Wednesday, June 2, 2010

Amal Qunut Nazilah..Hancurkan Israel Laknatullah!!



Kekejaman Laknatullah

Qunut nazilah merupakan qunut yang sunat dibacakan ketika solat fardhu.Kebiasaannya qunut ini dibacakan ketika umat Islam ditimpa musibah, diserang penyakit wabak, ketakutan seperti yang berlaku di negara-negara Islam kini.

Panduan untuk melakukan qunut ini seperti berikut :

1) Dilakukan pada rakaat terakhir solat fardhu sama ada selepas rukuk atau sebelum rukuk.

2) Jika dilakukan sebelum rukuk, selepas bacaan Al-Fatihah dan surah, tadah tangan dan baca qunut tersebut.

3) Sekiranya dilakukan selepas rukuk, iaitu dibaca ketika i'tidal.

4) Inilah bacaan qunut tersebut :

اللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُوْرِ أَعْدَاءِنَا، وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلابِكَ، يَا قَهَّارُ يَا جَبَّارُ، يَا مُنْتَقِمُ، يا الله، يا الله، يا الله،

اللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْهُمْ،
اِهْزِمْهُمْ، اِهْزِمْهُمْ،وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ .

“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.

Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.

Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.

Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”


5) Jumhur ulama' bersepakat tiada doa khusus bagi qunut Nazilah.Jadi sekiranya ada doa lain bole dibaca juga.

6) Para Imam hendaklah mengingatkan ma'mum jika ingin membaca qunut ini, supaya ma'mum mengaminkan ketika dalam solat.

7) Qunut ini pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan.

“Rasulullah berqunut sebulan terus menerus dalam solat zuhur, asar, magrib, isyak dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat apabila ia berkata "sami'allahu liman hamidah" dari rakaat akhir, beliau mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah bani salim, kabilah ra'lun, zakwan dan 'Ushyayyah dan orang-orang yg dibelakang mengaminkannya.” (Direkodkan oleh Abu Daud dan Imam Ahmad)

Disamping itu, Imam Syafi'i rahimahullah berkata:

"Apabila turun musibah kepada kaum muslimin disyariatkan membaca qunut nazilah pada seluruh solat wajib." (Syarhus Sunnah karya Al-Baghawi 2/279).


Doa Qunut Nazilah tidak ada penetapan, kerana sebarang doa boleh dibaca selagi ia masih dalam bahasa arab. Al-Qadli Iyadl rahimahullah menukil kesepakatan jumhur ulama bahwa tidak ada doa khusus dalam qunut. Ibnu Shalah menganggap orang yang berpendapat ada doa khusus dalam qunut adalah pendapat orang yang aneh dan tertolak, serta menyelisihi jumhur ulama. (Lihat Al-Majmu' 3/477, Majmu' Al-Fatawa 23/108.)


sumber : http://www.cetusan-student.com/2009/01/qunut-nazilah.html

SELAMAT BERAMAL..DOA BUAT MUSLIM, HANCURKAN SI KAFIR !!

2 comments:

Syihabudin Ahmad said...

inilah antara sunnah yang selalu ditinggalkan...amalkannya.. umat sedang derita..

Anonymous said...

to syihabudin:

insyAllah, bersama-samalah kita amalkannya..