Tuesday, October 19, 2010

Analisis Ringkas Tajuk Debat

Assalamualaikum w.b.t

..UIA (A) vs UIA (B)..oh xseronoknya saat ni..

Salam kembali..al-zahrawi hanya ingin berkongsi...seronok melihat rakan2 dan adik2 berdebat..aku bila pula?..hehe

-Tajuk debat semalam : "Kepentingan Mengiktiraf Hak-Hak Golongan Homoseksual"
*sekitar analisis sebagai hakim :

-jika dilihat secara amnya, pasti kita 'xsuka' mendengar dan melihatnya..
-namun, rasional dalam debat..melihat pro dan kontra dlm sudut ilmiah..
-jika dilihat pd sudut agama, pastinya sudah tertolak tajuk ini..

-Pencadang :

1) Masyarakat tidak peduli dengan hak-hak mereka sebagai masyarakat tempatan
-hak pelajaran, hak kehidupan, hak pekerjaan

2) Diskriminasi terhadap golongan ini menyalahi perlembagaan
- perlembagaan menyatakan 'hak sama rata antara masyarakat berbilang kaum'

3) Homoseksual bukan jenayah kepada negara
- mereka tidak melakukan jenayah..hanya menyalahi agama dan adat.. terdapat beberapa negara yang melindungi golongan ini. cth: amerika, britain.

4) Peningkatan kadar homoseksual membantutkan pertumbuhan negara
- pengiktirafan membantu negara meningkatkan ekonomi, membantu negara
mengesan punca dan penyelesaian masalah ini...etc : ahli politik, golongan
profesional, ahli muzik dpd golongan ini.

Pembangkang :

1) Pengiktirafan menyebabkan semakin meningkat kadar homoseksual
- Golongan biasa akan terpengaruh dengan golongan majoriti ini.

2) Homoseksual punca peningkatan penyakit-penyakit berbahaya (AIDS)
- 64% kematian disebabkan AIDS dpd golongan Gay..kadar AIDS meningkat
disebabkan peningkatan golongan ini. cth : washington.

3) Memusnahkan institusi keluarga dan merosakkan keturunan
- punca kejatuhan Rom dan Yunani (Greek) bila peningkatan homoseksual
- rosak hubungan suami isteri, adik-beradik dan anak-anak
- semakin berkurangnya generasi

4) Semua agama menentang homoseksual
- Islam, Buddha, Kristian..menentang golongan ini..digelar syaitan dunia

Kesimpulan : Setiap hujah punya rujukan dan dalil tersendiri, ada kebaikan dan keburukannya.
Kemenangan berpihak "pembangkang" kerana mempertahankan hujah dgn kuat.

Pandangan penulis : "Pengiktirafan homoseksual memberi musibah kepada manusia".. kisah kaum nabi Luth cukup memberi iktibar.. pengiktirafan juga menyebarkan penyakit-penyakit berbahaya.. dan byk lg kesan buruk.

Bagi mereka di luar sana, ketahuilah :

"Homoseksual atau kecenderungan kepada kaum sejenis bukan fitrah, bukanlah kerana mereka dijadikan bersifat sukakan kaum sejenis..tetapi kerana "keadaan, kebiasaan, pengaruh sekeliling" menjadi punca pesatnya pertumbuhan golongan ini..ianya merupakan "barah dan penyakit" dalam masyarakat..

..Kuatkan semangat dan keyakinan anda pd Pencipta, bahawa anda mampu mengubahnya..!!"

p/s : boleh lihat lebih lanjut diskusi tajuk ini di sini, situ, sana, sinun, sinin...

* bersiap ke kelas Intro To Translation
* Breakfast "milk low fat"
* sambil mengemas bilik

No comments: