Thursday, August 5, 2010

Demam ASEAN & Persiapan Ramadhan..

Assalamualaikum w.b.t

Sejak 2 hari kepulangan dari "Asean Arabic Debating 2010" Allah uji nikmat sihat..Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah..mga kerahmatanNya sentiasa bersama..

Kejayaan dan kegembiraan yang Allah pinjamkan sebentar sahaja, agar kita sentiasa bersyukur..lalu ditukar dengan kenikmatan untuk sentiasa mengingati Allah tatkala sukar..

Masih terkenang lagi, kelam-kabut ASEAN, menggantikan mansab (jawatan) sahabat yg tidak mampu bermain, pada 2 jaulah (round) di prelim..1 berlwn dengan team UIA A,1 lg berlwn dgn team USIM A..Allahu Akbar, tatkala itu hanya Allah shj yg tahu perasaan gementar, takut sungguh dengan mudakhalah (celahan) dr pihak lawan..tambah2 tiada lgsung maklumat dr internet tentg tajukالغرامة خير وسيلة لتهذيب أخلاق الشباب ، تدريس اللغة العربية بوصفها لغة ثانية في دول آسيان ضرورة2 " tajuk yg cukup mematikan rasanya, kerana bias pd pihak lawan..

Hati dipasak, semangat digagahi..terbayang di mata tika itu, mampukah aku berhadapan dgn pihak lwn??..mampukah aku menyampaikan kpd audiens dgn bahasa yg masih tidak betul??..mampukah aku meyakinkan team mates dgn "hujah bodoh2"?? sungguh, aku malu dgn mereka tika di dewan itu, bahasaku spt budak2 sek rendah..nahu dan sorof jauh sekali diperbetul..Namun, yg plg mengharukan aku, kepercayaan sahabat2 dlm team terhadapku, membiarkan aku mengurus kata-kata spnjg 7minit menyampaikan hujah.. alhmdulillah segalanya dipermudah Tuhan..

Benar, segalanya bermula dari hati.. hati yg ikhlas, cinta terhadap bahasa Ilahi mampu meyakinkan diri agar tampil di hadapan, membawa masyruk (projek) yg ingin disampaikan spt benar2 ahli parlimen yg begitu mempertahankan masyarakat dlm negara..Tika itu terbayang di fikiran, mungkin beginilah cara Tuan Guru Nik Aziz mempertahankan kerajaan Kelantan, Dato' Khalid Samad mempertahankan kerajaan Selangor, Dato' Zambery mempertahankan kerajaan Perak dan ramai lg ahli parlimen yg tampil di dewan parlimen mempertahankan suara masyarakat..

Aku terkesima sebentar, menerima berita baru-baru ini..Ada yang menganggap kemenangan adalah segala-galanya, kejayaan adalah segalanya.Bagiku kemenangan dan kejayaan tidak akan bernilai andai keberkatan dari Ilahi tidak dicapai..Dari mana keberkatan itu??..ya, dari beribu-ribu suara penyokong yg sentiasa mendoakan kejayaan, dari suara mudarrib yg tak henti-henti menolong dan menyuntik semangat..Dari hati yg benar-benar redha menerima segala ketentuan.. Itulah nilaian sebuah penghargaan, balasan sebuah keberkatan..InshaAllah..

Bersyukur dgn nikmat Tuhan bukan senang, benar dgn ucapan "ALHAMDULILLAH".. Namun adakah hati juga turut mengucap kata indah itu??..adakah hati juga turut redha dgn sebuah kemenangan atau kekalahan??..andai hati masih lg mempertikai, hati masih lg berburuk sgka dgn rezeki yg diberi Tuhan..sungguh, kita belum lg manusia pilihan Tuhan..

2 hari selepas diberi nikmat kegembiraan, Allah pinjamkan diri ini dgn nikmat kesakitan, agar sentiasa bersyukur..alhamdulillah..mengimbau dosa-dosa dan kekhilafan sepanjg ASEAN, diri tunduk akur, menginsafi kekesalan dan kejahilan.. sungguh, byknya dosa ini xterbilang.. kembalikan Ya Allah dengan hati yg benar-benar bersih,hati yg tidak bersangka buruk dgn Tuhan dan manusia..Hati yg sentiasa redha dengan ketentuanMu..

Kalam akhirku, kembalikan semangat utk menempuh Ramadhan ini,mengutip hikmah-hikmah yg tersembunyi di sebalik bulan mulia..Moga xterlepas malam lailatulqadar, moga hati sentiasa diberi kesabaran sepanjang bulan ini..Aku rindu saat berjemaah tarawikh di masjid, aku rindu saat tadarus,aku rindu saat Ramadhan itu..sampaikan hajat kami ini Ya Rabb..

Sedikit Renungan : "Hidup di dunia sekadar persinggahan..mencari bekalan menuju Tuhan.. rendahkan hati sepanjang perjalanan..agar TAQWA dalam genggaman.."

"RAMADHAN KAREEM, ALLAHUL MUSTA'AN"


13 comments:

Badr said...

"menggantikan mansab (jawatan) sahabat yg tidak mampu bermain, pada 2 jaulah (round) di prelim"

Maaf dipinta kerana perbuatanku itu...

fiqhullughah said...

TO BADR :

sebelum itu, maaf juga dipohon kerana tika itu perasaan xmenentu..namun, bila difikir secara rasional..ada hikmahnya, tak mengapa bad..kita hidup dalam team yg sama..

sifat tolak ansur perlu ada, terima kasih kerana memahami kami, banyak membantu saya cari maklumat saat terkial-kial di quarter dan semi..

alhamdulillah, kejayaan itu kita sudah diukir, maaf sekiranya anda terasa sebb xdpt bermain byk round..apa pun, kejayaan yg dipinjamkan Allah itu memg sgt2 bermakna bg kita bad..

"byk2 bersyukur ye.."alhmdulillah..

Nurhuda Ramli said...

bad, out of everyone, i respect u the most, yang paling sabar, yg paling redha n yg paling tolak ansur... trust me, pengorbanan ini akan berbayar juga akhirnya, i'Allah... tidak akan berani aku berkata begini andai diri ini tidak melalui semua yang ko rasa bad... at the end of the day u will be rewarded in the way that u won't expect, i'Allah. Aku tak mahu bg tazkirah pnjg2 cm yg lain cume yang mampu aku katakan u deserve the respect from everyone bad, n keeo up ur patient n u'll be paid the best reward bad i'Allah.. barakALLAHU fik daiman..

fiqhullughah said...

to huda:

thanks..amin

Unknown said...

@ fiqhullughah :

salam perjuangan...

Rasa syukur sangat dapat satu team dgn rahmah, nael dan k esah. Alhamdulillah.

Moga diizinkan Allah untuk terus berjuang dalam pertandingan2 akan datang..Insya Allah

Unknown said...

@ huda :

Jazakillahu khairal jaza' kerana banyak berkongsi idea dan pengalaman bersama kami, junior debaters..

Insya allah, moga diizinkan Allah untuk terus sama berjuang dalam pertandingan2 seterusnya..amin

fiqhullughah said...

to badr :

astghfirullah..alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..teruskan perjuangan dlm pelajarn pula..!!

ribbiyyun said...

Mubarak `ala najahiki fi musabaqatil munazarah ASEAN... Wallahi, kullukum fa'izun. Fa hadha syarafun lana minallah. Wa lillahi turja`ul umur... wassalam wal ikram. Ramadhan kareem...

fiqhullughah said...

to ribbiyyun:

syukran jazilan..haza min fadhli rabbi..anta mumtaz aidhan..ni sbb senior cm awk xde..hu..'ala kulli hal, barakAllah fik..

nurul afiqah binti ahmadoon said...

marha2 ya sohabati..smoga kejayaan dan kebahagiaan sentiase berade di sampingmu..aminn

Khatibatun Nisa' said...

salam..
Alhamdulillah akaq masih aktif berdebat rupanya.
good luck.
moga ramai pelapis akak nanti..
salam ramadhan kareem..

fiqhullughah said...

to afiqah:

hehe..ayat "marha marha" tu lekat dah kat uia..lg2 dak sgpo..he..terima ksih pika atas doanya..ni pun kejayaan kita bersama.mga awak najah jga.

fiqhullughah said...

to hanisah:

wslm..dik,alhamdulillah Allah beri rezeki dan kurnia akak utk belajar dan cinta pada bahasa arab..inshAllah mudah2an..Allahu akram