Thursday, August 20, 2009

Puase??..apa baiknya??..


..Ramadhan Kareem..
Bace hadith atas ni,so kalau bulan puase kita bwt jahat..sape yg slh?syaitan?nafsu?atau kita yg jd syaitan??..hehe tepuk dada tnya iman..

Ya Allah kejapnye mase berlalu,rase baru je aku masuk sem 1 09/10,tup2 dah nak puase..alhamdulillah dapat jg aku jumpe ramadhan kali ni,bersyukur sgt2..walaupun dgn keadaan aku yg xd kaki(hehehe),tapi Allah temukan gak aku dgn bulan pose..

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون 1:183 Maksudnya:"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"

Dalan quran dan hadith dh sbut ttg kewajipan org2 islam berpuase serta kebaikn2nya..tp kdg2 kita ni xnampk realitinya..so,nk tw x ape kebaikan puase dr sudut sains?? ni doktor nak khabaq ni..(hehe)

1.Puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.

“Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.”
– Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika

2.Dalam ilmu biologi, otak tidak dapat berfungsi dengan baik ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

3.Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

4.Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

5.Kajian Dr.Danial Zainal Abidin,puasa dapat meningkatkan kesihatan badan melalui proses detoksifikasi.Detoksifikasi bermaksud mencuci dan membersihkan badan daripada racun atau toksin. Semasa berpuasa, organ-organ dapat berehat. Keadaan ini membantu badan membuang segala kotoran serta toksin di samping menyegarkan sel-sel.

Haaa...dah tw kan kebaikan puase dr sudut sains islam,so jgn la rase malas nk puase..bg mereka yg hisap rokok msti sush nk hadapi ble bulan pose..korang pandai2 la,tido ke,bersukan ckt2 ke..xpn g jalan o bwt krj pape,confirm lupe..pape pun kuatkan iman,tabahkan hati..

Tingkatkn Prestasi Anda Di Bulan Mulia!!

resource:cikgufazli.com & bintutarmizi.blogspot.com

9 comments:

Melatidaisy said...

salam rahmah..kaifa haluki?
akak dgr awk excident..syafakillah dik..
selamat menjalani ibadah puasa :)
p/s : akk suke lagu kt blog awk..hehe (^_^)

fiqhullughah said...

to melatidaisy:

wslm..alhmdulillah beransur pulih,yup xcdnt ckt je..doakan cpt smbuh..rase lame xjumpe,ramadhan kareem..syukran.

p/s:hehe..saje je2,bwt seronok2 sambil muhasabah(^_^)

Ann said...

salam, menarik info ni..nmpknye bkn yg wajib kena wat, yg sunat pun kene rajin gak ni lps ni....

fiqhullughah said...

to ann:

ye..klu sape rajin pose,ringan je rase badan,kpale,n 4 ur information org ade sakit gastrik ubtnye berpuase..hehe

amira karim said...

selamat menyambut ramadhan al-mubarak>>>hehehe.

Anonymous said...

salam alaiki
boria,,,boria
karya hebat uh!
hehehe
mai lagi noh SMKA al-irshad
ashtaaqu ilaiki ya ukhti!!

Syihabudin Ahmad said...

asalamualaikum rahmah binti borhan.... senang2 lawatlah blog ana.. http://aljazary.blogspot.com..

fiqhullughah said...

to shahabudin:

terima kasih..insyAllah nanti sy link..

fiqhullughah said...

to anonymous :

syukran..insyAllah..ade pluang dan rezeki kami akn pergi..