Tuesday, November 2, 2010

Qias Dan Perbahasannya

Assalamualaikum w.b.t

Sedikit perkongsian sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, subjek Evidence Of Legal Rules 2. Mengambil intipati daripada buku karangan Badran Ibul 'Ainain Badran,"Usul Fiqh Islami". Mari kita mengkaji dan mengetahui lebih lanjut dalil-dalil yang dijadikan hukum taklifi 5 (wajib, haram, sunat, harus, makruh)

Pergertian Qias

Bahasa : Mengetahui kadar salah satu dalam 2 perkara dan dinisbahkan dengan perkara lain. cthnya: aku mengqiaskan tanah ini sehasta (menisbahkan kadarnya).

Istilah :

1) Al-Amadi : Persamaan antara perkara asal (hukum asal) dan perkara furu' (hukum cabang) dalam sebab (illah) yang terdapat pada hukum asal.

2) Al-Ghazali (Al-Mustasfa) : Membawa perkara yang diketahui (hukum asal) pada perkara yang tidak diketahui (hukum baru) dalam menetapkan hukum kedua-duanya atau menafikan kedua-duanya dengan perintah menghimpunkan kedua-duanya.

3) Sumber Syariah : Mendatangkan hukum asal ke dalam hukum furu' (hukum cabang @ perkara baru) dengan sebab (illah) yang sama tanpa diketahui melainkan dengan bahasa.

Adakah qias merupakan ijtihad ulama' mujtahid?

1) Terdapat perbezaan ulama', sebahagian ahli usul menyebutkan bahawa : "Qias merupakan dalil syarak (syariat Islam) yang telah dinyatakan Allah secara umum bagi mengenal pasti hukum-hukum baru yang tidak disebutkan secara jelas dalam nas-nas Al-Quran dan hadith".

2) Sebahagian ulama' usul menyebutkan : "Qias merupakan amalan dan perbuatan para mujtahid kerana mereka yang menyingkap dan mengenal pasti hukum-hukum cabang yang tidak dinyatakan dalam nas-nas Al-Quran dan hadith".

Pendapat Yang Rajih (Tepat)

Pendapat kedua, iaitu qias merupakan perbuatan para mujtahid yang bertungkus-lumus mencari dan memikirkan perkara-perkara yang baru muncul, yang tidak disebutkan dalam nas syarak.

Contoh Qias :

1) Menegah sebarang aktiviti dunia (bersukan, tidur, belajar) ketika azan berkumandang untuk solat jumaat. Hukum asalnya seperti dalam Al-Quran : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ . Maksudnya : Wahai orang-orang beriman, apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari JUmaat, maka segeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli.Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Hukum asalnya ialah, penegahan berjual beli ketika azan solat jumaat, namun penegahan itu bukan pada zat jual beli itu. Sebab penegahan : jual beli menyebabkan penjual dan pembeli sibuk dengan urusan mereka daripada solat jumaat. Hukum cabang : Bersukan atau melakukan aktiviti lain ketika azan berkumandang solat jumaat. Maka qiasnya : Haram melakukan aktiviti lain (bersukan dll) ketika azan berkumandang utk solat jumaat kerana sebab yang sama dengan jual beli, manusia akan sibuk dengan urusan dunia tanpa mementingkan solat jumaat.Dalam tafsir At-Thabari menyebutkan, pengharaman ini hanyalah kepada meraka yang diwajibkan solat jumaat (lelaki bukan musafir)

2) Pengharaman semua anggur yang berupa (wine, champange, dll). Dalil pengharaman asalnya : إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأنْصَابُ وَالأزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ ) 90 ] [ إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ (91)
Maksudnya : Seungguhnya arak, judi, berkorban untuk berhala, menilik nasib dengan anak panah daripada perbuatan syaitan, dan jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beruntung. Sesungguhnya dengan minuman keras dan judi itu, syaitan hanyalah bermaksud menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dengan solat, maka tidakkah kamu berhenti?.Hukum asalnya : Pengharaman arak. Sebab pengharaman : kerana terdapat bahan dalam minuman ini yang memabukkan dan menyebabkan manusia bergaduh dan lupa perintah Allah. Hukum Cabang : Anggur jenis (wine, champange, martini) .Maka qiasnya, semua jenis anggur yang berupa minuman yang memabukkan juga haram kerana mempunyai sebab yang sama, iaitu memabukkan.

Antara lain ialah pengharaman hak wasiat kepada penerima wasiat (al-musho lahu) kerana membunuh pemberi wasiat (al-musho), atas sebab tergesa-gesa untuk mendapatkan harta dari pemberi wasiat sebelum sampai ajal pemberi wasiat itu. Hukum asalnya dari hadith nabi : "Tidak akan mewarisi orang yang membunuh"(waris yang membunuh pewaris).Maka hukum cabangnya, jika penerima wasiat membunuh pemberi wasiat kerana ingin mendapat harta secepatnya. Sebab pengharaman : Tergesa-gesa untuk mendapatkan harta dari pemberi wasiat sebelum sampai masanya. Maka qiasnya, haram juga kepada penerima wasiat menerima sebanarang harta wasiat kerana mempunyai sebab yang sama dengan hukum asal, waris membunuh pewaris untuk mendapatkan hartanya.

Qias merupakan dalil hukum yang disepakati ulama' selepas Al-Quran, Hadith dan Ijma' Ulama'..sekian..sebagai pengenalan kepada dalil yang disepakati dalam menetapkan hukum Islam. Penulis ingin meneruskan perjuangan 'study' subjek ini..InsyAllah liqa' akan datang kita akan membincangkan perbahasan rukun, pandangan mereka yang menolak dan menyokong qias, dan banyak lagi tentang perbahasan tajuk ini.

~Moga dapat manfaatnya~

* Sarapan Butterscotch
* Must finish my study "Survey & Adillah"
* Don't miss Dhuha




No comments: