Saturday, January 3, 2009


JOM MINUM CARA SIHAT..!!

Amalan Nabi Muhammad S.A.W yang minum air sejuk asli yang dicampurkan dengan madu lebah asli adalah suatu formula kesihatan yang amat baik untuk dicontohi.

Bila madu lebah dicampurkan dengan sedikit air,ia akan menyerap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.
(Sumber : For Men Understanding (2nd Edition),Harun Yahya

Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-A’raaf ayat 29 yang bermaksud : “Makan dan minumlah,janganlah kamu melampaui batas,sesungguhnya Allah tidak suka pada orang yang berlebih-lebih pada makan dan minum”

Anas Bin Malik pula meriwayatkan bahawa, “Rasulullah S.A.W telah minum dengan tiga nafas.”(Imam Bukhari & Muslim)

Imam Muslim menyatakan bahawa cara minum seperti init telah menghilangkan dahaga dan lebih menyihatkan serta lebih menghadamkan.

Rasulullah S.A.W juga telah melarang minum ketika sedang makan sesuatu ..melarang minum selepas bersenam sewaktu keletihan.

Abu Said Al-Khudri meriwayatkan,Rasulullah S.A.W telah melarang minum daripada bekas yang pecah,melarang daripada menghembuskan nafas dalam air minuman.(Riwayat Abu Daud)

ADAB-ADAB MINUM

# Jangan minum sambil berdiri dan baring.Rasulullah juga melarang minum sambil berdiri.(Riwayat Muslim dari Anas,Abi Said & Abu Hurairah)

# Minum perlahan-lahan sambil bernafas dengan menghisap.Jangan minum tanpa nafas.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud : “Minumlah air dengan perlahan-lahan sambil bernafas (dengan menghisap) dan janganlah minum tanpa bernafas,kerana penyakit jantung itu dari minum air tanpa nafas.(Riwayat Abu Mansur Ad-Dailani daripada Anas)

No comments: