Saturday, December 10, 2011

Berhati-hati

Assalamualaikum w.b.t


Salam tahun baru buat sahabat2,


Sudah lama tidak menulis....

Sedikit perkongsian yg dipetik dari buku karangan Syeikh Abul 'Ala Al-Mawdudi Rahimahullah


(Tanggungjawab Pemuda Islam Hari Ini)



ANTARA TAKTIK MUSUH ISLAM


Saudara-saudara yang budiman,


Andainya penjajah barat merampas harta benda kita, memeras kekayaan negara kita,
membunuh, menghapuskan anak cucu kita habisan-habisan dan memusnahkan rumah
tangga kita, maka kezaliman seperti itu tidaklah seburuk atau sejelik-jelik natijah jika
dibandingkan dengan kezaliman yang mereka lakukan terhadap kita dalam bentuk
menaburkan racun-racun tamaddun kebendaan, kebudayaan dan pengetahuan sains
yang mengingkari kewujudan Tuhan dan moral akhlak yang runtuh. Apa yang dapat
kita lihat dibuat oleh musuh-musuh Islam itu ialah contohnya:


PERTAMA : Merombak sistem pelajaran dan pendidikan adalah antara menjadi tujuan
penjajahan . Setiap kali berjaya menguasai sesebuah negara Islam, mereka biasanya
terus menghapuskan sistem pelajaran dan pendidikan kita jika mereka mampu. Atau
mereka akan jadikan orang-orang yang berkelulusan menurut sistem pelajaran kita
tidak ubah seperti barang yang tidak berharga dan seperti suatu benda yang hanya
layak ditempatkan di dalam tong sampah.


KEDUA : Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan
cara yang halus. Mereka tidak akan membiarkan bahasa umat Islam yang telah ditawan
itu mempunyai nilai yang tinggi. Mereka singkirkan bahasa-bahasa itu agar tidak
digunakan dalam bidang pelajaran dan pendidikan. Mereka juga tidak akan
mengekalkan bahasa tempatan sebagai bahasa rasmi dalam sektor pentadbiran negara.
Mereka kuatkuasakan bahasa mereka menjadi bahasa rasmi di dalam urusan
pendidikan dan pentadbiran negara sebagai pengganti bahasa yang telah dimusnahkan
itu. Taktik-taktik yang kotor itu telah pun diamalkan dalam negara-negara Islam oleh
semua penjajah barat seperti Belanda, Inggeris, Perancis dan Itali. Begitu juga Russia
dan China. Seolah-olah mereka semua telah mengadakan persetujuan bersama dalam
mengunakan taktik ini.


KETIGA : Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam. Penjajah barat telah
mencipta dalam negara-negara Islam melalui cara yang amat halus suatu generasi baru
yang jahil tentang Islam yang suci. Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat,
sejarah Islam yang agong dan tamaddun mereka yang hebat. Ini hanyalah satu sudut,
manakala sudut lain pula generasi ini telah dicelup aliran pemikiran nya sehingga caracara
berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kacamata
materialisma barat. Dari generasi yang berhaluan barat ini tumbuh pula generasi baru
yang lain, yang sudah dapat dipastikan generasi yang belakang ini akan lebih lemah
lagi pegangannya terhadap ajaran Islam dibandingkan dengan generasi sebelumnya.
Mereka lebih kuat dalam mempertahankan tamaddun barat, lebih cinta kepada
kebudayan barat dan lebih yakin terhadap falsafah barat yang berkaitan dengan
kehidupan manusia.


MENIRU GAYA HIDUP BUKAN ISLAM


Sesungguhnya kemerosotan pemikiran generasi ini telah sampai kemuncaknya :
PERTAMA : Meniru bahasa dan gaya hidup penjajah. Mereka menganggap bahawa
bahasa sendiri adalah satu keaiban sementara bercakap dalam bahasa penjajah satu
kebanggaan bagi mereka. Ada di antara mereka yang merasa gelisah disebabkan
mereka adalah orang-orang Islam sedangkan para penjajah adalah orang yang fanatik
dengan ajaran kristian. Ada pula orang-orang Islam yang merasa bangga kerana mereka
menyeleweng dari landasan Islam; disebabkan kebutaan mereka terhadap hukum-hukumnya.

Mereka merombak tamaddun Islam yang luhur ini dengan segala makian
atau tuduhan. Mereka menganggap dengan berbuat begitu, itu adalah cara untuk
menambahkan kemuliaan, meningggikan kedudukan dan status mereka dalam
masyarakat. Padahal penjajah-penjajah barat tetap merpertahankan peradaban dan
tradisi mereka yang lapuk dan berpegang teguh dengan akidah mereka yang lemah.


KEDUA : Meniru pakaian dan fesyen penjajah. Sedangkan penjajah tidak pernah suka
memakai pakaian orang-orang Islam. Mereka tidak pernah mengikut tingkah laku
kehidupan orang Islam walaupun hanya sekejap, sekalipun mereka hidup dalam negara
ummat Islam seumur hidup mereka.


KETIGA : Meniru cara makan atau minum dan adat istiadat penjajah. Golongan yang
berhaluan barat tanpa merasa malu berusaha untuk meniru cara hidup orang-orang
barat dalam semua aspek - kecil dan besar. Bermula dari cara makan dan minum
mereka sehinggalah kepada adat istiadat seperti cara berdiri dan duduk. Akhirnya
mereka masuk ke dalam setiap lubang yang dimasuki oleh orang-orang barat, sekalipun
ketika mereka berada di negeri-negeri mereka sendiri (negeri-negeri Islam). Bukan
setakat itu sahaja, bahkan mereka merpertahankan cara hidup barat dan mengikut
semua peninggalan mereka. Mereka telah terhidu fahaman kebendaan (materialisma),
idealisma (fikiran yang tidak mengaku kewujudan tuhan) seperti nasionalisma jahiliah,
pergaulan bebas, berbogel (mendedahkan aurat) dan mabuk.


KEIMANAN ORANG YANG TERPENGARUH DENGAN BARAT


Sesungguhnya fikiran mereka telah diresapi fahaman bahawa "..segala sesuatu yang
datang dari barat adalah benar dan betul, wajib dipercayai dan diikut.

Mempraktikkan cara barat adalah di antara tanda-tanda orang yang maju. Menentang cara barat disifatkan sebagai golongan kolot, mundur, bodoh dan tolol, menentang kemajuan dan lain-lain tuduhan, padahal sebenarnya mereka itu adalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidakmengetahui.


TEKNIK MENGANGKAT TARAF ORANG YANG JAHIL TENTANG ISLAM

Wahai saudara-saudara yang dicintai sekelian,
Di antara taktik penjajah yang licik dalam usaha mereka memerangi ummat Islam ialah
dengan cara; setiap orang Islam yang mula mendapat menerima celupan barat dan
menjauhi ciri-ciri Islam akan segera diberikan kedudukan yang tinggi dalam
masyarakat. Mereka akan di beri kedudukan di pejabat rasmi pentadbiran samada
sebagai pegawai awam atau tentera. Mereka mendapat keistimewaan dalam lapangan
politik dan sosial. Kemudian mereka inilah yang menjadi pelopor gerakan politik dan
mereka jugalah dipilih sebagai wakil ke parlimen. Pendek kata mereka inilah yang
mendapat keistimewaan dalam masyarakat.

Apabila gerakan kemerdekaan mula bangkit, dan kemerdekaanpun tercapai, maka
biasanya tampok pimpinan pasti kembali ke tangan mereka ini. Oleh kerana mereka
adalah orang-orang yang menguasai bahasa dan tabiat penjajah, maka mereka itu
merupakan manusia yang paling dekat dengan penjajah.


Oleh yang demikian, takkala bayang penjajah mulai hilang dari negeri-negeri ummat
Islam, bila belenggu-belenggu penjajahan dapat disingkirkan, negara-negara Islam
mencapai kemerdekaan, maka tampok pemerintahan dan kuasa memutuskan undangundang
(kekuasaan mesyuarat tertinggi ) berpindah kepada golongan ini. Ketika itu
jadilah mereka sebagai pengganti penjajah di bumi ummat Islam.

Bermula dari kekuasaan penjajah bertapak di negeri-negeri Islam sehingga mereka
mengangkat kaki meninggalkan bumi itu, sejarah penjajahan ini mengandungi
berberapa perkara yang perlu diketengahkan, terutama ketika kita sedang mengkaji
tentang suasana dan masalah yang sedang berlaku di negara-negara Islam. Kita tidak
boleh memahami dan menyelesaikan permasalahan ini secara meyeluruh sekiranya kita
tidak mengkaji terlebih dahulu tentang kesan-kesan yang ditinggalkan oleh penjajah.


~ Membersihkan pemikiran barat dan budayanya bukan mudah, namun andai Muslim bangkit bersatu dgn jalan lurus, pasti ada jalannya~


No comments: