Saturday, November 13, 2010

Coretan Terakhir

Assalamualaikum w.b.t

Coretan terakhir bagi semester ini..insyAllah, menghabiskan baki-baki hari di UIAM, sambil mencari 'ibrah dan hikmah atas setiap yg berlaku.

Semalam kehadiran si kecil Aisar dan si tembam 'Awatif, menceriakan hidupku yg kdg2 meletihkan di kampus ini. (thanks bebudak..jd penceria keadaan)..hilang seketika kebimbangan menghadapi peperiksaan. Kami makan di Greenwood bersama abang dan akk ipar, sebelum pulang sempat singgah di kedai tudung An-Nur di Gombak Ria. Banyak betul koleksi tudung muslimah, tapi tudung yg aku mahu tiada pula..(xpe..xrezeki barangkali)..Duduk di ibukota metropolitan ini memg susah jumpa kedai2 yg menjual tudung2 labuh, jadi peluang inilah digunakan sebaiknya.

- Abang, Ahmad Thaqif Aisar (dah makin garang lately ni..tapi menceriakan suasana..he) -


- Adik, Nur 'Awatif, tembamnya pipi..bak sikit.. (skg dah kurang sikit tembam..makan byk lagi dik.. bagi tembam, baru comey..hehe) -

Abang menghantar di main gate.doaku dlm hati.moga abang sekeluarga dlm rahmatNya. moga kita dpt berjumpa lagi.Pulang dari berjalan-jalan sebentar,niat hati mahu berjumpa sahabat lama di MJ, yang sekarang menghabiskan pengajiannya di DQ..Nurjannah Mastor Mustaffa.. seorg yg baik, ceria, sangat sabar melayan kwn dy sorg ni (hehehe..jannah sorry, semalam hanyalah gurauan, sangat excited jumpa kamu..). Sambil menyiapkan tesis, ditemani kawannya, Mahfuzah dia dtg ke bumi Gombak ini, alhamdulillah ..alhamdulillah.. alhamdulillah.. kami dipertemukan semula setelah 3 tahun tidak bersua. (Maaflah xdpt menyediakan hidangan yg sedap2 semalam..hehe). Kebetulan pula berjumpa Kak Zahidah, senior kami di SMAKJ dulu.. seorg mujahidah, yg tegas dan ceria. Kagum dengan semangatnya. Pertemuan yg tidak dirancang.. berbual, berkongsi cerita, berkongsi pengalaman, bergurau senda..Allah.. manisnya ukhuwah itu..

Setiap yg bertemu, pasti akan berpisah..begitulah resamnya, kami berpisah pada petang itu. Memandangkan hari yg semakin gelap, maghrib pun seakan tiba. Aku terus menuju ke bilik Ain, (sudah beberapa hari duduk di biliknya..stdy di situ)..bersiap siaga utk solat maghrib.. alhamdulillah, Farahin, teman rapat Ain sudi berjemaah sama.. Selepas mereka keluar berurusan, aku duduk di bilik Ain, sambil prepare utk exam Isnin ni. tiba2 terfikir.. futurnya ibadah hari ini, Isyak pasti solat sendiri. Lepas azan berkumandang, bergegas memperbaharui wudhuk.. Tiba2, ditegur sahabat yg pernah berjemaah solat terawikh dulu, Jamaliah, benar2 sebelah bilik Ain. Pertemuan tanpa kami sangka, alhamdulillah..

Kami bertegur sapa, dan kami berjemaah Isyak bersama, antara ahli biliknya, memang kukenal. Kak Asma' dan Nuri.Alhamdulilllah..syukur meniti lagi di bibir..usai ba'diah, kami berbual2, berkongsi pengalaman sepanjang pengajian dan hidup, berta'aruf..Kak Asma' dari Kelantan, Jamaliah dari Kedah dan Nuri dari Selangor..Masing2 punya kelebihan, dan aku belajar dari mereka. Hebatnya mereka. Saat Kak Asma' mengimami Isyak, bacaan Surah Al-Muddathsir betul2 menyentuh hatiku..terasa diri masih kurang amalan, masih kurang kelazatan dan kekhusyukan dlm ibadah, masih perlu banyak diperbaiki kekurangan itu. Alhamdulillah. .syukur sgt2 dipertemukan mereka. Mempelajari sifat2 mereka, mengambil hikmah atas setiap yg berlaku pd diri2 kami.

Pulang dari bilik mereka, aku sempat membuka ym, terpandang pula status seorg sahabat yg pergi mendengar kuliyah Ust Azhar Idrus, seorang 'alim dari Terengganu. Allah..rindunya mendengar butir-butir hikmah dari 'alim itu..Lantas men'download' beberapa video ceramahnya di youtube.sebagai makanan rohaniku. Namun, mungkin bukan rezeki, line agak lambat, dan mataku pun dah terpejam. Jadi, xsempat aku men'download' video tu, (gara2 mata yang sudah terlatih utk tidur awal)..Nampaknya xde rezeki, xpelah bila2 ada masa, 'download' lagi..hati sengaja memujuk.

Pagi selepas subuh, kehadiran Farahin, teman rapat Ain, menceritakan "Keadaan Dunia Bila Berlakunya Kiamat" menginsafkan diri. Hasil pembacaannya di blog sahabat, banyak 'ibrah yg kami dapati. Syukur Ya Rabb, atas pengajaran-pengajaran yg membuatku berfikir, memerhati, mengambil iktibar dan memperbaiki diri. Alhamdulillah..coretan seakan sudah sampai ke penghujung.hanya tinggal tirai menutupnya.

- teman rapat, sukar dipisahkan kecuali ajal, Farah & Ain penceria suasana -

p/s : buat sahabat yang masih exam, selamat berjaya buat kalian, juga buat diriku.sahabat yg sudah lama bercuti, selmat memanfaatkan cuti anda, jangan jadi hamba katil shj..huhu.juga buat sahabat yg akan melalui perjalanan pulang ke kg, berhati-hati di jalan raya, malang xberbau. (2 org sahabat kpd rakan di UKM meninggal dunia semalam selepas kemalangan dengan treller..al-fatihah..)

* buat Kak Huda, Kak Nael, Kak Ami, Kak Zha, Kak Yati dan senior2 yg akan grade sem ni. Tahniah dan selamat meneruskan hidup anda. Rancang kehidupan sebaiknya demi berbakti buat ummah.

* buat Nurul Ain, bersabarlah..mudah2an ayah kamu xde apa2..ingatkan ayah kamu selalu. terima kasih xterhingga menyediakan tempat terbaik utk sy tidur, kejut sy bangun, makan sama2, berbual sama2, (miss tht moment..).Maaf juga selalu menyusahkan kamu.

* buat Izzat, banyak2 sabar..Allah sayang org yang kamu sayangi..mudah2an roh kwn2 kamu dlm kalangan para syuhadak..thanks sebab xjemu kejut sy pg2, banyak memberi semangat dan nasihat pd diri ini..

* buat Farahin, teman akrab Ain, terima kasih kerana sudi berjemaah bersamaku, berkongsi pengalaman dan cerita denganku, moga2 kamu bahagia selamanya, moga2 kita sentiasa memperbaiki diri.

* akhirnya, buat sahabat yang mengenali & tak mengenali (follower, blogger yg rajin menyinggah di laman ini)..terima kasih xterhingga, moga2 Allah membalas budi baik kalian. Maafkan diriku andai banyak salah dan silap, kerana aku manusia yg sering lupa, lalai, tegurlah aku sebaiknya, kerana kita mukmin bersaudara.

والعصر.إن الإنسان لفي خسر. إلا الذين آمنوا وعملو الصالحات وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر

Maksudnya : Demi masa.! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. (Al-Asr : 1-3)

Mudah-mudahan kita menjadi orang beruntung, bukan orang yg rugi..

Wallahu 'A'lam..coretan berakhir di sini.



Friday, November 12, 2010

Tanyalah Hatimu

Assalamualaikum w.b.t

-Istafti Qalbak (Tanyalah Hatimu)-

Salam pengakhiran semester 1 2010/2011. Semester yang penuh pengalaman, kenangan manis, pahit, masam, payau..ngee=)

Sedar tak sedar, dah akhir semester, dan tggjwb aku dlm debate club jg sudah berubah. Senior2 ramai yg dah grade..sungguh, pasti aku akan merindui kalian semua, kenangan tu terlalu indah..=(

Masih berbaki 1 exam pada 15 nov ini, exam yg agak mencabar mental dan fizikal.. (Memorization Of Quran 4)..InsyAllah, demi sekecil2 hurufnya, sebesar2 nilai inginku sematkan dalam diri ini.

Sepatutnya 25 nov ni diamanahkan utk pulang semula ke UIA, mengikuti training royal debate, sbg persediaan utk menyertai pertandingan "Debat Diraja Antara Universiti-Universiti Malaysia" di UTHM Batu Pahat, Johor.

Namun, atas sebab-sebab yg xdapat dielakkan, aku xdapat berjuang bersama sahabat2 kali ini.. Benar, membuat pilihan tu begitu sukar, kerana kita bukan sekadar memilih untuk diri, tetapi memilih kerana Allah..Macamana nak tahu pilihan kita adalah benar-benar pilihan Allah?

..Istiharah pd Allah..Minta petunjuk dpd Allah.."tapi kdg2 xnampak ape2 pun dlm mimpi lepas istiharah"..hati berbisik. Istiharah adalah memilih, membuat keputusan. Mimpi kdg2 hanyalah mainan syaitan yg ingin menggoyah2 pilihan itu.."Istafti Qalbak.."(tanyalah hatimu itu)..

Benar, hati aku begitu berat utk berjuang memelihara kalam-kalam suci itu, namun kdg2 berbolak-balik dgn keinginan utk berdebat bersama sahabat2.."Allah..beratnya..". Tanyalah hatimu.. hati seakan memberi respon. "Mana satu yg kamu mahu dahulukan?.. kehidupan dunia atau akhirat??..kejarlah akhirat kerana pasti dunia akan menurutimu.." respon yg mematikan kata, membekukan fikiran, menggugah lamunan.

Membuat pilihan benar-benar menguji diri, namun pandulah ia dengan hati yg tenang, hati yg sentiasa mengharapkan petunjuk Sang Pencipta, hati yg benar2 bertawakal dengan setiap keputusan yg dibuat. Andai pilihan itu yg kita suka, bersyukurlah kerana itu juga pilihan yg disukai Allah. Namun, andai pilihan itu tidak kita sukai, berdoalah utk menjadi hamba yang redha, redha dengan pilihan Tuhan, redha kerana mendahulukan Tuhan, redha diberi darjat yg tinggi di sisi Tuhan..Redha segala-galanya demi Tuhan Perancang Kehidupan.

Moga hidup kita sentiasa diberi petunjukNya, petunjuk yg pasti dan benar. Hiduplah dalam mencari kepastian, mencari realiti kehidupan, keyakinan dengan Tuhan, bukan keraguan, khayalan dan fantasi..kerana semuanya itu mainan syaitan.

Wallahu 'a'lam.

"Tetapkan hati kami dengan pilihanMu, redhakan hati kami dalam setiap takdirMu Tuhan"

p/s : Selamat berjaya kepada sahabat-sahabat yang akan mewakili UIA dalam pertandingan debat diraja nanti. Lakukan usahamu itu demi memartabatkan bahasa syurga. Ma'attaufiq wannajah..=)

InsyAllah al-zahrawi akan pulang ke kampung tercinta pada 15 November, 5.00pm. Doakan keselamatan dan keberkatan dalam perjalanan. Salam AidilAdha. InsyAllah jumpe lagi jika masih diberi nafas dan kudrat oleh Tuhan. =)


Thursday, November 4, 2010

..Jatuh Cinta..

Assalamualaikum w.b.t

Salam kembali, tajuk entri kali ini mengejutkan barangkali, tetapi sekadar perkongsian..selama 2 hari diri ini memerhati, mencari ibrah, mengambil intipati pelajaran "Survey Of Islamic History & Civilization".. timbul rasa cinta pada zaman keemasan Islam, seakan mahu hidup pada zaman itu..

Rindu kota-kota penuh sejarah..Peradaban Andalusia, Masjid Cordova, Istana Al-Hambra, Masjid Sultan Ahmad (Blue Mosque), Kota Granada, Madinah Az-Zahra'..di Sepanyol.

Begitu juga Kota Alexandria (Iskandariah), Pyramid Khafre, Madinah Al-Aqshar, Buhairah Muqaddasah (Tasik Suci), Pantai Cleopatra, Masjid Al-Azhar, Masjid Imam Syafie dll..di Mesir.

Kota Costantinople (Istanbul), Jambatan Al-Fateh Mahmet, Teluk Golden Horn, Selat Bhosporus, Masjid Aya Sofia, Menara Leandros, Air Terjun Manavgat, Masjid Selimiye dll..di Turki.

Bahkan yang paling bersejarah dalam dunia Islam, kedatangan NabiAllah dan ajaran yang dibawanya, tersemat padu dalam sejarah kota Madinah Al-Munawwarah dan Makkah Al-Mukarramah..

Banyak lagi peradaban dan tamadun dunia yang aku tak tau, tetapi setelah mengetahuinya.. aku benar-benar jatuh cinta pada anugerah Allah itu.

Moga-moga suatu hari nanti aku mampu menjejaki kota-kota penuh sejarah itu..menyingkap kembali kisah lama, kisah penuh sejarah, lantas menjadikan pengajaran untuk kehidupan akan datang..

قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ ثُمَّ انْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ
(Al-An'am : 11)

Maksudnya : Katakanlah (Muhammad), jelajahilah bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu"


Lastly, sekadar tatapan bagi org2 yg berfikir..

~Istana Alhambra, Granada dalam era kegemilangan Islam~


~Keunikan Alhambra di bahagian dalam~


~Ukiran yang terdapat di dinding Alhambra~


~Alhambra seakan kubu pertahanan~


~Keindahan Masjid Aya Sofia, Istanbul~


~Masih gah berdiri Masjid Al-Azhar, Mesir~


~Cantiknya Masjidil Haram,Mekah di waktu malam~


~SubhanAllah..indahnya Masjid Nabawi, Madinah~


~Ketenangan Selat Bhosporus, Turki~


~'Uyun Musa, Janub Sinai, Mesir~


~Kesenian Istana Topkapi, Turki dengan khatnya~


~Menghayati perjuangan, Makam Salahuddin Al-Ayyubi, Damsyik,Syria~


~Ya Allah, cintakanlah kami kepada perbuatan yang mendekatkan diri kami kepada cintaMu~

p/s : sorry xsempat nk upload gambar byk2..slmt mengambil manfaat!
mode : ~teringin nak pg Syria, ade sape2 nak ikut? =)~


#cepat habiskan study
#jangan mengadap laptop je



Tuesday, November 2, 2010

Kitab 'Alim Al-'Arabiah (Ibnu Jinni)

Assalamualaikum w.b.t

-wajah kitab terjemahan-

Mari mengenal kitab bahasa arab, " 'Alim Al-'Arabiah" karangan Imam Ibnu Jinni, terjemahan Hisyam Sa'id An'Na'imi..

اِبنُ جِنِّي (942-1002 م)‏
‏مِن أَئِمَّةِ اللُّغَةِ وَالنَّحوِ العَرَبِيِّ، وَكَانَ شَاعِرًا أَلَّفَ أَكثَرَ مِن خَمسِ كُتُبٍ، مِن أَشهَرِهَا كِتَابُ “الخَصَائِصِ “‏
Ibnu Jinni (942-1002 Masehi) : Salah seorang di antara pakar bahasa dan pakar nahu bahasa Arab. Beliau merupakan seorang penyair dan telah mengarang lebih dari lima buah buku, di antara yang terkenal ialah, “Al-Khasais”.


في هذا الكتاب دراسة موجزة تحاول أ، تعرف بابن جني، وأن تضعه في المكان الذي يستحقه بين محبي اللغة العربية والغيورين عليها، وكذلك بين منظري الدراسات اللسانية الحديثة.

وبالعودة لمادة هذه الدراسة نجدها قد توزعت على ثلاثة فصول، تكلم هذا الفصل بإيجاز على موطن ابن جني –الموصل- والحالة العلمية فيه وفي بغداد حيث استقر للتدريس، والحالة العلمية في زمانه، وذكر أشهر معاصريه وشيوخه وتلامذته، وصحبته للمتنبي، وعلاقته بالشريف الرضي.

ثم انتقل للكلام على ثقافته، وبيان أهم السمات في كتاباته، ومذهبه النحوي، ومصادر دراسته من المشافهة والأخذ من الشيوخ، والأخذ من الكتب، ومشافهة الإعراب في زمانه، وإفادته من شواهد العربية المختلفة ومنها القرآن وقراءاته، والحديث النبوي، وكلام العرب وأمثالهم وأشعارهم والقياس.

وختم الفصل الأول بذكر أشهر آثاره المطبوعة، ليفيد منها من يرغب في زيادة الإطلاع على ما كتبه عالم العربية هذا.

أما الفصل الثاني فكان: ابن حني والعربية، وفيه تم الحديث عن منزلة العربية في نفسه، وغيرته عليها، ثم ذكر شيئاً من أسرار العربية التي تحدث عنها ابن جني ومن ذلك نظريته في الاشتقاق الأكبر، والصوت والمعنى، ومعاني الصيغ والتضعيف، وترتيب الحروف بما يضاهي الأحداث، وحكاية الأصوات، وحركة الحرف في البنية، والمضارعة في الأصول.

ثم انتقل للكلام على لهجات العربية المختلفة موقفه من الاحتجاج بها، وشذوذ اللهجات، ومعنى الشذوذ عنده، ومخالفة لغة جمهور العرب، وتداخل اللهجات والمقايسة بينها، والقياس على لغة العرب.

وأما الفصل الثالث فكان: ابن جني والدرس اللغوي الحديث، وفيه تم ذكر عدداً من الأفكار والمفاهيم التي عرضها العاملون في حقل الدرس اللساني في الغرب مما يمكن أن نجده يلتقي مع ما كان ابن جني قد سبق إليه وهو عند أولئك مما أبدعته قرائحهم، وجاءت به نظرياتهم، من ذلك مثلاً: النظرية الصوتية في نشأة اللغة، واللغة بين دي سوسور وابن جني، والصورة الصوتية، ومصطلحات سوسور الثلاثة في علم اللغة، والكتابة الصوتية، واعتباطية الإشارة اللغوية، والثبوت والتغيير في الإشارة اللغوية، والقدرة اللغوية بين ابن جني ومفهوم النحو "التوليدي، والكفاية اللغوية، والجملة النواة، والبنية والمعنى، والسمات المعجمية والبنية السطحية والعميقة


p/s : Kepada pelajar BARB, kitab ini amat berguna sebagai rujukan subjek Introduction To General Lingusitic..moga dapat manfaatnya bersama.


sumber : http://read.kitabklasik.co.cc & www.2lisan.com

Qias Dan Perbahasannya

Assalamualaikum w.b.t

Sedikit perkongsian sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, subjek Evidence Of Legal Rules 2. Mengambil intipati daripada buku karangan Badran Ibul 'Ainain Badran,"Usul Fiqh Islami". Mari kita mengkaji dan mengetahui lebih lanjut dalil-dalil yang dijadikan hukum taklifi 5 (wajib, haram, sunat, harus, makruh)

Pergertian Qias

Bahasa : Mengetahui kadar salah satu dalam 2 perkara dan dinisbahkan dengan perkara lain. cthnya: aku mengqiaskan tanah ini sehasta (menisbahkan kadarnya).

Istilah :

1) Al-Amadi : Persamaan antara perkara asal (hukum asal) dan perkara furu' (hukum cabang) dalam sebab (illah) yang terdapat pada hukum asal.

2) Al-Ghazali (Al-Mustasfa) : Membawa perkara yang diketahui (hukum asal) pada perkara yang tidak diketahui (hukum baru) dalam menetapkan hukum kedua-duanya atau menafikan kedua-duanya dengan perintah menghimpunkan kedua-duanya.

3) Sumber Syariah : Mendatangkan hukum asal ke dalam hukum furu' (hukum cabang @ perkara baru) dengan sebab (illah) yang sama tanpa diketahui melainkan dengan bahasa.

Adakah qias merupakan ijtihad ulama' mujtahid?

1) Terdapat perbezaan ulama', sebahagian ahli usul menyebutkan bahawa : "Qias merupakan dalil syarak (syariat Islam) yang telah dinyatakan Allah secara umum bagi mengenal pasti hukum-hukum baru yang tidak disebutkan secara jelas dalam nas-nas Al-Quran dan hadith".

2) Sebahagian ulama' usul menyebutkan : "Qias merupakan amalan dan perbuatan para mujtahid kerana mereka yang menyingkap dan mengenal pasti hukum-hukum cabang yang tidak dinyatakan dalam nas-nas Al-Quran dan hadith".

Pendapat Yang Rajih (Tepat)

Pendapat kedua, iaitu qias merupakan perbuatan para mujtahid yang bertungkus-lumus mencari dan memikirkan perkara-perkara yang baru muncul, yang tidak disebutkan dalam nas syarak.

Contoh Qias :

1) Menegah sebarang aktiviti dunia (bersukan, tidur, belajar) ketika azan berkumandang untuk solat jumaat. Hukum asalnya seperti dalam Al-Quran : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ . Maksudnya : Wahai orang-orang beriman, apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari JUmaat, maka segeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli.Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Hukum asalnya ialah, penegahan berjual beli ketika azan solat jumaat, namun penegahan itu bukan pada zat jual beli itu. Sebab penegahan : jual beli menyebabkan penjual dan pembeli sibuk dengan urusan mereka daripada solat jumaat. Hukum cabang : Bersukan atau melakukan aktiviti lain ketika azan berkumandang solat jumaat. Maka qiasnya : Haram melakukan aktiviti lain (bersukan dll) ketika azan berkumandang utk solat jumaat kerana sebab yang sama dengan jual beli, manusia akan sibuk dengan urusan dunia tanpa mementingkan solat jumaat.Dalam tafsir At-Thabari menyebutkan, pengharaman ini hanyalah kepada meraka yang diwajibkan solat jumaat (lelaki bukan musafir)

2) Pengharaman semua anggur yang berupa (wine, champange, dll). Dalil pengharaman asalnya : إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأنْصَابُ وَالأزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ ) 90 ] [ إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ (91)
Maksudnya : Seungguhnya arak, judi, berkorban untuk berhala, menilik nasib dengan anak panah daripada perbuatan syaitan, dan jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beruntung. Sesungguhnya dengan minuman keras dan judi itu, syaitan hanyalah bermaksud menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dengan solat, maka tidakkah kamu berhenti?.Hukum asalnya : Pengharaman arak. Sebab pengharaman : kerana terdapat bahan dalam minuman ini yang memabukkan dan menyebabkan manusia bergaduh dan lupa perintah Allah. Hukum Cabang : Anggur jenis (wine, champange, martini) .Maka qiasnya, semua jenis anggur yang berupa minuman yang memabukkan juga haram kerana mempunyai sebab yang sama, iaitu memabukkan.

Antara lain ialah pengharaman hak wasiat kepada penerima wasiat (al-musho lahu) kerana membunuh pemberi wasiat (al-musho), atas sebab tergesa-gesa untuk mendapatkan harta dari pemberi wasiat sebelum sampai ajal pemberi wasiat itu. Hukum asalnya dari hadith nabi : "Tidak akan mewarisi orang yang membunuh"(waris yang membunuh pewaris).Maka hukum cabangnya, jika penerima wasiat membunuh pemberi wasiat kerana ingin mendapat harta secepatnya. Sebab pengharaman : Tergesa-gesa untuk mendapatkan harta dari pemberi wasiat sebelum sampai masanya. Maka qiasnya, haram juga kepada penerima wasiat menerima sebanarang harta wasiat kerana mempunyai sebab yang sama dengan hukum asal, waris membunuh pewaris untuk mendapatkan hartanya.

Qias merupakan dalil hukum yang disepakati ulama' selepas Al-Quran, Hadith dan Ijma' Ulama'..sekian..sebagai pengenalan kepada dalil yang disepakati dalam menetapkan hukum Islam. Penulis ingin meneruskan perjuangan 'study' subjek ini..InsyAllah liqa' akan datang kita akan membincangkan perbahasan rukun, pandangan mereka yang menolak dan menyokong qias, dan banyak lagi tentang perbahasan tajuk ini.

~Moga dapat manfaatnya~

* Sarapan Butterscotch
* Must finish my study "Survey & Adillah"
* Don't miss Dhuha