
Ni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia..tempat aku belajar sekarang,
Masih teringat lagi kali pertama aku jejakkan kaki di sini,
Susah juga nak masuk universiti ni,
Teringat lagi Cikgu Patimah Kamis,guru kaunselor Maahad Johor,
Dia cakap nk masuk UIA skurang-kurangnya MUMTAZ,
Tak apelah,aku tak harap pun masuk mana2 U ni,
Dulu la aku fikir macam tu,
Ada rezeki baik,adalah..
Aku doa je biar Allah letakkan aku tempat yang baik,
Dan keluarkan aku dari tempat yang tak elok,
Macam doa solat tahajud,
"رَبِّ أّدْخِلْنِي مُدْخَلاً صِدْقٍ،وَأَخِرِجْنِيْ مُخْرَجًاصِدْقٍ،وَاجْعَلْنِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيْرًا ِ"
Keluarga aku semua sokong dan harap aku masuk UIA,
Aku diam je..kalau bukan rezeki aku tak kisah,
Mana2 U same je,yang penting diri sendiri,
Kalau belajar pun malas,xde gune jg U bgus,
Allah dengar doa hambaNya,
Akhirnya dengan kuasa Allah,aku diterima masuk ke UIA,
Aku bersujud penuh syukur,
Makbul doa keluargaku nak lihat aku di sana.
Di sini,aku belajar erti kehidupan,
Berjauhan dengan keluarga,
1 semester baru pulang ke kampung,
Yela,jauh juga dari kampung,
Tambang bas je dah boleh aku kumpul bayar yuran,
Bantuan bukan senang dapat,
Semua tu ajar aku jadi orang yang sabar,
Menambah pengalamanku mencari,
Erti hidup sebagai hamba,
Yang tak jemu menadah,meminta,mengharap,
Buat Sang Pencipta diriku..
Aku sentiasa mengharapkan,
Moga Allah memberikan kejayaan buatku di sini,
Aku nak penuhi harapan dan cita2 mak ayah & keluargaku,
Biar aku susah macamane pun,jangan pernah mengalah..
Ya,teruskan perjuangan!!
Medan jihad sedang tunggu aku..
"INNA MA'AL 'USRI YUSRA"