..wishg all of u,all de best ya 4 this final..my first day on ths friday,mhon doa kalian sume..my asgnmt x finish yet..2 lg,lexi..aduhai,risau btul..strive2x..ths week we hve presnttion sc hdth,n syntax test..ok2 cool,study..just focus 2ur stdy..yah,chaiyok2x..
jgn pnah mengalah slagi blum sampai medan juang..!!..may Allah makes it easy,amin..
"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pesongkan hati Kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu, Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya" (Ali Imran : 8)
Sunday, October 25, 2009
Thursday, October 15, 2009
Kajian Angkasa..perlu sgt ke??

Baru2 ni Debat Arab Liga IIUM bwt tjuk 'Kajian Angkasa Diutamakan Dpd Projek2 Lain'..group aku msuk final after mng kt semifinal sb2 lalu..tp sdh gak final ni aku xdpt main..xpe,yg pntg group aku menang..Bro.Hanan,Bro.Hamzah n Badrul..fuiyo,hebat sungguh korang..aku salute ar.hehe
Ape kate PM baru kite??:
Menurut Perdana menteri pembabitan dalam industri angkasa lepas merupakan antara pendekatan yang dilaksanakan kerajaan dalam usaha mencapai matlamat Wawasan 2020, untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
Beliau berkata dalam usaha mencapai kemajuan, kerajaan perlu memperkenalkan pelbagai projek bagi pembangunan negara serta rakyat, dan salah satu daripadanya ialah penglibatan dalam sains angkasa lepas.
"Kita sudah bekerja bersungguh-sunguh untuk sama-sama terlibat dan bermuafakat dengan kerajaan yang ada agensi angkasa seperti Jepun, Rusia, Kazakhstan dan Amerika Syarikat...semua ini akan membawa manfaat dan kebaikan kepada kita," katanya.
"Belanja besar bukan bermakna ia satu pembaziran, kita ada wang dan kemampuan. Wang masih ada untuk menjalankan projek serta program-program yang akan membawa kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara," tambahnya.
Perdana Menteri berkata faedah yang diperolehi daripada kajian-kajian yang dijalankan dalam misi angkasawan Malaysia itu memang diminati negara-negara lain seperti Eropah dan Jepun.
"Kajian sel penyakit kanser dan lain-lainnya... Negara-negara Eropah dan juga Jepun, berminat untuk mengetahui hasil kajian yang dilakukan Dr Sheikh Muszaphar itu," katanya.- 22/10/2007
Dlm pertndgn 2,group muaradhah(pmbgkg) menang dgn suara majoriti terbyk..korg nk tw sbbnya??kne tnye dyorg sndiri la..hehe
Menurut firasat aku,sbb krajaan bzir duit,mase..berjuta2 kerajaan hbs bwt projek cm2..spatutnya pkara prtma yg kerajaan kne tgk ialah modal insan..ha knape?yela,dr sdut pndidikan,prindustrian,lhirkan masyarkt yg berbudi msh lg lmh kt mlysia ni..btl ke ngara Islam cmni?..tpuk dada tnya iman..
Dalam Islam memg ade sbut,berjln di muka bumi,prhatikn kejadian tuhan dglkkan..tp,mane yg perlu diutamakn??..brhbs duit krn kajian o tlg org2 mskin kt mlysia..??
Ape pun,pikir dgn rasional,cmne jepun,amerika,rusia boleh maju dlm bdg angkasa??..adakah sbb modal insan yg dihasilkan,atau kerjaan sggup berhbs duit dlm kajian smata..fikir2kanlah..
Monday, October 5, 2009
Maafkan aku..Sahabatku..
Sahabat Sejati
Kubiar kalam berbicara..
Mengurai maksudnya di jiwa..
Agar mudah kumengerti..
Segala yang terjadi..
Sudah suratan Ilahi..
Kubiarkan pena menulis..
Meluahkan hasrat di hati..
Moga terubat segala..
Perasaan di jiwa..
Tak pernah kuingini..
Aku telah pun sedaya..
Tak melukai hatimu..
Mungkin sudah suratan hidupku..
Kasih yang lama terjalin..
Berderai bagaikan kaca..
Oh teman,maafkanlah diriku..
Oh Tuhan,tunjukkanku jalan..
Untuk menempuhi dugaan ini..
Teman maafkan jika kumelukaimu..
Moga ikatan ukhuwah yang dibina ke akhirnya..
Aku tidakkan berdaya..
Menahan hibanya rasa..
Kau pergi meninggalkan diriku..
Redhalah apa terjadi..
Usahlah dikau kesali..
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi..
Kubiar kalam berbicara..
Mengurai maksudnya di jiwa..
Agar mudah kumengerti..
Segala yang terjadi..
Sudah suratan Ilahi..
Monday, September 28, 2009
Salam Aidilfitri..Maaf Zahir Batin
Ni gambar raye tahun 2008
Salam aidilfitri buat semua..lame xupdate..hehe
Ari ni first class aku lpas raye..smalam nk balik sdh la gak..yela mak duk sorang je kt umah..tgu lpas edah nt bru ikut abg aku kot..sian mak,sabar dan tabah ye mak,insyAllah Allah sentiasa jg mak..
Bosan gak ari ni,byk class cancel sbb lcture xblik lg uia..aku pn pe lg,hehe..foye2 jap,smbil bwt asemen..6asemen beb..hehe..pgalaman aku mse raye,nak cte gak..
sempat bwt 2jenis kuih je..huhu,nk bwt bahulu jawa,mak kate kmas umah..xpela,aku steady je..yg pntg umh kmas,bersih..abg2 n akk2 aku blik selesa nk duk..first raye,hmm bselah,dh xde ayah ni..rase lain sgt,sume bnde rase hilang..mlm raye2 aku lupe,siap nk cari jubah ayah nk gosok tk solat raye,opss akk aku tgur,ayah xdela..huhu
Mlm raye lpas tkbir ramai2 dgn adk-bradik,ade bwt tahlil ckt..bwt arwah ayh,akk,ank2 sedara n muslimin muslmat..sayunye,yg xthn msti nangis,tp aku ttp cool..sushnye air mata nk kluar..
Lpas solat raye,kumpul adk-bradik,abg aku Abd.Razak Borham yg bg tazkirah..slalu ayah la yg bg nsihat,ingat lg,last year ayah nangis2 bg tazkirah.."ayah teringat mkcik n siwo berahim(ayah abg.asri)Allah jmput dulu,bile la ayah nk dijemput"kata ayah..sungguh,ayah byk bersdh,khlgn ank,cucu2,ank sdara,abg,akk dlm 1th lbh bwt ayh slalu murung..andai bole aku tanggung beban ayah,pasti aku bwt..tp,lpas ayah sdh,slalu ayah doa..mtk kuat dn tbh,kagum btl aku pd ayah..
Hari2 raye kt umh,ramai sgt sdare2,org2 kg,kwn2 arwah ayah dtg..aku xckup kaki dn tgn,org lain sakan raye,aku duk umh..hehe..jd org tua,xpe..aku steady,aku xraye pn,org dtg raye,bg duit raye..haha..lawak,dah besar2 dpt duit raye..
Lepas mesyuarat kluarga ari sb2 aku blik sni,sume adk bradik aku sayu je..sdh gak tgk,tgk mak lg sdh..tp sdh cm2 jela,abg aku ckp aku ni permata keluarga..haha,sbb aku ank bgsu kot,rabu ni abg ats aku nk p blajar mesir..huhu,xdapek den nak mngantrnya..xpola,yg pntg doa slamat..
ok la,byk lg aseimen mnunggu,jmp lain wk2..slamat ari raye,maaf zahir batin dari aku n keluarga Haji Borham Busro..
Tuesday, September 15, 2009
Amanat Terakhir..Imamku!
..selamat tinggal imamku..
Rentetan kematian anak saudaraku di bumi anbiya',menyusul pula arwah akk dn ank2nya di Batu Pahat,selaps 4bulan berlalu arwah abg.asri rabbani menyusul,arwah ayah pula menyusul pergi..lepas ni,siapa pula bakal menyusul?sungguh..kematian itu pasti,xkan terlambat sesaat atau terawl sesaat sekalipun..
Terkadang aku duduk sendirian,mengimbas kembali kenangan lalu bersama arwah ayah..2hari selepas pemergiannya menemui sang pencipta,hatiku meruntun-runtun kesedihan,bukan aku tidak meredhai pemergiannya..namun begitulah manusia,terkadang diuji dengan kesedihan.. hanya dengan mengingatiNya hati akan tenang..
kain bajunya,quran dan kitab2 pondok,catatan hariannya mengingatkan aku padanya..seakan baru semalam aku mendengar tazkirah darinya,berjabat salam,mencium mesra tangannya..
Masih terngiang-ngiang suaranya yg nyaring mengimamkan kami sekeluarga,sungguh aku pasti amat merindui suara si imam itu..berjubah putih dan berserban memg trademark bg dirinya.. langkah penuh tawadhuk mengingatkan aku ceritanya mengenai Rasulullah dan para sahabat..
Begitu segar dalam ingatan ini,amanat beliau yg aku akan ingat sehingga hayatku,"berhati-hatilah"..sungguh bermakna kata-katanya..berhati2 dengan dunia yg selalu melalaikan kita..aku selalu simpulkan begitu..
Sebelum aku diterima masuk u,arwah ayah berpesan..belajar sungguh2,jgn fikir yg bukan2..bila jaga hati dpd pkara yg xbaik,Allah jg kita jg..
Lebih 3bulan Allah menguji arwah ayah dengan penyakit tuanya..dahulu ayah menjaga kami,kini tibalah kami menjaga ayah..namun,aku merasakan tidak terbalas segala jasanya membesarkan kami dengan didikan agama,mengenal pencipta,mengakui diri sbg hamba yg hina..
Saban kali selepas solat..aku panjatkan doa bwt dirinya, agar Allah meringankan beban yg ditanggungnya, menempatkan bersama para solihin dan yg sentiasa diredhai Allah... alhamdulillah,di akhir hayatnya,Allah mudahkan segalanya..
Sehingga kini,sering kali aku teringat amanat terakhirnya agar perbanyak mengingati Allah, menjga solat,mengamalkan surah al-mulk dn sajadah sebelum tidur dan perbanyakkan doa.. mgkin banyak lg pesanan darinya,namun sekadar ini aku mampu kongsikan bwt si pembaca..
Bersamalah kita mengambil iktibar dan pengajaran atas segala yg berlaku di dunia ini..ujian adalah tarbiyah dari Allah,apakah kita kan sabar..ataupun sebaliknya..kesenangan yg datang selepas kesusahan,ia adalah rahmat dari tuhan..(lirik lagu the zikr)..ingt mati menajamkan akal..bersama mujahadah membentuk diri menjadi mukmin sejati!
-faqir 'indAllah-
Thursday, August 20, 2009
Puase??..apa baiknya??..

..Ramadhan Kareem..
Bace hadith atas ni,so kalau bulan puase kita bwt jahat..sape yg slh?syaitan?nafsu?atau kita yg jd syaitan??..hehe tepuk dada tnya iman..
Ya Allah kejapnye mase berlalu,rase baru je aku masuk sem 1 09/10,tup2 dah nak puase..alhamdulillah dapat jg aku jumpe ramadhan kali ni,bersyukur sgt2..walaupun dgn keadaan aku yg xd kaki(hehehe),tapi Allah temukan gak aku dgn bulan pose..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون 1:183 Maksudnya:"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"
Dalan quran dan hadith dh sbut ttg kewajipan org2 islam berpuase serta kebaikn2nya..tp kdg2 kita ni xnampk realitinya..so,nk tw x ape kebaikan puase dr sudut sains?? ni doktor nak khabaq ni..(hehe)
1.Puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.
“Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.”
– Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika
2.Dalam ilmu biologi, otak tidak dapat berfungsi dengan baik ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.
3.Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.
4.Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.
5.Kajian Dr.Danial Zainal Abidin,puasa dapat meningkatkan kesihatan badan melalui proses detoksifikasi.Detoksifikasi bermaksud mencuci dan membersihkan badan daripada racun atau toksin. Semasa berpuasa, organ-organ dapat berehat. Keadaan ini membantu badan membuang segala kotoran serta toksin di samping menyegarkan sel-sel.
Haaa...dah tw kan kebaikan puase dr sudut sains islam,so jgn la rase malas nk puase..bg mereka yg hisap rokok msti sush nk hadapi ble bulan pose..korang pandai2 la,tido ke,bersukan ckt2 ke..xpn g jalan o bwt krj pape,confirm lupe..pape pun kuatkan iman,tabahkan hati..
Tingkatkn Prestasi Anda Di Bulan Mulia!!
resource:cikgufazli.com & bintutarmizi.blogspot.com
Wednesday, August 12, 2009
Abg aSRI Rabbani meNinggal DunIa

Allahyarham Abg.Asri Ibrahim(ketua kumpulan Rabbani)
..Baru td aku dapat msg dpd abang aku kt johor..mahfuz..bgtw sepupu aku(ust asri ibrahim)meninggal dunia..innaalillah wa innaa ilaihi raji'un..
Terkejut jg aku,stiap hari raye abg asri memg slalu dtg umah aku..hmm thn ni ditakdirkan dy xde..ssungguhnya yg hidup pasti akan menemui ajalnya..
Teringat arwah akk n anak2 sdara aku..pkara yg unexpected..ni td,aku dpt msg mase kt library,pas2 aku xingat dh nk cri bku..tbe2 berdbar2..mcm sbak plk..huhu..
Aku dpt bygkan ayah aku msti sdh,dlu dy la yg pling rapat dgn anak2 arwah pakcik aku2..(ayah arwah ust asri)..td tpon kampung pun,tgh bz..msti ramai fmly aku pln nk pg...
InsyAllah,ptg ni xd kelas,alhamdulillah..hehe..ade mase,ade rezeki aku nk pg..
k jumpe lg..salam
Subscribe to:
Posts (Atom)