Tuesday, July 13, 2010

Debat Antarabangsa Musleh 2010

Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca sekalian,

Sudah lama rasanya tak meng"update" blog ni.Sejak sibuk dengan kelas pengajian di kampung, rutin harian agak bertambah.Namun, alhamdulillah sejak naik semester 1 2010/2011 ni, momentum untuk meningkatkan diri semakin ada perubahan.Mudah-mudahan berterusan sampai akhir hayat.

Sedikit perkongsian, sebelum masuk semester 12 Julai 2010, 8 Julai muka ni dah terpacak di UIA.. Menerima jemputan membantu adik-adik debat di Hotel Putra, Jalan Tun Razak. Berulang-alik dari UIA ke Hotel Putra..haii letih sungguh, tapi gembira melihat semangat adik-adik debat memperbaiki kelemahan dalam bahasa arab. (diri ni pun turut meng"improve" kelemahan memandangkan duduk di rumah 3 bulan, otak dah tepu..hehe)

Program ni dah kali ke-2 gabungan IKRAM dgn sek swasta lain menganjurkan Debat Musleh ni.Alhamdulillah tahun ni aku dapat bantu adik-adik dari SMI HIDAYAH, SRI AYESHA, dan lain-lain sekolah, sambil2 mengingatkan diri aku juga.Kami (Debat Melayu, Inggeris, Arab) berusaha membantu adik-adik dengan kritikan membina, penerangan kaedah-kaedah dan peraturan yang perlu dilaksanakan dalam pertandingan.Mudah-mudahan mereka dapat manfaatnya.

Semangat adik dari SMIH A "ardul hujaj(bentang hujah)"




Junior minta tunjuk senior debater(k.safira) utk jd "ro'is hukkam(ketua hakim)"

3 hari kami bertungkus-lumus menjayakan program ni.Orang sibuk mengemas barang utk pulang ke UIA, kami pula pening pale mengira markah dan mengadili pertandingan.hehe..

Malam kemuncak, jaulah nisfunniha'ie (peringkat akhir) menampilkan juara bertahan (SMI Hidayah A) dan KISAS..nak kata sengit, xjuga..tapi, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan..alhamdulillah mereka dapat mengupas tajuk dengan baik, dan keputusan memihak KISAS..Tahniah adik-adik KISAS, teruskan perjuangan kalian..buat SMI Hidayah teruskan perjuangan kalian juga, jgn putus asa..

Akhirnya, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yg terlibat dalam program ni.Sebelum tu aku nak ucapkan "syukran jazilan" dan jazakillah khair" kepada melatidaisy sebab menganugerahkan "blog award" pada aku..


p/s :1000 credits buat ahli Kelab Debat Arab & Pengucapan Awam UIAM yang bertungkus-lumus menjayakan Debat Antarabangsa Musleh 2010. (Bro.Abu, K.Huda, Bro.Atiq, Badrul, K.Zhahirah, dan senior2 debat yang terlibat (K.Jannah, Abg Mas'ud, Abg Ikhwan, K.Yati, Bro.Hafiz, Mamu, K.Beah, K.Safira, K.ayu dll).Teruskan berbakti buat ummah tanpa menilai pengorbanan yg dihulurkan, mudah-mudahan balasan dari Allah..

: Buat peserta Debat Musleh 2010, jangan putus asa utk mencuba tahun hadapan bagi yg tidak berjaya, dan yang telah berjaya, jangan sombong utk terus memajukan diri,Insyallah kejayaan milik kalian semua.

"Jika kamu bersyukur, Aku akan tambahkan nikmat padamu, dan jika kau kufur (tidak bersyukur), sesungguhnya azabKu amatlah pedih"

Moga kita tergolong mereka yg sentiasa bersyukur..:)

No comments: