Friday, January 14, 2011

TIPS MENGHAFAZ AL-QURAN

Assalamualaikum w.b.t


~Al-Quran bukan sekadar dibaca, tetapi difahami dan diamalkan kandungannya~


"Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim." (Al-Ankabuut 29:49)

Sekadar perkongsian buat pembaca yang dirahmati Allah,

Untuk menghafal dan menjadikan kalam-kalam Allah makanan dan zikir bagi diri kita :

  • Mestilah dimulakan niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah.

· Menggunakan naskhah Al-Quran yang sama setiap kali membaca, menghafaz, dan membuat rujukan (semakan bacaan). ini bertujuan mengelakkan kekeliruan tempat (kedudukan) ayat yang dihafaz. tempat ayat atau posisi memainkan peranan penting dan amat berpengaruh dalam memberi kesan kepada hafazan anda.

· Gunakan naskhah Al Quran mushaf Uthmani kerana kedudukan, struktur, dan susunan ayatnya diatur dalam bentuk yang mudah untuk dihafaz, dirujuk, dan diingati.

· Ayat atau surah yang hendak dihafal hendaklah dilancarkan bacaannya terlebih dahulu. pastikan tajwidnya dengan betul. sebagai contoh hendak hafal surah ali-Imran. mulakan dari muka surat yang pertama surah tersebut. lancarkan muka surat yang pertama itu dahulu.

· Bacaan hendaklah diulang-ulang sehingga betul-betul lancar. pastikan tidak mula menghafaz ayat sebelum bacaan betul-betul lancar kerana ini akan menjadikan anda mudah lupa semula ayat tersebut dan mungkin juga mengakibatkan hafalan anda bercelaru.

· Mulakan hafalan dari ayat ke ayat. pastikan hafazan mengikut langkah. hafaz dahulu ayat yang pertama sehingga hafaz (baca ayat pertama berulang-ulang kali sebagai satu cara menghafaz yang baik), barulah berpindah ke ayat yang kedua. kemudian hafaz ayat ke kedua , ulang balik dari ayat yang pertama. kemudian baru masuk ayat yang seterusnya.

· Pastikan ada kawan atau ustaz yang dipercayai ilmu tajwidnya dan baik bacaannya untuk anda tasmi’ (memperdengarkan atau semak) bacaan dan hafazan anda.

· Amalkan membaca ayat-ayat yang telah anda hafaz dalam solat-solat yang anda lakukan. banyakkan solat sunat sebagai satu cara yang baik bagi melatih bacaan ayat-ayat yang telah dihafaz. ini bertujuan membiasakan ayat-ayat yang telah di hafaz ke dalam amalan harian anda.

· Amalkan membaca ayat-ayat Quran yang telah anda hafaz di mana-mana sahaja sebagai zikir atau nyanyian hati atau mulut. contohnya, ketika menunggang motorsikal, ketika termenung, ketika hendak tidur, dan lain-lain yang di fikirkan baik. hal ini akan menambahkan lagi keupayaan anda untuk anda mengingati ayat-ayat hafazan tersebut.

· Amalkan memakan manisan seperti kurma atau madu bagi tujuan menguatkan daya ingatan.

· Jauhi amalan maksiat. jaga bicara lidah, jaga kewajipan dan adab sebagai muslim.

· Tanamkan semangat yang kuat untuk menghafaz bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. cuba hafaz sebanyak mungkin. InsyaALLAH sehingga hafiz. walaupun memakan masa yang lama.

· Banyakkan memohon doa kepada ALLAH supaya di permudahkan hati dan minda untuk menerima al Quran.

· Pilih waktu yang sesuai untuk menghafaz. sebagai contoh, waktu selepas solat fardhu. utamakn SEBELUM WAKTU SUBUH atau SELEPAS SUBUH kerana waktu ini tenang dan damai. pastikan waktu yang anda gunakan untuk menghafaz adalah istiqamah.

· Tidak perlu menghafaz secara terburu-buru. biar sedikit-sedikit, asalkan istiqamah dan berkesan.


KAEDAH LAIN YANG PERLU ANDA BACA:


SEBELUM MENGHAFAL

1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal
2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal
3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal
4. Berada dalam keadaan tenang
5. Tenangkan fikiran sebelum menghafal
6. Pilih sebuah jenis mushaf dan jangan ubah dengan jenis mushaf lain
7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mulai menghafal


TEKNIK-TEKNIK MENGHAFAL

A. Teknik “Chunking” (potongan-potongan)

* Mengelompokkan ayat yang panjang dalam beberapa bahagian yang memang sesuai mengikuti arahan guru atau ustaz, jika belajar bersama mereka
* Mengelompokkan awal surat pada beberapa bahagian (2 atau 3 bagian) yang sesuai
* Mengelompokkan surah dalam beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita
* Mengelompokkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu’, cerita dan sebagainya
* Mengelompokan kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya

B. Teknik Mengulang

* Membaca sepotong atau sebagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mulai menghafalnya
* Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya
* Selepas menghafal setiap setengah halaman, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang setengah halaman lagi
* Sebelum menghafal bahagian Al-Qur’an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya.

C. Teknik Menghafal Dengan Teman

* Pilih seorang teman yang sama-sama berminat
* Orang pertama membaca dan disemak oleh orang kedua
* Orang kedua membaca dan disemak oleh orang pertarna
* Saling menyebut ayat antara satu sama lain

E. Teknik Mendengar Kaset/CD

* Pilih seorang qari yang baik bagi seluruh Al-Quran atau beberapa qari bagi surah-surah tertentu
* Sebelum mulai menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali
* Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari tersebut sehingga terpahat di pikiran
* Mulai menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari tersebut
* Sentiasa mendengar kaset/CD bacaan Al-Quran dan kurangi atau tinggalkan mendengar lagu-lagu kerana akan mengganggu penghafalan

F. Teknik Merakam

* Rakam bacaan kita di dalam kaset dan dengarkan lagi untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul
* Bagi kanak-kanak, rakam bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut
* Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya

G. Teknik Menulis

* Tulis kembali surat yang telah dihafal. Kemudian cek lagi dengan mushaf.
* Menulis setiap ayat pertama awal surat, atau setiap rubu’, atau setiap juz, atau setiap surah dalam sehelai kertas.


MEMELIHARA HAFALAN

1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati
2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika dalam perjalanan, selepas azan dan lain-lain lagi
3. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya
4. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam
5. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau mengantuk
6. Menulis setiap ayat yang mutasyabih


PESANAN USTAZ & USTAZAH (AL-HUFFAZ)

1) Hafallah dengan memahami maknanya.
2) Berakhlaklah sebagaimana yang anda baca dalam al-Quran
3) Ulangilah tiap kali sebelum dan selepas Subuh
4) Baca dalam solat fardhu.
5) Perbanyak solat sunat agar dapat banyak mengulang di dalamnya.
6) Jangan tidur selepas Subuh, manfaati masa sebaiknya
7) Rajinlah menghafal n mengulang
8) Orang yang cuba menjaga al-Quran, lebih hebat ujiannya. maka, bersabarlah atas ujian yang lebih berat itu.
9) Bila rasa malas mengulang datang, itu salah satu tanda syaitan menggoda, maka, lawanlah. jangan putus asa.
10)Jika sukar menghafal pada satu-satu ayat, lawanlah dan teruskan, insyaAllah, ada bantuan-Nya.


PESANAN AL-ZAHRAWI

* Hafallah mengikut maqra' sewaktu bangun malam, di waktu sunyi sehingga lepas subuh. InsyAllah ketika itu Allah membuka seluasnya langit dan mendengar permohonan hambaNya.

* I'adah (ulang hafalan) setiap juzu' boleh juga dilakukan selepas Solat Maghrib jika tidak berkesempatan seharian.

* Jaga hati, pandangan dan diri, kerana ayat suci tidak akan mendampingi jiwa-jiwa yang kotor.


P/S : Berusahalah memelihara kalam-kalam suci itu, mudah-mudahan Allah meredhainya.. moga-moga ayat-ayat Allah itu sentiasa meniti di bibir dan hati kita hingga ajal menjemput kembali..


~SYUKRAN JAZILAN~

1) Ibu tercinta, Hajah Hamidah Binti Haji Salleh
2) Al-Fadhilah Al-Ustazah Nor Hasyimah Al-Hafizah

3) Al-Fadhil Al-Ustaz Farid Bin Samad Al-Hafiz
4) Al-Fadhil Al-Ustaz Yahuza Al-Hafiz
5) Al-Ustaz Mohd Hafiz Bin Khamis Al-Hafiz
6) Muhammad Hasbullah Bin Borham Al-Hafiz
7) Al-Fadhil Al-Ustaz Fuad Bin Osman
8) Nur Diyana Bt Muhammad Musannif

9) Nurul Ain Bt Ahmad
10) Nurul Izzati Izyan Bt Hamdi

11) Khairunnisa' Bt Mohd Shah

12) Keluarga yg tidak lupa mendoakan
13) Sahabat2 yg tidak jemu membantu & menyokong


(Sesungguhnya jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya)
~jazakumullah khairan kathira~


Wallahu A'lam

sumber : www.hujansakinah.blogspot.com


6 comments:

abuzuhayr said...

terima kasih info...

fiqhullughah said...

to abuzuhayr:

sama2..slmt mengambil manfaat.

bint hamdi said...

terharunya saya nama sy terlist dalam kalangan mereka yang hebat2...syukran awi sahabat...
sy tidak layak bersahabat dgn anda yang terlalu hebat dan 'alim.... sy sangat hormati anda kerana keluasan ilmumu...

*sy sayang anda keranaNya...smg ukhwah ini kekal hingga ke Syurga
smg kamu diberi ketabahan dan kekuatan utk terus berjuang...
sama2lah kita memelihara keindahan kalam Allah itu...

AL-ZAHRAWI said...

to bint hamdi:

siapakah diri kita utk menilai layak dan tidak layaknya bersahabat?..cukuplah dengan bersyukur kerana dipertemukan dengan takdirNya..

Moga2 Allah meredhai persahabatan ini dan kekal hingga ke syurga..amin..terima kasih atas segalanya sahabat!

bint hamdi said...

huhu...terharuuuuu....
syukran sahabat....
ko byk mmbri pengaruh besar dlm dri ini...melalui ko, aku blaja byk perkara....thanks rahmah!!...sangat beruntung punya sahabat mcm ko...1 dalam seribu....sahabat y sentiasa mengingati aku kepadaNya....huhuh...
syukrannnnnn :'(

fiqhullughah said...

to bint hamdi:

xde apela..bukankah manusia itu dlm kerugian??..kecuali mereka yg mengingatkan dengan kebenaran dan kesabaran..mudah2an kita tergolong dalam orang yg beruntung..(^-^)