Friday, November 12, 2010

Tanyalah Hatimu

Assalamualaikum w.b.t

-Istafti Qalbak (Tanyalah Hatimu)-

Salam pengakhiran semester 1 2010/2011. Semester yang penuh pengalaman, kenangan manis, pahit, masam, payau..ngee=)

Sedar tak sedar, dah akhir semester, dan tggjwb aku dlm debate club jg sudah berubah. Senior2 ramai yg dah grade..sungguh, pasti aku akan merindui kalian semua, kenangan tu terlalu indah..=(

Masih berbaki 1 exam pada 15 nov ini, exam yg agak mencabar mental dan fizikal.. (Memorization Of Quran 4)..InsyAllah, demi sekecil2 hurufnya, sebesar2 nilai inginku sematkan dalam diri ini.

Sepatutnya 25 nov ni diamanahkan utk pulang semula ke UIA, mengikuti training royal debate, sbg persediaan utk menyertai pertandingan "Debat Diraja Antara Universiti-Universiti Malaysia" di UTHM Batu Pahat, Johor.

Namun, atas sebab-sebab yg xdapat dielakkan, aku xdapat berjuang bersama sahabat2 kali ini.. Benar, membuat pilihan tu begitu sukar, kerana kita bukan sekadar memilih untuk diri, tetapi memilih kerana Allah..Macamana nak tahu pilihan kita adalah benar-benar pilihan Allah?

..Istiharah pd Allah..Minta petunjuk dpd Allah.."tapi kdg2 xnampak ape2 pun dlm mimpi lepas istiharah"..hati berbisik. Istiharah adalah memilih, membuat keputusan. Mimpi kdg2 hanyalah mainan syaitan yg ingin menggoyah2 pilihan itu.."Istafti Qalbak.."(tanyalah hatimu itu)..

Benar, hati aku begitu berat utk berjuang memelihara kalam-kalam suci itu, namun kdg2 berbolak-balik dgn keinginan utk berdebat bersama sahabat2.."Allah..beratnya..". Tanyalah hatimu.. hati seakan memberi respon. "Mana satu yg kamu mahu dahulukan?.. kehidupan dunia atau akhirat??..kejarlah akhirat kerana pasti dunia akan menurutimu.." respon yg mematikan kata, membekukan fikiran, menggugah lamunan.

Membuat pilihan benar-benar menguji diri, namun pandulah ia dengan hati yg tenang, hati yg sentiasa mengharapkan petunjuk Sang Pencipta, hati yg benar2 bertawakal dengan setiap keputusan yg dibuat. Andai pilihan itu yg kita suka, bersyukurlah kerana itu juga pilihan yg disukai Allah. Namun, andai pilihan itu tidak kita sukai, berdoalah utk menjadi hamba yang redha, redha dengan pilihan Tuhan, redha kerana mendahulukan Tuhan, redha diberi darjat yg tinggi di sisi Tuhan..Redha segala-galanya demi Tuhan Perancang Kehidupan.

Moga hidup kita sentiasa diberi petunjukNya, petunjuk yg pasti dan benar. Hiduplah dalam mencari kepastian, mencari realiti kehidupan, keyakinan dengan Tuhan, bukan keraguan, khayalan dan fantasi..kerana semuanya itu mainan syaitan.

Wallahu 'a'lam.

"Tetapkan hati kami dengan pilihanMu, redhakan hati kami dalam setiap takdirMu Tuhan"

p/s : Selamat berjaya kepada sahabat-sahabat yang akan mewakili UIA dalam pertandingan debat diraja nanti. Lakukan usahamu itu demi memartabatkan bahasa syurga. Ma'attaufiq wannajah..=)

InsyAllah al-zahrawi akan pulang ke kampung tercinta pada 15 November, 5.00pm. Doakan keselamatan dan keberkatan dalam perjalanan. Salam AidilAdha. InsyAllah jumpe lagi jika masih diberi nafas dan kudrat oleh Tuhan. =)


4 comments:

bint hamdi said...

aiwahh...gud muslimah :)
smg dipermudahkan setiap urusanmu sahabat... :)

fiqhullughah said...

to bint hamdi:

insyAllah..amin..thanks friend for ur advice n support..jazakillah khair

~Fara Khalid~ said...

gd luck rahmah.. =)

fiqhullughah said...

to fara khalid:

gudluck for u too dear =)