Tuesday, February 24, 2009

ANGINA PEKTORIS

Angina Pektoris (Sakit Dada)

Apa itu Angina Pektoris?
angina pektoris merupakan penyakit kesakitan pada dada seseorang. Ia disebabkan oleh kekurangan pengaliran darah ke jantung dan disifatkan sebagai penyakit sementara. Jika pengaliran darah yang membawa oksigen dan nutrien ke jantung terjejas ini akan menyebabkan penyakit angina pektoris. Otot jantung memerlukan bekalan oksigen yang lebih pada waktu-waktu tertentu seperti semasa melakukan senaman ataupun ketika seseorang itu berada dalam keadaaan tertekan. Faktor lain yang boleh menjadi penyebab kepada penyakit angina pektoris ialah berkaitan dengan kardiovaskular.
Penyakit angina pektoris Terbahagia kepada dua peringkat iaitu:-
• stabil = mengalami sakit dada apabila melakukan aktiviti.
• tidak stabil = mengalami sakit dada yang berulang-ulang-dan berpanjangan. Sakit ini dialami sekalipun dengan melakukan aktiviti yang ringan atau semasa rehat.


Faktor Penyebab Penyakit angina pektoris

Faktor atau risiko yang menjerumus kepada penyakit angina pektoris ini boleh di kategorikan kepada 2 bahagian iaitu:-
• bolehubah
• tak bolehubah.
Antara risiko bolehubah penyakit angina pektoris adalah seperti dibawah ini:-
• Penghisap rokok
• Tekanan darah tinggi
• Kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi
• Tekanan psikologi
• Penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus)
• Kegemukan (Obesiti )
Antara risiko tak bolehubah penyakit angina pektoris adalah seperti dibawah ini:-
• Sejarah keluarga berpenyakit jantung (keturunan).
• Peningkatan usia.
Aktiviti harian dan pemakanan juga boleh mempengaruhi untuk mendapat penyakit angina pektoris ini. Selain itu keadaan sekeliling seperti keadaan cuaca yang tidak menentu (telalu panas, telalu sejuk) dan aktiviti fizikal juga boleh menyebabkan seseorang boleh mendapat penyakit angina pektoris.

3 comments:

Anonymous said...

dan angina pectoris ni biasanya 5-30 minit sahaja...=)

Annabuadiary said...

agina pectoris also can lead to myocardial infarction which required surgery ...or any coranary artery disease which is bad for the person who are already in attack of agina pectoris

AL-ZAHRAWI said...

to anonymous:

ye bgitulah..kdg2 faktor sjuk jg menyebbkan seseorg2 kne angina pektoris..