Thursday, January 20, 2011

Peringatan Buat Si Pemimpin!!

Assalamualaikum w.b.t


Salam kembali kepada pembaca budiman,

Ingin aku kongsikan sedikit peringatan dan ancaman yang telah disebut dalam kalam suci dan butir-butir hadith Nabi Muhammad S.A.W berkenaan golongan yang bergelar “pemimpin”.

Sebelum itu, sedikit imbasan berkenaan aktiviti-aktivitiku sepanjang 2 minggu ini. Bermula rapat umum di hadapan SHAS Mosque yang bertajuk “Peranan Mahasiswa”. Selanjutnya, talk “ Konsep Ilmu & Pembentukan Para Ilmuwan Ulul Albab Dalam Konteks Masyarakat Islam Masakini yang disampaikan oleh Profesor Ulung, Prof.Kamal Hassan, bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sepanjang 2 jam talk berlangsung, banyak ilmu yg aku dapat.. walaupun mata sedikit demi sedikit mahu tertutup. “Allah..mudahkanlah kami mencari ilmuMu”.. doa dalam hati.

Seterusnya tazkirah ringkas selepas Subuh bersama Khairunnisa’ dan Saidah berkenaan “Hak-Hak Pelajar Sebagai Pengundi” dan “Mesyuarat Kesatuan Pelajar Islam Johor cawangan Muar” semalam mencetuskan lagi idea untukku menulis. Allah, kekangan masa dan kesibukan di kampus mengurangkan tumpuan untuk menulis sedikit hikmah untuk diri dan pembaca.

Hatiku sedikit terkilan, kerana 1 Januari lalu tidak dapat “turun padang” menjalankan operasi bersama-sama sahabat seperjuangan membanteras maksiat di KLCC, Bukit Bintang dan Bukit Langat. Namun, perkembangan aktiviti-aktiviti mereka aku ikuti, mudah-mudahan sebelum kaki melangkah keluar dari Taman Ilmu & Budi ini, aku dapat merasai pengalaman itu. Amin..

Sepanjang aktiviti-aktiviti yang aku lalui, dapat kusimpulkan di sini, betapa pentingnya peranan dan tanggungjawab seorang yang bergelar pemimpin. Jauh fikiran aku melayang, saat bangunnya Islam zaman Pembawa Rahmat Seluruh Alam “Nabi Muhammad S.A.W." Kebijaksanaan dalam sistem pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin. Saat hebatnya ketenteraan Islam di bawah pemerintahan Umayyah, kekukuhan ilmu Islam zaman Abbasiyyah. Lantas terbayang kehebatan Umar Abd Aziz, Harun Ar-Rasyid, Salahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh yang mampu menggegarkan seluruh dunia. Di samping kemunculan ulama’-ulama’ muhaddith, mufassir, muarrikh, Imam Malik, Imam Ahmad Ibn Hanbal, Imam Ibu Hanifah, Imam Syafie, Ibn Syihab Az-Zuhri, At-Tabari, Ibn Khaldun, Ibn Sina, Ar-Razi, Al-Zahrawi dan banyak lagi. Keunikan zaman Uthmaniyyah, dan juga saat Hulagu Khan (ketua perang puak Monggul) menjatuhkan kerajaan Abasiyyah itu. Semuanya dengan positif dan negatifnya seorang pemimpin.

Mengikut S.K. Kochhar yang merupakan pengkaji sejarah, definisi sejarah sebuah dinasti adalah “the study of man and his wonderful development through the successive ages”. Malahan bila kita mengimbas peradaban dan tamadun-tamadun barat yang terkenal dalam pelbagai bidang, seperti Mesopotamia, Greek-Rom dan Eropah, mereka juga menganggap “hidupnya sebuah tamadun dengan pemerintahnya”. Begitu juga pendapat ahli falsafah barat, Harverd yang menulis tentang kelemahan pemimpin merupakan faktor jatuhnya sebuah masyarakat : “Excellent Without Soul”.

Justeru, apakah sebenarnya tanggungjawab kita sebagai pemimpin?.. adakah sekadar merasmikan majlis-majlis rasmi, majlis keramaian, mula sibuk menghulur bantuan saat pilihanraya menjelang, mencari ahli-ahli baru untuk memperkukuhkan politik, saat yang hak didiamkan, yang batil pula disebar luaskan..Subhanallah..alangkah rugi dan kasihannya diri!!

Pesanan Imam Al-Auza’i kepada Khalifah Al-Mansur, pemerintah Abbasiyyah dalam utusan suratnya.

Wahai Amirul Mukminin, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “Sesiapa sahaja dalam kalangan pemerintah, apabila mati dalam keadaan menipu rakyatnya, nescaya diharamkan syurga untuknya.”

Ingatlah kata-kata Umar Al-Khattab : ‘Jika mati anak kambing di tepi sungai Furat (Iraq), nescaya aku takut akan dipertanggungjawabkan mengenainya di akhirat kelak! Maka bagaimana pula halnya dengan rakyatmu yang tidak beroleh keadilan daripadamu sedangkan ia sangat hampir denganmu”.

Tanggungjawab pemimpin memang besar, bukan hanya kita lihat pada seseorang yang berjawatan “ketua, rektor, presiden, YDP, HEWI, perdana menteri, menteri besar dsb shaja..tetapi secara amnya, manusia semuanya pemimpin”.. Ya, pemimpin kepada dirinya, pemimpin kepada ahli keluarganya, pemimpin kepada binatang dan makhuk2 Allah dan kepada seluruh alam ini.

Saidina Umar Al-Khatab r.a pernah berkata : “Amir (pemerintah/pemimpin) itu ada 4 jenis :

1. Amir yang kuat dapat mengawal diri dan pegawai-pegawainya seperti mujahid (orang yang berjihad).

2. Amir yang kuat yang dapat mengawal dirinya sendiri sahaja dan tidak pegawai-pegawainya. Ia berada di tepi jurang kebinasaan, kecuali Allah menurunkan rahmat ke atasnya.

3. Amir yang dapat mencegah pegawai-pegawainya tetapi membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu. Ia berada dalam keadaan membahayakan sebagaiman sabda Rasulullah yang bermaksud : “Pengembala yang terjahat itu adalah bahaya yang menghancurkan. Dia itu binasa sendiri.”

4. Amir yang membiarkan dirinya dan pegawai-pegawainya menurut hawa nafsu. Mereka kesemuanya akan binasa.

Berhati-hatilah wahai si pemimpin, jangan tersalah langkah, bina dan rancang untuk diri dan orang-orang bawahanmu sebaiknya, kerana pasti Allah melindungi “pemimpin yang adil” ketika tiada lagi hari perlindungan bagi manusia (Hari Kiamat).

Memetik hadith Rasulullah S.AW. yang bermaksud : Sesungguhnya manusia yang paling dicintai Allah pada hari kiamat dan yang paling dekat kedudukannya di sisi Allah adalah seorang pemimpin yang adil. Sedangkan orang yang paling dibenci Allah dan sangat jauh dari Allah adalah seorang pemimpin yang zalim. (Riwayat At-Tirmizi)

Negara yang maju bukan dinilai pada kewangan dan kekukuhan ekonominya sahaja, tetapi asas-asas agama yang diterapkan pada diri rakyat, akhlak dan adabnya, pembudayaan ilmu dan kelahiran generasi-generasi “ulul albab”. Bukan jua pada hebatnya filem-filem mistik, drama-drama cinta, karya-karya mitos dan dongeng yang sering terpapar buat rakyat, kesenian festival-festival yang kononnya “Islamic Theme”, kekuatan ekonomi yang jua dibantu dengan kelahiran “pusat-pusat hiburan, pusat-pusat pelacuran, pusat-pusat judi yang diluluskan”. Pemimpin tersenyum lebar, bergelak sakan, sedang rakyat terbeban, harga barang melonjak tinggi, tangis rakyat pemimpin tak cakna.Ulama' bisu, ditutupi "harta dan pangkat", sedang maksiat berleluasa, ulama' yg bangkit dicaci dihina, dibuang jauh, bimbang tergugat kedudukan yang dinanti lama.

Jangan jadi Muslim yang bodoh, kerana kita lahir untuk menjadi “yang terhebat”. Sedang barat berlumba-lumba menghasilkan filem “2012, The Coming of Dajjal, Isa @ Jesus”, saat barat mencari-cari bukti kewujudan “syurga, neraka, hari kiamat” yang dipercayai Muslim, kita sibuk menonton, mencipta filem-filem “Khurafat, Hantu Mak Limah Balik Rumah, Ngangkung, I am Single, Aku Masih Dara” yang tidak memberi manfaat atau mencetus pemikiran, malah boleh merosakkan aqidah, melemahkan iman. Wal iya zubillah.

Akhir coretan, mari kita menilai, merujuk 2 sumber yang tidak akan menyesatkan (Al-Quran & Sunnah) sebagai pedoman, menyoroti sirah-sirah perjuangan mujahid-mujahid yang syahid demi Islam, membuka lembaran-lembaran tafsir Ibn Kathir, Al-Qurtubi, At-Tabari, Ar-Razi dll sebagai ‘ibrah. Moga-moga kita menjadi pemimpin yang bertaqwa, adil, menegakkan yang haq dan mencegah yang mungkar, pasti akan disayangi seluruh alam.InsyAllah.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : “Hai Daud! Sesungguhnya Kami jadikan engkau khalifah di muka bumi. Sebab itu putuskanlah sesuatu perkara antara rakyat-rakyatmu dengan kebenaran. Janganlah engkau turuti kemahuan nafsumu, nanti engkau akan disesatkan dari jalan Allah.” (Surah Sad : 38: 26)


P/S : Buat kepimpinan baru Kelab Debat & Syarahan Arab UIAM tahun 2011-2012, selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab, moga mampu melahirkan pendebat-pendebat yg hebat dlm semua aspek, mudah-mudahan Allah mudahkan segalanya.

Kepada kepimpinan baru Persatuan Bahasa Arab UIAM tahun 2011-2012, moga mampu melahirkan pencinta-pencinta bahasa syurga.

Begitu juga kepimpinan baru Kuliyyah Ilmu Wahyu & Warisan Islam UIAM tahun 2011-2012, yang terdiri dpd adik-adik junior, selamat memikul tanggungjawab ini, kalian dipilih untuk memimpin dan terpimpin.

Akhirnya, Saf Qiyadah Kesatuan Pelajar Islam Johor cawangan Muar, terima kasih atas kesudian memikul amanah, moga-moga diri mentarbiyah warga Muar dan jua ditarbiyah, mudah-mudahan selangkah kita melebar dakwah, menggerak kader-kader mujahadah, agar terlahir generasi khaira ummah.

“Be nice to people on your way up, because you want to meet them on your way down”


Wallahu A’lam.


10 comments:

Farahana said...

hebat post nih..!!! (^_^)

fiqhullughah said...

to kak farhana:

ade2 je akak ni..mga dapat ambil manfaat bersama.(^_^)

pelangi said...

kepimpinan melalui teladan...be a leader is not about power but about responsible.

fiqhullughah said...

to pelangi:

betul..setuju sgt, our responsible to ummah.be the best ya president!!.hihi

izwanyusof[dot]com said...

pemimpin berdiri di belakang untuk mamantau kesemua yang dipimpinnya..

fiqhullughah said...

to izwanyusof:

begitulah..pemimpin perlu sanggup berkorban dan berusaha mengawal apa yg dipimpinnya..bkn ikut suka hati.

Nur Mohamad Adli said...

Assalamu'alaikum wbt,

Alhamdulillah..insyaAllah moga dikurnia keberkatan pd setiap kalam yg ikhlas dan darinya akn mengalir ilmu2 yg bermanfaat setiap yg mendengar dan membacanya.. moga artikel ini digolongkan bersama kalam2 yang ikhlas..

termuhasabah diri lps baca artikel ni..bgs2,byk dalil dan kata2 yg blh dijadikan rujukan..nnti akn dtg harap dpt hasilkn lbh byk artikel2 yg cmni..
syukran..

SITI RAHMAH BORHAM said...

to adli:

Wa'alaikumussalam w.b.t

Sahabat..terima kasih atas sokongan dan pesanan.moga2 diri kit athabat dalam jalan Allah dan jadi pemimpin yg diredhaiNya.

sama2 muhasabah diri(^-^)

melatidaisy said...

salam alaik rahmah.

btol kata kak farah, hebat post ni, akak bace sambil angguk2 kepala tanda setuju,

teruskan pena dakwahmu, moga Redha Allah mengalir sentiasa :)

fiqhullughah said...

to melatidaisy:

moga Allah redhaimu sentiasa kak..sy hanya menyampaikan ilmu yg diambil dr para ilmuan dan murabbi (nabi) shj..

mga dapat manfaatnya.