of this??
Of course from me..haha
I became jealous..

I know,u learn from ur experience..
From ur tarbiyah and worship..
Its become more perfect..
Sometimes i learned to be a calm person
Who is the murabbi??
Allah right?.but He gives u as my guide..

Tht day,u are 23rd years..
I hope Allah gives u the success..
In anythg what u done & will u do..
I just ask Allah makes u happy..
With ur life in Bumi Anbiya'

I convinced u will be better there..
peaceful,will be guard by Allah..
I have been dream to be there..
But Allah gives me the best place UIAM..

InsyaAllah we will seek our knowledge..
You will be a graduate of "Hafiz"..
And i will be a gradute of "Sibawaih"
Amin..our misson not just stop tht level..
But the leaders of our ummah..
..I hope u will replace our late father..

"May Allah approves our pray towards achieving golden excellent"

Tuesday, January 26, 2010

..Announcement 2x..


Latest programme KPIJ:

Tamrin Qiyadi (KPIJ, PKPIM UIA, PKPIM UTM)

5-7 Febuari 2010

Sebarang pertanyaan boleh hubungi

Abd Hadi (019-7536597)


Latest programme arabic debate:

6 February 2010

"OPEN DAY"

Do you want to know??

'How to be the best debater..How we manage our club & so on"

Venue: Operation Room Arabic Debating & Public Speaking IIUM


Anyone can join us..

All of IIUM students

Any inquiry,just contact us:

Bro.Al Hafiz :0133536483

Sis.Nohaa : 0132361863






Thursday, January 21, 2010

..REALITI PRK DI UIAM..

Dah bape hari aku try nk post entri..
Tapi server down kat UIA ni..
So,dah terlepas la nak cte pasal PRK..
Pape pun,aku nk cte gak..

Bkn nk cari kontroversi..
Tapi nk bg mate2 kite terbuka..
Kdg2,teguran sesama kita bwt diri terfikir..

Ade la dlm 3 4hari mereka2 yg tercalon bwt kempen..
Ikut rules election byk sgt kne pinda..
Dah xbleh bg ole2 utk student yg nk m'ngundi..
Cme leh bg manifesto je kot..

Ape pun,2xjd masalah..
Yg masalhnya,sikap sesetgh pihak..
Yg mle bwt kerja2 kotor..
Stakat nk suh student undi..
Xperlu rasenya bwt kerja2 bodoh2..

Ltak poster anjing berkopiah..
Cabut banner pihak lawan..
Tulis kata2 yg xbest dipandang..
Kutuk-mengutuk..

Eh,itu bkn krja mahasiswa islam!!
Tapi kerja org2 yg letak akal kat lutut..
Kerja org yg xpenah belajar ethics..
Aku xnk side mana2 pihak dlm blog ni..
Cme aku kesal dgn stgh2 pihak cm2..

Stakat bwa nama Islam..
Tapi perangai,akhlak lbh teruk drp non-muslim..
Xde faedahnya..
Penat berkempen je..
Mcm2 gak dgn org yg nk perjuangkan bangsa..
Perjuangkan student dlm kuliyah..
Tapi ble dipilih jd SRC, bwt program hiburan..
Xsalah hiburan2,tp biarlah yg mencerminkan "Islam"nya UIAM..

Aku xbpe kisah..
Kalau SRC ni dikuasai mane2 pihak sekalipun..
Cme 1je,amanah,tanggungjawab kne selesaikan..
Hak-hak student kne perjuangkan..
Islam kne tegakkan..

Kalau pihak WUFI sekalipun menang..
Tapi xbwt kerja..
Atau student xnampak dyorg kerja..
Xde gunanya menang..

Mcm2 gak dgn ASPIRASI..
Kalau main sebat sume program bole..
Dah xnampak "islamnya" UIAM..
Dok lobi-melobi..
Asal poket penuh..
Sia-sia je hidup kt UIA ni..

The conclusion is..
Sume yg nk jd pemimpin..
Kne ade sifat pemimpin..
Cakap serupa bikin..
Kualiti diri kne tingkatkan..

Aku pun mahasiswa jg..
Aku ckp utk diri aku jg..
Bkn nk ckp diri aku hebat..
Cme nk diri kita sama2 hebat..

maklumat tambahan,sila lihat di sini

..Keputusan PRK dah diumumkan semalam,WUFI menang tipis dgn
ASPIRASI
di Gombak ni..

..Walau ape pun,harapan aku dan student sume,
selamat menjalankan tugas dan amanah..

..Bersatu membentuk ummah dan muslim yg cemerlang..
..Cemerlang agama,akademik,sahsiah dan akhlak..







Sunday, January 17, 2010

..LiQa' MaHabbah ProJeT..



Sabtu 16/1/2010-2.00ptg

Liqa' ke-2 PROJET..
Bersama sahabat2 seperjuangan menuju ke Bangi..
Mengorak langkah bertemu krn Allah..
Menyucikan diri dan teguh di jalanNya..
Memperjuangkan agama tercinta...

Dari Abu Qatadah yaitu al-Harits bin Rib'i r.a. dari Rasulullah s.a.w. bahwasanya
beliau s.a.w. berdiri berkhutbah di khalayak ramai, kemudian menyebutkan kepada
mereka bahwasanya jihad fi-sabilillah dan beriman kepada Allah itu adalah amalan paling utama,

Kemudian ada seorang lelaki berdiri dan berkata: "Ya Rasulullah,
bagaimana pendapat Tuan, jikalau saya terbunuh dalam peperangan fi-sabilillah, apakah
semua kesalahan saya akan dihapuskan-?" Beliau s.a.w. menjawab: "Benar, jikalau engkau
dibunuh fi-sabilillah itu dalam keadaan sabar, mengharapkan keridhaan Allah, sedang maju
dan tidak mengundurkan diri." Selanjutnya Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apa yang akan kau
katakan sekarang?" Orang itu berkata lagi: "Bagaimanakah pendapat Tuan, jikalau saya
terbunuh dalam peperangan fi-sabilillah? Apakah semua kesalahan saya dihapuskan?" Beliau
s.a.w. menjawab: "Benar demikian, asalkan engkau dalam keadaan sabar, mengharapkan
keridhaan Allah, sedang maju dan tidak mengundurkan diri, kecuali pula kalau engkau
mempunyai tanggungan hutang, karena sesungguhnya Jibril mengatakan hal itu kepadaku."
(Riwayat Muslim)

Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidaklah sempurna keimanan
seseorang dari engkau semua itu, sehingga ia mencintai saudaranya
sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri." (Muttafaq alaih)

Sabda baginda yang lain: "Wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman
kepadamu: Perintahlah (manusia) supaya melakukan perkara-perkara yang makruf
(yang baik) dan cegahlah mereka dari melakukan perkara-perkara yang mungkar
sebelum (tiba suatu waktu di mana) kamu meminta, lalu aku tidak lagi
menerimanya dan kamu memohon pertolongan lalu aku tidak menolong kamu
lagi". (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

وَمَنْ جَاهَدَ فإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَاَلمِينَ
maksud: Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka
sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri;
sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada
sekalian makhluk. (Surah Al-Ankabuut, Ayat: 6).

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلاَ تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ
تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلاَ تُطِعْ مَنْ أْغَفْلنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا
Yang bermaksud: Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan
orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang,
yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau
memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan
kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami
ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di
dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula
adalah melampaui kebenaran. (Surah Al-Kahfi, Ayat: 28).

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقاَلاً وَجَاهِدُوا بِأمْوَالِكُمْ وَأنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Maksudnya: Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah),
samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan
berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta
benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam).
(Surah At-Taubah :41)

Sabtu,10.oomlm..
Diskusi Darul Takzim
Bersama mantan KPIJ dan ABIM SELANGOR..
Berkongsi ilmu dan pengalaman..

Ahad,10.00pg-taski zainab (abim)
Kami bergotong-royong membersihkan kawasan taski..
Menyumbang khidmat buat masyarakat..

Ahad,11.00pg..
Salam perpisahan anak2 islam johor..
Menyubur ukhuwah,menyemai mahabbah..
Terus berkorban demi Islam..

Di bwh 5 prinsip gerakan islamiyyah..

1.Budaya ilmu ditingkatkan
2.Amalan kerohanian diperteguhkan
3.Syura & amal jamai'e disemaikan
4.Fahami isu semasa diperluaskan
5.Jihad fi sabilillah ditekadkan


"IDEALISME..INTELEKTUALISME..AKTIVISME"

Wednesday, January 13, 2010

..Nikmat Basar..

Baru je td aku dpt 'spectacle'
Mase pg Terengganu pecah dlm bas..
Dari malam jumaat tu sampai hari ni..
Hidup aku penuh kekaburan..
Menderita,dok pening pale..
Org tegur jmp kat jalan aku bwt dek je..
hehe..maaflah,nikmat melihat kurg..

Bile aku fikir2..
Betapa hebatnya Allah beri nikmat basar ni..
Sekali Dia tarik je,kite resah gelisah..
Macam2 gak dgn nikmat2 yg lain..
Tu sebab kena slalu bersyukur..

Allah berfirman :
لَإِنْ شَكَرْتُم لَأَزِيْدَنَّكُم وَلَإِنْ كَفَرْتُم إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيْد إبراهيم : 7
Maksudnya : 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur,
nescaya Aku akan menambah nikmat kpd-Mu..
Dan sekiranya kamu mengingkari nikmat-Ku..
Sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih..

Kdg2 kita xsedar..
Allah ambil semula brg pinjamanNya..
Sebab kita menzalimi diri sendiri..
Sia-siakan anugerah dariNya..

Allah berfirman:
وَاللَّهُ أخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لَا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لكُمُ السَّمْعَ وَاْلَأبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ
لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak
mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan
penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (Surah Al-Nahl 16:
Ayat 78)

Ujian lawannya nikmat..
Hari ni kita diberi nikmat,belum tentu kekal..
Sabar dan redha ajar diri..

إن الله ما أخذ وله ما أعطى وكل شئ عنده بأجل مسمى فلتصبر ولتحتسب
"Sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang Ia ambil dan kepunyaanNya
apa yang Ia berikan dan segala sesuatu pada sisiNya sampai waktu yang
ditentukan. Hendaklah kamu bersabar dan mengharapkan ganjaran".
(Hadis riwayat Bukhari dari hadis Usamah)

Banyak hikmah yg aku dapat..
Ble nikmat melihat Allah tarik ckt..
Baru kita sedar betapa berharganya nilai mata2..
Memang xbole diganti..
Meskipun bole gne mata palsu..

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أُبْصَارِهِمْ
Yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki
yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang
yang haram). (Surah An-Nur, Ayat: 30).

Yang penting..
Jagalah pandangan dari melihat yg haram..
Agar terpelihara dr dosa dan kemaksiatan..
Berdoa selalu dlm tahajud dan munajat pdNya..

اِللَّهُمَّ اجْعَل فِي قلَبِي نُورًا وَفِي بَصَرِي نُورًا وَفِي سَمْعِي نُورًا وَعَنْ يَمِينِي نُورًا وَعَنْ
يَسَارِي نُورًا وَفَوْقِي نُورًا وَتَحْتِي نُورًا وَأَمَامِي
نُورًا وَخَلَفِي نُورًا وَاجْعَل لِي نُورًا

"Ya Allah, jadikanlah dalam hatiku cahaya, dalam pandanganku cahaya,
pada pendengaranku cahaya, sebelah tangan kananku cahaya dan pada
sebelah tangan kiriku cahaya, di atasku cahaya, di bawahku cahaya, di
mukaku cahaya dan di belakangku cahaya dan jadikanlah bagiku cahaya."
(Hadis riwayat Bukhari)

Alhamdulillah,kubersyukur atas segala nikmat dan ujianMu Ya Allah..
Jadikan aku orang yg sabar dan redha selalu..amin

Sunday, January 10, 2010

..Pengalaman Di Terengganu..

Jumaat,9/01/2010,11.30 malam..

Aku bertolak dr greenwood bersma ikhwan dan akhawat..
Kak Faridah,Abg Khairullah & Ishaq..
Menjadi wakil PKPIM & KPIJ..
Bagi meneruskan misi dakwah,tarbiyah dan ukhuwah..

Sabtu,10/01/2010,jam 5.40 pagi..

Kami berempat sampai di Kuala Terengganu..
Dijemput akhawat dan ikhwan dr UDM..
Berehat sebentar,jaulah di sekeliling UDM..
Dibawa saudari masyitah dan saudara solehuddin..

Kira2 pukul 11.30pagi..

Kami dibawa Ustazah Salimah,lecturer UDM..
Merangkap wakil ABIM TERENGGANU..
Menghadiri sambutan bulan muharam di PERTIS..
Sebuah perbadanan orang2 cacat penglihatan..

Aku cukup terkesan dgn bacaan seorg pakcik..
Yang cacat penglihatan,cacat anggota badan..
Mengalunkan bacaan ayat suciNya dgn cukup merdu..
Suaranya yg gemersik,menusuk dan menyentuh hati..
Benar,itulah kelebihan yg diberikan olehNya..

Ditambah dgn tazkirah Ustzah Salimah..
Layanan dan keramahan penduduk di situ..
Membuat aku kagum dan insaf..
Walau diuji Allah dgn kecacatan..
Namun itu xpernah membezakan mereka dgnku..

Tunduk penuh merendah hati..
Aku bersyukur diberi peluang olehNya..
Menjejak ke bumi Terengganu ini..
Benarlah,hidayahnya ada di mana2..
Dan kepada siapa yg mencari hidayah itu..

Kira2 3.00ptg..

Aku dibawa akhawat jaulah sekeliling Terengganu..
Melihat keindahan alam ciptaanNya,
Sambil berzikir thabat pd jalanNya..

8.30mlm..

Aku bersama2 ikhwan dan akhawat dr UIA..
Menjalankan misi kami..
Membuka mata para siswa dan siswi UDM..
Bergabung teguh dlm robithah Islami..
Demi menyumbang jasa bwt agama..

Pesanan YDP KPIJ..
Bersatu dlm jemaah,membina generasi intelek..
Berkorban demi agama tercinta..

11.00mlm..

Kami bertolak dr hentian bas Terengganu..
Mengorak langkah..
Berazam mengubah dan mengkoreksi diri..
Menjalankan misi bersama masyarakat..
Biar syahid di medanNya..
Jangan hidup tanpa berkorban..

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْرِي نَفْسَهُ ابْتِغَآءَ مَرِضَاتِ اللهِ ،وَاللهُ رَءُوفٌ بِالعِبَاد
Maksudnya : Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya
untuk mencari keredhaan Allah.Dan Allah Maha Penyantun kepada
hamba-hambanya..(al-baqarah:207)

Ya Allah,tautkanlah hati-hati kami atas perjuangan membela agamaMu..
Redhakanlah kami dlm mengutip hikmah dan hidayahMu..

Thousand thanking 4 all of u:

Ustazah Salimah..
Pertubuhan PERTIS..
KEPITAR & PKPIM UDM..
Rosmiyati..Julaiha..Zida..Kak Ainun Farah..
Farid..Solehuddin..

SELAMAT TINGGAL TERENGGANU..
TERIMA KASIH ATAS HIKMAH DAN KENANGAN!!