"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati Kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu, Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya" (Ali Imran : 8)
Saturday, October 23, 2010
Salam Imtihan
Tuesday, October 19, 2010
Analisis Ringkas Tajuk Debat
Salam kembali..al-zahrawi hanya ingin berkongsi...seronok melihat rakan2 dan adik2 berdebat..aku bila pula?..hehe
-Tajuk debat semalam : "Kepentingan Mengiktiraf Hak-Hak Golongan Homoseksual"
*sekitar analisis sebagai hakim :
-jika dilihat secara amnya, pasti kita 'xsuka' mendengar dan melihatnya..
-namun, rasional dalam debat..melihat pro dan kontra dlm sudut ilmiah..
-jika dilihat pd sudut agama, pastinya sudah tertolak tajuk ini..
-Pencadang :
1) Masyarakat tidak peduli dengan hak-hak mereka sebagai masyarakat tempatan
-hak pelajaran, hak kehidupan, hak pekerjaan
2) Diskriminasi terhadap golongan ini menyalahi perlembagaan
- perlembagaan menyatakan 'hak sama rata antara masyarakat berbilang kaum'
3) Homoseksual bukan jenayah kepada negara
- mereka tidak melakukan jenayah..hanya menyalahi agama dan adat.. terdapat beberapa negara yang melindungi golongan ini. cth: amerika, britain.
4) Peningkatan kadar homoseksual membantutkan pertumbuhan negara
- pengiktirafan membantu negara meningkatkan ekonomi, membantu negara
mengesan punca dan penyelesaian masalah ini...etc : ahli politik, golongan
profesional, ahli muzik dpd golongan ini.
Pembangkang :
1) Pengiktirafan menyebabkan semakin meningkat kadar homoseksual
- Golongan biasa akan terpengaruh dengan golongan majoriti ini.
2) Homoseksual punca peningkatan penyakit-penyakit berbahaya (AIDS)
- 64% kematian disebabkan AIDS dpd golongan Gay..kadar AIDS meningkat
disebabkan peningkatan golongan ini. cth : washington.
3) Memusnahkan institusi keluarga dan merosakkan keturunan
- punca kejatuhan Rom dan Yunani (Greek) bila peningkatan homoseksual
- rosak hubungan suami isteri, adik-beradik dan anak-anak
- semakin berkurangnya generasi
4) Semua agama menentang homoseksual
- Islam, Buddha, Kristian..menentang golongan ini..digelar syaitan dunia
Kesimpulan : Setiap hujah punya rujukan dan dalil tersendiri, ada kebaikan dan keburukannya.
Kemenangan berpihak "pembangkang" kerana mempertahankan hujah dgn kuat.
Bagi mereka di luar sana, ketahuilah :
p/s : boleh lihat lebih lanjut diskusi tajuk ini di sini, situ, sana, sinun, sinin...
* bersiap ke kelas Intro To Translation
* Breakfast "milk low fat"
* sambil mengemas bilik
Sunday, October 17, 2010
..Setiap Langkah..
Sekadar mencoret sedikit. setelah lama tidak mencoret. kerana tidak konsisten berfikirkah? Hanya Allah mengetahuinya.
Quran. sering ditanya pd diri. terjagakah kalam suci itu?.atau sekadar menghafal dan terus lupa?.diulangi tidak setiap hari? dijadikan zikirkah setiap saat?.atau saat men'tasmik' dengan ustaz. saat hampir peperiksaan. baru dibuka, diulang, dibaca, dipetia. sungguh.tiada guna.mungkin dunia terlepas. akhirat belum tentu.
Solat berjemaah. sanggupkah berpenat lelah. berjalan ke masjid. tatkala manusia lain sibuk dengan duniawi. tatkala manusia lain diulit mimpi. 'air penenang' menjadi penyuci. langkah diatur ke 'rumah suci'. azan pertama.jemaah pertama. imam pertama. sanggupkah?.atau sekadar zuhur dan asar. yg lain di bilik. seorang diri. Sukarnya istiqamah diri.
Akhirnya. koreksi diri. setiap langkah itu ibadatkah?. setiap perbuatan itu zikir pdNyakah?. setiap detik yg berlalu penuh dosakah?.setiap saat. ketika .masa. akhirnya kita kembali. menemui Dia. Cukupkah amalan ini?. diterimakah?. atau hanya basah sejadah, tapi keluar masjid diulangi dosa ini.Ampun Ya Rabbi.
*bersiap ke kelas Intro To Translation
*moga mudah tasmik hari ini
Monday, October 11, 2010
Cinta Itu Maruah Manusia
Assalamualaikum w.b.t
-Amalkan bersama-
Dalam perjalanan ke Gombak Setia, menemani sahabat yg kurang sihat, diri ini berselisih dgn seorang sahabat yg baru sahaja pulang mendengar talk..tajuknya “Anda Bijak Jauhi Zina”.. anjuran Raudhatussakinah, pusat pemulihan akhlak remaja..terima kasih aini,wani dan k.izah.. jazakumullah kahir..
Aku bukan org yg selayaknya berbicara tentang cinta..Malah seringkali mengelak..Tapi kali ini aku rasa terpanggil, terdetik untuk berkongsi dengan para pembaca, setelah kebajetan manusia kini, dikuasai nafsu syahwat, hilang maruah dan harga diri, lalu anak yg tak berdosa dibuang merata-rata, akhirnya hidup dilalui di pusat Raudhatussakinah ini..Allahu Rabbi.. takutnya, sedihnya mendengar berita ini..
Benarkah cinta itu selalu sinonim dgn remaja? Apa ertinya hubungan lelaki dengan perempuan tanpa ikatan?..Cinta monyet, cinta pd wajahnya, cinta pd hartanya, cinta pd manis kata-katanya, cinta dia.cinta.cinta.cinta..orang yg menghadapi fasa ini, seakan lupa, hanyut, terawang-awang, lupa pada Tuhannya..benarkah???..hanya mereka yg menghadapi yg akan merasai.. Hebatnya panahan cinta.bukan menafikan fitrah ini.tetapi berhati-hati, berdoa agar dilorongkan pd CINTA syar’ie..
“Sejuknya mata memandang, wajahnya ayu, bertudung labuh, berjubah, inilah perempuan idaman aku..”..hati berdetik,tatkala melihat seorang muslimah lalu di hadapan mata. “Bersihnya wajah dia, tenangnya melihat dia, penuh dgn ciri-ciri lelaki idaman aku..” si perempuan pula bermonolog dlm hati melihat si jejaka..itulah NALURI, datangnya kerana fitrah..bukan kesalahan dan dosa jika bernaluri tanpa diundang..Tetapi Islam mengajar untuk menundukkan, mengawal NALURI itu agar jd hamba yg patuh dan taat pd Sang Pencipta…
..Bermula episod cinta, berkenalan di FB, bertemu di program2, 1 society, tersalah YM, berkenalan di kelas dan byk lagi..Saat berkenalan..
*Perbualan formal..berdiskusi tentang tugas, berbicara tentang isu-isu semasa, ilmu katanya..
*Perkenalan diteruskan lagi, sudah berani bertanya khabar..berkongsi cerita hidup, kisah2 silam, kenangan pahit & manis, bergurau senda..Handphone seakan tidak boleh berenggang, laptop dijengah berkali-kali..Semuanya ingin dikongsi, terasa indah hidup dihargai ‘si dia’..
*Saat berkenalan di SMS, YM, FB seakan tidak puas..bermula episod berkongsi cerita di telefon, berhabis duit, top-up tak sampai sehari dah habis..”tak mengapa..kerana ‘si dia’..”hati mengiyakan..
*Akhirnya, tak cukup dengan telefon, mengikat janji utk ‘sebuah pertemuan’.. mula2 ditemani ‘sahabat2’..lama-kelamaan banyak ‘benda rahsia’ yg ingin dikongsi, sahabat tolak tepi..hanyut dengan asmara dan cinta dia & aku..
*Pertemuan demi pertemuan…akhirnya…………(wal ‘iya zubillah)..
Itu kisah “pelajar2 biasa”..tapi lain pula ceritanya dgn “mereka yg islamik” katanya..
*Awal2 pertemuan, di program dakwah, dlm society, dalam nadi, dalam kelas, dlm fb...Mata jeling-menjeling, mengagumi kewibawaan seorang ketua, kerajinan ahli, kecekapan assistant, ketinggian ilmu, akhlak, agama ‘si dia’..
*Mesyuarat demi mesyuarat, pertemuan demi pertemuan..Hati semakin mengagumi, termimpi-mimpi..tapi dipendam rasa hati..”malu kalau 1 society tahu, malu kalau rakan2 tahu..bisiknya. Fikiran seakan sudah terpatri nama ‘si dia’, kdg2 menangis mengenangkan ‘si dia’ yg belum tentu dimiliki..
*Suatu hari, keberanian pun datang…..surat dilayang buat ‘si dia’..FB dicari, tekan button “add friends”..YM dicari lagi, tanya sahabat2 yg rapat dgn ‘si dia’.. SMS dihantar meluah isi hati, niat hati “mencari pasangan”..lupa perbuatan itu kdg2 mengundang murkaNya..
*Berkenalan berbulan-bulan, akhirnya mengikat janji pertemuan…’ malunya, nak jumpa ‘si dia’, selama ni jeling-jeling, usha dari tepi je..hati berbisik, berbunga-bunga rindu dan cinta..
*Pertemuan di kwsn lapang, ditemani kwn2, yela takut jadi fitnah..ada juga yg terus ke rumah, ditemani abg2 o adk2, bukan dlm rumah..tapi tepi pagar, depan pagar rumah.. “xpe..mak ayah tahu..”hati yg sedang berbunga rindu, xdapat dibendung lagi..
*Pertemuan demi pertemuan…akhirnya..ke alam PERNIKAHAN??..atau terhenti di separuh JALAN??..
“Sabda Rasulullah s.a.w : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali NIKAH” (Riwayat Ibnu Majah)
Cinta adalah maruah manusia, terlalu mulia..Jangan jadikan CINTA itu fitnah.. bercinta untuk sampai ke SYURGA..
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui..” (Al-Baqarah : 216)
Allah..akhirnya,xsgka aku menulis post kali ini tentang ‘CINTA’..Apa pun, harap ambil iktibar atas kejadian dan perbuatan di dunia ini..Yang masih terjaga, berdoalah selalu agar ujian CINTA tanpa syar’ie ini tidak dihadapi..Yang sedang menghadapi, berhati-hatilah agar tidak mengundang murka Ilahi, binalah CINTA keranaNya, halalkan caranya, pasti hidup bahagia..Yang sudah terlanjur, bertaubatlah,carilah CINTA Ilahi, mohon ampun dariNya dan jgn sekali-kali mengulangi..Allah Maha Pengampun..
“Ya Allah.HambaMu telah tersesat jalan.Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini..”
“Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.Berilah kekuatan kepada kami untuk menghadapi godaan keremajaan ini.Anugerahkan kepada kami perasaan benci kepada maksiat.Hiasilah diri kami dengan akhlak yg mulia.”
“Ibu dan ayah…anakmu berdosa..Kalian menjagaku sejak kecil dengan kasih sayang.Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain?..Oh Tuhan, AMPUNKANLAH hambaMu yang berdosa ini..”
P/S : Buat sahabat yg mengenali diri ini..maafkan aku jika ada perbuatanku yg mengundang fitnah, kemesraanku yg membuatkan salah sangka, tegurlah diriku pd kebaikan..Berdoalah agar Allah membalas CINTA kita, menghidupkan kita dengan CINTA bersyariat, mengurnia insan yang hatinya mendamba CINTA Allah dan Akhiratnya dan mengurnia anak2 terCINTA sbg penyejuk mata..ameen
-اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا يَا كَرِيمَ-
Wallahu ‘A’lam..
-Mawar penyeri berduri-
*usai menikmati ‘keropok lekor & pisang goreng’
*mencari mood menterjemah dan menyiapkan nota
Tuesday, October 5, 2010
IMAN, HATI & AKAL
Minggu lalu agak sibuk dengan program, asgnment yg masih berbaki.. InsyAllah, perkongsian sekadar mencari nilai dan 'ibrah dari setiap kejadian dan setiap apa yg kita lakukan.
Ayat ini menjadi ibrah bagi kita, terkadang saat kita berurusan dengan manusia, saat kita berprogram dan bersahabat, sering kali timbul salah faham, sering kali timbul rasa tidak puas hati, sering kali juga tidak ikhlas dalam berurusan..
Berbalik kepada hikmah Allah menciptakan hati..Hati yang keras, hati yang lembut. Hati yang tenang, hati yang gelisah. Hati yang ikhlas, hati yang memberontak. Hati.Hati.Hati. Apakah rahsianya penciptaan hati?..Konklusinya mudah..HATI-HATI..
ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهي القلب
IMAN,HATI & AKAL.. saling melengkapi, indahnya iman disulami hati-hati yang sentiasa mengingati Allah, indahnya iman juga kerana adanya akal yg mengawasi kehendak hati.. pokoknya IMAN..
3 instrumen ini membuahkan TAQWA, cuba kita koreksi intipati HATI-HATI..inilah definisi yg diberikan oleh Saidina Umar.R.A ketika ditanya sahabat tentang taqwa.."Taqwa adalah seperti kamu berjalan di atas duri-duri yg tajam"..
Manusia xkan terlepas dari serangan nafsu, emosi, perasaan, kelalaian, dsb..namun, manusia boleh melepasi halangan itu semua, dengan HATI-HATI (taqwa)..
"Hati-hati bercakap. Hati-hati menilai perbuatan org. Hati-hati memahami manusia. Hati-hati bersangka pd manusia. Hati-hati memilih jalan kehidupan. Hati-hati dengan dosa.Hati-hati menegur org. Segalanya penuh hati-hati.. agar kita tidak mendapat kemarahan manusia, agar tidak membosankan manusia, agar tidak menyusahkan manusia dan paling penting, agar kita tidak mendapat kemurkaan Tuhan"
Akhir kalam, Iman menemukan kita dengan saudara,sahabat.. Hati menemukan cinta mereka, Akal mengawal dari mengguris perasaan mereka.. Namun acap kali kita diuji dengan Nafsu, yang cuba memporak-perandakan keikhlasan bersaudara.. Neutralkan hati. bersangkalah baik. pasti ganjaran baik buat kita.
( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban)

P/S : Jutaan kemaafan buat Head Comm PR Choc Fair 2010, Sdr.Nur Mohamad Adli, terima kasih atas pengorbanan & komitmen... manusia penuh kekurangan,kelemahan dlm menilai,tetapi yakinlah, keikhlasan menerima sebarang keburukan dan kebaikan seseorang, pasti diganjar Tuhan..Buat Sdr.Rukaini, terima kasih atas bantuan dan ketenangan yg diberikan,moga ketenangan itu membantumu menuju Tuhan.. Sdr.Ammar, cukup terhibur dengan celotehan dan nyanyian, terima kasih atas nasihat2..
Sdri.Diyana, terharu dengan kebaikan hatimu, kesudianmu m'jd pendengar, kerajinanmu, xmampu kubalas, moga ukhwah kita selamanya.. Sdri.Nasuha, sungguh beruntung dikurnia adik kecil ni, pandai menghibur, sering membantu walau kdg2 bosan.. maafkan diriku, Sdri.Ienna.. terima kasih segala bantuan, agar dirimu sihat selalu.. Sdri.Asma dan Faridah.. sepasang merpati, hehe..yg sukar dipisah..terima kasih atas galakan, bantuan dan komitmen.. maaf jika ada kekurangan..Dan pada semua komiti Choc Fair 2010..maaf dan terima kasih buat semua!!
Wednesday, September 22, 2010
Doa Buat Sahabat
Sekadar mencoret sedikit, berkongsi cerita tentang sahabat..
Pulang dari kampung, ke bilik seorang sahabat, Nisa'..sekadar melawat dia yg dikhabarkan tidak sihat, timbul kerisauan mendengar kesakitannya yg dihadapi.. Sungguh, ada insan lain rupanya yg lebih menderita dari diri ini.. Dalam hati mengucap.."Syukur,masih diberi nikmat belas kasihan pd sahabat ini.."
Bermalam di bilik Nisa', sambil mengutip nasihat-nasihat berharga dari mulut sahabat ini, hati berkata lagi, "wah..nampak sihat dia, bercerita sakan..alhamdulillah".Niat hati nak belajar dgn dia, tapi biasalah, bila dah berjumpa, macam2 cerita nak kongsi, lagi2 cerita raya..hehe
Pulang dari biliknya, 3buku hadiah darinya, ditambah 2buku lagi yg aku pinjam..wah kenyang buku,alhamdulillah..tapi belum sempat baca lagi, ada yg lebih aula..insyAllah, sampai nanti masanya utk dibaca..
Terima kasih sahabat, bersyukur sangat dikurniakan Allah sahabat sepertimu..moga2 cita-cita kita Allah makbulkan..
Doa buatmu : "Ya Allah,Kau berilah kesembuhan kepada sahabatku ini, berilah dia kemudahan dalam menjalankan ibadah kepadaMu, penuhilah hidupnya dengan cintaMu, andai kesembuhan itu belum lagi Kau beri, jadikanlah dia orang yg sabar dan tabah dalam menempuh kehidupan ini..Satukan hati kami dengan kasih sayangMu, ikhlaskan aku dalam bersahabat denganNya.. moga2 cita-cita kami termakbul dan bertemu di syurga firdausi..ameen"
Sunday, September 19, 2010
Salam Seindah Syawal
Lamanya sudah tak meng'update'blog ni..sejak pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung, sibuk pula dengan assgnment,midterm dan program..
Hati dipasak, semangat digagahi..4madah dan 6assgnment yg masih berbaki, ditambah "modal" yg masih belum dihantar pd ustaz..insyAllah, mudah2an Allah membantu dan memudahkan urusan..
Tarbiyah Ramadhan yg lalu mendidik hati kita utk mempersiapkan diri, menghadapi Syawal,dan bulan2 yg seterusnya.."Puasa 6 syawal..sudahkah kita mulai??"..nafsu menjawab, "xpe..syawal ade sebulan, bila2 boleh mula.."
Sepanjang 10 Ramadhan yg akhir, hati seakan-akan berat utk pulang ke kampung, rasa tidak puas berjemaah di SHAS MOSQUE, menikmati Iktikaf dan Qiamulail di sana..sungguh rindunya saat itu..
Kini Syawal memberi kemenangan buat kita, untuk kita belajar menjadi hamba Tuhan , bukan hamba Ramadhan..
Alhamdulillah, sepanjang raya di kampung, sempat menziarah makcik-pakcik, saudara-mara, abang2 n akak2.. cuma tidak berkesempatan menziarah ustaz-ustazah dan sahabat handai.. Mudah2an ukhwah kita kekal selamanya..
Coretan berakhir..hidup di dunia juga pasti berakhir, maafkan kesilapan dan kesalahanku sepanjang kalian mengenali diri ini..Aku manusia yg selalu berdosa, penuh khilaf, tetapi berusaha untuk menjadi lebih baik setiap hari..InsyAllah,doakan diriku, dan juga kepada diri kalian..
p/s : Slm Aidilfitri Maaf Zahir Batin buat abangku Hasbullah di Syubro,Mesir.. teruskan perjuanganmu mencari ilmu Allah, thabatkan hatimu pd jalanNya, jagalah kalam2 Allah dalam hidupmu,doaku sentiasa buatmu..
Juga buat abangku Mustaffa yg berada di Kaherah, Mesir dan isteri..anak saudaraku, Yusuf,Yasin dan Aishah.. moga kalian semua dalam lindungan Allah..
Buat anak saudaraku Syafiqah,Uwais,Azman yg berada di Syubro,Mesir.. kutiplah ilmu sebanyaknya di Bumi Warisan Nabi..Moga kepulangan kalian semua membawa rahmat buat ummat..
-saat menunggu azan isyak (10 Syawal 1431)
-meneruskan perjuangan study General Linguistic
-mengharap keampunan dariMu Ya Rabb..



