Tuesday, October 5, 2010

IMAN, HATI & AKAL

Assalamualaikum w.b.t

"Manusia menilai dengan zahir, tetapi Allah menilai dengan hati"

Selamat kembali ke laman sesawang "fiqhullughah".. laman yang tidak seberapa jika dibanding laman rakan-rakan lain.. Sekadar perkongsian diri, mencetus idea, menambah iman kita bersama..
Post kali ini bukanlah mengguris atau menyindir hati sesiapa, sekadar mengingatkan diri kita yang selalu lupa dan lalai.. marilah kita mengambil yg positif..

Minggu lalu agak sibuk dengan program, asgnment yg masih berbaki.. InsyAllah, perkongsian sekadar mencari nilai dan 'ibrah dari setiap kejadian dan setiap apa yg kita lakukan.

Sedikit intipati ayat :

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي
الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ ال عمران :159

Maksudnya : Maka dengan apa yang diilhamkan Tuhanmu (sifat kelembutan hati) pada dirimu (Rasulullah) terhadap mereka, jika engkau berkeras hati, nescaya mereka tidak mendekatimu, maafkanlah mereka, ampunilah mereka, dan berbincanglah( mesyuarat) dengan sebaiknya pada perkara itu. Maka apabila kamu sudah berusaha (berbincang), bertawakkal (berserahlah) pada Allah.Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal. (Ali Imran : 159)

Ayat ini menjadi ibrah bagi kita, terkadang saat kita berurusan dengan manusia, saat kita berprogram dan bersahabat, sering kali timbul salah faham, sering kali timbul rasa tidak puas hati, sering kali juga tidak ikhlas dalam berurusan..

Berbalik kepada hikmah Allah menciptakan hati..Hati yang keras, hati yang lembut. Hati yang tenang, hati yang gelisah. Hati yang ikhlas, hati yang memberontak. Hati.Hati.Hati. Apakah rahsianya penciptaan hati?..Konklusinya mudah..HATI-HATI..

ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهي القلب

"Ketahuilah, bahwa dalam tubuh manusia terdapat segumpal (daging), yang kalau segumpal daging itu baik maka akan baik seluruh (anggota) tubuhnya, dan jika segumpal daging itu buruk maka akan buruk seluruh (anggota) tubuhnya), ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati (manusia)"


Ada pepatah menyebut, hati sebagai raja, akal sebagai perdana menteri.. mereka saling melengkapi, andai raja hilang..hilanglah arah sebuah negara, andai perdana menteri tiada, tiadalah juga mereka yang mengawasi arah pergerakan negara itu..

IMAN,HATI & AKAL.. saling melengkapi, indahnya iman disulami hati-hati yang sentiasa mengingati Allah, indahnya iman juga kerana adanya akal yg mengawasi kehendak hati.. pokoknya IMAN..

3 instrumen ini membuahkan TAQWA, cuba kita koreksi intipati HATI-HATI..inilah definisi yg diberikan oleh Saidina Umar.R.A ketika ditanya sahabat tentang taqwa.."Taqwa adalah seperti kamu berjalan di atas duri-duri yg tajam"..

Manusia xkan terlepas dari serangan nafsu, emosi, perasaan, kelalaian, dsb..namun, manusia boleh melepasi halangan itu semua, dengan HATI-HATI (taqwa)..

"Hati-hati bercakap. Hati-hati menilai perbuatan org. Hati-hati memahami manusia. Hati-hati bersangka pd manusia. Hati-hati memilih jalan kehidupan. Hati-hati dengan dosa.Hati-hati menegur org. Segalanya penuh hati-hati.. agar kita tidak mendapat kemarahan manusia, agar tidak membosankan manusia, agar tidak menyusahkan manusia dan paling penting, agar kita tidak mendapat kemurkaan Tuhan"

Akhir kalam, Iman menemukan kita dengan saudara,sahabat.. Hati menemukan cinta mereka, Akal mengawal dari mengguris perasaan mereka.. Namun acap kali kita diuji dengan Nafsu, yang cuba memporak-perandakan keikhlasan bersaudara.. Neutralkan hati. bersangkalah baik. pasti ganjaran baik buat kita.

أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله

Ertinya: 'Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, turut akan ditunaikan.'
( Riwayat Ahmad, Ibn HIbban)


-Maskot Convest '10'..chocolate fair dalam kenangan-

P/S : Jutaan kemaafan buat Head Comm PR Choc Fair 2010, Sdr.Nur Mohamad Adli, terima kasih atas pengorbanan & komitmen... manusia penuh kekurangan,kelemahan dlm menilai,tetapi yakinlah, keikhlasan menerima sebarang keburukan dan kebaikan seseorang, pasti diganjar Tuhan..Buat Sdr.Rukaini, terima kasih atas bantuan dan ketenangan yg diberikan,moga ketenangan itu membantumu menuju Tuhan.. Sdr.Ammar, cukup terhibur dengan celotehan dan nyanyian, terima kasih atas nasihat2..


Sdri.Diyana, terharu dengan kebaikan hatimu, kesudianmu m'jd pendengar, kerajinanmu, xmampu kubalas, moga ukhwah kita selamanya.. Sdri.Nasuha, sungguh beruntung dikurnia adik kecil ni, pandai menghibur, sering membantu walau kdg2 bosan.. maafkan diriku, Sdri.Ienna.. terima kasih segala bantuan, agar dirimu sihat selalu.. Sdri.Asma dan Faridah.. sepasang merpati, hehe..yg sukar dipisah..terima kasih atas galakan, bantuan dan komitmen.. maaf jika ada kekurangan..Dan pada semua komiti Choc Fair 2010..maaf dan terima kasih buat semua!!

-Indahnya saat bertemu kalian..committe chocolate fair '10'-

"Kadang-kadang tiada siapa yg perlu dipersalahkan, tetapi keadaan yg merumitkan.."

* bersiap ke kelas Intro To Translation
*Moga hari ini lebih baik dari yg lalu

3 comments:

Nur Mohamad Adli said...

syukran atas perkongsian yg cukup bermakna,mge mnjadi asbab kpd keredhaan Allah s.w.t..
di kesempatan ini,sy gk nk minta maaf sgt atas segala kesilapan dari saya,jujurnya sy tidak berniat utk tegas atau tinggi suara bahkan rse sgt bersalah selepas haritu walaupun bg sy kdg2 perlu pd ketegasan,cuma maaf kalau awk dn lain x dpt terima pndangan,dan sentiasa tegas itu bkn diri sy,cuma x nafi mgkn sy sdikit serius dgn mslmt,skdr ingin menjaga hati,sy cukup menghormati muslimat cuma mgkn sy masih kurang mengenali muslimat,jd kekok bila berhadapan..maaf yep,dan terima kasih sgt kepada awk dan komiti2 lain ats bantuan dn pengorbanan,tnpa semua ni mgkn sy x mampu nk urus tanggungjawb ni,sungguh,sy bukanlah seorang yg sgt tahu,sekadar berbekal dgn sedikit pengalaman dn 'ilmu..jd segala kekurangn dari sy dapt difahami dn dimaafkan..insyaallah sama2 doakan moga HATI kita sentiasa dipelihara Allah s.w.t agar ditetapkan iman dihati..

p/s: mgkn sy x dpt nk ubah apa yg telah berlaku,tp insyaallah sy akn berusaha utk ubah diri utk hati ini lbh dekat dgn Allah s.w.t.. harap pandangan awk terhadap sy positif spt meeting2 sblm ni..barakallahfik

Nur Mohamad Adli said...

syukran atas perkongsian yg cukup bermakna,mge mnjadi asbab kpd keredhaan Allah s.w.t..
di kesempatan ini,sy gk nk minta maaf sgt atas segala kesilapan dari saya,jujurnya sy tidak berniat utk tegas atau tinggi suara bahkan rse sgt bersalah selepas haritu walaupun bg sy kdg2 perlu pd ketegasan,cuma maaf kalau awk dn lain x dpt terima pndangan,dan sentiasa tegas itu bkn diri sy,cuma x nafi mgkn sy sdikit serius dgn mslmt,skdr ingin menjaga hati,sy cukup menghormati muslimat cuma mgkn sy masih kurang mengenali muslimat,jd kekok bila berhadapan..maaf yep,dan terima kasih sgt kepada awk dan komiti2 lain ats bantuan dn pengorbanan,tnpa semua ni mgkn sy x mampu nk urus tanggungjawb ni,sungguh,sy bukanlah seorang yg sgt tahu,sekadar berbekal dgn sedikit pengalaman dn 'ilmu..jd segala kekurangn dari sy dapt difahami dn dimaafkan..insyaallah sama2 doakan moga HATI kita sentiasa dipelihara Allah s.w.t agar ditetapkan iman dihati..

p/s: mgkn sy x dpt nk ubah apa yg telah berlaku,tp insyaallah sy akn berusaha utk ubah diri utk hati ini lbh dekat dgn Allah s.w.t.. harap pandangan awk terhadap sy positif spt meeting2 sblm ni..barakallahfik

fiqhullughah said...

to Adli:

Sdr..sy menghormati anda bukan atas nama seorang (ketua),walaupun itulah yg sepatutnya,kerana sy tahu,tidak semua anak buah menyukai ketuanya..tetapi sy menghormati anda kerana sy belajar dari anda 1perkara.."berusaha utk ikhlas dlm segalanya"..di awal kerjasama dulu, prinsip pertama yg pernah sy britahu..kesedaran "ukhwah" @ "rabithah" itu lebih berkesan dpd kesedaran memikul tanggungjwb..kerana di situ,kita belajar toleransi,membantu,mengalah,redha dlm memenuhi amanah..Sahabat mana yg snggup melihat kesusahan shbt lain?..justeru,kita membantunya,beralah dan berusaha mengikhlaskan diri,menerima sgla keburukannya,lantas menasihatinya..

Namun jgn kita lupa,keadaan kdg2 merumitkan,nafsu ingin menguji keikhlasan hati kita,justeru berusahalah mengawalnya,istighfar jalan penyelesaiannya..

Sy tahu anda xbiasa bergaul dgn muslimat,mungkin suatu hari nanti anda akan lebih mengenali mereka..Setegar jiwa seorang wanita,sekental semangat seorang mujahidah,mereka tidak sekuat seorang lelaki,jiwanya halus,lembut,dibengkok akan patah, dilentur akan bertambah lurus,justeru didiklah mereka dgn nasihat dan ajaran..

InsyAllah,belajar dari kesilapan kita,semua ni mematangkan kita,manusia tidak sempurna,tetapi manusia cuba berusaha mengikuti qudwah nabinya..

p/s: jangan fikir bukan-bukan,sy xfikir negatif pun,kesilapan dan kekurangan perkara biasa,belajarlah dengan murabbi kita (nabi) yg sentiasa memaafkan dan membalas dgn kebaikan..