Monday, August 16, 2010

Berpuasakah Kita??

Assalamualaikum w.b.t

Puasa tengok makanan pula..tahan nafsu tu..

Salam ramadhan yang ke-6, sempat-sempat menulis entri untuk diri dan pembaca setia,

"Puasa menahan diri dari makan dan minum,perkara yg dilarang Allah, menjauhi perkara sia-sia, perkara makruh dan yg membatalkan puasa" itulah takrif yg kita selalu hafal waktu sekolah rendah dulu.

Tapi kita recheck semula dari hari pertama sampai sekarang, betul-betul kita berpuasa??

Puasa perut memang senang, sekadar tahan minum dan makan dari sahur sampai buka..

Tapi belum tentu kita PUASA HATI..Betul x?

..pagi2 lepas sahur kita tido, "wah sedapnye tido lepas makan sahur ni" bisik hati. Last2 subuh ke mana, kuliyah pagi kelam-kabut dibuatnya.

..Lepas balik kuliyah xbuat pape, "yela nak makan,puasa..",ape lagi, kumpul cd2, tengok movie berjam-jam..berhenti sekadar nak solat fardhu, tu pun dah nyawa-nyawa ikan waktu solat..hu

...Orang sibuk nak khatam quran bulan Ramadhan, kita sibuk nak khatam movie..Allah..

..Malam orang ke tarawikh, kita sibuk sembang dari lepas buka dgn kwn2..melepas tarawikh..

..Solat fardhu teringat2 "buka ni makan apa sedap?.."..saat tarawikh kat masjid, dalam hati bisik-bisik, "ngantuknya, bila nak habis imam ni baca surah?..nak makan moreh lagi.."

..Waktu buka pulak, janji dgn teman lelaki, teman wanita "meh,buka sama-sama, jemaah kan dapat pahala" hati mengiyakan.

..Malam orang bangun qiamulail, kita sibuk bersembang sampai malam tentang "baju raya, kasut raya, kuih raya, persiapan raya..semua tentang raya, tiket balik kg xterlepas jua.."

..Bulan Ramadhan kita disuruh bersabar, menjg mulut, menjg hati..tapi sibuk mengumpat "lecturer lame sgt mengajar, tak tau ke ni bulan pose?.." mulut mula bising sesama kita..

..Nabi ajar buka dgn kurma dan air, kita berbelanja di bazar sampai nak bocor plastik beg, isi dalam tunggu nak keluar je.."bukan senang nak dpat makanan-makanan ni semua, bulan pose je ade.." hati berkehendak.

..Jadi, berpuasakah kita sebenarnya??...tidur banyak, makan kuat, solat malas, sembang banyak, surfing internet berjam-jam..cukupkah hanya tidak makan dan minum pd siang hari??

..Nafsu takkan mengalah, dia akan terus mencari mangsanya..siapa mangsanya??.. manusia yang lalai, alpa, lupa dengan janji Tuhannya..

..Kita bukan nabi yg maksum, kita juga bukan wali yg punya hati bersih, dan kita bukan malaikat yang sentiasa taat..tapi kita, manusia yg diberi kurniaan istimewa iaitu AKAL..

..Hati berkehendak, nafsu mendorong, akal membenarkan, maka selamanya kita tidak akan berubah, walau berapa byk Ramadhan Allah hadiahkan..

..Fikir2lah..pilihan di tangan kita, kita diberi peluang mentadbir diri, menuju redhaNya..

..Jadilah mereka yg berfikir, "ulul albab"..untuk mencapai darjat.. "al-abrar".. bertemu Tuhan di syurga abadi..ameen

-menunggu buka puasa
-bersiap siaga ke masjid

..اللهم إنا نسألك رضاك والجنة، ونعوذبك من سخطك والنار..

6 comments:

Syihabudin Ahmad said...

ya.. masyarakat belum difahamkan dengan Feqh Ramadhan yang tepat... mungkin sedikit perkongsian saya dapat membantu : http://www.scribd.com/doc/35788602/FEQAH-RAMADHAN

masshah said...

Selamat berpuasa,perkongsian yang menarik...bukan zahir je kena berpuasa batin(hati) kita pun kena puasa.

Semoga puasa kita diterima Allah SWT.

fiqhullughah said...

to syihabudin:

benar..terima kasih, jazakAllah khair..

fiqhullughah said...

to masshah:

slmt berpuasa, benar puasa zahir dan batin..insyAllah amin..

Afeefah sza said...

nice sharing rahmah

fiqhullughah said...

to afeefah sza:

hehe..thanks, just a little bit.take the benefit together..