Sunday, January 17, 2010

..LiQa' MaHabbah ProJeT..



Sabtu 16/1/2010-2.00ptg

Liqa' ke-2 PROJET..
Bersama sahabat2 seperjuangan menuju ke Bangi..
Mengorak langkah bertemu krn Allah..
Menyucikan diri dan teguh di jalanNya..
Memperjuangkan agama tercinta...

Dari Abu Qatadah yaitu al-Harits bin Rib'i r.a. dari Rasulullah s.a.w. bahwasanya
beliau s.a.w. berdiri berkhutbah di khalayak ramai, kemudian menyebutkan kepada
mereka bahwasanya jihad fi-sabilillah dan beriman kepada Allah itu adalah amalan paling utama,

Kemudian ada seorang lelaki berdiri dan berkata: "Ya Rasulullah,
bagaimana pendapat Tuan, jikalau saya terbunuh dalam peperangan fi-sabilillah, apakah
semua kesalahan saya akan dihapuskan-?" Beliau s.a.w. menjawab: "Benar, jikalau engkau
dibunuh fi-sabilillah itu dalam keadaan sabar, mengharapkan keridhaan Allah, sedang maju
dan tidak mengundurkan diri." Selanjutnya Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apa yang akan kau
katakan sekarang?" Orang itu berkata lagi: "Bagaimanakah pendapat Tuan, jikalau saya
terbunuh dalam peperangan fi-sabilillah? Apakah semua kesalahan saya dihapuskan?" Beliau
s.a.w. menjawab: "Benar demikian, asalkan engkau dalam keadaan sabar, mengharapkan
keridhaan Allah, sedang maju dan tidak mengundurkan diri, kecuali pula kalau engkau
mempunyai tanggungan hutang, karena sesungguhnya Jibril mengatakan hal itu kepadaku."
(Riwayat Muslim)

Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Tidaklah sempurna keimanan
seseorang dari engkau semua itu, sehingga ia mencintai saudaranya
sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri." (Muttafaq alaih)

Sabda baginda yang lain: "Wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman
kepadamu: Perintahlah (manusia) supaya melakukan perkara-perkara yang makruf
(yang baik) dan cegahlah mereka dari melakukan perkara-perkara yang mungkar
sebelum (tiba suatu waktu di mana) kamu meminta, lalu aku tidak lagi
menerimanya dan kamu memohon pertolongan lalu aku tidak menolong kamu
lagi". (Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

وَمَنْ جَاهَدَ فإِنَّمَا يُجَاهِدُ لِنَفْسِهِ إِنَّ اللَّهَ لَغَنِيٌّ عَنِ الْعَاَلمِينَ
maksud: Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka
sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri;
sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada
sekalian makhluk. (Surah Al-Ankabuut, Ayat: 6).

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلاَ تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ
تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلاَ تُطِعْ مَنْ أْغَفْلنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا
Yang bermaksud: Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan
orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang,
yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau
memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan
kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami
ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di
dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula
adalah melampaui kebenaran. (Surah Al-Kahfi, Ayat: 28).

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقاَلاً وَجَاهِدُوا بِأمْوَالِكُمْ وَأنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Maksudnya: Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah),
samada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan
berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta
benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam).
(Surah At-Taubah :41)

Sabtu,10.oomlm..
Diskusi Darul Takzim
Bersama mantan KPIJ dan ABIM SELANGOR..
Berkongsi ilmu dan pengalaman..

Ahad,10.00pg-taski zainab (abim)
Kami bergotong-royong membersihkan kawasan taski..
Menyumbang khidmat buat masyarakat..

Ahad,11.00pg..
Salam perpisahan anak2 islam johor..
Menyubur ukhuwah,menyemai mahabbah..
Terus berkorban demi Islam..

Di bwh 5 prinsip gerakan islamiyyah..

1.Budaya ilmu ditingkatkan
2.Amalan kerohanian diperteguhkan
3.Syura & amal jamai'e disemaikan
4.Fahami isu semasa diperluaskan
5.Jihad fi sabilillah ditekadkan


"IDEALISME..INTELEKTUALISME..AKTIVISME"

No comments: