Friday, October 29, 2010

Itukah Darjat Yang Terpuji??

Assalamualaikum w.b.t

Bagaimana 'en.iman' hari ini?..semakin memudar?..atau semakin bersinar?.. dah pudar, silalah berjumpa 'dr.taubat'..jika semakin bersinar, jgn lupa jumpa pula 'en.syukur'..

Seusai peperiksaan pertama, Introduction To General Linguistic. Usaha diteruskan lagi utk menempuhi ujian dunia yg berbaki 6 lagi.. Sering kali terfikir, begitu sukar untuk memahami, mengingati ilmu-ilmu Tuhan, mentadabbur ayat-ayatNya..sedang manusia lain, begitu mudah sekali, "sekali baca, dah ingat, dah faham..aku banyak kali baca, xfaham, xingat.." hati berbaur cemburu dengan ke'genius'an manusia lain.

En.Hati berkata : "Mungkin hati aku kotor, hati aku lalai, ibadah malas, banyak mengumpat lecturer, tinggal adab2 tuntut ilmu..". Si En.Nafsu pula membantah : "Tapi, mereka pun malas ibadah, ibadah lewat2, selalu bercakap buruk tentang manusia, lebih teruk dari aku, tetapi kenapa mereka tetap pandai..??".Bicara sunyi terhenti. En.Iman menggugah : "Siapa yg punya ilmu??..Allah @ manusia?..bila2 masa Dia akan ambil dari manusia. Kepandaian itu anugerah. selagi kita bersyukur, akan ditambah. Jika kufur, diazabNya. En.Iman meyakinkan lagi : "Allah tak melihat kekayaan ilmu manusia, kejayaan manusia dalam dunia, kepandaiannya semata-mata, tanpa adanya amal dan taqwa dalam dirinya."

Koreksi.insafi.istiqamah.dan bangunkan diri.menambah ibadah2 wajib dengan sunat.Usai sudah babak pertama. Diteruskan babak ke-2, usai solat subuh, mencari intipati ayat-ayat "Qiyamullail". Terima kasih Izzat dan Nisa' atas budi baiknya. Moga Allah memudahkan urusan kalian.

Intipati surah Al-Isra' ayat 79 :

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

Maksudnya : 'Dan bangunlah pada sebahagian malam serta kerjakanlah 'sembahyang tahajjud' padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari Akhirat di tempat yang terpuji''.

Disambung coretan ini, mencari intipati kalam-kalamNya.."ah. sudah jumpa.."


أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ (surah Az-Zumar :9)

Maksudnya : "(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadah pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya) : "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?".Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

Seimbas teringat kisah si alim yang dimuliakan Allah, dan ditakuti syaitan, dengan si abid yang jahil dan sia-sia amalannya sepanjang malam. "Amal tanpa ilmu, ibarat pak turut, ilmu tanpa amal ibarat langit xd hujan''.

-Istiqamah Membawa Barakah-


Tips-Tips Bangun Malam


1) Niat untuk bangun malam sebelum tidur.

من أتى فراشه وهو ينوى أن يقوم فيصلي من الليل فغلبته عينه حتى يصبح كتب له ما نوى، وكان نومه صدقة عليه من ربه

Maksudnya : "Barangsiapa yang ingin tidur, dan berniat bangun untuk mengerjakan solat malam, kemudian tertidur hingga pagi, maka niatnya itu dicatat sebagai satu pahala. Sedangkan tidurnya dianggap sebagai kurnia Allah yang diberikan kepadanya". (Riwayat Nasa'ie dan Ibnu Majah dengan sanad yang sahih)

2) Berusaha menghilangkan ngantuk, bangun dengan tenang dan membaca 10 ayat terakhir Surah Ali Imran. (190-200)

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ (190) الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (191) رَبَّنَا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ (192) رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ (193) رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدْتَنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ (194) فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِنْ دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ (195) لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلَادِ (196) مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ (197) لَكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا نُزُلًا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِلْأَبْرَارِ (198) وَإِنَّ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَمَنْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِمْ خَاشِعِينَ لِلَّهِ لَا يَشْتَرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَئِكَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ (199) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 200

3) Dimulakan solat yang ringkas dan ringan.
Dari Aisyah R.A berkata :

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قام من الليل يصلي افتتح صلاته بركعتين خفيفتين

Maksudnya : "Apabila Rasulullah s.a.w bangun malam untuk mengerjakan solat, beliau memulainya dengan dua raka'at yang singkat dan ringan". (Riwayat Muslim)

4) Mengejutkan ahli keluarga untuk mengerjakan solat malam.
Dari Abu Hurairah R.A, nabi bersabda :

رحم الله أمرا قام من الليل فصلى وأيقظ إمرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء. رحم الله أمرا قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها، فإن أبى نضحت في وجهه الماء

Maksudnya : "Allah memberikan rahmat kepada seseorang lelaki yang bangun malam untuk mengerjakan solat, lalu membangunkan isterinya. Apabila isterinya itu menolak, maka dia memercikkan air pada muka isterinya agar bangun malam. Allah juga melimpahkan rahmat kepada seseorang perempuan yang bangun malam untuk mengerjakan solat, lalu membangunkan pula suaminya. Jika suaminya itu menolak, maka dia memercikkan air pada wajah suaminya sehingga terbangun dari tidurnya". (Riwayat Abu Daud dan lain dalam sanad sahih)

Dari Ummu Salamah R.A bahawa Rasulullah S.AW. terbangun pada suatu malam, lalu berkata :

"سبحان الله ما ذا أنرل الليلة من الفتنة ماذا أنزل من الخزائن من يوقظ صواحب الحجرات يارب كاسية في الدنيا عارية يوم القيامة"

Maksudnya : "Maha Suci Allah ! Fitnah apakah kiranya yang diturunkan pada malam ini? Kekayaan apakah yang diturunkan pada malam ini? Siapakah yang suka membangunkan orang-orang yang berada di bilik-bilik tidur? Berapa banyak orang yang lengkap berpakaian di dunia, tetapi telanjang pada Hari Kiamat"

5) Apabila mengantuk, tidurlah dahulu sehingga hilang rasa mengantuk.
Dari Aisyah R.A, sabda nabi S.A.W :

إذا قام إحدكم من الليل فاستعجم القرآن على لسانهفلم يدر ما يقول فليضطجع

Maksudnya : "Apabila seseorang bangun malam untuk mengerjakan solat, kemudian terasa berat membaca Al-Quran sehingaa tidak menyedari apa yang sedang dibaca, maka sebaiknya dia tidur lagi". (Riwayat Muslim)

6) Mengerjakan sekadar kemampuan, jangan menyusahkan diri. Tetapi lakukan dengan tekun dan istiqamah.

Dari Abdullah Bin Umar, Nabi S.AW. bersabda :

يا عبد الله لا تكن مثل فلان كان يقوم الليل فترك قيام الليل

Maksudnya : "Wahai Abdullah, janganlah engkau meniru kelakuan si pulan itu! Dahulu dia suka bangun solat malam, tetapi kini dia meninggalkannya" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Aisyah R.A, nabi telah bersabda :

أي العمل أحب إلى الله تعالى؟ قال : أدومه وإن قل

Maksudnya : "Amal perbuatan apakah yang paling disukai Allah? Beliau menjawab : "Yang terus-menerus sekalipun sedikit".

Sekadar perkongsian rohani, moga beroleh manfaatnya bersama.

* Usai subuh
* Bersedia untuk sarapan
* Study Arabic Syntax 3



No comments: