Monday, August 9, 2010

Bicara Pagi Yang Indah

Assalamualaikum w.b.t


Oh apakah maksudnya ini?..hehe..sekadar mengagumi anugerah Tuhan..
Indahnya pagi spt mekarnya "mawar merah"..

Pagi yang indah ini, sempat-sempat aku menulis entri di blog..sebagai pedoman dan tatapan si pembaca..

Kisah ini terjadi di sudut pasar Madinah Al-Munawwarah (bandar yg bercahaya)..

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah duduk seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat.


Setelah kewafatan Rasulullah, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah Itu?", tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abu Bakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu dia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. dia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a. "أشهد أن لا إله إلا الله، وأن محمدا رسول الله"


Hebatnya sifat kekasih itu..walau dicaci,dihina, tetap sabar dan tabah..malah membalas dengan kebaikan..Moga2 sifat itu ada dalam diri kami Ya Allah.."teringat kisah zaman persekolahan dan universiti ini "selalu dimarahi kerana terlalu berbaik dgn org,seketika terfikir dan berfikir :"beralah bukan salah,tetapi mencari barakah"


"RENUNGAN DAN PERKONGSIAN"



"Bersyukurlah kepada sesiapa sahaja yg MENYAKITIMU hingga kamu berasa SEDIH..

kerana dia yang MENABAHKAN kamu..


bersyukur jua kepada mereka yang tidak MENGENDAHKAN kamu..

kerana dia yang mengajar kita BERDIKARI..

bersyukur juga kepada orang yang MENJATUHKAN kamu..

kerana dia yang MEMPERHEBATKAN kemampuan kamu..

begitu jua bersyukurlah kepada orang yang MENYIKSA kamu..

kerana dia yang MENGUJI KETABAHAN kamu..

Bersyukur HANYA PADANYA..


kerana DIA tidak akan sekali-kali menyakitimu..


Tidak akan menghampakan kamu..


Dan tidak akan meninggalkan kamu keseorangan.."

-ukhtie farhana-


P/S: Pagi ni ada presentation mabahith ahkam, tasmik dan midterm adillah ahkam2..Allahumma yassirlana kulli 'asir, waballighna fi shahri RAMADHAN..Ameen..


-menikmati roti dan kaya
-jgn lupa kismis "Tok Guru"..


4 comments:

abdul hanan bin abdul salam said...

Alhamdulillah..
ilmu yg bermanfaat...

fiqhullughah said...

to abd hanan:

inshAllah utk kita semua..slm ramadhan kareem

abdul hanan bin abdul salam said...

salam ramadhan...selamat berpuasa tidak penoh...hehehe

fiqhullughah said...

to abd hanan:

slm ramadhan..Allah ke situ pula.