Assalamualaikum w.b.t
Coretan terakhir bagi semester ini..insyAllah, menghabiskan baki-baki hari di UIAM, sambil mencari 'ibrah dan hikmah atas setiap yg berlaku.Semalam kehadiran si kecil Aisar dan si tembam 'Awatif, menceriakan hidupku yg kdg2 meletihkan di kampus ini. (thanks bebudak..jd penceria keadaan)..hilang seketika kebimbangan menghadapi peperiksaan. Kami makan di Greenwood bersama abang dan akk ipar, sebelum pulang sempat singgah di kedai tudung An-Nur di Gombak Ria. Banyak betul koleksi tudung muslimah, tapi tudung yg aku mahu tiada pula..(xpe..xrezeki barangkali)..Duduk di ibukota metropolitan ini memg susah jumpa kedai2 yg menjual tudung2 labuh, jadi peluang inilah digunakan sebaiknya.

Setiap yg bertemu, pasti akan berpisah..begitulah resamnya, kami berpisah pada petang itu. Memandangkan hari yg semakin gelap, maghrib pun seakan tiba. Aku terus menuju ke bilik Ain, (sudah beberapa hari duduk di biliknya..stdy di situ)..bersiap siaga utk solat maghrib.. alhamdulillah, Farahin, teman rapat Ain sudi berjemaah sama.. Selepas mereka keluar berurusan, aku duduk di bilik Ain, sambil prepare utk exam Isnin ni. tiba2 terfikir.. futurnya ibadah hari ini, Isyak pasti solat sendiri. Lepas azan berkumandang, bergegas memperbaharui wudhuk.. Tiba2, ditegur sahabat yg pernah berjemaah solat terawikh dulu, Jamaliah, benar2 sebelah bilik Ain. Pertemuan tanpa kami sangka, alhamdulillah..
Kami bertegur sapa, dan kami berjemaah Isyak bersama, antara ahli biliknya, memang kukenal. Kak Asma' dan Nuri.Alhamdulilllah..syukur meniti lagi di bibir..usai ba'diah, kami berbual2, berkongsi pengalaman sepanjang pengajian dan hidup, berta'aruf..Kak Asma' dari Kelantan, Jamaliah dari Kedah dan Nuri dari Selangor..Masing2 punya kelebihan, dan aku belajar dari mereka. Hebatnya mereka. Saat Kak Asma' mengimami Isyak, bacaan Surah Al-Muddathsir betul2 menyentuh hatiku..terasa diri masih kurang amalan, masih kurang kelazatan dan kekhusyukan dlm ibadah, masih perlu banyak diperbaiki kekurangan itu. Alhamdulillah. .syukur sgt2 dipertemukan mereka. Mempelajari sifat2 mereka, mengambil hikmah atas setiap yg berlaku pd diri2 kami.
Pulang dari bilik mereka, aku sempat membuka ym, terpandang pula status seorg sahabat yg pergi mendengar kuliyah Ust Azhar Idrus, seorang 'alim dari Terengganu. Allah..rindunya mendengar butir-butir hikmah dari 'alim itu..Lantas men'download' beberapa video ceramahnya di youtube.sebagai makanan rohaniku. Namun, mungkin bukan rezeki, line agak lambat, dan mataku pun dah terpejam. Jadi, xsempat aku men'download' video tu, (gara2 mata yang sudah terlatih utk tidur awal)..Nampaknya xde rezeki, xpelah bila2 ada masa, 'download' lagi..hati sengaja memujuk.
Pagi selepas subuh, kehadiran Farahin, teman rapat Ain, menceritakan "Keadaan Dunia Bila Berlakunya Kiamat" menginsafkan diri. Hasil pembacaannya di blog sahabat, banyak 'ibrah yg kami dapati. Syukur Ya Rabb, atas pengajaran-pengajaran yg membuatku berfikir, memerhati, mengambil iktibar dan memperbaiki diri. Alhamdulillah..coretan seakan sudah sampai ke penghujung.hanya tinggal tirai menutupnya.
p/s : buat sahabat yang masih exam, selamat berjaya buat kalian, juga buat diriku.sahabat yg sudah lama bercuti, selmat memanfaatkan cuti anda, jangan jadi hamba katil shj..huhu.juga buat sahabat yg akan melalui perjalanan pulang ke kg, berhati-hati di jalan raya, malang xberbau. (2 org sahabat kpd rakan di UKM meninggal dunia semalam selepas kemalangan dengan treller..al-fatihah..)
* buat Kak Huda, Kak Nael, Kak Ami, Kak Zha, Kak Yati dan senior2 yg akan grade sem ni. Tahniah dan selamat meneruskan hidup anda. Rancang kehidupan sebaiknya demi berbakti buat ummah.
* buat Nurul Ain, bersabarlah..mudah2an ayah kamu xde apa2..ingatkan ayah kamu selalu. terima kasih xterhingga menyediakan tempat terbaik utk sy tidur, kejut sy bangun, makan sama2, berbual sama2, (miss tht moment..).Maaf juga selalu menyusahkan kamu.
* buat Izzat, banyak2 sabar..Allah sayang org yang kamu sayangi..mudah2an roh kwn2 kamu dlm kalangan para syuhadak..thanks sebab xjemu kejut sy pg2, banyak memberi semangat dan nasihat pd diri ini..
* buat Farahin, teman akrab Ain, terima kasih kerana sudi berjemaah bersamaku, berkongsi pengalaman dan cerita denganku, moga2 kamu bahagia selamanya, moga2 kita sentiasa memperbaiki diri.
* akhirnya, buat sahabat yang mengenali & tak mengenali (follower, blogger yg rajin menyinggah di laman ini)..terima kasih xterhingga, moga2 Allah membalas budi baik kalian. Maafkan diriku andai banyak salah dan silap, kerana aku manusia yg sering lupa, lalai, tegurlah aku sebaiknya, kerana kita mukmin bersaudara.
والعصر.إن الإنسان لفي خسر. إلا الذين آمنوا وعملو الصالحات وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر
Maksudnya : Demi masa.! sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan mereka yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. (Al-Asr : 1-3)
Mudah-mudahan kita menjadi orang beruntung, bukan orang yg rugi..
Wallahu 'A'lam..coretan berakhir di sini.
