Tuesday, July 20, 2010

Terima Kasih Atas Segalanya Sahabat!!

Lagu dlm blog ni aku tujukan kpada kwn2ku yg diberi Allah ujian..sama ada ujian kegembiraan, kesedihan, kesenangan, kegagalan atau kejayaan..Hadapilah dengan tenang, penuh rasa syukur, kurangkan keluhan,perasaan terlalu gembira..mudah-mudahan Allah mengganjarkan kebaikan buat diri..

Juga khusus buat sahabat yang banyak menyokong, berkorban dalam segala situasi..Maafkanku andai selama ini aku pernah berkasar denganmu..Aku bukan manusia sempurna, pemikiran juga kurang sempurna, bicaraku bukan sempurna, perilaku bukan sempurna, tetapi aku bersyukur menerima cinta sempurna darimu..Cinta yg didasari dengan Ilahi, ukhuwah Islami..Terima kasih tak terhingga padamu..

Andai hari ini aku khilaf, semalam aku juga alpa, sedarkan aku dengan titah Ilahi..Jangan biarkan aku seronok menikmati dunia ini..Luruskan aku dengan kata-kata nasihatmu, agar diri sentiasa ingat pada Yang Satu..

Bingkisan ringkas buatmu,tanda kemaafanku, kasih sayang dariku..

Kubiar kalam berbicara..
Mengurai maksudnya di jiwa..
Agar mudah kumengerti..
Segala yang terjadi..
Sudah suratan Ilahi..

Kubiarkan pena menulis..
Meluahkan hasrat di hati..
Moga terubat segala..
Perasaan di jiwa..
Tak pernah kuingini..

Aku telah pun sedaya..
Tak melukai hatimu..
Mungkin sudah suratan hidupku..
Kasih yang lama terjalin..
Berderai bagaikan kaca..

Oh teman,maafkanlah diriku..

Oh Tuhan,tunjukkanku jalan..
Untuk menempuhi dugaan ini..
Teman maafkan jika kumelukaimu..
Moga ikatan ukhuwah yang dibina ke akhirnya..

Aku tidakkan berdaya..
Menahan hibanya rasa..
Kau pergi meninggalkan diriku..
Redhalah apa terjadi..
Usahlah dikau kesali..
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi..

Kubiar kalam berbicara..
Mengurai maksudnya di jiwa..
Agar mudah kumengerti..
Segala yang terjadi..
Sudah suratan Ilahi..

P/S : Kita pernah bersama menghadapi ujian kegembiraan, kemesraan, perjuangan yang tidak ternilai, moga2 kita bersyukur menghadapi ujian kedukaan dan pengorbanan..

"Allahumma ajirna fi musibatina, wakhlufna khairam minha"..

4 comments:

Afeefah sza said...

pasti sarat dengan hikmah dengan apa yang berlaku..

u have lots of friends that will support u.

never give up rahmah dan harap awak dapat cekalkan hati utk sabar dengan ujian itu.

fiqhullughah said...

to afeefah:

syukran jazilan kak atas nasihat dan sokongan, insyAllah, la yukallifullah nafsan illa wus'aha..

nurul afiqah binti ahmadoon said...

syukran jazilan rahmah..entri kamu ni byk manfaat dan sering mmbuatknku tersedar dr lamunan duniawi..

fiqhullughah said...

to afiqah:

alhamdulillah,moga kita sama2 dapat mengambil manfaat dan mengamalkan dlm kehidupan.