Tuesday, July 13, 2010

Debat Antarabangsa Musleh 2010

Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca sekalian,

Sudah lama rasanya tak meng"update" blog ni.Sejak sibuk dengan kelas pengajian di kampung, rutin harian agak bertambah.Namun, alhamdulillah sejak naik semester 1 2010/2011 ni, momentum untuk meningkatkan diri semakin ada perubahan.Mudah-mudahan berterusan sampai akhir hayat.

Sedikit perkongsian, sebelum masuk semester 12 Julai 2010, 8 Julai muka ni dah terpacak di UIA.. Menerima jemputan membantu adik-adik debat di Hotel Putra, Jalan Tun Razak. Berulang-alik dari UIA ke Hotel Putra..haii letih sungguh, tapi gembira melihat semangat adik-adik debat memperbaiki kelemahan dalam bahasa arab. (diri ni pun turut meng"improve" kelemahan memandangkan duduk di rumah 3 bulan, otak dah tepu..hehe)

Program ni dah kali ke-2 gabungan IKRAM dgn sek swasta lain menganjurkan Debat Musleh ni.Alhamdulillah tahun ni aku dapat bantu adik-adik dari SMI HIDAYAH, SRI AYESHA, dan lain-lain sekolah, sambil2 mengingatkan diri aku juga.Kami (Debat Melayu, Inggeris, Arab) berusaha membantu adik-adik dengan kritikan membina, penerangan kaedah-kaedah dan peraturan yang perlu dilaksanakan dalam pertandingan.Mudah-mudahan mereka dapat manfaatnya.

Semangat adik dari SMIH A "ardul hujaj(bentang hujah)"




Junior minta tunjuk senior debater(k.safira) utk jd "ro'is hukkam(ketua hakim)"

3 hari kami bertungkus-lumus menjayakan program ni.Orang sibuk mengemas barang utk pulang ke UIA, kami pula pening pale mengira markah dan mengadili pertandingan.hehe..

Malam kemuncak, jaulah nisfunniha'ie (peringkat akhir) menampilkan juara bertahan (SMI Hidayah A) dan KISAS..nak kata sengit, xjuga..tapi, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan..alhamdulillah mereka dapat mengupas tajuk dengan baik, dan keputusan memihak KISAS..Tahniah adik-adik KISAS, teruskan perjuangan kalian..buat SMI Hidayah teruskan perjuangan kalian juga, jgn putus asa..

Akhirnya, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yg terlibat dalam program ni.Sebelum tu aku nak ucapkan "syukran jazilan" dan jazakillah khair" kepada melatidaisy sebab menganugerahkan "blog award" pada aku..


p/s :1000 credits buat ahli Kelab Debat Arab & Pengucapan Awam UIAM yang bertungkus-lumus menjayakan Debat Antarabangsa Musleh 2010. (Bro.Abu, K.Huda, Bro.Atiq, Badrul, K.Zhahirah, dan senior2 debat yang terlibat (K.Jannah, Abg Mas'ud, Abg Ikhwan, K.Yati, Bro.Hafiz, Mamu, K.Beah, K.Safira, K.ayu dll).Teruskan berbakti buat ummah tanpa menilai pengorbanan yg dihulurkan, mudah-mudahan balasan dari Allah..

: Buat peserta Debat Musleh 2010, jangan putus asa utk mencuba tahun hadapan bagi yg tidak berjaya, dan yang telah berjaya, jangan sombong utk terus memajukan diri,Insyallah kejayaan milik kalian semua.

"Jika kamu bersyukur, Aku akan tambahkan nikmat padamu, dan jika kau kufur (tidak bersyukur), sesungguhnya azabKu amatlah pedih"

Moga kita tergolong mereka yg sentiasa bersyukur..:)

Thursday, June 24, 2010

..Doa Penghubung Kita..

Assalamualaikum w.b.t

Lagu di blog ini sebagai memperingati 'hari kelahiran arwah ayah' (27 Jun 1932)
Walaupun kita dipisahkan dari dunia yang berbeza, namun doaku tak pernah putus buatmu..
Moga amanlah kau di sana bersama para solihin..

Walaupun "Hari Ayah" sudah berlalu, namun bagiku hari-hari adalah hari buatmu..
Jasa dan pengorbananmu tak mampu kubalas..
Tarbiyahmu membesarkan kami semua tiada bandingan..
Nasihatmu supaya sentiasa "mencari & mencintai ilmu" insyAllah tidak akan kami lupa..
Wahai sahabat-sahabat pembaca sekalian,
Hargailah orang tuamu jika dirinya masih hidup..
Berbaktilah kepada mereka sepenuh hatimu..

Anggaplah marah mereka sebagai teguran kepadamu..
Ingatlah, seorang bapa mampu membesarkan 10 orang anak..
Tetapi belum tentu 10 orang anak mampu menjaga seorang bapa..
Hebatnya seorang perwira itu..
Syukur padaMu Ya Rabb..
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ibu bapa kami sebagaimana mereka menjaga kami sewaktu kecil, kasihilah mereka, jagalah hati dan iman mereka dunia & akhirat..

" Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan kami seorang ayah sepanjang hidup ini.."


Doa dalam Al-Quran..


رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا
أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepadaMU dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMU.” (Al-Baqarah : 128)


رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ
سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”. (Ali-Imran : 38)


رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
Bermaksud: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” (Ibrahim : 40)


رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ
يَقُومُ الْحِسَابُ

Bermaksud: “Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” (Ibrahim : 41)


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ
أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Bermaksud: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Furqan : 74)


رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي
أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ
صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي
إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Bermaksud: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Al-Ahqaf : 15)


رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ
أَنْ نَعْبُدَ الأصْنَامَِ

Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.” (Ibrahim : 35)


Mari amalkan bersama :)

Tuesday, June 22, 2010

Warna-Warni Blog

Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca yg dirahmati Allah sekalian,
3 minggu berturut-turut program dari utara ke selatan memerlukan aku utk berbakti pd masyarakat.Hati dipasak, badan digagahi, semangat dikuatkan..alhamdulillah kesemua program berjalan dengan lancar meskipun kecacatan ditemui, kesempurnaan jauh sekali..Allahu Rabbi!!
Begitulah rutin hidup ini, banyak dihabiskan di luar sana, terkadang lupa menjengah laman indah ini, mungkin sedang mencari momentum menulis semula..he, maaf buat pembaca2 sekalian, bukan aku lupa kamu, tetapi kesibukan dunia menghimpitku..
Sungguhpun blog yg aku cipta dengan iradat Allah ini kadang-kadang dipertikai penulisannya, dikomen cara persembahannya, dikritik pengisiannya, aku terima pandangan pembaca yang punya kehendak berbeza..Mungkin tidak ilmiah, pengisian lebih kepada kehidupan diri, itu tidak mematahkan semangat aku untuk mencoret di blog ini..

macam ni ke cara menyatakan pendapat ??

Bagiku blog hanyalah wasilah atau penghubung utk kita sebarkan ilmu dan apa saja yg kita mahu..Jadi, fahamilah mengapa ada setengah manusia menjadikan blog sebagai catatan diari kehidupan, ekspresi diri, dan kisah hidup..Tetapi mengapa pula ada sebahagian mereka menyebarkan ilmu, pengalaman, bahan-bahan ilmiah.. Semuanya bergantung pada niat dan matlamat pemiliknya..

Perlu diingat, blog bukanlah tempat untuk bertikam lidah, mentang-mentang boleh letak status "anonymous" pengisian dihentam, main sembur ( sebab orang xtw diriya siapa)..Setiap perkara dalam dunia ada peraturan "sunnahnya", untuk memberikan pandangan, komen, kurang puas hati, ada adab-adabnya..Saya terbaca beberapa blog yg cukup ilmiah, merungkai isu-isu feqah dan hadith..tetapi bila dilihat komen-komen, Allahu Rabbi..bertepuk tampar syaitan melihat umat manusia yg bergaduh-gaduh kerana "tak sebulu"..hmm lupa ke ayat quran sebut:

Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)

Begitulah bila kita lupa Quran dan Hadith, maka semuanya akan porak-peranda..Apa agaknya reaksi Rasululah lihat ummat akhir zaman seperti ini..perkara-perkara "mukhalafah syar'iyyah" yang sepatutnya tidak dijadikan isu perdebatan, tetapi semakin tinggi pula ratingnya dalam kalangan golongan agama..itu belum masuk dengan kepetingan politik, isu jemaah xsebulu, isu siapa ahli sunnah wal jamaah..

Ya Allah, andainya ummat Islam bersatu di bawah aqidah tanpa mengira perbezaan furuk2 itu, memantapkan iman dengan menjaga rukun iman dan islam, mencegah yg batil dengan tangan-tangan kekuasaan pemerintah, menyelusuri kisah-kisah perjuangan anbiya', mengambil iktibar kisah-kisah manusia yg ingkar dan kafir terdahulu dan mencontohi pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh, Ummar Abdul Aziz, Salahuddin Al-Ayubi dalam zaman kegemilangan Islam..pastinya Islam tidak akan dipijak2, tidak akan dianggap agama Terrorist, Palestin akan aman, negara-negara Islam akan gemilang, negara kafir akan akur dengan pemerintahan Islam..

Ya Rabb, jauhkanlah kami dari murkaMu, hidupkanlah kami dengan ketinggian Islam, sesungguhnya kami mengharap kebaikan hidup di dunia & akhirat, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka..amin

Wednesday, June 2, 2010

Amal Qunut Nazilah..Hancurkan Israel Laknatullah!!



Kekejaman Laknatullah

Qunut nazilah merupakan qunut yang sunat dibacakan ketika solat fardhu.Kebiasaannya qunut ini dibacakan ketika umat Islam ditimpa musibah, diserang penyakit wabak, ketakutan seperti yang berlaku di negara-negara Islam kini.

Panduan untuk melakukan qunut ini seperti berikut :

1) Dilakukan pada rakaat terakhir solat fardhu sama ada selepas rukuk atau sebelum rukuk.

2) Jika dilakukan sebelum rukuk, selepas bacaan Al-Fatihah dan surah, tadah tangan dan baca qunut tersebut.

3) Sekiranya dilakukan selepas rukuk, iaitu dibaca ketika i'tidal.

4) Inilah bacaan qunut tersebut :

اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِ أَعْدَاءِنَا، وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلابِكَ، يَا قَهَّارُ يَا جَبَّارُ، يَا مُنْتَقِمُ، يا الله، يا الله، يا الله،

اللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْهُمْ،
اِهْزِمْهُمْ، اِهْزِمْهُمْ،وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ .

“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.

Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”


5) Jumhur ulama' bersepakat tiada doa khusus bagi qunut Nazilah.Jadi sekiranya ada doa lain bole dibaca juga.

6) Para Imam hendaklah mengingatkan ma'mum jika ingin membaca qunut ini, supaya ma'mum mengaminkan ketika dalam solat.

7) Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan.

“Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya.” (Direkodkan oleh Abu Daud dan Imam Ahmad)

Disamping itu, Imam Syafi'i rahimahullah berkata:

"Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh solat wajib." (Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).


Doa Qunut Nazilah tidak ada penetapan, kerana sebarang doa boleh dibaca selagi ia masih dalam bahasa arab. Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat orang yang aneh dan tertolak, serta menyelisihi jumhur ulama. (Lihat Al-Majmu' 3/477, Majmu' Al-Fatawa 23/108.)


sumber : http://www.cetusan-student.com/2009/01/qunut-nazilah.html

SELAMAT BERAMAL..DOA BUAT MUSLIM, HANCURKAN SI KAFIR !!

Tuesday, June 1, 2010

Kemanusiaan Yang Dibayar Dengan Darah

Inilah penjara di bandar Barsheeba yang menempatkan aktivis Gaza yang ditahan

Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan kekejaman zionis Yahudi yang tidak pernah berhenti meneruskan misi kejahatan dan tidak berperikemanusiaan.

Kekejaman demi kekejaman, pembunuhan demi pembunuhan dilakukan, penduduk dunia seakan lali..tetapi tidak bagi pejuang yang cintakan syahid..berita-berita palestin hinggap di celahan-celahan web..televisyen dan radio seakan mati disuap ketakutan menyebar berita dari sana..Hingga tidak menyedari keperitan dan kesengsaraan penduduk Palestin yang sudah kering air mata, kering darah mereka dilanyak-lanyak rejim zionis selama 3 tahun di penjara Gaza..

Muncul segerombolan mujahid yang tampil bermisi Flotila Kebebasan Gaza , menghulur bantuan, makanan, pakaian, keperluan atas keperimanusiaan tanpa mengira agama dan bangsa..hati diteguh, tekad dipasak, demi cinta kepada sesama Muslim,rela syahid mempertahan aqidah..

Serangan zionis 2hari yang lalu, mencedera dan meragut nyawa mereka yang tidak berdosa..610 orang dipenjarakan di Barsheeba,selatan Israel, 19 rakyat Malaysia turut ditahan di sana..Pertumpahan darah akibat bom asap dan gas pemedih mata menukar kapal laut menjadi lautan darah..Jerit-pekik dan kalimah takbir terbayang di fikiran, ampuhnya semangat mereka, andai syahid pasti syurga galang-gantinya..Allahu Akbar!!

Kebimbangan demi kebimbangan sering kali menghantui si ibu, si isteri dan saudara-mara akan pemergian mujahid-mujahid pilihan Allah..Alhamdulillah mereka diberi rezeki panjang umur, agar ada lagi hati-hati yang masih berperikemanusiaan, menghulur bantuan seikhlas mampu..

Benarlah janji Allah, Yahudi pasti tidak akan menyerah, semakin hari semakin umat Islam parah, kemanusiaan itu dibayar dengan darah, namun cukupkah sekadar melepaskan amarah??
Tanpa berusaha membantu mereka yang sedang "jarah"..

Wahai pemuda-pemudi Islam, bangkitlah!!..boikotlah barangan-barangan Yahudi seboleh-bolehnya, pasakkan niat untuk menjadi antara yang terpilih syahid di medan juang..jangan hanya hari ini kita prihatin, marah dan geram, tetapi esok Mc Donald menjadi kunjungan, barangan Nestle menjadi santapan, Facebook dilayan berjam-jam..Ingatlah, penderitaan si kecil dibayar kita dengan barangan-barangan Israel itu..mudah-mudahan kita berusaha memboikot!!!

اللهم انصر الإسلام والمسلمين في فلسطين، وبلاد الإسلامية...آمين

:Amalkan doa qunut nazilah setiap hari agar askar-askar zionis Israel hancur seperti hancurnya tentera bergajah Abrahah, selamatlah penduduk-penduduk Palestin menegak dan mempertahan aqidah dan keimanan kepada Allah S.W.T..Amin..

Tuesday, April 20, 2010

Redha..Optimis Untuk Cemerlang


Alhamdulillah bertemu lagi dlm lindungan rahmat Allah S.W.T..macamana iman hari ni?..harap2nya dlm keadaan yg lebih baik dr semalam..hari ni keputusan final interschool arabic debate..adik2 dah xsabar nak tahu ape result hari ni..bgitu jg aku..ble yg kita usahakan,kita menantikan natijahnya..

Baik atau buruk?..itu soal ke-2..namun yg menjadi persoalan pertama,tawakal dan redha..perancangan Allah itu lebih baik..kejayaan bwt org gembira,kegagalan bwt org dukacita..tapi jgn lupa..dgn kejayaan kita bole lupa pencipta,dgn kegagalan jg kita boleh lupa siapa kita..

Aku bkn org yg selayaknya berckp ttg sabar,redha,twakal..tapi aku hanya boleh katakan "syukur"..Alhamdulillah..Allah memberi yg terbaik walau bukan di hadapan manusia,tetapi biarlah aku di antara yg terpilih utk terbaik di sisiNya..amin

Kadang2 terfikir.kita dh cuba terbaik,tetapi selalu natijahnya bukan yg kita harapkan..yela kdg2 org sibuk mengejar "DEAN'S LIST"..bg yg berjaya pastinya senyum ke telinga..tetapi yg gagal pastinya menangis nak koyak kelopak mata..huhu..apa yg aku ingn katakan "bersabarlah,kejayaan bukannya nilaian di kertas semata-mata..tetapi kejayaan adalah redha dan tawakal menerima segala yg ditakdirNya"

Untuk hebat,bukan sekadar di dewan kuliyah..tetapi yg hidup di tengah2 kesibukan,kepayahan dan kesulitan masyarakat,optimis dgn Tuhan..recheck semula iman kita,jarak kita dgn Tuhan,hubungan kita dgn manusia..selagi ada waktu di dunia,jgn pernah mengalah untuk berjuang..bukan matlamat utk dunia semata-mata..tetapi berjuanglah untuk bertemuNya dgn jiwa2 yg tenang..

p/s : credit 100 thousnd to kak aisyah yg sentiasa mengingatkan diri ini dgn pencipta,kak huda yg sentiasa memberi pandangan rasionalnya..kak teha yg mengingatkanku erti sebuah keikhlasan..

p/s : pada sahabat2 yg telah berjaya,kuucap tahniah dan tgkatkan prestasi..yg gagal,jgn putus asa,pastinya kejayaan akan tiba..kalau bukan di dunia,pastinya di akhirat dgn syarat bersbr..

..InsyAllah, i will do better next semester ,cuti 3 bulan duk umah.. moga terisi dgn manfaatnya.. amin

Wednesday, February 17, 2010

Fund Raising Campaign


..Outreach to Mabul Island..


Care to Donate??..

*used clothes
*stationaries
*used books
*praying materials
*al-quran/muqaddam
*etc..

..CALLING FOR DONATION..

*BR.AMINUDIN
(Donation item)
013-2769908

*BR.NUZAIHAN
(Cash Donation)
013-2003805

Donation starts from:
8/2/2010-8/3/2010

Contact us :

email: misicommunity@gmail.com
blog : www.misiclub.blogspot.com
forum : www.misiclub.forumotion.com
facebook : MISI Club IIUM

Selamat Menderma!!

عن أبي هریرة عن النبي قال: (( من نفس عن مؤمن آربة من آرب الدنيا نفس الله
عنه آربة من آرب یوم القيامة، ومن یسر على معسر یسر الله عليه في الدنيا والآخرة،

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan
dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan
Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan
baginya di dunia dan di akhirat.