Sunday, October 17, 2010

..Setiap Langkah..

Assalamualaikum w.b.t

..apa yg penting?..kertas dan pen..

Sekadar mencoret sedikit. setelah lama tidak mencoret. kerana tidak konsisten berfikirkah? Hanya Allah mengetahuinya.

Pre-registration sudah berlalu. jadual final exam juga sudah muncul di laman web iium. tinggal diri yang perlu ditanya : bersediakah menghadapi ujian dunia?

Malam dihabiskan 'surfing internet' plus 'translate maqalah' plus 'main game' plus 'prepare presentation'.. Akhirnya 11.45 p.m aktiviti2 itu ditamatkan. bergegas mencari 'air penenang'. lalu masuk tidur.

Sebelum mata terlena. muhasabah. muhasabah. muhasabah. 'apa aku lakukan sepanjang hari. sepanjang minggu. sepanjang tahun. dan sepanjang hidup?.' terdiam. berdoa. agar ada peluang utk hari esok. menambah amal. menghindar dosa. mendapat keampunan.

Pagi yang hening.berusaha melawan nafsu. semangat digagahi. demi cinta pd 'sejadah'.demi kasih pd 'si pemberi ampun'. hari ini, peluang dipenuhi, agar dosa siang hari diampun di malam hari. Ya, hari ini. bagaimana esok??.. semangat yg sama?.. atau tatkala subuh yg akhir baru terjaga. wal'iyazubillah.. istiqamahkan diri.

Sepanjang hari. mulut beramah-tamah. tertawa suka. lupa menyakiti orang lain. lupa membuat dosa. lupa mengumpat 'lecturer'. lupa semua. dek terlalu suka dan ingin bercerita.

Quran. sering ditanya pd diri. terjagakah kalam suci itu?.atau sekadar menghafal dan terus lupa?.diulangi tidak setiap hari? dijadikan zikirkah setiap saat?.atau saat men'tasmik' dengan ustaz. saat hampir peperiksaan. baru dibuka, diulang, dibaca, dipetia. sungguh.tiada guna.mungkin dunia terlepas. akhirat belum tentu.

Solat berjemaah. sanggupkah berpenat lelah. berjalan ke masjid. tatkala manusia lain sibuk dengan duniawi. tatkala manusia lain diulit mimpi. 'air penenang' menjadi penyuci. langkah diatur ke 'rumah suci'. azan pertama.jemaah pertama. imam pertama. sanggupkah?.atau sekadar zuhur dan asar. yg lain di bilik. seorang diri. Sukarnya istiqamah diri.

Akhirnya. koreksi diri. setiap langkah itu ibadatkah?. setiap perbuatan itu zikir pdNyakah?. setiap detik yg berlalu penuh dosakah?.setiap saat. ketika .masa. akhirnya kita kembali. menemui Dia. Cukupkah amalan ini?. diterimakah?. atau hanya basah sejadah, tapi keluar masjid diulangi dosa ini.Ampun Ya Rabbi.

*bersiap ke kelas Intro To Translation
*moga mudah tasmik hari ini

1 comment:

amin said...

Semoga success selalu. sy doakn awk. amiin..

*jaga iman, jaga diri & jaga kesihatan. Ws.